Bagaimana Otot dan Lemak Mempengaruhi Berat?
Anda mungkin pernah mendengar bahawa otot lebih berat daripada lemak. Tetapi menurut sains, 1kg otot dan 1kg lemak, beratnya sama. Perbezaan antara keduanya hanyalah ketumpatan. Dua barang yang sama berat boleh menjadi sangat berbeza dari segi saiz. 1kg marshmallow memakan lebih banyak ruang daripada 1kg besi.
Hal yang sama berlaku pada lemak dan otot. 1kg lemak mengambil lebih banyak ruang berbanding 1kg otot. Dua orang dengan berat yang sama boleh kelihatan berbeza apabila seorang mempunyai peratusan LEMAK yang tinggi dan yang lain mempunyai peratusan OTOT yang tinggi. Tambahan lemak 20kg memberi penampilan yang lebih 'lembik' dan terbuai-buai. Manakala tambahan otot 20kg kelihatan padat dan solid.
Otot juga berfungsi dengan cara berbeza daripada lemak. Lemak memerangkap suhu badan. Otot pula meningkatkan metabolisme badan. Ini bermakna, semakin banyak otot yang dimiliki, semakin banyak kalori yang dibakar ketika badan sedang berehat (Basal Metabolic Rate). Orang dengan peratusan lemak badan (body fat) yang lebih tinggi mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi, tanpa mengira BMI mereka. Maksudnya, walaupun seseorang itu ber-BMI normal dan kurus, belum tentu body fat-nya rendah. Boleh jadi dia skinny fat. Walaupun seseorang dengan berat badan rendah tetapi jika lemaknya lebih dari otot, dia masih berisiko mendapat penyakit yang sama dengan orang obesiti (jantung, darah tinggi, diabetis).
Menjaga peratusan body fat adalah penting. Mekanisme GC PLUS berbeza dari produk weight loss yang lain kerana ia bukanlah fat burner. GC PLUS tidak membakar lemak. Ia menambahkan jisim otot secara perlahan-lahan. Apabila jisim otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat. Untuk melihat keberkesanan GC PLUS, ukur lilitan pinggang selepas 10 hari mengambilnya. Pastikan mengambil saiz pinggang terlebih dahulu pada hari pertama. Selepas 10 hari mengambil GC PLUS, ada perbezaan inci pada pinggang. Perbezaan inci ini adalah indicator penurunan body fat anda.