Kenapa masih lapar walau selepas makan?

Rasa lapar walaupun selepas makan boleh dikaitkan dengan masalah resistance insulin. Insulin adalah hormon yang membantu glukosa (gula) masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga. Dalam keadaan normal, apabila anda makan, makanan dipecahkan menjadi glukosa dan dilepaskan ke dalam aliran darah. Pankreas kemudian melepaskan insulin untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel. Namun, dalam keadaan resistance insulin, sel-sel tubuh menjadi kurang sensitif atau tidak responsif terhadap insulin. Ini menyebabkan beberapa masalah. Kerana sel-sel tidak responsif terhadap insulin, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel dengan efektif, menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah. Sel-sel badan menjadi kurang bertenaga kerana glukosa tidak dapat masuk dengan baik. Pankreas cuba mengatasi masalah ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin sehingga tahap insulin menjadi sangat tinggi dalam darah.

Kekurangan tenaga juga menyebabkan sel-sel menghantar isyarat kepada otak bahawa badan masih memerlukan makanan. Otak menerima isyarat daripada sel-sel yang kekurangan tenaga, menyebabkan rasa lapar berterusan walaupun selepas makan. Otak mengarahkan tubuh untuk makan lebih banyak, mencari sumber tenaga yang diperlukan. Tahap insulin yang tinggi menyebabkan tubuh menyimpan lebih banyak lemak. Ini kerana insulin adalah hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak. Resistance insulin menjadikan pengurusan berat badan lebih sukar kerana tubuh cenderung menyimpan lebih banyak lemak dan rasa lapar berterusan menggalakkan pengambilan kalori yang lebih tinggi. Dengan insulin resistance, metabolisme tubuh menjadi terganggu. Tubuh kurang efektif dalam menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga dan cenderung menggunakan otot untuk tenaga apabila kadar gula dalam darah tinggi. Insulin yang tinggi juga menghalang proses pemecahan lemak. Ini bermakna tubuh kurang efektif dalam membakar lemak sebagai sumber tenaga. Sebab itulah pentingnya menurunkan berat badan serta mengurangkan body fat.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart