GC Plus / sumber tenaga badan

Peranan Glikogen

Apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi), tahap glukosa darah akan meningkat. Peningkatan glukosa menyebabkan pankreas menghasilkan insulin. Insulin membantu badan mengambil glukosa dari darah untuk tenaga. Apabila badan tidak memerlukan tenaga, insulin memerintahkan sel-sel hati menghasilkan enzim glikogen synthase untuk menukarkan glukosa kepada glikogen. Glikogen dihantar ke hati, otot, dan juga sel lemak, untuk disimpan.

6% dari berat keseluruhan hati adalah glikogen. Manakala hanya 1%-2% berat keseluruhan otot terdiri dari glikogen. Sebab itulah kita hilang tenaga dengan cepat semasa melakukan senaman. Jumlah glikogen yang tersimpan dalam hati, otot dan sel lemak berbeza-beza bergantung pada:
  • how active you are
  • seberapa banyak tenaga yang digunakan semasa BMR
  • jenis makanan yang dimakan.
Glikogen yang tersimpan dalam otot digunakan hanya oleh otot itu sendiri, sementara glikogen yang tersimpan di hati diedarkan ke seluruh badan - terutamanya ke otak. Sebab itu berulang kami pesan JANGAN SKIP KARBOHIDRAT semasa berdiet. Otak adalah pusat kawalan sistem badan, jika otak tidak mendapat 'makanan' yang betul, badan akan terganggu.

Apabila tahap glukosa menurun, samada kerana belum makan atau bersenam, kadar insulin juga akan turun. Apabila ini berlaku, glikogen mula dipecahkan untuk membekalkan tubuh dengan glukosa. Selama 8-12 jam berikutnya, glukosa dari hati menjadi sumber tenaga utama badan. Otak menggunakan lebih daripada separuh glukosa badan semasa tempoh tidak aktif. Sepanjang hari biasa, permintaan otak untuk glukosa jauh lebih tinggi.

Apa yang kita makan, berapa kerap kita makan, dan tahap aktiviti mempengaruhi bagaimana badan menyimpan dan menggunakan glikogen. Kesannya sangat teruk kalau kita mengambil diet rendah karbohidrat, di mana sumber utama glukosa (karbohidrat) sengaja dibatasi. Walaupun ketika simpanan glikogen habis, badan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga, which is a good news untuk mereka yang ingin kurus, perlu faham satu perkara. Sekiranya otak tidak mendapat glukosa yang cukup, hormon anda akan terganggu, kitaran haid kacau-bilau, serta weight management juga go haywire.

Apa kaitan GC PLUS dalam topik ini?
Perasan tak, di restoran yang menghidangkan makanan fine-dining, sebelum makanan utama, mereka menghidangkan roti terlebih dahulu? Kenapa?

Kerana, karbohidrat (roti), meningkatkan tahap serotonin secara semula jadi dan bertindak seperti ubat penenang semula jadi (natural tranquilizer). Bila serotinin dibebaskan, badan merasa tenang, hormon berada dalam keadaan baik dan terkawal, dan perut cepat kenyang (kurang merasa lapar). By the time makanan utama tiba, perut sudah tidak terlalu lapar kerana kita telah pun makan roti. Kita bukan kenyang kerana sudah makan roti, tetapi kenyang kerana serotonin telah dibebaskan dalam badan, oleh otak.

Itulah mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan. Ia tidak membakar lemak secara lansung, tetapi merangsang serotonin supaya perut merasa kurang lapar. Secara tak lansung, anda kurang makan, serat kurang craving makanan manis dan berlemak.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart