GC Plus / berlebihan berat badan

Adakah apabila insulin dapat bekerja dengan lebih baik, seseorang itu pulih dari diabetis?

Post kami semalam tentang menurunkan berat badan dapat menurunkan gula darah telah mendapat banyak respon positif. Ramai ingin kepastian sama ada apabila lemak badan sudah mencapai tahap normal, seseorang itu boleh pulih dari diabetis. Menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak visceral memang dapat meningkatkan kepekaan sel-sel tubuh terhadap insulin, yang seterusnya membantu insulin bekerja lebih efektif dalam menurunkan kadar gula darah. Walau bagaimanapun, mengatakan bahawa seseorang itu "pulih" dari diabetes mungkin tidak sepenuhnya tepat. Sebaliknya, keadaan ini lebih sesuai digambarkan sebagai REMISI DIABETIS.

Apabila seseorang mencapai tahap gula darah yang normal tanpa perlu mengambil ubat-ubatan diabetes, keadaan ini dikenali sebagai remisi. Remisi bermakna diabetes berada di bawah kawalan yang baik, tetapi tidak hilang sepenuhnya. Diabetes biasanya dianggap sebagai keadaan kronik yang TIDAK BOLEH disembuhkan sepenuhnya. Ini bermakna walaupun gula darah berada dalam julat normal, risiko kembalinya diabetes tetap ada jika gaya hidup sihat tidak dikekalkan. Remisi diabetes berlaku apabila tahap gula dalam darah (termasuk HbA1c) berada dalam julat normal tanpa keperluan untuk ubat-ubatan diabetes.

Remisi tidak bermaksud penyakit itu sembuh, tetapi ia berada di bawah kawalan yang baik. Biasanya, remisi dianggap apabila tahap HbA1c kekal di bawah 6.5% (48 mmol/mol) selama sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa penggunaan ubat-ubatan antidiabetik. Walaupun tahap HbA1c berada dalam julat normal, adalah penting untuk terus memantau gula darah kerana diabetes jenis 2 boleh kembali jika pengurusan dan penjagaan tidak diteruskan.

Mengekalkan gaya hidup sihat dengan kawalan berat badan adalah kunci untuk mengekalkan remisi. Jika berat badan kembali naik, kepekaan insulin mungkin berkurang, dan kadar gula darah boleh meningkat semula. Menguruskan stres dan memastikan tidur yang mencukupi juga memainkan peranan penting dalam mengawal gula darah.

Diana Ishak
Read more

Pesakit kencing manis dapat menurunkan gula darahnya dengan menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan dapat memberi kesan yang sangat positif terhadap pengawalan diabetes, terutamanya diabetes jenis 2. Namun, ia TIDAK MEMULIHKAN diabatis. Diabetis adalah penyakit kronik yang memerlukan pengurusan berterusan. Walaubagaimanapun, dengan menurunkan berat badan, gula darah dapat dikawal dengan lebih baik.

Berat badan berlebihan sering kali disebabkan oleh lemak visceral yang berkumpul di sekitar organ dalaman. Lemak ini mengeluarkan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan dan mengganggu fungsi insulin. Jadi, dengan menurunkan berat badan, jumlah lemak visceral dapat berkurang. Ini dapat meningkatkan kepekaan sel-sel tubuh terhadap insulin. Bermakna insulin dapat bekerja lebih efektif dalam menurunkan kadar gula darah.

Penurunan berat badan juga mengurangkan lemak yang terkumpul di hati dan otot. Dengan hati yang lebih sihat, pengeluaran glukosa oleh hati dapat dikurangkan, yang membantu menurunkan kadar gula darah. Penurunan berat badan boleh memperbaiki fungsi pankreas yang bertanggungjawab menghasilkan insulin. Ini boleh meningkatkan pengeluaran insulin dan membantu mengawal gula darah.

Berapa ramai di kalangan anda yang tahu bahawa berat badan berlebihan ada kaitan dengan hormon stress yang tinggi? Hormon stress (kortisol) boleh meningkatkan kadar gula darah. Penurunan berat badan dapat mengurangkan kadar hormon ini, membantu menurunkan gula darah.  GreenAard TIDAK ADA sebarang produk untuk merawat diabetis, malah TIDAK ADA ubat atau suplemen yang boleh memulihkan diabetis. Tetapi GreenAard ada produk yang boleh membantu mengurangkan lemak badan dengan sihat dan selamat supaya gula darah terkawal.

 

GC PLUS dan MAALTYD adalah kombo produk yang:

- membantu anda mendapatkan berat badan ideal

- mengurangkan rasa lapar

- memanjangkan rasa kenyang

- memberi mood yang baik (supaya kurang stress)

Diana Ishak
Read more

Benarkah Terlalu Banyak Protein Boleh Merosakkan Buah Pinggang?

Protein adalah salah satu nutrien yang penting untuk tubuh badan kita. Selain menjadi "batu asas" kepada tisu dan otot, protein juga memainkan peranan dalam mengawal hormon kelaparan. Namun, sering kita dengar bahawa pengambilan protein yang berlebihan boleh merosakkan buah pinggang. Jadi, adakah benar pengambilan protein yang terlalu banyak boleh membawa kesan buruk pada buah pinggang?

Apabila kita makan makanan yang tinggi protein, hormon ghrelin yang bertanggungjawab untuk rasa lapar, menurun dengan ketara. Dalam masa yang sama, pengeluaran hormon lain seperti peptide YY (PYY) dan cholecystokinin (CCK), iaitu hormon yang meningkatkan rasa kenyang akan meningkat. Kedua-dua hormon ini memberi isyarat kepada otak bahawa perut sudah kenyang, lantas mengurangkan keinginan untuk makan.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan protein membantu mengurangkan rasa lapar dengan lebih berkesan berbanding makanan yang tinggi karbohidrat atau lemak. Ini adalah salah satu sebab mengapa diet berprotein tinggi sering disyorkan untuk orang yang ingin menguruskan berat badan. Protein bukan sahaja memberikan rasa kenyang yang lebih lama, tetapi membantu mengekalkan jisim otot. Dengan mengekalkan jisim otot, kadar metabolisme badan juga kekal tinggi, yang seterusnya membantu proses pembakaran kalori.

Walaupun protein membantu mengawal kelaparan, terdapat kebimbangan bahawa pengambilan protein yang terlalu banyak boleh memberi tekanan kepada buah pinggang. Ini kerana buah pinggang berfungsi sebagai penapis utama yang mengeluarkan produk sampingan metabolisme protein, terutamanya urea. Pada individu yang sihat, buah pinggang biasanya mampu mengendalikan jumlah protein yang agak tinggi tanpa sebarang masalah.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet tinggi protein tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan buah pinggang selagi mereka tidak mempunyai masalah buah pinggang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD), pengambilan protein yang berlebihan boleh mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Ini kerana buah pinggang yang sudah lemah perlu bekerja lebih keras untuk menapis produk sampingan protein, dan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi.

Bagi kebanyakan orang dewasa, pengambilan protein harian yang disarankan adalah sekitar 0.8 hingga 1.0 gram protein per kilogram berat badan. Sebagai contoh, seorang dengan berat 60 kg memerlukan sekitar 48 hingga 60 gram protein SEHARI. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menyokong fungsi tubuh normal serta mengekalkan kesihatan buah pinggang bagi individu yang sihat. Bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal yang lebih tinggi, keperluan protein mungkin lebih tinggi, tetapi masih dalam julat yang selamat jika diambil secara berpatutan.

Diana Ishak
Read more

Kegemukan dan Buasir

Apa itu Buasir?

Buasir adalah perkara biasa, berlaku pada lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, ia lebih biasa berlaku pada orang yang overweight, wanita hamil, orang yang duduk untuk jangka masa yang lama dan yang kerap sembelit.



Buasir adalah urat yang membengkak dalam rektum. Gejala buasir adalah pendarahan rektum, gatal dan sakit. Buasir boleh dilihat atau dirasa di sekitar bahagian luar dubur, atau mungkin tersembunyi di dalam rektum. Walaupun buasir tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, they can be annoying and uncomfortable.

Buasir lebih kerap berlaku pada orang yang BERLEBIHAN BERAT BADAN. Cara paling berkesan untuk mengurangkan simptom adalah dengan makan makanan berserat tinggi, minum banyak air dan aktif sekerap mungkin sepanjang hari. Salah satu langkah mencegah dan merawat buasir adalah ELAKKAN SEMBELIT (najis keras atau jarang buang air besar). Najis yang keras boleh menyebabkan pendarahan rektum. Serat merupakan kaedah terbaik untuk melembutkan najis dan mencegah sembelit.

Buasir kerap terjadi pada seseorang yang gemuk kerana tekanan (akibat berat badan) yang menyekat urat dan saluran darah di sekitar dubur dan usus besar. Mereka yang buncit (banyak lemak di perut) lebih berisiko terkena buasir. Tempoh duduk yang lama juga mendorong urat bahagian dubur ditekan, menyebabkan pembengkakan yang muncul sebagai buasir. Apabila seseorang itu gemuk, berat badan yang berlebihan memberikan tekanan berganda pada urat tersebut ketika duduk dalam tempoh yang lama.

Apa yang GreenAard boleh bantu?

Sejujurnya GreenAard tiada sebarang penyelesaian khusus untuk buasir. Tetapi mungkin GC PLUS dan NUTRIJUICE membantu. Ini kerana GC PLUS tinggi fiber dan menghasilkan gastrocolic reflex yang menggerakkan usus. Nutrijuice pula mengandungi antioksidan yang menarik air ke dalam usus. Peningkatan kandungan air di dalam usus membantu melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart