3 jenis obesiti lelaki

 

Anda mahu KURUS? Jom kenali 3 JENIS OBESITI bagi lelaki dan boleh kurus mengikut kaedah yang tepat! 👍
.
Bersenam, menahan makan, atau diet merupakan antara kaedah untuk mengurangkan berat badan. Kegemukan atau obesiti bukan sahaja boleh memberi kesan kesihatan malah akan memberi kesan psikologi kepada individu.
.
Sebelum ‘mengisytiharkan perang’ terhadap kegemukan, anda perlu tahu dahulu punca obesiti boleh berlaku. Perkara utama untuk mengurangkan berat badan ialah memberi tumpuan kepada bahagian manakah yang mengalami masalah kegemukan.
.
Obesiti lelaki terbahagi kepada tiga jenis disini, anda boleh lihat anda berada dalam golongan yang mana.👇
.
🍃 Obesiti dibahagian atas badan akibat daripada makan secara berlebihan. Jika anda seseorang yang kuat makan dan tidak suka bersenam, anda cenderung untuk berada dalam kumpulan ini. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula dan perlu bersenam selama 30 minit sehari. Rujuk pakar perubatan jika tidak mendapat keputusan yang baik untuk beberapa tempoh.
.
🍃 Obesiti dibahagian perut atau perut buncit. Ini masalah utama perut buncit bukan disebabkan oleh makanan tapi disebabkan seseorang mengalami masalah tekanan, kebimbangan, atau kemurungan. Anda perlu menjalani senaman yang lebih relaks untuk memberi anda ketenangan. Jangan terlalu bersenam dengan cara yang keras kerana bimbang anda akan mudah berputus-asa. Anda juga dinasihatkan bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat.
.
🍃 Dibahagian perut dan belakang berlemak, seseorang yang mengalami masalah ini kebanyakkannya tidak rajin bersenam. Oleh itu, anda perlu meningkatkan senaman sambil menjalani gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang memberi kesihatan kepada anda dan paling penting, jangan makan berlebihan. Kurangkan makanan bergula dan mempunyai lemak yang tinggi. Anda boleh amalkan pemakanan dan senaman seperti yang disyorkan.
.
Paling penting, anda mestilah mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, minum minuman beralkohol, dan makan tanpa mengikut aturan yang tidak betul. 

Syiema Suaid
Read more

Kaitan ubat dan berat badan

 Sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan selera makan, menyebabkan water retention, dan perlahan-lahan menyebabkan pertambahan berat badan dalam jangka masa panjang akibat aktiviti badan yang rendah (low metabolism).

.
 Ubat-ubatan yang diambil secara rutin akan menjejaskan hormon kenyang yang berpusat di otak. Ini akan meningkatkan selera makan. 
.
 Berat badan boleh meningkatkan peluang mendapat kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan diabetes jenis 2.
.
 Sekiranya badan naik dengan cepat dalam tempoh yang singkat, cepat-cepat jumpa doktor terutamanya jika pesakit yang berisiko untuk penyakit jantung atau tekanan darah tinggi.
.
 ubat darah tinggi, ubat kolesterol, ubat penenang dan ubat tahan sakit yang di ambil secara rutin untuk tempoh yang lama berupaya membuatkan berat badan bertambah.

Diana Ishak
Read more

Perut anda berlipat-lipat walaupun tengah berdiri?

 .


..
Inilah situasi HORROR untuk setiap orang tak kira lelaki ataupun perempuan. Perut berlipat waktu duduk itu perkara biasa. Tapi kalau tengah berdiri pun berlipat-lipat, alamak - itu petanda malapetaka nak datang 😂.
.
Menentukan saiz pinggang adalah mudah. 
.
LELAKI
1. Antara 37 dan 40 inci = overweight. 
2. Lebih dari 40 inci = OBESITI.
.
WANITA
1. Antara 32-34 inci = overweight.
2. Lebih dari 34 inci = OBESITI.
.
Cuba ukur pinggang masing-masing sekarang.
Agak-agak 'berat', jom whatsapp kami dihttp://www.wasap.my/60127728976

Diana Ishak
Read more

Kenapa berbadan gemuk lebih senang dapat penyakit.

 .

"KALAU GEMUK SENANG DAPAT PENYAKIT, HABIS KALAU KURUS TAK DAPAT PENYAKIT KE?"

Bukan macam tu.
Kurus juga boleh dapat penyakit BAGAIMANAPUN, lebih ramai yang dapat penyakit bila berbadan besar (gemuk) daripada berbadan kurus.

Orang yang berbadan besar lebih rintang (resistan) terhadap hormon leptin. Kerintangan terhadap hormon leptin akan membuatkan seseorang itu sentiasa BERASA LAPAR!.

Bila sentiasa lapar, kita cenderung untuk makan apa saja. Inilah yang contribute kepada pelbagai jenis penyakit - makanan bergula, fast food dan junk food. Semua makanan ini kemudian akan mengakibatkan gula dalam darah tinggi dan kolesterol juga bertambah. Bila kolesterol dan gula tinggi dalam badan, hasilnya pelbagai penyakit timbul - diabetis, jantung tersumbat, buah pinggang, sakit lutut - macam-macam.

Sebab itulah lebih baik 'kecilkan' badan, sekurang-kurangnya risiko penyakit dapat dikurangkan.

Diana Ishak
Read more

Kaitan diabetis dengan berat badan

 

 .

Apa kaitan diabetis dengan berat badan?
.
🥗 Mengawal berat badan adalah sangat penting especially kepada yang mengidap diabetes jenis 2.
.
🥗 Membawa berat badan yang berlebihan menjadikan kandungan gula dalam darah susah dikawal.
.
🥗 80 peratus pesakit diabetes jenis 2 mempunyai berat badan berlebihan.
.
🥗 Berat badan yang berkurangan boleh membuatkan paras gula darah juga menurun – good news to you!
.
Jadi, dengan menurunkan berat badan, pengidap diabetis bukan saja dapat kuruskan badan tapi dapat juga menurunkan kandungan gula dalam darah.
.
Diana Ishak
Read more

Ketagihan garam

 

 .

Siapa sini sangat suka makan snek? Tak boleh tak, mesti nak kena kunyah snek paling kurang pun 2 hari sekali?
Tau tak kalau korang terlampau suka mengunyah snek, itu tandanya korang sedang ketagihan garam. Ini punca kenapa korang ketagih garam :
.
👉 Tabiat.
Dari kecil dah dibiasakan dengan makanan bergaram tinggi. Makanan yang dah dimasak dengan garam pun, masih lagi nak ditaburkan garam sewaktu makan.
.
👉 Badan kurang mineral.
Banyak mineral rasa masin (calcium, sodium, magnesium, zinc), jadi kalau korang asyik terasa nak makan benda masin, maknanyan badan korang kekurangan mineral. Badan akan sentiasa ask for more salts sehinggalah keperluan mineral dalam badan dipenuhi.
.
👉 Dehidrasi.
Sodium (garam) membantu mengekalkan air dalam badan. Bila korang alami dehidrasi, korang perlu lebih garam untuk stabilkan badan kerana garam adalah mineral yang mengalirkan elektrik dalam badan anda.
.
👉 Ketakseimbangan hormon
Ketagihan garam boleh jadi tanda kelenjar adrenal tak berfungsi dengan baik, dan ini akan menyebabkan tekanan darah sangat rendah.
.

Diana Ishak
Read more

"Takkan tak boleh makan makanan manis langsung?"

 

KURANGKAN.
BUKAN TAK BOLEH MAKAN TERUS.

.
Alahaiii, ramai pulak yang tanya "Takkan tak boleh makan makanan manis langsung?"
.
Bukan tak boleh.
BOLEH.
Tapi selalunya bila dah mula makan manis-manis, kita susah nak berenti. Mula-mula rasa, lepas tu makan, lepas tu tambah!
Lepas tu?
Lepas tu gems gems la jawabnya.
.
Kalau boleh elakkan terus.
Bukan apa, gula sememangnya culprit utama yang buatkan berat badan korang maintain kat BMI 30 tak turun-turun.
.
Jalan cerita dia macam ni.
Kalau badan korang tengah bakar lemak untuk hasilkan tenaga, tiba-tiba korang mentekedarah aiskrim.
Secara otomatik badan akan stop bakar lemak dan start gunakan gula (dari aiskrim) sebagai sumber tenaga.
Kalau selalu sangat makan makanan manis, badan akan berhenti terus bakar lemak dan tumpukan pada gula. Habis, bila masanya lemak dalam badan tu nak susut? Betul tak?
.
Jadi, korang pepandailah pilih. Nak continue ambik makanan manis terpulang, Jangan cakap akak tak warning. Kalau berat tak turun pastu ko marah-marah akak, siap kau!

Diana Ishak
Read more

Makanan-makanan ini akan menggagalkan misi anda untuk kuruskan badan!

 .

Percaya tak, kebanyakkan makanan yang kita tak sangka ada gula di dalamnya, merupakan makanan yang paling tinggi gula. Ada di antara makanan ini kita sangka makanan yang sihat, padahal tak! Kandungan gula di dalamnya agak tinggi. Gula sebenarnya 'culprit' dalam kegagalan anda menurunkan berat badan. Jom tengok makanan apa yang ada kandungan gula yang tinggi.

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Tips untuk anda beransur-ansur stop ambil gula supaya lebih cepat kurus.

 

 .

Terima kasih sebab beli GC Plus 2 botol sekaligus!

Excited nampaknya semua nak kuruskan badan kan? Ni mesti dah plan nak pakai kebaya nyonya raya depan. Ok ni kami nak bagi tips sikit untuk 'lajukan' sikit badan turun berat.

MESTI STOP AMBIL MAKANAN/MINUMAN BERGULA.

Tapi kami tau bukan senang nak stop makanan bergula. Dugaannya lagi kuat dari berpuasa. Tapi ni kami nak bagi tips. Tips untuk anda beransur-ansur stop ambil gula :

 .

🔴 Makan buah - walaupun buah ada gula semula jadi, tapi ia adalah pilihan yang lebih sihat sebab di dalamnya ada vitamin, mineral dan serat.

 .

🔴 Buat peraturan pengambilan dessert - Minggu 1: Maksimum sekali sehari. Minggu 2 : dua kali seminggu. Minggu 3 : seminggu sekali.

 .

🔴 Jangan skip waktu makan - Bila anda terlepas waktu makan, anda membuatkan badan menjadi semakin lapar. Bila badan dah jadi terlalu lapar, anda cenderung untuk makan apa saja untuk membawa tahap gula dalam darah kembali normal.

 .

🔴 Jangan simpan gula-gula atau makanan bergula dalam beg tangan atau peti sejuk - too tempting!

 .

🔴 Bila teringin nak makan makanan manis, go for a walk - keinginan untuk makanan manis menurun selepas senaman.

 .

🔴 Baca label untuk lihat gula tersembunyi : dextrin, dextrose, fruktosa, syrup, galaktosa, glukosa, madu, maltosa, laktosa, mannitol, sorbitol, xylitol.

 .

 

Diana Ishak
Read more

Pertambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

 

 .

Walaupun anda sudah cuba bersenam, kurangkan pengambilan makanan dan minum banyak air, tapi berat badan anda masih juga begitu, tak berganjak walau 1kg pun.

Kekecewaan ini boleh difahami.

Apetah lagi bila sudah berhabis ratusan ringgit untuk membeli ubat kurus.

Tetapi anda perlu tahu yang apa saja makanan tambahan, kekurangan vitamin, ketidakseimbanggan hormon atau ubat-ubatan yang diambil boleh memberikan petunjuk kenapa berat badan anda kekal begitu. 

Semak jika anda ada point-point di bawah :

.

1. Ubat Anti-Depressan.

Kebanyakkan ubat anti-depressan akan menyebabkan berat badan bertambah. Sekiranya anda tidak mengambil ubat tersebut tetapi selalu dalam keadaan tertekan, juga akan menyebabkan pertambahan berat sekitar 3-7kg. Sekiranya kesan tekanan ini berpanjuangan, berat badan akan semakin bertambah. Sekiranya anda ada mengambil pil kurus, kemungkinan berat badan anda menjadi statik disebabkan fitra berlawanan ini.

.

2. Jika anda mengambil pil kawalan kelahiran, hormon berlebihan untuk terapi hormon, steroid, beta -blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat-ubatan anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, beberapa rawatan untuk artritis reumatoid, dan juga beberapa ubat-ubatan migrain dan pedih ulu hati, berat badan akan menjadi lebih sukar untuk turun. Sifat berlawanan antara ubat-ubatan yang anda ambil dengan pil kurus boleh menjejaskan metabolisme. 

.

3. Isu pencernaan dan pergerakan usus yang perlahan juga menjadi faktor. Untuk mengetahui sejauh manakah usus anda bergerak dengan sihat adalah, sebaik-baiknya selepas 1-2 jam selepas makan, anda akan buang air besar. Jika ini tak berlaku, ada kemungkinan badan anda sebenarnya mengalami dehidrasi, kandungan serat dalam badan rendah atau kekurangan bakteria baik (probiotik) dalam usus. 

.

4. Badan anda 'hilang' nutrien tertentu. Kekurangan Magnesium, zat besi dan vitamin D dalam badan mampu mengubah metabolisme badan dalam cara yang membuatkan ia lebih sukar untuk membakar lemak. Ia menyebabkan anda merasa selalu keletihan dan malas untuk melakukan banyak pergerakan. Anda boleh tambah kandungan magnesium dan zat besi dalam badan dengan cepat melalui pengambilan bayam, daging dan almond, tetapi adalah mustahil untuk menambah vitamin D dalam badan dengan meminum banyak susu atau terdedah pada cahaya matahari terlalu lama. Lagipun, terlalu banyak minum susu akan menyebabkan batu karang. Apa yang anda boleh buat, cuba check darah anda agar doktor boleh berikan dos Vitamin D yang sesuai.

.

5. Ini adalah satu keadaan yang tak dapat dielakkan. Umur 40-50an, badan tidak lagi membakar banyak kalori seperti kita berumur 20an. Disebabkan itulah kita perlu bantu metabolisme badan kita dengan membuat sedikit senaman ringan secara rutin dan kurangkan makanan berkalori tinggi. Walaupun pil kurus menjanjikan 'tidak perlu senaman', tetapi sekiranya badan anda mempunya faktor-faktor yang boleh melambatkan proses penurunan berat, anda tetap perlu bantu dengan sedikit senama ringan supaya pergerakan metabolisme menjadi lebih laju.

.

6. Jika anda mengesyaki anda mendapat berat badan yang anda tidak boleh kaitkan dengan pemakanan, ubat-ubatan dan senaman, tolong lalukan beberapa ujian termasuk ujian darah dan kencing untuk mendapatkan pemeriksaan yang tepat mengenai tahap kortisol badan anda kerana ada kemungkinan anda menghidapi Cushing's Syndrome tanpa anda sedar. Cushing's Syndrome adalah keadaan di mana badan tidak memproses nutrien dengan cara yang sepatutnya. 

 .

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart