Bahan-bahan yang digunakan dalam GLOEI

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam GLOEI :

 

Chamomile

  • Mempunyai sifat anti-radang dan anti-mikrobial. Membantu menyembuhkan masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.
  • Agen 'peluntur' kulit semula jadi. Sifat antioksidannya membantu meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikan warna kulit lebih cerah.
  • Membantu memerangi jerawat, menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat. 
  • Sifat antioksidannya yang tinggi melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. Ia mempercepatkan pertumbuhan semula sel dan tisu, membantu mengetatkan liang-liang dan melambatkan proses penuaan kulit.

 

Saffron

  • Membantu mensekatakan warna kulit, menghapuskan bintik hitam dan menghalang liang pori dari tersumbat. Ia menghilangkan radikal bebas dan mempromosikan peredaran darah yang lebih baik ke muka, sehingga menyebabkan kulit lebih firm.
  • Kandungan vitamin seperti A, B dan C-nya menjadikan saffron mempunyai sifat pencerah kulit semulajadi.
  • Sifatnya yang menyerap kelembapan menjadikannya sesuai untuk kulit yang kering.

 

Tomato

  • Tomato bersifat astringen yang bermaksud ia dapat menyerap minyak yang berlebihan dari kulit dan dengan itu membantu merawat jerawat. Asid salisilik yang terdapat dalam tomato juga memainkan peranan penting dalam merawat jerawat kerana keupayaannya mengeringkan jerawat.
  • Mengecilkan liang-liang kulit yang besar dan terbuka. Liang kulit yang besar dan terbuka menjemput kotoran, bakteria dan zarah-zarah berminyak masuk ke dalam dan menjadikannya tersumbat dan membawa masalah kulit seperti jerawat.
  • Sifat astringen yang ada padanya menjadikan kulit lebih tegang.

 

Oren

  • Minyak semula jadi dalam oren membantu melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih sihat untuk tempoh yang lebih lama.
  • Antioksidan yang terdapat dalam oren melawan radikal bebas yang boleh memperlahankan kedutan dan penuaan kulit.
  • Kandungan asid sitrik yang tinggi membantu dalam pengelupasan kulit mati dan membantu mengeringkan jerawat.
  • Vitamin C yang sangat tinggi dalam oren membantu badan membentuk kolagen dan elastin yang akan menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan lebih lembut.

 

Nenas

  • Kandungan vitamin C dan bromelain yang tinggi dalam nenas menjadikannya agen perawatan jerawat yang berkesan. Bromelain adalah enzim yang melembutkan kulit dan membantu melawan keradangan dan bengkak.
  • Membantu tubuh mensintesis kolagen, yang membantu kulit kekal firm.
  • Kuku rapuh dan kering memberi isyarat badan kekurangan vitamin A, sementara kuku retak dan pecah menunjukkan kekurangan vitamin B. Nenas adalah sumber baik kedua-duanya.

 

Asid askorbik

  • Menurunkan tekanan darah. Asid askorbik bertindak sebagai diuretik dan menyebabkan buah pinggang mengeluarkan lebih banyak natrium dan air dari badan. Ini dapat mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah.
  • Merangsang sistem imun badan. Selain melindungi sistem imun, ia juga mengurangkan pelbagai alahan dan melawan jangkitan.
  • Alahan terjadi bila badan membebaskan histamine. Asid askorbik mengurangkan pembebasan histamin, dengan itu mencegah alahan.
  • Kekurangan asid askorbik dalam badan boleh menyebabkan gingivitis yang teruk (penyakit gusi). Kekurangannya juga boleh melemahkan tisu penghubung dan menyebabkan kapilari mudah pecah. Malah, satu tanda awal kekurangan vitamin C adalah pendarahan gusi. 

 

Biji Bunga Matahari

  • Kaya dengan selenium, satu lagi nutrien antioksidan yang kuat yang membantu vitamin E dalam membaiki DNA.
  • Kandungan copper yang tinggi membantu menghasilkan melanin yang memberikan kulit pigmen yang unik.
  • Vitamin E di dalamnya sangat tinggi menjadikannya sumber antioksidan utama badan. Antioksidan ini meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kesihatan sel.

 

Astaxanthin

  • Meningkatkan kelembapan kulit, keanjalan, serta mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Sifat pelindung UV yang luar biasa. Jadi ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang berkaitan dengan matahari.
  • Meningkatkan aliran darah, bermakna ia membantu kulit mendapat peredaran yang lebih baik. Peningkatan peredaran mengoptimumkan penggantian sel dan keanjalan diperkuatkan.

 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart