GC Plus

Apa Punca Kencing Manis? Adakah Makan Terlampau Banyak Gula, atau Sel Pankreas Rosak?

Punca utama diabetes jenis 2 adalah:

(i) Rintangan insulin (sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin)

(ii) Kelemahan fungsi sel beta pankreas

 

Sebenarnya, ia bukan kerana makan terlalu banyak makanan manis, guys! Ok, mekanismenya begini. Pada mulanya, pankreas menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbangi rintangan insulin. Lama kelamaan, pankreas tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, kerana sel pankreas rosak, menyebabkan paras gula darah meningkat.

Walaupun makan makanan manis bukan menjadi punca utama kencing manis, gula menyebabkan obesiti. Obesitilah yang menyebabkan rintangan insulin. Dalam erti kata lain, akibat kegemukan, sel pankreas rosak hasil dari tekanan metabolik yang berpanjangan.

Jadi apa punca sel pankreas rosak? Adakah faktor genetik? Dalam diabetes jenis 2, genetik boleh mempengaruhi keupayaan sel pankreas untuk menghasilkan insulin dengan cekap. Gen tertentu seperti TCF7L2 menjadi punca penurunan fungsi sel pankreas. Walaupun faktor genetik bukan satu-satunya punca diabetes, kerosakan sel pankreas boleh juga berlaku akibat kegemukan hasil dari pengambilan makanan berkalori tinggi, yang meningkatkan permintaan insulin.

Rintangan insulin, di mana sel tubuh tidak bertindak balas terhadap insulin dengan baik, menyebabkan sel pankreas bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Selain itu, penuaan boleh menyebabkan fungsi sel pankreas merosot secara perlahan. Sebab itulah semakin berusia, semakin ramai yang mendapat diabetes.

Ya, genetik boleh meningkatkan risiko diabetes, tetapi ia bukan penyebab utama. Genetik mempengaruhi kecenderungan rintangan insulin dan kelemahan sel pankreas, tetapi gaya hidup memainkan peranan besar dalam mempercepatkan kerosakan.

Adakah sel pankreas yang rosak ini boleh dirawat? Dalam diabetes jenis 2, sel pankreas tidak sepenuhnya musnah tetapi tertekan akibat paras gula darah yang tinggi. Cara untuk merawatnya adalah:

(i) Penurunan berat badan: Mengurangkan berat badan mengurangkan tekanan pada sel pankreas dan meningkatkan sensitiviti insulin.

(ii) Diet: Kawalan pemakanan dan berat badan.

(iii) Kekal aktif: Badan yang aktif menurunkan gula darah.

Jadi, JANGAN GEMUK. Kegemukan adalah punca kepada banyak penyakit, termasuk diabetes.

Diana Ishak
Read more

Abs Trimmer Boleh Pecahkan Lemak Perut?

Abs trimmer, seperti sweat belts atau waist trimmers, sering dikatakan boleh membantu menghilangkan lemak perut. Namun, keberkesanannya dari sudut sains lebih kepada mitos daripada kenyataan! Nak kami jelaskan?

Satu perkara yang semua orang mesti faham adalah, lemak TIDAK BOLEH dikurangkan dengan cara spot reduction. Ramai orang percaya melakukan sit ups atau menggunakan abs trimmer dapat mengurangkan lemak di area spesifik badan, seperti perut. Tetapi sains menunjukkan bahwa itu tidak benar. Faktanya, lemak badan berkurang secara keseluruhan (bukan di satu area saja).

Badan anda menentukan di mana lemak akan berkurang terlebih dahulu, berdasarkan faktor genetik dan hormon. Anda tidak boleh memilih. Contohnya, jika anda berdiet dan mendapati paha mengecil tetapi perut tetap sama, fenomena ini dapat dijelaskan oleh faktor genetik dan hormon. Genetik memainkan peranan besar dalam menentukan di mana tubuh menyimpan dan membakar lemak. Bagi sesetengah individu, lemak di kawasan paha atau lengan mungkin lebih mudah dihilangkan berbanding di perut.

Abs trimmer bekerja dengan cara meningkatkan suhu di sekitar area perut, yang menyebabkan anda berpeluh lebih banyak. Tetapi, berpeluh dengan banyak hanya menghilangkan air dari tubuh, bukan lemak. Berat badan mungkin berkurang sementara setelah penggunaan abs trimmer, tetapi ini adalah kehilangan air yang akan kembali setelah anda minum. Abs trimmer TIDAK meningkatkan metabolisme atau membantu membakar kalori secara signifikan. Dalam erti kata lain, ia TIDAK efektif untuk mengurangkan lemak perut secara kekal.

Untuk yang benar-benar nak kurangkan lemak, ada 2 cara paling cepat:

  1. Jangan banyak makan
  2. Kurangkan gula

"Gula" bermaksud gula putih dan refined carbohydrates seperti tepung. Tetapi, ramai orang tak tahan apabila perlu kawal pemakanan, apatah lagi disuruh berlapar untuk kurus. Sebab itu, GreenAard TIDAK PERNAH memaksa anda berlapar. Yang kami cadangkan adalah mengambil GC PLUS atau Maaltyd bagi mengurangkan keinginan untuk makan.

Kedua-dua GC PLUS dan Maaltyd dapat mengurangkan rasa lapar.

GC Plus: merangsang serotonin yang mengurangkan rasa lapar

Maaltyd: bahan-bahan di dalamnya membentuk gel dalam perut, memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Diana Ishak
Read more

Bagaimana Stres Menyebabkan Pengumpulan Lemak di Perut?

Stres, sama ada disedari atau tidak, boleh mempengaruhi tubuh mengeluarkan hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada stres. Walaupun kortisol berfungsi untuk membantu tubuh menangani situasi sukar, pengeluaran yang berlebihan atau berpanjangan boleh membawa kepada berkumpulnya lemak, terutamanya di kawasan perut.

Mari kami jelaskan apa mekanisme pembentukan lemak di perut yang disebabkan oleh stres. Apabila tubuh menghadapi stres, sistem saraf akan mengaktifkan mekanisme "fight or flight", yang menyebabkan kortisol dilepaskan. Kortisol meningkatkan tahap gula dalam darah untuk memberi tenaga. Jika stres berterusan atau berulang, gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan sebagai lemak, terutamanya di kawasan perut.

Lemak yang disimpan adalah jenis lemak visceral. Lemak ini berbeza dengan lemak subkutan (di bawah kulit) kerana ia lebih aktif secara metabolik. Tubuh menyimpan lemak di perut kerana kawasan ini dianggap sebagai "stor tenaga utama". Apabila kortisol banyak dalam badan, selera makan bertambah, terutamanya untuk makanan tinggi gula dan lemak. Kortisol juga boleh melambatkan metabolisme, menjadikan tubuh membakar kalori pada kadar lebih perlahan. Ini menyulitkan proses penurunan berat badan walaupun dengan diet dan senaman.

Bolehkah badan merasa stress tanpa kita sedari? Ya, badan anda boleh mengalami stres walaupun anda tidak merasakannya secara sedar. Ini dikenali sebagai stres fisiologi tersembunyi, yang boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Kurang Tidur
  • Pemakanan Yang Tidak Seimbang
  • Tekanan Kronik
  • Faktor Persekitaran
  • Masalah Kesihatan

Kekurangan tidur menyebabkan tubuh menganggap anda sedang dalam keadaan tertekan, lalu meningkatkan pengeluaran kortisol. Makanan tinggi gula dan lemak pula menyebabkan tekanan dalaman pada badan, yang mengaktifkan pengeluaran kortisol. Stres ringan tetapi berterusan, seperti beban kerja yang tidak dirasai sebagai "berat", boleh mencetuskan kortisol secara perlahan tetapi berpanjangan. Pencemaran, bunyi bising, atau suhu yang melampau juga boleh menyebabkan stres pada tubuh tanpa kita sedari. Keradangan kronik, penyakit autoimun, atau tahap gula darah yang tidak stabil boleh menyebabkan tubuh menghasilkan kortisol walaupun tiada stres yang nyata.

Jadi, sekarang dah tahu kan? Pengurusan berat badan lebih dari sekadar "KURANGKAN MAKAN". Selain dari mengawal makan, perlu kurangkan stress. Sebab itulah, mekanisme GC PLUS bukan membakar lemak (not a fat burner), tetapi merangsang serotonin supaya badan merasa tenang.

Diana Ishak
Read more

Apa Berlaku Selepas Ambil GC Plus ?

Berikut adalah bagaimana setiap bahan aktif dalam GC Plus bertindak sejurus selepas pengambilan.

Catechins dan Kafein mula merangsang sistem saraf pusat, meningkatkan kadar metabolisme, dan memecahkan lemak yang tersimpan menjadi asid lemak bebas yang boleh digunakan sebagai tenaga. Tindak balasnya dapat dirasai dalam beberapa jam apabila anda merasa peningkatan tenaga.

Thymoquinone mengawal paras gula dalam darah, mengelakkan lonjakan insulin selepas makan, dan merangsang sistem imun, menjadikan tubuh lebih efisien untuk proses metabolik. Selepas pengambilan, gula darah menjadi lebih stabil.

Allicin membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan merangsang aliran darah, mempercepatkan pemecahan lemak serta mengurangkan risiko keradangan yang menghalang penurunan berat badan. Dalam beberapa jam, proses penghadaman dan metabolisme lemak menjadi lebih cekap.

Hydroxycitric Acid (HCA) menghalang enzim yang menukar karbohidrat kepada lemak, sekaligus mengurangkan pembentukan lemak baru. Ia juga meningkatkan serotonin dalam otak, membantu mengawal selera makan dan mood. Dalam beberapa jam, anda akan merasa kurang keinginan untuk makan berlebihan, terutama makanan tinggi karbohidrat.

Gingerol merangsang penghasilan haba dalam badan, membantu tubuh membakar lebih banyak kalori, dan mempercepatkan penghadaman. Tindak balas ini dapat mengurangkan kembung perut dan rasa tidak selesa selepas makan, menjadikan tubuh lebih bersedia untuk membakar kalori.

Noni (Mengkudu) bertindak sebagai detoks semula jadi untuk mengeluarkan toksin dan meningkatkan tenaga. Selepas pengambilan, noni membantu mengurangkan toksin yang melambatkan metabolisme, menjadikan tubuh lebih cekap membakar lemak.

Proses Secara Keseluruhan Selepas Pengambilan GC Plus

Dalam beberapa jam, teh hijau dan halia mula meningkatkan metabolisme dan tenaga, sementara Kalonji Oil dan Garcinia cambogia mengawal selera makan dan gula darah. Noni memulakan proses detoksifikasi ringan, dan pegaga meningkatkan aliran darah.

Sehari kemudian, lemak ringan mula dipecahkan sebagai sumber tenaga, dan air mula dikeluarkan dari badan.

Penggunaan berterusan selama beberapa minggu akan menyaksikan lemak degil digunakan sedikit demi sedikit sebagai sumber tenaga.

Hasil Penurunan Berat Badan

Dalam tempoh 4 hingga 8 minggu, anda mungkin mula melihat perubahan pada lilitan pinggang dan penurunan berat badan sekitar 1-3 kg. Selepas 3 hingga 6 bulan, penurunan berat badan sekitar 5-10% daripada berat badan asal boleh dicapai, bergantung pada konsistensi.

Dalam 2 minggu pertama, kebanyakan berat badan yang hilang adalah air. Penurunan lemak sebenar biasanya berlaku secara perlahan tetapi konsisten selepas 3-4 minggu. Penurunan lilitan pinggang lebih ketara dan berlaku lebih awal daripada perubahan berat badan kerana GC Plus membantu mengurangkan lemak visceral (lemak di sekitar organ).

Kenapa Lilitan Pinggang Berkurang Dulu?

Lilitan pinggang adalah indikator penting kerana ia menunjukkan kehilangan lemak visceral, yang lebih responsif terhadap perubahan metabolik. GC Plus mempercepatkan pembakaran lemak visceral, mengakibatkan pengurangan lemak di kawasan perut.

Penurunan 0.5 hingga 1 kg seminggu adalah kadar yang selamat dan berkesan. Fokus utama adalah kesihatan keseluruhan seperti tenaga, mood, dan kekuatan fizikal, bukan sekadar angka pada penimbang.

Diana Ishak
Read more

Kesan Mengambil GC Plus dan Penjelasan Sains

Ini adalah pertanyaan dari seorang pengguna GC Plus, dan kami akan menjelaskan kenapa kesan tertentu seperti panas badan, kerap kencing, pening kepala, dan rasa haus mungkin berlaku. GC Plus mengandungi bahan-bahan seperti Garcinia cambogia, halia, pegaga, noni, habatussauda, dan bawang putih. Setiap bahan ini mempunyai kesan tertentu terhadap badan.

Isu: Badan Terasa Panas

Bahan-bahan seperti halia dan bawang putih adalah termogenik, yang bermaksud ia meningkatkan suhu badan dan metabolisme. Halia mengandungi gingerol, yang merangsang sistem saraf untuk membakar lebih banyak kalori dan menghasilkan haba. Ini menyebabkan rasa panas dalam badan. Bawang putih pula mengandungi allicin, yang turut meningkatkan kadar metabolisme dan menyebabkan badan terasa panas semasa ia membakar lemak. Jadi, sekiranya anda terasa panas badan, ini bermakna GC Plus sedang menjalankan fungsinya membakar lemak.

Isu: Kerap Nak Terkencing

Kerap kencing adalah tanda bahawa badan sedang menyingkirkan lebihan air atau toksin. Ketika badan mula membakar lemak, ia terlebih dahulu akan menyingkirkan air dan menggunakan glikogen sebagai tenaga. Pemecahan glikogen menghasilkan air, menyebabkan anda lebih kerap kencing. Pegaga dan noni, kedua-duanya bersifat diuretik, merangsang buah pinggang untuk menghasilkan lebih banyak air kencing. Ini membantu badan mengeluarkan toksin, mengurangkan retensi air, dan menyokong penurunan berat badan. Apabila lemak dipecahkan, ia menghasilkan produk sisa yang perlu dikeluarkan melalui air kencing. Ini adalah sebahagian daripada mekanisme pembakaran lemak. Tips: Minum lebih banyak air untuk mengimbangi kehilangan cecair dan mengelakkan dehidrasi.

Isu: Rasa Pening Kepala

Pening kepala boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Garcinia cambogia meningkatkan pembakaran lemak, tetapi proses ini berlaku lebih perlahan berbanding pembakaran glukosa. Badan mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada penggunaan lemak sebagai sumber tenaga utama. Dalam tempoh ini, anda mungkin merasa lemah atau pening. Tips: Minum air yang mencukupi kerana kekurangan air boleh memburukkan lagi rasa pening.

Kesemua kesan ini menunjukkan bahawa GC Plus sedang menjalankan fungsinya dalam membantu proses penurunan berat badan. Namun, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti menjaga pengambilan air untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga.

Diana Ishak
Read more

Pening Kepala, Migrain, Vertigo, Cirit-Birit, Kejang, dan Kesemutan BUKAN Penyakit Tetapi Tanda Badan Anda Memberi ALARM

Pening kepala, migrain, vertigo, cirit-birit, kekejangan otot (cramp), dan kesemutan sering dianggap sebagai gejala yang menunjukkan sesuatu yang tidak normal dalam tubuh. Walaupun gejala-gejala ini tidak selalu menandakan penyakit serius, ia sebenarnya adalah cara tubuh memberi peringatan bahawa ada sesuatu yang memerlukan perhatian.

Pening kepala, misalnya, adalah gejala umum yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dehidrasi, tekanan darah rendah, kurang tidur, atau ketegangan otot di leher dan kepala. Kadang-kadang, pening kepala juga boleh menjadi tanda migrain atau masalah kesihatan yang lebih serius seperti gangguan neurologi atau masalah peredaran darah. Ia adalah cara tubuh memberi isyarat bahawa ada masalah dengan keseimbangan aliran darah di otak.

Migrain pula adalah sejenis sakit kepala yang lebih teruk dan sering disertai dengan gejala lain seperti loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya atau bunyi. Migrain boleh dipicu oleh stres, perubahan hormon, atau diet tertentu. Ia adalah cara tubuh memberitahu bahawa terdapat gangguan pada sistem saraf atau keseimbangan kimia dalam otak.

Vertigo adalah rasa pusing atau seolah-olah persekitaran berputar. Ia biasanya disebabkan oleh masalah pada telinga dalam, yang mengawal keseimbangan tubuh. Selain itu, vertigo juga boleh berpunca daripada masalah sistem saraf pusat atau gangguan peredaran darah, menunjukkan bahawa tubuh menghadapi masalah pada sistem keseimbangan atau aliran darah ke otak.

Cirit-birit pula adalah tanda bahawa sistem pencernaan sedang mengalami masalah, seperti jangkitan bakteria atau virus, atau intoleransi makanan. Ia juga boleh menjadi reaksi tubuh terhadap stres atau kebimbangan. Dalam kes ini, cirit-birit adalah cara tubuh memberi isyarat bahawa terdapat masalah dengan proses pencernaan atau keseimbangan mikrobiota dalam usus.

Kekejangan otot atau cramp sering berlaku apabila otot berkontraksi secara tiba-tiba dan tidak dapat relax. Ini biasanya disebabkan oleh kekurangan elektrolit, dehidrasi, atau penggunaan otot yang berlebihan. Cramp juga boleh berlaku jika tubuh tidak mendapat cukup oksigen atau aliran darah yang mencukupi, menunjukkan tubuh memerlukan perhatian terhadap keseimbangan elektrolit atau pemulihan otot.

Kesemutan atau kebas, yang sering disebut "pins and needles," biasanya terjadi apabila terdapat tekanan pada saraf atau aliran darah yang terganggu. Puncanya boleh termasuk kedudukan tubuh yang salah, ketegangan otot, atau masalah dengan sistem saraf periferal. Kesemutan adalah cara tubuh memberi isyarat bahawa ada gangguan pada penghantaran isyarat saraf atau peredaran darah di kawasan tertentu.

Penting untuk diingat bahawa tidak semua gejala seperti pening kepala, migrain, vertigo, cirit-birit, kekejangan, dan kesemutan memerlukan ubat. Sama ada gejala tersebut memerlukan rawatan atau boleh sembuh dengan sendirinya bergantung kepada punca, keterukan, dan tempoh gejala tersebut berlaku.

Diana Ishak
Read more

Darah Haid Saya Tak Berhenti Sebulan!

Seorang pelanggan GC Plus mengadu darah haidnya tidak berhenti selama sebulan setelah mengambil GC Plus. Kami percaya ini adalah kes terpencil, dan akan menjelaskan situasi ini dari sudut sains.

Penurunan berat badan selepas mengambil suplemen seperti GC Plus boleh mempengaruhi kitaran haid, termasuk menyebabkan haid berpanjangan. Ini biasanya berkaitan dengan perubahan hormon dalam badan akibat faktor seperti penurunan berat badan mendadak, perubahan metabolisme, dan bahan aktif dalam GC Plus.

Lemak badan memainkan peranan penting dalam pengeluaran estrogen, hormon yang mengatur kitaran haid. Apabila berat badan turun dengan cepat, jumlah lemak badan yang berkurangan boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen. Ketidakseimbangan ini boleh mengganggu kitaran haid, termasuk menyebabkan haid menjadi lebih lama daripada biasa.

Beberapa bahan dalam GC Plus turut memberi kesan terhadap hormon atau fungsi tubuh. Sebagai contoh:

Garcinia Cambogia mengandungi asid hidroksisitrat (HCA), yang meningkatkan metabolisme dan mengubah cara badan menggunakan tenaga. Perubahan metabolik ini boleh mempengaruhi kestabilan hormon.

Pegaga dan halia membantu meningkatkan peredaran darah dan proses detoksifikasi. Namun, ini juga boleh menyebabkan haid menjadi lebih panjang atau aliran darah menjadi lebih banyak.

Kalonji Oil berfungsi sebagai agen pemulihan hormon. Pada sesetengah individu, ia boleh mencetuskan ketidakseimbangan hormon, terutamanya jika hormon tubuh sudah sensitif.

Selain itu, penurunan berat badan mendadak dianggap sebagai stres oleh badan. Stres ini boleh mengganggu hormon lain, seperti estrogen dan progesteron, yang mengawal kitaran haid. Badan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan metabolik ini, dan sementara waktu, ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak teratur.

Nasihat kami adalah untuk berhenti sementara pengambilan GC Plus. Berikan masa sehingga kitaran haid kembali normal sebelum memulakan semula pengambilan suplemen ini.

Diana Ishak
Read more

Kenapa masih lapar walau selepas makan?

Rasa lapar walaupun selepas makan boleh dikaitkan dengan masalah resistance insulin. Insulin adalah hormon yang membantu glukosa (gula) masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga. Dalam keadaan normal, apabila anda makan, makanan dipecahkan menjadi glukosa dan dilepaskan ke dalam aliran darah. Pankreas kemudian melepaskan insulin untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel. Namun, dalam keadaan resistance insulin, sel-sel tubuh menjadi kurang sensitif atau tidak responsif terhadap insulin. Ini menyebabkan beberapa masalah. Kerana sel-sel tidak responsif terhadap insulin, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel dengan efektif, menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah. Sel-sel badan menjadi kurang bertenaga kerana glukosa tidak dapat masuk dengan baik. Pankreas cuba mengatasi masalah ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin sehingga tahap insulin menjadi sangat tinggi dalam darah.

Kekurangan tenaga juga menyebabkan sel-sel menghantar isyarat kepada otak bahawa badan masih memerlukan makanan. Otak menerima isyarat daripada sel-sel yang kekurangan tenaga, menyebabkan rasa lapar berterusan walaupun selepas makan. Otak mengarahkan tubuh untuk makan lebih banyak, mencari sumber tenaga yang diperlukan. Tahap insulin yang tinggi menyebabkan tubuh menyimpan lebih banyak lemak. Ini kerana insulin adalah hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak. Resistance insulin menjadikan pengurusan berat badan lebih sukar kerana tubuh cenderung menyimpan lebih banyak lemak dan rasa lapar berterusan menggalakkan pengambilan kalori yang lebih tinggi. Dengan insulin resistance, metabolisme tubuh menjadi terganggu. Tubuh kurang efektif dalam menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga dan cenderung menggunakan otot untuk tenaga apabila kadar gula dalam darah tinggi. Insulin yang tinggi juga menghalang proses pemecahan lemak. Ini bermakna tubuh kurang efektif dalam membakar lemak sebagai sumber tenaga. Sebab itulah pentingnya menurunkan berat badan serta mengurangkan body fat.

Diana Ishak
Read more

Kami buktikan bagaimana GC Plus & Maaltyd tidak membuatkan anda perlu berlapar untuk kurus.

Kita semua ingin mencapai berat badan ideal, tetapi jangan sampai dapat kesan sampingan seperti pening, loya, dan muntah. Jika merasa pening atau gejala lain yang serupa setelah mengambil GC Plus atau Maaltyd, itu mungkin tanda bahawa cara anda menurunkan berat badan tidak betul. Mengurangkan pengambilan kalori secara mendadak boleh membuat seseorang merasa pening, terutamanya jika mengamalkan diet rendah karbohidrat (low-carb diets). Diet ini popular untuk menurunkan berat badan, tapi sebenarnya ia salah satu punca utama pening kepala.

Otak menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Tanpa cukup karbohidrat, bekalan tenaga ke otak berkurang, menyebabkan pening, loya dan keletihan. Untuk menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan, elakkan mengurangkan kalori secara drastik. GC Plus dan Maaltyd sama-sama mengurangkan selera makan, tetapi anda masih perlu makan dengan cukup. Contohnya, sekiranya mengambil Maaltyd untuk sarapan, jangan pula semasa makan malam masih mengambil Maaltyd. kekurangan nutrisi boleh membuatkan otak kekurangan tenaga.

Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 400-900 gram SEMINGGU sahaja. Walaupun nampak sedikit, penurunan berat badan yang perlahan adalah lebih stabil, selamat dan berkesan dalam jangka panjang. Mengurangkan berat badan terlalu cepat, seperti kehilangan 5 kg sebulan, boleh menyebabkan berat badan bertambah kembali dalam masa yang singkat. Jika kalori yang diambil mencukupi tetapi masih pening kepala, ini mungkin disebabkan oleh faktor lain. Pening boleh berpunca dari dehidrasi atau tahap gula darah yang terlalu rendah akibat berlapar terlalu lama atau pengambilan kalori yang tidak mencukupi.

GC Plus dan Maaltyd sama-sama membuatkan anda merasa kurang lapar. Ini membuatkan pengguna merasa tiada keperluan untuk makan. Salah! Sekiranya tidak merasa lapar, anda masih perlu makan selepas 14 jam tidak makan apa-apa (minimum). Untuk mengurangkan risiko pening, tetap makan selepas 14 jam tidak merasa lapar. Makan dalam kuantiti yang kecil tidak mengapa. Ini membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang stabil. Pastikan mendapat sekurang-kurangnya 130 gram karbohidrat sehari.

Diana Ishak
Read more

Mengapa Minum Banyak Air Menyebabkan Kerap Ke Tandas?

Minum air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan masalah dehidrasi dan mengelakkan betis dari mengeras atau berasa tegang. Tetapi, bila minum banyak air sekaligus, badan tidak sempat menyerapnya dengan baik, menyebabkan kita perlu ke tandas dengan kerap. Di sini kami beri penjelasan dari sudut sains serta cara untuk mengurangkan kekerapan ke tandas.

Yang Pertama, bila minum air dalam jumlah yang banyak, darah akan menyerap air tersebut dan meningkatkan jumlah cecair di dalam darah. Buah pinggang bertindak menapis lebihan cecair ini agar keseimbangan elektrolit dalam tubuh terjaga. Akibatnya, lebihan air akan dikeluarkan melalui air kencing.

Yang Kedua, dalam badan ada sejenis hormon iaitu, ADH yang membantu mengawal jumlah air yang ditahan oleh badan. Ketika minum air banyak dalam tempoh yang singkat, badan akan menurunkan pengeluaran hormon ADH. Ini menyebabkan buah pinggang kurang menahan air dan menghasilkan lebih banyak air kencing, sehingga kita kerap ke tandas.

Yang Ketiga, setiap orang ada kapasiti pundi kencing yang berbeza. Bila pundi kencing penuh, isyarat akan dihantar ke otak untuk mengosongkan pundi tersebut. Sekiranya air yang diminum tidak diagihkan secara perlahan, pundi kencing akan cepat penuh, menyebabkan kekerapan ke tandas bertambah.

Jadi, apa cara untuk mengurangkan kekerapan ke tandas?

(i) Minum Air Sedikit-Sedikit Sepanjang Hari

Sebaiknya minum air dengan kerap tetapi dalam kuantiti kecil, berbanding minum dalam jumlah besar sekaligus.

(ii) Ambil Air dari Sumber Lain

Air bukan sahaja boleh didapati dari minuman tetapi juga dari makanan seperti buah-buahan dan sayuran. Ini memberikan air kepada badan dengan lebih perlahan.

(iii) Elakkan Minum Sebelum Tidur

Sekiranya tidak mahu terganggu semasa tidur, elakkan minum air terlalu banyak dalam tempoh sejam sebelum itu.

(iv) Tambah Elektrolit

Mengambil sedikit elektrolit (seperti sodium dan potassium) dalam minuman atau makanan boleh membantu tubuh mengekalkan lebih banyak air.

Diana Ishak
Read more

"Saya pengguna GC Plus sejak bulan lepas. Dalam masa yang sama saya amalkan Keto diet. GC Plus buatkan saya kurang lapar, tetapi I feel mentally foggy and more forgetful. Why?"

Hi! Saya Diana, founder GreenAard. Terima kasih untuk soalan tadi. Mari saya jelaskan kenapa berlaku begitu.

Selalunya, apabila berlaku sesuatu yang pelik pada diri, dengan pantas orang menyalahkan produk. Tak, saya tak kata produk saya perfect. But, saya ada penjelasan bagi masalah tersebut.

DIET KETO

Diet keto melibatkan pengurangan karbohidrat dalam pemakanan. Walaupun ini boleh membantu pembakaran lemak yang berkesan dan penurunan berat badan, badan perlu beberapa masa untuk menyesuaikan diri dengan menggunakan keton (hasil daripada pemecahan lemak) sebagai sumber tenaga utama. Semasa tempoh penyesuaian ini, sesetengah orang mengalami kekaburan mental dan mudah lupa, yang dikenali sebagai "keto flu".

GC PLUS

GC Plus mengandungi asid hidroksisitrik (HCA). HCA dapat mengawal selera makan dengan meningkatkan tahap serotonin dalam otak, yang boleh menyebabkan kurang rasa lapar dan rasa kenyang yang lebih tinggi. Walaupun ini boleh membantu dalam penurunan berat badan, sesetengah individu mungkin mengalami perubahan fungsi kognitif akibat perubahan tahap serotonin.

Gabungan kedua-dua faktor ini mungkin menyumbang kepada kekaburan mental dan lupa ingatan anda. Saya ada cadangan untuk membantu mengurangkan simptom ini sambil tetap mendapat manfaat daripadanya. Yang pertama, minum air secukupnya. Kekurangan air boleh memburukkan kekaburan mental. Yang kedua, kurangkan dos GC Plus. Dari 4 kapsul, cuba ambil 2 kapsul dulu. See how it goes, ok? Yang ketiga, beri masa. Badan mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan diet keto dan GC Plus. Simptom kekaburan mental, mungkin bertambah baik seiring dengan penyesuaian badan. Jangan lupa bahawa reaksi individu terhadap GC Plus dan diet boleh berbeza, dan apa yang berkesan bagi seseorang mungkin tidak berfungsi dengan cara yang sama bagi yang lain. Jadi penting untuk "mendengar" badan anda.

Diana Ishak
Read more

Kenapa ada najis yang terlalu busuk?

Najis yang sangat busuk biasanya disebabkan oleh pencernaan dan diet.

(1) Makanan tinggi sulfur seperti daging merah, telur, bawang putih, brokoli, dan kubis mengandungi sulfur. Apabila dicerna menghasilkan gas hidrogen sulfida (bau telur busuk).

(2) Makanan berlemak sukar dicerna, boleh menghasilkan najis yang berbau lebih kuat.

(3) Makanan busuk, tercemar atau sudah basi boleh menyebabkan bau najis yang busuk.

(4) Jika tubuh kekurangan enzim tertentu seperti laktase untuk mencerna laktosa, makanan tidak dipecahkan sepenuhnya, menyebabkan bau busuk.

(5) Sisa makanan yang tidak dipecahkan dengan baik oleh sistem pencernaan cenderung menghasilkan gas dan bau busuk.

(6) Jangkitan pada usus yang disebabkan oleh bakteria seperti Salmonella, E. coli, atau parasit seperti Giardia boleh menyebabkan najis busuk.

(7) Celiac disease. Penyakit ini menyebabkan tubuh tidak boleh mencerna gluten dengan baik, menghasilkan najis berbau busuk dan berminyak.

(8) Malabsorpsi lemak, menyebabkan lemak keluar bersama najis, menjadikannya berbau busuk dan berminyak.

(9) Pengambilan antibiotik boleh mengganggu flora bakteria baik di usus, menyebabkan perubahan bau najis.

(10) Suplementasi tertentu seperti zat besi atau probiotik kadangkala menyebabkan najis lebih berbau.

GC Plus ada ekstrak Garcinia cambogia, buah noni, bawang putih, habatussauda, teh hijau dan pegaga. Adakah boleh menyebabkan najis yang busuk dan berminyak?

Ya, kandungan bahan aktif dalam GC Plus berpotensi mempengaruhi bau dan tekstur najis, bergantung pada reaksi tubuh terhadap bahan-bahan tersebut. Hydroxycitric Acid (HCA) adalah kompaun utama dalam GC Plus yang membantu menghalang penukaran karbohidrat menjadi lemak. Kesannya, lemak yang tidak diserap sepenuhnya akan dikeluarkan melalui najis, menjadikannya berminyak. Proses metabolik ini boleh menghasilkan gas yang menyebabkan najis lebih busuk. GC Plus juga ada bawang putih yang mengandungi allicin, yang boleh menghasilkan gas sulfur apabila dicerna. Gas sulfur ini boleh menyebabkan najis lebih busuk.

Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart