GC Plus / otot mengecut

Bolehkah Lemak Menjadi Otot?

Mencuba untuk buang lemak dan membina otot serentak adalah goal bagi ramai orang. Antara mitos yang paling popular adalah, "Lemak boleh berubah menjadi otot melalui latihan angkat berat atau senaman". Bolehkah lemak berubah menjadi otot?

Jawapannya, TIDAK. Kerana. otot dan lemak terdiri daripada sel yang berbeza.

Otot datang dalam tiga bentuk - rangka, otot jantung dan otot halus (kebanyakannya dalam usus). Otot yang selalu kita sebut-sebut adalah merujuk kepada otot rangka. Tisu otot rangka ini terdiri daripada blok-blok protein. Sedangkan lemak terdiri daripada trigliserida.

Nota : Trigliserida adalah salah satu komponen kolesterol. Boleh nampak kan, apa kaitan berat badan dengan kolesterol?

Oleh kerana sel otot dan lemak mempunyai komposisi kimia yang berbeza, maka kedua-duanya tidak dapat ditukarkan menjadi satu sama lain. Hakikatnya, proses kehilangan lemak dan pembentukan otot isn’t quite that simple. Jadi, apa yang berubah ketika berat badan berkurangan?

- kehilangan lemak
- otot menyusut
- simpanan glikogen berkurang (air keluar dari badan)

Penurunan berat badan yang baik mestilah melibatkan kehilangan lemak sahaja, bukan otot. Untuk menurunkan berat badan, badan mesti mendapat kurang kalori. Bermakna, seseorang mesti makan sedikit kalori daripada yang diperlukan. Tetapi, kekurangan kalori yang terlalu besar menyebabkan otot mengecil kerana badan memecahkan otot untuk digunakan sebagai tenaga.

Oleh itu, disyorkan kekurangan kalori yang sihat adalah sekitar 500 kalori sahaja sehari. Jika keperluan kalori anda adalah 1600 kalori sehari, cuba kurangkan 20% (320 kalori). Kalori baru anda menjadi sekitar 1400 kalori. Amalkan kalori baru ini selama 1 minggu dan lihat berat badan berkurangan.

Semasa badan mendapat kekurangan kalori yang sederhana ini, trigliserida dalam lemak akan digunakan sebagai tenaga, bukannya otot. Sebab itulah berat badan yang susah untuk turun ada kaitan dengan kolesterol tinggi kerana trigliserida adalah sebahagian dari kolesterol. Walau bagaimanapun, mengurangkan 500 kalori sehari memang susah dilakukan sekiranya belum terbiasa. Sebab itulah kami cadangkan ambil GC PLUS kerana ia membantu membebaskan serotonin dengan banyak. Serotonin mengurangkan rasa lapar.

Diana Ishak
Read more

Kenapa berat pada penimbang tak turun tetapi baju-baju lama dah boleh dipakai semula?

Berat badan manusia terdiri dari:
  • tulang
  • otot
  • lemak
  • air
Bila kita menimbang berat badan, penimbang menunjukkan berat badan keseluruhan. Jadi, bila angka penimbang menunjukkan penurunan, belum tentu lemak yang turun. Boleh jadi air yang turun, manakala lemak masih kekal. Bila kita katakan "SAYA NAK KURUS!", sepatutnya ia membawa maksud "membuang lemak". Membuang lemak TIDAK AKAN BERLAKU dalam tempoh 3-4 hari.

Apabila jisim otot bertambah, lemak akan berkurangan. Kenapa?
Kerana, semakin besar jisim otot, semakin bertambahlah metabolisme badan. Bila metabolisme semakin tinggi, kerja-kerja membakar lemak menjadi lebih cepat. Apa yang menjadi "masalah", walaupun lemak telah berkurangan, berat pada penimbang tetap tak berganjak, atau menunjukkan penurunan yang sangat sedikit. Ini kerana, berat lemak telah digantikan dengan berat otot.

Dalam beberapa kes, skala penimbang menunjukkan pertambahan berat sedikit, sedangkan lemak dalam badan sudah berkurangan. JANGAN PANIK!
Sebab itulah penimbang berat bukanlah indicator terbaik ketika sedang berdiet. Lebih baik gunakan stok baju-baju lama sebagai piawai. Ingat! Misi kita adalah MEMBUANG LEMAK, bukan MENGECUTKAN OTOT. Adakalanya, bila terlalu berdiet (kurang makan), badan tidak mendapatan nutrisi yang cukup. Akibatnya, otot menjadi kecut kerana badan terpaksa menggunakan kalori dalam otot sebagai sumber tenaga (glikogen).

Ramai yang seronok bila penimbang menunjukkan pengurangan angka. Tetapi dalam masa yang sama mereka pelik kenapa badan masih ada 'isi' yang berlebih. Inilah yang berlaku apabila otot mengecil, dan bukannya lemak berkurang. Badan jadi 'kurus' kerana otot kecut, hakikatnya lemak masih ada, malah tidak terusik. 

GC PLUS bertindak dengan cara mengehadkan penggunaan tenaga yang tersimpan di otot. Sebaliknya, badan akan mendapatkan tenaga dari pemecahan lemak. Kami berikan weight loss tracker card untuk setiap pembelian GC Plus. Selepas 10 hari pertama, ukur pinggang and see how your waist size has decreased.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart