GC Plus / berat bertambah

Mitos: Makan Malam Lewat Menyebabkan Kegemukan

Makan malam lewat menyebabkan kegemukan adalah salah satu kepercayaan yang meluas tetapi tidak sepenuhnya tepat. Tubuh manusia berfungsi secara berterusan. Ia TIDAK berhenti semasa malam. Walaupun kadar metabolisme mungkin menurun sedikit semasa tidur, badan masih terus membakar kalori untuk fungsi asas seperti pernafasan, peredaran darah, dan pembaikan sel. Oleh itu, makan malam lewat TIDAK menyebabkan makanan itu disimpan terus sebagai lemak.

Penambahan berat badan berlaku apabila jumlah kalori yang dimakan melebihi jumlah kalori yang dibakar. Tidak kira pada waktu apa kalori itu diambil, jika kalori yang masuk melebihi keperluan badan, maka lebihan kalori itu akan disimpan sebagai lemak. Sebaliknya, jika seseorang mengawal jumlah kalori yang dimakan sepanjang hari dan tidak melebihi keperluan harian mereka, makan pada waktu malam tidak akan menyebabkan kenaikan berat badan.

Sains juga membuktikan bahawa masa makan bukanlah faktor utama dalam kenaikan berat badan. Makan lewat malam TIDAK membawa kepada peningkatan berat badan yang signifikan jika jumlah kalori harian tetap terkawal. Kajian dalam Journal of Nutrition mendapati bahawa tiada perbezaan yang ketara dalam penambahan berat badan antara orang yang makan lewat malam dan mereka yang makan pada waktu siang, asalkan pengambilan kalori adalah sama. Circadian rhythm atau jam biologi tubuh mengatur metabolisme. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan lewat malam mungkin mengganggu jam biologi ini, terutama jika digabungkan dengan pola tidur yang buruk. Namun, ini lebih berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular atau diabetes. Kenaikan berat badan tetap bergantung pada keseimbangan kalori keseluruhan, bukan hanya masa makan.

Satu aspek yang penting untuk dipertimbangkan adalah jenis makanan yang dimakan lewat malam. Jika seseorang cenderung makan makanan yang tinggi kalori, lemak, atau gula pada waktu malam (seperti snek atau makanan ringan berkalori tinggi), ini boleh menyumbang kepada lebihan kalori dan seterusnya penambahan berat badan. Namun, ini bukan kerana waktu makan, tetapi kerana pilihan makanan yang kurang sihat.
Diana Ishak
Read more

Berat bertambah bila bersenam

 

 .

Hari-hari bersenam macam nak rak! 

Dengan jogging-nya, dengan sit-upsnya, dengan lompat kataknya.....tapi bila timbang badan, berat bertambah!

Kenapa?

Ok, pertama sekali perlu diingat bahawa situasi ni tak berlaku pada semua orang, jadi jangan jadikannya alasan untuk takut bersenam. Walaubagaimanapun, sekiranya ini berlaku pada anda, lebih-lebih lagi jika anda berdiet, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tapi berat air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana bersenam mengakibatkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Sebab itulah selepas bersenam kita mudah rasa sakit-sakit badan.

Dalam masa yang sama badan akan 'berusaha' untuk menyembuhkan koyakan kecil ni.

Cara penyembuhan koyakan kecil gentian otot ini adalah badan akan menghasilkan bahan perantara (cecair) yang akan bergerak ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. Pergerakan ini akan membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Aktiviti yang berlaku di kawasan koyakan ini akhirnya menyebabkan keradangan dan membengkak. Cecair yang diperlukan untuk melawan keradangan tadi sudah tentunya akan memberi sedikit pertambahan pada berat badan. Dan ianya bersifat sementara. 

Dan sudah tentu, mengambil makanan yang sihat (bukan sekat makan terus) dan berehat dengan cukup amat membantu badan (koyakan kecil pada gentian otot) pulih dengan cepat TETAPI kunci utama adalah be consistent. Badan sedang menyesuaikan diri dengan perubahan apatah lagi bila anda sedang berdiet. Berikan masa kepada diri sendiri.

Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak lebih-lebih lagi di sekitar abdomen.

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam dan berdiet adalah kerana badan anda lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Sekiranya berat anda bertambah 1kg sebulan walaupun anda mengambil pil kurus, itu adalah normal. Ini kerana pil kurus membantu menambahkan metabolisme dalam badan. Peningkatan metabolisme secara tiba-tiba juga akan menyebabkan keradangan yang bersifat sementara.

Sesetengah pengguna GC Plus kurang sabar dan ingin kesan (turun berat badan) itu nampak dengan segera tanpa mengetahui bahawa ada banyak perkara yang perlu dilalui oleh badan dalam proses ini.

GC Plus bukan sahaja membantu anda mendapatkan berat badan ideal, tetapi juga menambah otot (increas lean muscle). Semakin bertambah otot bermakna semakin bertambah metabolisme badan. Semakin bertambah metabolisme badan maka semakin cepat badan mendapat berat badan ideal. Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan anda bertambah pada awal pengambilan. Anda akan nampak mungkin peha anda lebih besar sedikit berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan peha nampak lebih besar. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat kaki idaman :)

Antara kesilapan mereka yang bersenam atau yang mengambil GreenAard adalah terlalu overestimate berapa banyak kalori yang telah diguna oleh badan setiap kali bersenam/mengambil GC Plus sehingga mereka underestimate berapa banyak kalori pula yang ada dalam makanan yang telah diambil. Bila mereka merasakan yang meraka tidak makan nasi, maka mereka berharap akan ada pengurangan berat badan. Dan mereka cenderung untuk mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi. Tahu tak anda perlukan 2 jam senaman kardio untuk membakar kalori SEBIJI DONUT? Baiklah makan nasi. Satu cawan nasi baru 40g karbohidrat. Badan kita perlukan 130g karbohidrat sehari. Tiga kali makan nasi sehari pun baru 120g. Makan dengan lauk sayur (fiber), ikan (protein) dan ayam panggang (protein). Lebih kenyang!

Sebab itu bila ada pengguna GC Plus yang kata "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Sepatutnya begitulah.

Tapi, senaman saja tidak mungkin menyebabkan penurunan berat badan. Anda perlu mengurangkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan, yang bermaksud menukar diet anda. Begitu juga dengan mereka yang hanya bergantung kepada GC Plus untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus hanya bantu meningkatkan metabolisme badan supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tapi ia takkan merubah apa-apa sekiranya anda makan tanpa kawalan. Anda perlu tukar diet. Tukar diet bukan bermaksud tahan lapar dan sekat makan, tetapi makan makanan yang sihat. Barulah proses turun berat itu menjadi lebih cepat.

Ada juga yang merasakan apabila sudah bersenam selama 2 jam maka it's ok untuk makan lebih.
Makanan bukanlah sejenis reward ya.
Kerana makanan akan membuatkan badan perlu membakar kalori dengan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar ketika bersenam.

Sekiranya anda tak mengamalkan pemakanan yang betul juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Mereka yang hanya makan sekali sehari selalu beranggapan badan akan lebih cepat kurus. Ini anggapan yang sama sekali salah! Kurang makan secara mendadak atau pemilihan makanan yang salah menyebabkan ketidakseimbangan hormon pada badan yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. 

Jadi, don't give up!
Berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'.
Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri anda yang perlukan penelitian. 

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart