GC Plus / ADH

Mengapa Minum Banyak Air Menyebabkan Kerap Ke Tandas?

Minum air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan masalah dehidrasi dan mengelakkan betis dari mengeras atau berasa tegang. Tetapi, bila minum banyak air sekaligus, badan tidak sempat menyerapnya dengan baik, menyebabkan kita perlu ke tandas dengan kerap. Di sini kami beri penjelasan dari sudut sains serta cara untuk mengurangkan kekerapan ke tandas.

Yang Pertama, bila minum air dalam jumlah yang banyak, darah akan menyerap air tersebut dan meningkatkan jumlah cecair di dalam darah. Buah pinggang bertindak menapis lebihan cecair ini agar keseimbangan elektrolit dalam tubuh terjaga. Akibatnya, lebihan air akan dikeluarkan melalui air kencing.

Yang Kedua, dalam badan ada sejenis hormon iaitu, ADH yang membantu mengawal jumlah air yang ditahan oleh badan. Ketika minum air banyak dalam tempoh yang singkat, badan akan menurunkan pengeluaran hormon ADH. Ini menyebabkan buah pinggang kurang menahan air dan menghasilkan lebih banyak air kencing, sehingga kita kerap ke tandas.

Yang Ketiga, setiap orang ada kapasiti pundi kencing yang berbeza. Bila pundi kencing penuh, isyarat akan dihantar ke otak untuk mengosongkan pundi tersebut. Sekiranya air yang diminum tidak diagihkan secara perlahan, pundi kencing akan cepat penuh, menyebabkan kekerapan ke tandas bertambah.

Jadi, apa cara untuk mengurangkan kekerapan ke tandas?

(i) Minum Air Sedikit-Sedikit Sepanjang Hari

Sebaiknya minum air dengan kerap tetapi dalam kuantiti kecil, berbanding minum dalam jumlah besar sekaligus.

(ii) Ambil Air dari Sumber Lain

Air bukan sahaja boleh didapati dari minuman tetapi juga dari makanan seperti buah-buahan dan sayuran. Ini memberikan air kepada badan dengan lebih perlahan.

(iii) Elakkan Minum Sebelum Tidur

Sekiranya tidak mahu terganggu semasa tidur, elakkan minum air terlalu banyak dalam tempoh sejam sebelum itu.

(iv) Tambah Elektrolit

Mengambil sedikit elektrolit (seperti sodium dan potassium) dalam minuman atau makanan boleh membantu tubuh mengekalkan lebih banyak air.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart