GC Plus / sembelit

Kenapa najis bergerak lambat dalam usus.

Berat najis berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor:
  • saiz badan
  • tabiat makan
  • berapa banyak air yang diminum
  • keteraturan pergerakan usus
Berat najis rata-rata sekitar 480g atau kurang. Orang yang makan dan minum lebih banyak, atau yang mempunyai pergerakan usus yang lambat, najisnya lebih banyak/berat. Badan memerlukan kira-kira 33-40 jam untuk memproses makanan sebelum dikeluarkan dari badan sebagai najis. Najis bukan sahaja mengandungi air, tetapi juga:
  • bakteria mati dan hidup
  • protein
  • makanan yang tidak dicerna (serat)
  • bahan buangan
  • garam
  • lemak
Semakin lama najis mendap di usus, ia jadi semakin kering dan berat. Inilah punca sembelit. Walaupun kebanyakan orang buang air besar sekali sehari, anda masih dianggap normal jika buang air besar 3 kali sehari atau sekali setiap tiga hari. Dietary fiber (serat makanan) membantu kesihatan usus. Insoluble fiber (serat tidak larut) berfungsi menarik air ke dalam najis, menjadikannya lebih lembut dan lebih mudah bergerak melalui usus.

Insoluble fiber membantu meningkatkan keteraturan usus. Ini menyokong kepekaan insulin, dan membantu mengurangkan risiko diabetes. Jumlah insoluble fiber yang betul dapat:
  • mengawal berat badan
  • mengawal tahap tekanan darah
  • membantu menyeimbangkan tahap kolesterol dalam darah
  • mengatur pergerakan usus dan mencegah buasir
  • mengawal gula dalam darah
GC PLUS adalah sejenis insoluble fiber. Kandungan serat tidak larut di dalamnya membantu pengguna jadi lebih lawas ke tandas.
Diana Ishak
Read more

Makan julap untuk turunkan berat badan. Selamat atau tidak?

Ramai orang memilih memakan julap ketika ingin menurunkan berat badan. Boleh jadi mereka juga tidak tahu mereka sedang memakan julap. Baru-baru ini sebuah artikel dari KKM menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaan julap untuk menurunkan berat badan.

Julap adalah ubat untuk membantu merangsang pergerakan usus atau melancarkan pembuangan najis. Ia digunakan untuk merawat sembelit. Ia juga sering digunakan di dalam produk untuk menurunkan berat badan. Ramai percaya menggunakan julap membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Memang betul julap boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi hasilnya SEMENTARA kerana fungsi julap adalah menarik air dari badan ke dalam usus. Ini membolehkan najis menyerap lebih banyak air untuk laluan usus yang lebih mudah. Dengan ini, berat badan yang turun adalah air, bukan lemak.

Julap tidak berkesan dalam mengawal berat badan. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti dehidrasi (kurang air dalam badan) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Apa julap yang biasa digunakan dalam produk weight loss?

Ada 3 yang paling selalu digunakan:
  • aloe vera
  • daun senna
  • castor oil (minyak sayur dari kacang castor)

 

Castor oil
Bila dimakan, castor oil akan membebaskan asid ricinoleic (sejenis asid lemak tak tepu). Asid ricinoleic mengaktifkan reseptor tertentu di saluran pencernaan yang meningkatkan pergerakan usus. Castor oil mengurangkan sembelit dengan cara melembutkan najis.

Daun senna
Paling sering digunakan sebagai julap dalam kebanyakan produk kurus. Jika ada yang pernah menggunakan SENOKOT (boleh dibeli di farmasi) untuk merawat sembelit, anda perlu tahu ramuan utama di dalamnya adalah daun senna. Dalam daun senna ada sennosida. Sennosida mempercepat pergerakan usus dan menyerap air di usus besar.

Aloe vera
Gel aloe vera sering digunakan sebagai rawatan untuk sembelit.
Aloe vera ada glikosida anthraquinone, iaitu sebatian yang menarik air ke dalam usus dan meningkatkan frekuensi pergerakan usus.

Kelihatan bahan-bahan tadi semuanya bersifat semulajadi, dan tidak berbahaya, kan? Yes, ianya tidak berbahaya jika digunakan untuk tempoh sekejap (10 hari) bagi melancarkan pembuangan najis. Jika diambil berterusan boleh mendatangkan penyakit dalam badan.

Bagaimana dengan GC PLUS?

GC PLUS tidak ada bahan-bahan julap. Gesaan ke tandas selepas mengambil GC PLUS adalah kerana GC PLUS mengandungi serat tinggi. Serat tinggi ini menghasilkan gastrocolic reflex selepas mengambilnya. Gastrocolic reflex akan menjadi kuat sekiranya anda makan makanan tertentu selepas mengambil GC PLUS. Jika anda makan buah atau protein selepas mengambil GC PLUS, efek ke tandas kurang atau hampir tiada. Berbeza dengan produk yang mengandungi julap, tidak kira apa yang anda makan sebelum/selepas mengambilnya, gesaan ke tandas pasti berlaku dan ia berlaku dengan kerap.

Diana Ishak
Read more

Wujudkah istilah BERAT AIR?

Berat air bukanlah berat yang sebenar seperti berat badan dari otot dan lemak, tetapi istilah BERAT AIR memang wujud. Kadangkala berat badan bertambah sebanyak 1.5kg semalaman. Lemak tidak akan bertambah begitu drastik semalaman. Berat badan yang bertambah secara mendadak sebegini selalunya akibat AIR.

Badan yang terlalu banyak garam adalah faktor yang menyebabkan terjadinya BERAT AIR. Buah pinggang adalah organ yang dinamik. Ia yang menentukan samada badan harus menahan air atau tidak. Jika kita makan banyak garam (makanan bergaram) pada malam sebelumnya, maka buah pinggang akan menahan lebih banyak air untuk mencairkan atau memperbetulkan ketidakseimbangan garam dalam badan.

Air yang ditahan dalam badan akan menzahirkan keberadaannya pada bahagian tertentu badan. Air lebihan ini disimpan di seluruh badan di tisu atau di antara saluran darah, dan selalunya berkumpul di hujung kaki (jari kaki dan bahagian betis ke bawah). Badan juga cenderung menyimpan air ketika mengalami dehidrasi (kurang air). Sekiranya tidak minum cukup air, nisbah garam-air menjadi tidak seimbang dan badan akan menahan air sehingga keseimbangan pulih.

Disebabkan air, berat badan turun naik dalam seminggu. Itu normal. Penting untuk menimbang berat pada masa yang sama dan dengan cara yang sama setiap hari untuk mendapatkan gambaran yang betul mengenai berat badan keseluruhan. Ada cara untuk membuang berat air:

[a] Minum air.
Kedengarannya pelik, tetapi minum banyak air membantu menghilangkan air dan garam yang bertakung dalam badan. 2-3L air sehari memadai. Kalau tak boleh minum banyak air, makan banyak makanan yang mengandungi air, contohnya tembikai.

[b] Tambah kalium (potassium)
Kalium membantu menstabilkan banyak fungsi penting tubuh, termasuk tekanan darah dan keseimbangan air. GC PLUS ada kandungan kalium yang tinggi. Sebab itulah kami tidak benarkan sesiapa yang ambil ubat darah tinggi memakan GC PLUS kerana kalium boleh mengganggu ubat-ubatan yang digunakan untuk tekanan darah tinggi. Disebabkan GC PLUS ada kalium, that's why penting untuk anda perhatikan progress berat badan sepanjang 10 hari pertama (guna weight loss card). Kerana dalam 10 hari ini berat air pasti turun. Sekiranya berat badan turun kurang dari 580g dalam tempoh 10 hari tersebut, pasti badan anda ada something wrong. Banyak garam, maybe. 10 hari pertama adalah indicator bahawa badan anda adalah "normal".

[c] Makan banyak serat (fiber)
Sistem pencernaan yang sihat adalah kaedah terbaik untuk membuang berat air. Apa sistem pencernaan lancar, itu bermaksud semuanya seimbang. Jadi jika badan membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau sembelit, berat badan pasti susah untuk turun.
Diana Ishak
Read more

Lepas makan terus ke tandas. Sempat ke badan saya serap semua nutrien?

Setiap kali merasa hendak ke tandas selepas makan, itu bukanlah gesaan dari your recent bite. Tempoh pencernaan berbeza untuk setiap orang. Umur, jantina, dan keadaan kesihatan mempengaruhi pencernaan. Secara amnya, pencernaan mengambil sekitar 2-5 hari dari makan hingga makanan keluar sebagai najis.

Oleh kerana banyak faktor yang mesti diambil kira, susah untuk memberikan anggaran tempoh pencernaan yang baik. Kerana sistem pencernaan boleh menjangkau ke 30 kaki pada orang dewasa. Sudah tentu proses pencernaan tidak akan berlaku dengan singkat. Wanita cenderung mencerna makanan mereka lebih lambat daripada lelaki.

Gesaan ke tandas setiap kali selepas makan, kita namakan GASTROCOLIC REFLEX. Gastrocolic reflex adalah reaksi normal badan selepas makan. Apabila makanan menyentuh perut, badan mengeluarkan hormon tertentu. Hormon ini memberitahu usus besar supaya berkontraksi untuk memindahkan makanan 2-3 hari lepas dari usus besar dan keluar dari badan. Ini memberi ruang untuk lebih banyak makanan masuk. Kesan refleks ini kadangkala ringan (mild pain), sederhana (moderate pain), atau teruk (memulas teramat sangat).

Sebilangan orang mengalami refleks ini lebih kerap dan lebih kuat daripada yang lain. Biasanya ia hadir dengan beberapa gejala seperti:
  • sakit perut
  • perut kembung yang lega atau lega sebahagian selepas buang angin/buang air besar
  • kerap buang angin
  • cirit-birit atau sembelit, atau cirit-birit dan sembelit berganti-gantian.
  • lendir dalam najis
Kadang-kadang gesaan ke tandas ini tidak ada kaitan dengan gastrocolic reflex. contohnya cirit-birit. Biasanya, cirit-birit berlaku hanya beberapa hari. Jika berlanjutan berminggu-minggu, itu mungkin merupakan tanda jangkitan atau gangguan pencernaan. Penyebab cirit-birit:
  • virus, bakteria dan parasit, dari memakan makanan yang tercemar
  • antibiotik
  • intoleransi makanan atau allergi
  • memakan pemanis tiruan (atificial sweetener)
  • selepas pembedahan perut atau pembuangan pundi hempedu

It’s not possible to prevent gastrocolic reflex, tetapi ada cara untuk mengurangkan gejalanya. Pertama, perhatikan bila gastrocolic reflex ini selalunya berlaku dan apa yang telah dimakan sebelum ia berlaku. Sekiranya dengan makan makanan tertentu refleks gastrokolik menjadi kuat, berhenti makan makanan tersebut. Ada beberapa makanan pencetus gastrocolic reflex:

  • produk tenusu
  • makanan berserat tinggi
  • makanan berminyak dan berlemak, seperti kentang goreng

GC PLUS adalah kategori makanan berserat tinggi. Kebanyakan pengguna akan mendapat gastrocolic reflex selepas mengambilnya. In a way, GC PLUS merangsang usus bergerak lantas mengurangkan sembelit. Seperti yang kami nyatakan awal tadi, gastrocolic reflex adalah tindakbalas normal badan untuk memberi isyarat kepada usus besar mengeluarkan makanan bagi mengisi makanan baru. Cuma, jika anda tidak tahan dengan effect ini, boleh kurangkan dos. Whatsapp kami untuk pertanyaan, 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Berapa lama badan boleh bertahan tanpa membuang air besar?


Saluran pencernaan yang sihat bererti membuang air besar secara rutin. Walaupun setiap orang ada 'jadual' buang air besar yang berbeza, not pooping at all is a concern. Kekerapan membuang yang "normal" adalah sekitar 1-3 kali sehari atau selang sehari. Kebanyakan orang notice pattern 'jadual' masing-masing. Some people membuang air besar pada waktu yang sama setiap hari. 

Jika seseorang buang air besar hanya 2 kali seminggu atau kurang dari tu, ini dikategorikan sebagai sembelit. Sembelit adalah penyakit. Jika tak dirawat segera, najis boleh masuk ke dalam sistem usus menjadikan lebih sukar untuk buang air besar. Tidak ada jangka masa tertentu sejauh mana seseorang boleh bertahan tanpa membuang air besar kerana setiap orang mengambil diet yang berbeza. Selain itu faktor kesihatan gastrousus dan gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada keteraturan jadual buang air besar.

Tidak ada jangka masa tertentu sejauh mana seseorang boleh bertahan tanpa membuang air besar kerana setiap orang mengambil diet yang berbeza. Selain itu faktor kesihatan gastrousus dan gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada keteraturan jadual buang air besar. Tetapi jika seseorang tidak buang air besar sama sekali dalam seminggu dan masih makan seperti biasa, you may need to start thinking about why you haven’t pooped. Kadang-kadang ada halangan pada usus yang tidak membenarkan najis lalu.

Some people menahan najis atau menolak untuk buang air besar kerana risau menggunakan tandas (maybe tandas kotor). Pernah terjadi satu kes, seorang wanita meninggal dunia setelah 8 minggu tidak pergi ke tandas. Penumpukan najis telah menyebabkan ususnya membesar sehingga mereka menekan organ badan hingga menyebabkan serangan jantung. Jangan biasakan diri menahan buang air besar kerana satu masa nanti badan terbiasa hingga anda tidak lagi merasa gesaan untuk membuang. Penting untuk perhatikan simptom yang timbul, ini termasuk perut kembung, merasa ingin buang air besar tetapi tidak boleh, loya dan pening kepala, tidak mengeluarkan sebarang gas (kentut), sakit perut.

Tidak membuang air besar tidak hanya mempengaruhi sistem pencernaan, tetapi badan secara keseluruhan. Beberapa komplikasi akibat terlalu lama tidak buang air besar adalah seperti:
(1) Najis sudah menjadi keras lalu tersekat dalam kolon, dan
(2) Najis yang berlebihan menekan usus menyebabkan usus terkoyak.

Diana Ishak
Read more

Sembelit? GC Plus boleh bantu.

 .

Sembelit bukanlah satu topik biasa dalam perbualan, tapi ia adalah satu pengalaman yang biasa.

Usus yang sihat akan mengeluarkan 'kandungannya' sekurang-kurangnya sekali sehari, sebaik-baiknya pada waktu pagi. Tapi oleh kerana banyak faktor-faktor gaya hidup yang menyumbang kepada sembelit, ia dah jadi satu perkara yang biasa tidak buang air besar setiap hari!

Kalau korang ada masalah begini, ini penyebabnya :

☹ Tekanan! Emosi negatif dan tekanan membuatkan usus mengetat, menyebabkan sembelit.

☹ Kurang minum air.

☹ Terlalu banyak makanan/minuman manis, makanan yg dibuat dr tepung. Ini semua adalah jenis-jenis makanan yang 'menyumbat' usus dan menyebabkan sembelit.

☹ Serotonin menggalakkan bowel movement. GC Plus meransang penghasilan serotonin. Sebab itu, siapa yang ambil GC Plus, masalah sembelit selesai. Tapi, terlalu banyak dan terlalu sedikit serotonin boleh menyebabkan sembelit. THat's why kami cadangkan pengambilan GC Plus 4-6 biji saja sehari. Kurang atau lebih dari tu boleh menyebabkan risiko sembelit.

Diana Ishak
Read more

GC Plus TIDAK menyebabkan buasir.

 .

PILES/BUASIR.
.
Ada pengguna GC Plus tanya samada GC Plus boleh menyebabkan buasir akibat kekerapan buang air besar.
The answer is VERY UNLIKELY, kerana :
.
🎶 buasir hanya akan berlaku kalau sembelit dan meneran. Sedangkan pengguna GC Plus takkan dapat sembelit kerana GC Plus can ease bowel movement.
.
🎶 dalam GC Plus ada bawang putih. Bawang putih boleh digunakan sebagai supositori untuk menghilangkan buasir.
.
🎶 GC Plus juga ada halia. Halia pun penawar buasir.
.
🎶 Atau, kalau rasa was-was, boleh cuba ambil Nutrijuice. Sebab madu, lemon dan apple dipercayai menjadi penawar baik untuk buasir. Dalam Nutrijuice ada campuran ni.
.

Diana Ishak
Read more

Penawar sembelit. Gerenti ke jamban dalam masa tak sampai 1 jam.

 .

MASALAH DUNIA ADA 3 JE :

--> PERIOD TERSUMBAT.
--> MENERAN 2 JAM DALAM JAMBAN TAPI "OUTPUT" TAK MEMBERANSANGKAN.
--> SPARE-TYRE MAKIN HARI MAKIN BERLIPAT.

.
Korang ada problemo-problemo di atas?
Dah jumpa jalan penyelesaian ke belum?
Kalau belum, abang nak tunjuk korang jalan yang lurus untuk atasi masalah korang tu.

Pernah dengar GC PLUS?
Kalau belum pernah dengar memang patut la masalah korang tak selesai-selesai.

Ramai dah yang ada masalah period tersumbek, tak datang 4-5 bulan, alih-alih lepas mencekik GC Plus ni, elok je pulak datang periodnya. Susah sebenarnya kalau period asik tersangkut-sangkut ni. Payah nak target waktu kesuburan.

Lagi satu sembelit.
Adoiiiiii. Biar cirit, jangan sembelit bak kata jiran belakang rumah abang.
Sembelit ni dia punya hazab mak aiiiii, sampai naik migrain angin-angin toksin tu naik ke kepala.
Perut pun dah macam membusung je. Keras penuh angin.
Dia punya memulas tu macam dah nak keluar sangat, tapi 2 jam mencangkung dalam jamban sempat habis tengok Polis Evo se-round, "öutput" tak keluar-keluar jugak. Tak naik darah kau??

Last sekali spare-tyre.
Yang ni masalah dunia ketiga. Abang taknak cerita lelebih la masalah ni sebab satu dunia ada masalah ni. Korang tengok lah sendiri kat ruangan testimoni betapa banyak masalah dunia ketiga yang dah pun diselesaikan. Mih mih mih.

Diana Ishak
Read more

Pertambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

 

 .

Walaupun anda sudah cuba bersenam, kurangkan pengambilan makanan dan minum banyak air, tapi berat badan anda masih juga begitu, tak berganjak walau 1kg pun.

Kekecewaan ini boleh difahami.

Apetah lagi bila sudah berhabis ratusan ringgit untuk membeli ubat kurus.

Tetapi anda perlu tahu yang apa saja makanan tambahan, kekurangan vitamin, ketidakseimbanggan hormon atau ubat-ubatan yang diambil boleh memberikan petunjuk kenapa berat badan anda kekal begitu. 

Semak jika anda ada point-point di bawah :

.

1. Ubat Anti-Depressan.

Kebanyakkan ubat anti-depressan akan menyebabkan berat badan bertambah. Sekiranya anda tidak mengambil ubat tersebut tetapi selalu dalam keadaan tertekan, juga akan menyebabkan pertambahan berat sekitar 3-7kg. Sekiranya kesan tekanan ini berpanjuangan, berat badan akan semakin bertambah. Sekiranya anda ada mengambil pil kurus, kemungkinan berat badan anda menjadi statik disebabkan fitra berlawanan ini.

.

2. Jika anda mengambil pil kawalan kelahiran, hormon berlebihan untuk terapi hormon, steroid, beta -blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat-ubatan anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, beberapa rawatan untuk artritis reumatoid, dan juga beberapa ubat-ubatan migrain dan pedih ulu hati, berat badan akan menjadi lebih sukar untuk turun. Sifat berlawanan antara ubat-ubatan yang anda ambil dengan pil kurus boleh menjejaskan metabolisme. 

.

3. Isu pencernaan dan pergerakan usus yang perlahan juga menjadi faktor. Untuk mengetahui sejauh manakah usus anda bergerak dengan sihat adalah, sebaik-baiknya selepas 1-2 jam selepas makan, anda akan buang air besar. Jika ini tak berlaku, ada kemungkinan badan anda sebenarnya mengalami dehidrasi, kandungan serat dalam badan rendah atau kekurangan bakteria baik (probiotik) dalam usus. 

.

4. Badan anda 'hilang' nutrien tertentu. Kekurangan Magnesium, zat besi dan vitamin D dalam badan mampu mengubah metabolisme badan dalam cara yang membuatkan ia lebih sukar untuk membakar lemak. Ia menyebabkan anda merasa selalu keletihan dan malas untuk melakukan banyak pergerakan. Anda boleh tambah kandungan magnesium dan zat besi dalam badan dengan cepat melalui pengambilan bayam, daging dan almond, tetapi adalah mustahil untuk menambah vitamin D dalam badan dengan meminum banyak susu atau terdedah pada cahaya matahari terlalu lama. Lagipun, terlalu banyak minum susu akan menyebabkan batu karang. Apa yang anda boleh buat, cuba check darah anda agar doktor boleh berikan dos Vitamin D yang sesuai.

.

5. Ini adalah satu keadaan yang tak dapat dielakkan. Umur 40-50an, badan tidak lagi membakar banyak kalori seperti kita berumur 20an. Disebabkan itulah kita perlu bantu metabolisme badan kita dengan membuat sedikit senaman ringan secara rutin dan kurangkan makanan berkalori tinggi. Walaupun pil kurus menjanjikan 'tidak perlu senaman', tetapi sekiranya badan anda mempunya faktor-faktor yang boleh melambatkan proses penurunan berat, anda tetap perlu bantu dengan sedikit senama ringan supaya pergerakan metabolisme menjadi lebih laju.

.

6. Jika anda mengesyaki anda mendapat berat badan yang anda tidak boleh kaitkan dengan pemakanan, ubat-ubatan dan senaman, tolong lalukan beberapa ujian termasuk ujian darah dan kencing untuk mendapatkan pemeriksaan yang tepat mengenai tahap kortisol badan anda kerana ada kemungkinan anda menghidapi Cushing's Syndrome tanpa anda sedar. Cushing's Syndrome adalah keadaan di mana badan tidak memproses nutrien dengan cara yang sepatutnya. 

 .

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart