3 jenis obesiti lelaki

 

Anda mahu KURUS? Jom kenali 3 JENIS OBESITI bagi lelaki dan boleh kurus mengikut kaedah yang tepat! 👍
.
Bersenam, menahan makan, atau diet merupakan antara kaedah untuk mengurangkan berat badan. Kegemukan atau obesiti bukan sahaja boleh memberi kesan kesihatan malah akan memberi kesan psikologi kepada individu.
.
Sebelum ‘mengisytiharkan perang’ terhadap kegemukan, anda perlu tahu dahulu punca obesiti boleh berlaku. Perkara utama untuk mengurangkan berat badan ialah memberi tumpuan kepada bahagian manakah yang mengalami masalah kegemukan.
.
Obesiti lelaki terbahagi kepada tiga jenis disini, anda boleh lihat anda berada dalam golongan yang mana.👇
.
🍃 Obesiti dibahagian atas badan akibat daripada makan secara berlebihan. Jika anda seseorang yang kuat makan dan tidak suka bersenam, anda cenderung untuk berada dalam kumpulan ini. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula dan perlu bersenam selama 30 minit sehari. Rujuk pakar perubatan jika tidak mendapat keputusan yang baik untuk beberapa tempoh.
.
🍃 Obesiti dibahagian perut atau perut buncit. Ini masalah utama perut buncit bukan disebabkan oleh makanan tapi disebabkan seseorang mengalami masalah tekanan, kebimbangan, atau kemurungan. Anda perlu menjalani senaman yang lebih relaks untuk memberi anda ketenangan. Jangan terlalu bersenam dengan cara yang keras kerana bimbang anda akan mudah berputus-asa. Anda juga dinasihatkan bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat.
.
🍃 Dibahagian perut dan belakang berlemak, seseorang yang mengalami masalah ini kebanyakkannya tidak rajin bersenam. Oleh itu, anda perlu meningkatkan senaman sambil menjalani gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang memberi kesihatan kepada anda dan paling penting, jangan makan berlebihan. Kurangkan makanan bergula dan mempunyai lemak yang tinggi. Anda boleh amalkan pemakanan dan senaman seperti yang disyorkan.
.
Paling penting, anda mestilah mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, minum minuman beralkohol, dan makan tanpa mengikut aturan yang tidak betul. 

Syiema Suaid
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart