GC Plus

Extreme diet merosakkan struktur kulit.

Selalunya, dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang cepat, ramai suka melakukan extreme diet. Sama ada perayaan atau musim perkahwinan, tiada solekan atau teknik airbrushing yang boleh mengalahkan kulit yang sihat semula jadi. Apabila sihat dari dalam, keserian pada kulit is unmissable. Diet yang extreme memang membantu menurunkan berat badan yang banyak dalam masa beberapa minggu sahaja.

Diet yang extreme pada asasnya menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dalam beberapa hari/minggu. Tetapi, diet sebegini selalunya melibatkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Manusia boleh bertahan dengan memakan salad sahaja tanpa karbohidrat atau protein. Tetapi bagaimana dengan organ badan yang lain terutamanya kulit? Perasan tak, apabila seseorang kurus dengan melampau, kulitnya kusam, kering dan sedikit tua?

Diet yang extreme secara amnya membuang semua makanan yang kaya nutrien yang menjejaskan rambut dan kulit. Apabila tidak memakan kalori yang mencukupi, atau kurang makan, - ini semua bakal mempengaruhi kesihatan kulit. Kulit yang tidak mendapat nutrien untuk pertumbuhan sel yang optimum, akan menjadi stress. Rambut gugur, kulit kering dan kuku yang menggelupas adalah tanda-tanda pemakanan yang buruk. Kulit dan rambut memerlukan protein, lemak sihat, vitamin A, C dan E serta asid lemak omega-3.

Kulit dan rambut juga memerlukan antioksidan penting. Antioksidan menghalang kerosakan sel dan mengurangkan tekanan oksidatif. Ramai yang tidak sedar perubahan dalam pengambilan makanan turut merubah tahap tekanan dan perubahan mood. Seringkali kita menganggap stress penyebab kurang makan. Sebenarnya, kurang makan juga boleh menyebabkan stress. Stress ini akhirnya terlihat pada kulit.

Perhatikan kulit lengan anda sekarang. Cakar kulit lengan anda dan lihat apakah ada garis putih muncul pada kulit? Garis putih menunjukkan tahap kekeringan kulit. Kebanyakan orang mendapati diri mudah marah apabila menjalani extreme diet. Ini kerana mind and skin are connected on many different levels. Beberapa hujung saraf disambungkan ke kulit, jadi apabila emosi berubah, ia diluahkan melalui kulit.

Jika mahu melihat bagaimana badan membuang lemak secara slowly but surely, jangan lupa gunakan weight loss tracker card yang anda dapat ketika membeli GC PLUS. Perhatikan juga perbezaan ukuran pinggang pada Day 1 dan Day 10. Pengurangan ukuran pinggang adalah petunjuk bahawa body fat telah berjaya dibuang sedikit demi sedikit. Sementara stok measuring tape masih ada, dapatkan GC PLUS sekarang.
Diana Ishak
Read more

Hubungan Antara Tidur dan Selera Makan.

Pernah tak terfikir mengapa kadangkala kita berasa begitu terdesak untuk makan snek atau kudap-kudap pada lewat malam? Adakah sains mempunyai sebarang alasan tentang keadaan ini? Ya, ada.

Jumlah tidur mempengaruhi tahap tenaga badan dan tahap pembebasan hormon. Apabila seseorang tidak cukup tidur, akibatnya selera makan meningkat. Kurang tidur dan obesiti adalah dua masalah yang berjalan seiring. Dari sudut pandangan saintifik, hormon adalah antara punca terbesar. Hormon bertanggungjawab ke atas selera makan. Ia memberitahu otak sama ada kita kenyang atau lapar. Hormon leptin adalah hormon untuk mengekalkan berat badan, dan ia dikeluarkan oleh sel-sel lemak. Jadi, seseorang yang mempunyai banyak lemak akan mengalami peningkatan tahap leptin.

Seseorang dengan berat badan yang lebih rendah dan peratusan body fat yang kurang, tahap leptinnya juga rendah. Leptin adalah hormon yang bertanggungjawab memberi isyarat kenyang kepada otak. Tetapi apabila seseorang kehilangan berat badan, dan tahap leptin jatuh, itu boleh mencetuskan peningkatan selera makan yang menghalang proses penurunan berat badan. Apabila badan berfungsi secara normal, sel-sel lemak berlebihan menghasilkan leptin yang merupakan isyarat kepada hipotalamus untuk menurunkan selera makan.

Tetapi masalah yang berlaku dengan orang gemuk adalah, mereka kekurangan tindak balas terhadap hormon. Sepatutnya apabila lemak banyak, leptin juga tinggi yang menjadikan badan merasa lebih kenyang. Malangnya, itu tidak berlaku pada orang yang obesiti kerana apabila sel-sel lemak terlalu banyak, badan mereka rintang terhadap leptin. Hormon kedua yang penting untuk selera makan adalah ghrelin.

Hormon ghrelin mempunyai kesan pada bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal selera makan. Selain itu, ghrelin membantu mengawal pelepasan insulin. Apabila seseorang kurang tidur, badan menurunkan tahap leptin, sementara dalam masa yang sama ghrelin meningkat, yang memberi rasa lapar. Sebagai contoh, orang yang mengalami insomnia mempunyai tahap ghrelin lebih rendah daripada orang yang mendapat tidur yang cukup. Itu menunjukkan bahawa insomnia menggalakkan penurunan berat badan.

Tetapi itu tidak bermakna bahawa orang yang mengalami insomnia selamat daripada kenaikan berat badan. Ini kerana, pada siang hari, tahap ghrelin mereka meningkat, yang merangsang selera makan. Ketidakseimbangan ini boleh menjadi punca mengapa ramai penghidap insomnia bertambah berat dari semasa ke semasa.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah Kurang Tidur Menyebabkan Diabetes?

When it comes to serious health problems seperti diabetes, kita cenderung menyalahkan makanan dan keturunan. Apa yang ramai tidak tahu, kurang tidur yang berkualiti juga dikaitkan sebagai punca diabetis. Diabetes jenis 2 adalah diabetes yang paling biasa, yang mana badan tidak menggunakan insulin dengan betul. Diabetes jenis ini dirawat dengan mengubah gaya hidup, mengambil ubat, dan suntikan insulin.

Insulin adalah hormon yang mengawal tahap gula darah supaya badan boleh menggunakan gula daripada makanan. Sel-sel badan memerlukan gula untuk tenaga, tetapi gula tidak boleh masuk terus ke kebanyakan sel. Jadi, insulin memberi isyarat kepada sel apabila mereka perlukan gula dan boleh menyerapnya.

Tidur yang tidak cukup membuatkan badan kurang menghasilkan insulin. Tidur yang tidak cukup juga menghasilkan banyak hormon kortisol. Hormon kortisol adalah hormon stress. Hormon kortisol membuatkan kita kekal terjaga (susah tidur) sambil menghalang insulin melakukan tugasnya. Akibat daripada itu, terlalu banyak gula (glukosa) kekal dalam aliran darah kita, yang meningkatkan risiko menghidap diabetes. Tidur yang berkualiti pada waktu MALAM adalah penting untuk pemulihan sel badan di samping mengekalkan sensitiviti insulin.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana Berat Mempengaruhi Risiko Saya untuk Mendapat Penyakit Buah Pinggang?

Mungkin sudah tiba masanya untuk menurunkan berat badan bagi yang sudah lama overweight. Mengekalkan berat badan yang ideal adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk buah pinggang. Berat badan yang berlebihan atau gemuk boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan beberapa cara yang berbeza.

Pepatah menyebut "One thing leads to another". Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi. Diabetes dan tekanan darah tinggi pula adalah antara penyebab utama penyakit buah pinggang. Berat badan berlebihan dalam jangka masa yang panjang memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyaring sisa. Lama kelamaan, kerja tambahan ini meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kerana buah pinggang harus bekerja lebih keras.

Ringankan badan anda untuk melindungi buah pinggang. Antara caranya, kawal Indeks Jisim Tubuh (BMI). Angka BMI memberi gambaran kasar mengenai jumlah peratus lemak dalam badan. BMI normal biasanya antara 18 dan 25. BMI antara 25 hingga 30 dianggap berat badan berlebihan. BMI yang lebih besar daripada 30 dianggap obes. Dalam kes yang tertentu, mungkin berat badan anda lebih tinggi berbanding orang lain, tetapi anda mempunyai BMI yang normal. Keadaan tersebut berlaku jika berat badan didominasi oleh otot. Memiliki lebih banyak otot daripada lemak adalah sihat. Sebab itulah BMI hanyalah gambaran kasar. Untuk lebih tepat, kawal body fat.

Ramai orang menganggap lemak badan adalah berat tambahan yang perliu dibuang. That's not entirely correct. Manusia memerlukan sejumlah lemak untuk menjadi sihat. Lemak yang diperlukan ini dipanggil lemak penting (essential fat) dan bertanggungjawab untuk melindungi organ, mengawal hormon, dan menyimpan tenaga untuk badan. Wanita memerlukan kira-kira 12% daripada komposisi badan mereka untuk menjadi essential fat. Manakala lelaki hanya memerlukan 4%. Sebarang lemak tambahan di atas peratusan essential fat ini dianggap lemak yang tidak sihat.

Sebab itulah GreenAard sering menekankan untuk "UKUR SAIZ PINGGANG" ketika berdiet dengan GC Plus. Mengekalkan body fat dalam peratusan yang sihat adalah cara yang lebih tepat untuk menilai progress penurunan berat badan anda. Walaupun berat keseluruhan mungkin tidak memberangsangkan, keputusan positif dapat dilihat apabila peratusan body fat berkurangan dan jisim otot meningkat.

"Macamana cara nak tahu jika body fat saya sudah berkurang?"

Cara paling senang adalah ukur saiz pinggang. Sains pinggang wanita Asia yang sihat adalah 31 inci ke bawah. Another way to judge the progress adalah dengan memakai kembali baju atau seluar lama. Jika baju lama sudah kembali selesa dipakai, itu petunjuk you are losing fat.
Diana Ishak
Read more

Kenapa saya dah ambil GC PLUS sebulan, berat lansung tak berubah walau 100 gram?

Bahan utama dalam GC PLUS adalah hydroxycitric acid (HCA), yang bertujuan membantu penurunan berat badan. HCA memberikan rasa kenyang dan kepuasan. HCA juga mengurangkan de novo lipogenesis dan pecutan pengoksidaan lemak. De novo lipogenesis ialah proses mensintesis asid lemak daripada karbohidrat. Ini bermakna, HCA dalam GC PLUS membantu badan 'block' formation of new fat.

Kesan HCA ini telah pun dikaji dan dibukti secara saintifik. Walau bagaimanapun, kesan penurunan berat badan boleh berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kegemukan adalah penyakit yang sangat kompleks, dan banyak faktor penyebab termasuk genetik, gaya hidup dan persekitaran. Some people can eat ice cream, cake, and whatever else they want and still not gain weight. Pada yang lain pula, makan sedikit sudah membuatkan mereka menambah berat badan.

Apakah yang membolehkan seseorang kekal kurus tanpa usaha tetapi seorang lagi berjuang untuk mengelak daripada menambah berat badan? Dan, apa yang menyebabkan seseorang mudah turun berat badan ketika berdiet, manakala yang lain sudah berdiet bermati-matian tetapi tiada hasil? Penjelasan yang mudah difahami adalah, berat badan bergantung pada jumlah kalori yang diambil, dan berapa banyak kalori yang dibakar.

Walau bagaimanapun, gabungan genetik dan persekitaran sangat memainkan peranan. Kedua-duanya boleh menjejaskan fisiologi, seperti berapa cepat badan membakar kalori. Sehingga kini, lebih daripada 400 gen berbeza telah dikenalpasti terlibat dalam punca berat badan berlebihan. Gen ini menyumbang kepada punca kegemukan dengan menjejaskan rasa kenyang, menjejaskan metabolisme, dan menambah keinginan makanan. Gen ini juga menentukan di mana lemak disimpan.

Pengaruh genetik menentukan kedudukan lemak pada bahagian badan manusia, tidak sama antara satu dengan yang lain. Kajian menyatakan bahawa sesetengah manusia, genetik menyumbang 25% daripada kecenderungan untuk berlebihan berat badan. Pada sesetengah yang lain, pengaruh genetik adalah setinggi 70% hingga 80%! Mempunyai gambaran kasar tentang betapa besarnya peranan genetik dalam berat badan boleh membantu anda menetapkan sasaran yang realistik ketika berdiet.

Bagaimana mahu menentukan jika genetik banyak mempengaruhi berat badan? Salah satunya adalah seberapa lama anda dalam situasi kegemukan.
26. Jika sepatuh dari hidup anda sekarang adalah gemuk, bermakna genetik kegemukan anda tinggi. Jika sebelum ini pernah berdiet tetapi berat badan turun dengan sangat lambat, itu juga penunjuk bahawa pengaruh genetik terhadap berat badan anda sangat kuat. 

Satu atau kedua ibu bapa, atau beberapa saudara terdekat mempunyai berat badan berlebihan, kemungkinan anda mengalami obesiti adalah setinggi 80%. Jika tidak boleh menurunkan berat badan walaupun telah meningkatkan aktiviti fizikal dan mengambil diet rendah kalori selama berbulan-bulan - ini juga petunjuk pengaruh genetik yang kuat. Sebab itu, weight loss tracker card GreenAard menyediakan anda ruang untuk mencatat perubahan berat badan (angka) dan ukuran pinggang selama 10 hari. Jika Dalam tempoh 10 hari berat tidak berubah dan saiz pinggang tidak berkurangan, there's something wrong with your body. Boleh jadi anda mengambil birth control, atau ada underlying disease yang tidak diketahui (seperti thyroid), atau faktor genetik.

Diana Ishak
Read more

Kebanyakan kita salah faham tentang metabolisme. Berikut adalah fakta untuk menjelaskannya.

Metabolisme berlaku dalam setiap sel dalam badan. Badan yang kurang berotot tidak semestinya memiliki metabolisme yang rendah. Metabolisme tidak hanya berlaku pada seseorang yang memiliki otot besar. Metabolisme adalah satu proses kimia dalam SETIAP SEL yang mengubah kalori dari makanan menjadi tenaga.

Tisu yang berbeza dengan keperluan yang berbeza memerlukan kalori yang berbeza untuk memastikannya berfungsi. Organ-organ utama badan seperti otak, hati, buah pinggang dan jantung memerlukan separuh daripada kalori yang dibakar SEMASA REHAT. Manakala lemak, sistem penghadaman, dan otot badan mengambil kalori selebihnya. Kebanyakan kalori yang dibakar adalah daripada metabolisme REHAT.

Terdapat tiga cara badan membakar tenaga setiap hari. Yang pertama, metabolisme basal. Ia adalah tenaga yang digunakan untuk fungsi asas badan semasa berehat. Yang kedua, tenaga yang digunakan untuk memecahkan makanan (dikenali sebagai thermic effect). Yang ketiga adalah tenaga yang digunakan dalam aktiviti fizikal.

Satu fakta yang orang tidak tahu adalah, metabolisme rehat menyumbang sejumlah besar kalori yang dibakar setiap hari. Aktiviti fizikal, sebaliknya, menyumbang sebahagian kecil daripada jumlah perbelanjaan tenaga — kira-kira 10-30% sahaja (melainkan anda seorang atlet profesional atau pekerjaan yang sangat mencabar dari segi fizikal). Pencernaan makanan menyumbang kira-kira 10%. Inilah sebabnya mengapa senaman tidak membawa kepada penurunan berat badan yang ketara, malah hanya perubahan kecil pada berat badan.

Ingat formula 80-20? Senaman hanya memberi lebih kurang 20% bantuan manakala diet menguasai 80%. Sebab itulah, pemilihan makanan dan mengawal pengambilan makanan jauh lebih penting jika ingin kurus. Tetapi, mengawal nafsu makan bukannya senang. Perlukan azam yang kuat. Sebab itulah GC PLUS mmebantu mengurangkan rasa lapar dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. GC PLUS BUKAN fat burner. Ia TIDAK PERNAH membakar lemak-lemak anda. GC PLUS membantu anda dengan cara menyekat enzim yang membentuk lemak, memberi rasa kenyang dengan meransang serotonin serta menambahkan jisim otot supaya lemak dibakar dengan lebih cepat.
Diana Ishak
Read more

Metabolisme manusia tidak sama.

Memang benar bahawa dua orang dengan saiz dan komposisi badan yang sama boleh mempunyai kadar metabolisme yang berbeza. Seseorang boleh mengambil makanan yang banyak dan tidak menambah berat badan, manakala yang lain perlu mengira kalori dengan teliti untuk tidak menambah berat badan. 
Kajian sains telah menemui beberapa kemungkinan tentang kelajuan metabolisme seseorang. Ini termasuklah jumlah otot, tisu lemak dalam badan, umur dan genetik.

Sehingga kini sains masih tidak dapat jawapan mengapa sesetengah keluarga mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi atau lebih rendah. Jantina juga memainkan peranan penting kerana wanita dengan komposisi badan dan umur tertentu membakar sedikit kalori daripada lelaki yang seusia. Sesetengah wanita mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi semasa hari-hari terakhir kitaran haid (fasa luteal). Ketika fasa luteal, kadar metabolisme berehat (BMR) pada sesetengah wanita adalah 10% lebih tinggi.

Satu lagi perkara yang melambatkan metabolisme, adalah usia. Kesannya usia terhadap metabolisme berlaku secara beransur-ansur, walaupun seseorang mempunyai jumlah lemak dan tisu otot yang sama seperti waktu mudanya. Jadi, apabila seseorang berumur 40 tahun, dia membakar sedikit kalori berbanding ketika berumur 20 tahun. Penurunan metabolismes menurun berterusan bermula seawal usia 18 tahun.

Mengapa keperluan kalori berkurangan apabila usia meningkat walaupun masih mengekalkan berat dan otot yang sama - itu adalah salah satu misteri dalam sains. Walaupun terdapat makanan tertentu seperti kafein dan cili yang boleh mempercepatkan kadar metabolisme, perubahan itu sangat sedikit. Walau bagaimanapun, membina lebih banyak otot boleh membantu. Salah satu perkara yang mempengaruhi kadar metabolisme berehat (BMR) ialah jumlah otot tanpa lemak (lean muscle).

Seseorang yang mempunyai lebih banyak otot dan sedikit lemak memiliki metabolisme yang lebih tinggi. Ini kerana otot menggunakan lebih banyak tenaga daripada lemak semasa berehat. Tetapi, jika seseorang mempunyai lebih banyak otot, ia membakar kalori dengan lebih cepat hingga dia terpaksa melawan kecenderungan untuk makan lebih banyak hasil daripada metabolisme yang tinggi.

Nampak tak betapa complicatednya weight loss? Ia tidak semudah - kurangkan makan, jadi kurus. Atau bersenam lebih, jadi kurus. Weight loss adalah satu journey yang panjang, yang mesti dilakukan dengan perlahan-lahan, disiplin, konsisten dan azam yang kuat.
Diana Ishak
Read more

Apa agaknya faktor penyebab kegemukan?

Depending on how you look at it, kegemukan boleh disebabkan oleh psikologi, sosial, faktor persekitaran atau genetik. Kegemukan sebenarnya adalah hasil interaksi antara semua faktor tadi. But for the moment kami akan terangkan setiap faktor ini secara berasingan. 

Kita mulakan dengan faktor psikologi. Sebahagian orang makan berlebihan daripada yang sepatutnya. Kita sebut itu sebagai comfort eating or emotional eating. Orang yang terdedah kepada pemakanan sebegini makan ketika kecewa, makan ketika tertekan, makan ketika sunyi (lonely) dan makan ketika bosan. Mereka makan bukan kerana lapar, tetapi untuk menghilangkan emosi negatif. Namun, setelah makan dengan berlebihan, datang rasa bersalah, menyebabkan mereka kecewa dan tertekan, lantas makan lagi. Lalu, the cycle starts all over again.

Orang yang gemuk selalunya makan dengan berlebihan akibat bertindak balas terhadap isyarat luaran, seperti bau makanan. Kajian saintifik menunjukkan orang-orang yang gemuk ada tindakbalas yang sangat tinggi terhadap isyarat makanan. Cara yang terbaik adalah, try to avoid exposure to food as much as possible.

Tetapi, mengelak dari makanan amat susah untuk dilakukan. Psikologi setiap orang terhadap makanan adalah berbeza kerana masing-masing ada alasan mengapa mereka makan. Kegemukan juga sangat berkait rapat dengan hubungan sosial. Orang dalam kelompok sosial yang sama mempunyai idea yang sama tentang makanan yang dimakan. Dan selalunya, bentuk dan saiz badan kelompok ini juga tak jauh beza.

Contoh, jika kawan-kawan sukakan dessert ice-cream selepas makan, chances are anda juga akan makan ice-cream. Jika kawan-kawan suka makan kek setiap petang, chances are you'll do the same even though you don't want to. To put it simply, the heavier your close friends and family are, the heavier you are likely to be. Secara ringkasnya, walaupun kegemukan disebabkan oleh makanan, faktor psikologi dan sosial berperanan dalam menyebabkan kegemukan.

It’s important to realize that kesemua faktor ini - makanan, psikologi, sosial dan genetik - tidak bergerak dengan sendiri melainkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Maka, untuk mendapatkan perjalanan weight loss yang selesa, anda perlu bersedia untuk memahami proses ini bukanlah semudah "kurangkan makan" atau "bersenam". Weight loss memerlukan komitmen yang besar, lebih dari sekadar "jangan makan banyak".

GC PLUS boleh membantu dari segi mengurangkan rasa lapar, memanjangkan rasa kenyang dan menambahkan jisim otot. Penambahan jisim otot mempercepatkan metabolisme berlaku. Jadi, lemak dibakar dengan lebih banyak. Itu GC PLUS boleh bantu. Tetapi, faktor sosial dan psikologi hanya anda yang boleh menentukan. Walaupun GC PLUS mengurangkan rasa lapar, jika psikologi anda masih mahu makan dengan banyak, we can't help much.

Diana Ishak
Read more

Kenapa najis bergerak lambat dalam usus?

Berat najis berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor - saiz badan,
tabiat makan, berapa banyak air yang diminum, dan keteraturan pergerakan usus. Berat najis rata-rata sekitar 480 g atau kurang. Orang yang makan dan minum lebih banyak, atau yang mempunyai pergerakan usus yang lambat, najisnya lebih banyak/berat.

Badan memerlukan kira-kira 33-40 jam untuk memproses makanan sebelum dikeluarkan dari badan sebagai najis. Najis bukan sahaja mengandungi air, tetapi juga bakteria mati dan hidup, protein, makanan yang tidak dicerna (serat), bahan buangan, garam dan lemak. Semakin lama najis mendap di usus, ia menjadi semakin kering dan berat. Inilah punca sembelit.

Seseorang mungkin mengalami sembelit jika:
  • Pergerakan usus kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis keras, kering dan berkeping-keping
Walaupun kebanyakan orang buang air besar sekali sehari, masih dianggap normal jika buang air besar 3 kali sehari atau sekali setiap tiga hari. Pergerakan usus yang normal mungkin berlaku sekerap 3 kali sehari. Najis menjadi keras dan kering apabila usus besar menyerap terlalu banyak air. Dalam kebanyakan kes, apabila makanan bergerak melalui usus besar, usus besar menyerap air semasa ia membuat najis. Apabila najis sampai ke rektum, kebanyakan air telah diserap. Najis kini padat dan keras.

Jika anda kurang lawas, atau sembelit, itu menandakan pergerakan otot usus besar terlalu perlahan. Ini menjadikan najis bergerak melalui usus besar terlalu perlahan dan ada banyak masa menyerap terlalu banyak air. Dietary fiber (serat makanan) membantu kesihatan usus. Insoluble fiber (serat tidak larut) berfungsi menarik air ke dalam najis, menjadikannya lebih lembut dan lebih mudah bergerak melalui usus.

Insoluble fiber membantu meningkatkan keteraturan usus. Insoluble fiber juga menyokong kepekaan insulin, dan membantu mengurangkan risiko diabetes. Jumlah insoluble fiber yang betul dapat mengawal berat badan mengawal tahap tekanan darah, membantu menyeimbangkan tahap kolesterol dalam darah, mengatur pergerakan usus dan mencegah buasir dan mengawal gula dalam darah.

GC PLUS adalah sejenis insoluble fiber. Kandungan serat tidak larut di dalam GC PLUS membantu pengguna jadi lebih lawas ke tandas.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana Otot dan Lemak Mempengaruhi Berat?

Anda mungkin pernah mendengar bahawa otot lebih berat daripada lemak. Tetapi menurut sains, 1kg otot dan 1kg lemak, beratnya sama. Perbezaan antara keduanya hanyalah ketumpatan. Dua barang yang sama berat boleh menjadi sangat berbeza dari segi saiz. 1kg marshmallow memakan lebih banyak ruang daripada 1kg besi.

Hal yang sama berlaku pada lemak dan otot. 1kg lemak mengambil lebih banyak ruang berbanding 1kg otot. Dua orang dengan berat yang sama boleh kelihatan berbeza apabila seorang mempunyai peratusan LEMAK yang tinggi dan yang lain mempunyai peratusan OTOT yang tinggi. Tambahan lemak 20kg memberi penampilan yang lebih 'lembik' dan terbuai-buai. Manakala tambahan otot 20kg kelihatan padat dan solid.

Otot juga berfungsi dengan cara berbeza daripada lemak. Lemak memerangkap suhu badan. Otot pula meningkatkan metabolisme badan. Ini bermakna, semakin banyak otot yang dimiliki, semakin banyak kalori yang dibakar ketika badan sedang berehat (Basal Metabolic Rate). Orang dengan peratusan lemak badan (body fat) yang lebih tinggi mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi, tanpa mengira BMI mereka. Maksudnya, walaupun seseorang itu ber-BMI normal dan kurus, belum tentu body fat-nya rendah. Boleh jadi dia skinny fat.

Walaupun seseorang dengan berat badan rendah tetapi jika lemaknya lebih dari otot, dia masih berisiko mendapat penyakit yang sama dengan orang obesiti (jantung, darah tinggi, diabetis). Menjaga peratusan body fat adalah penting.
Mekanisme GC PLUS berbeza dari produk weight loss yang lain kerana ia bukanlah fat burner. GC PLUS tidak membakar lemak. Ia menambahkan jisim otot secara perlahan-lahan. Apabila jisim otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat.

Untuk melihat keberkesanan GC PLUS, ukur lilitan pinggang selepas 10 hari mengambilnya. Pastikan mengambil saiz pinggang terlebih dahulu pada hari pertama. Selepas 10 hari mengambil GC PLUS, ada perbezaan inci pada pinggang. Perbezaan inci ini adalah indicator penurunan body fat anda.

Diana Ishak
Read more

"Hi! Boleh saya tahu GreenAard ada produk untuk kurangkan FATTY LIVER tak?"

Maaf, tak ada.
GreenAard TIADA sebarang produk khas untuk merawat fatty liver. Tetapi jangan risau, ada penyelesaiannya.

Sebelum merawat sesuatu penyakit, terlebih dahulu mesti tahu apa penyebabnya. Penyakit hati berlemak (fatty liver) adalah disebabkan oleh PENUMPUKAN LEMAK BERLEBIHAN di sel-sel hati. Fatty liver mempengaruhi kira-kira 1 daripada setiap 10 orang. Bermakna, ini bukanlah rare case. Adalah normal bagi hati untuk mempunyai sedikit lemak, tetapi jika lemak menyumbang lebih dari 10% berat hati, mungkin boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Makan kalori berlebihan menyebabkan lemak berkumpul di hati. Apabila hati tidak memproses dan memecah lemak seperti biasa, terlalu banyak lemak akan terkumpul. Kebanyakkan yang mengidap fatty liver adalah mereka yang ada masalah obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol). Anda berisiko mendapat fatty liver jika:
  • overweight, terutamanya di pinggang (abdominal obesity)
  • tekanan darah tinggi
  • satu atau lebih tahap kolesterol yang tidak normal (samada tahap trigliserida tinggi, atau tahap LDL tinggi, atau HDL rendah)
  • resistan terhadap insulin
Jangan tak tahu, PENURUNAN BERAT BADAN YANG CEPAT dan kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan fatty liver. Jadi, jangan terlalu rush untuk turun 5-10kg sebulan. Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 430g/seminggu, iaitu kira-kira 1.8kg sahaja sebulan. Yang penting, jangan sekat makan hingga badan kurang zat.

Hingga kini, masih belum jelas bagaimana hati menjadi berlemak. Mungkin lemak tersebut datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap jumlah lemak yang banyak. Boleh jadi juga hati hilang kemampuan untuk mengubah lemak menjadi bentuk yang dapat dibuang dati badan. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak TIDAK akan menghasilkan hati yang berlemak. Jadi, apa cara untuk treat fatty liver?
  • Turunkan berat badan
  • Kawal diabetes
  • Turunkan kolesterol
  • Sebelum menggunakan ubat herba/jamu, pastikan ia selamat kerana tidak semua produk herba selamat digunakan
Kepada yang mengambil GC PLUS untuk membantu weight loss, pastikan anda guna weight loss yang kami sertakan. Tujuannya untuk anda track progress selama 10 hari pertama. Jangan risau jika penimbang menunjukkan penurunan hanya 800g. Untuk tempoh 10 hari, minimum hanya 580g loss sahaja. Yang mengambil Nutrijuice untuk kolesterol, sebaiknya, selepas 2-3 bulan penggunaan, ambil bacaan kolesterol semula. Bandingkan dengan bacaan sebelum.
Diana Ishak
Read more

Hubungan Antara Berat dan Kitaran Haid

Penurunan atau penambahan berat badan yang ketara boleh memberi kesan kepada kitaran haid dan PMS. Ovari wanita menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Estrogen membantu membina lapisan kusyen rahim, yang akan menyuburkan telur yang disenyawakan. ika persenyawaan tidak berlaku, lapisan kusyen itu akan dibuang melalui proses haid.

Secara biologi, lemak ditukar menjadi sejenis estrogen lemah yang dipanggil estrone. Wanita yang overweight menghasilkan banyak estrone akibat badan membawa sel lemak tambahan. Estrone yang banyak menyebabkan gangguan haid. Wanita yang overweight atau obes cenderung untuk mendapat haid yang tidak teratur akibat estrone yang banyak. Walau bagaimanapun, lapisan kusyen rahim masih terkumpul hingga ke satu tahap ia menjadi tidak stabil. Akhirnya, seorang wanita boleh mengalami haid yang "banyak seperti air terjun" dengan pendarahan yang berpanjangan atau sangat banyak.

Wanita yang kurang berat badan juga boleh mendapat gangguan kitaran haid. Wanita yang tidak mempunyai banyak lemak pada badan cenderung mengeluarkan haid yang sedikit atau haid tidak teratur. Ini keraba, badan yang terlalu kurus membuatkannya berhenti membuat estrogen (kerana kurang lemak). Kekurangan lemak tidak membenarkan sel menukar lemak kepada estrogen.

Wanita yang memiliki BMI 18.5 atau lebih rendah berisiko mendapat menopaus awal berbanding wanita dengan BMI "normal", antara 18.5 dan 22.4. Risiko berat badan berlebihan secara amnya lebih ramai yang memahami, tetapi wanita sering tidak menyedari komplikasi hormon apabila badan terlalu kurus. Maka, berpada-padalah dalam mengawal berat badan. Jangan terlalu berlebihan lemak, tetapi jangan pula terlalu kurus. Sudah tentu tiada siapa mahu menopause awal, kan?
Diana Ishak
Read more
332 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart