GC Plus / GC Plus

Adakah GC PLUS sejenis FAT BURNER?

Fat Burner adalah makanan tambahan yang dikatakan mampu membakar lemak dengan lebih cepat. Sebahagian fat burner wujud secara semula jadi, termasuklah kafein. Badan manusia secara semula jadi dapat membakar lemak melalui diet (80%) dan senaman. Bermaksud, secara lojiknya manusia tidak perlukan fat burner untuk membakar lemak.

Fat Burner dikatakan boleh membantu badan membakar lebih banyak lemak ketika bersenam. Sebab itulah fat burner selalunya disyorkan diambil sebelum bersenam. Tujuannya untuk merangsang pembakaran lemak yang lebih tinggi ketika work out. Adakah GC PLUS sejenis Fat Burner?

TIDAK. GC Plus bukan fat burner. Malah GC Plus bukanlah pil kurus. Bermakna GC Plus tidak membakar lemak dalam badan. Jadi, bagaimana GC Plus telah membantu ramai pengguna mengurangkan berat badan?

GC Plus adalah sejenis lipase inhibitor (perencat enzim lipase) yang menghalang penyerapan lemak dari makanan. Ekstrak HCA (bahan aktif dalam GC Plus) membantu mengurangkan berat badan dengan 2 cara:
  • membantu menyekat pembentukan lemak
  • mengurangkan selera makan
HCA menyekat pembentukan asid lemak yang baru dengan cara menghalang enzim sitrat lyase membuat lemak daripada karbohidrat. Apabila HCA menghalang sitrat lyase, proses pembuatan lemak dihentikan dan pengeluaran LDL (kolesterol jahat) dan trigliserida menurun. HCA juga menyekat selera makan dengan meningkatkan tahap serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter di otak yang membuatkan kita merasa seronok. Serotonin adalah sasaran kebanyak ubat antidepresan.

Kadar serotonin yang rendah membuatkan kita mudah merasa tertekan/cemas dan ini mendorong ramai orang untuk makan secara emosi. Dengan meningkatkan tahap serotonin, HCA meningkatkan mood dan menekan keinginan untuk bertindak balas terhadap situasi tekanan dengan makanan.
Diana Ishak
Read more

Kenapa najis bergerak lambat dalam usus.

Berat najis berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor:
  • saiz badan
  • tabiat makan
  • berapa banyak air yang diminum
  • keteraturan pergerakan usus
Berat najis rata-rata sekitar 480g atau kurang. Orang yang makan dan minum lebih banyak, atau yang mempunyai pergerakan usus yang lambat, najisnya lebih banyak/berat. Badan memerlukan kira-kira 33-40 jam untuk memproses makanan sebelum dikeluarkan dari badan sebagai najis. Najis bukan sahaja mengandungi air, tetapi juga:
  • bakteria mati dan hidup
  • protein
  • makanan yang tidak dicerna (serat)
  • bahan buangan
  • garam
  • lemak
Semakin lama najis mendap di usus, ia jadi semakin kering dan berat. Inilah punca sembelit. Walaupun kebanyakan orang buang air besar sekali sehari, anda masih dianggap normal jika buang air besar 3 kali sehari atau sekali setiap tiga hari. Dietary fiber (serat makanan) membantu kesihatan usus. Insoluble fiber (serat tidak larut) berfungsi menarik air ke dalam najis, menjadikannya lebih lembut dan lebih mudah bergerak melalui usus.

Insoluble fiber membantu meningkatkan keteraturan usus. Ini menyokong kepekaan insulin, dan membantu mengurangkan risiko diabetes. Jumlah insoluble fiber yang betul dapat:
  • mengawal berat badan
  • mengawal tahap tekanan darah
  • membantu menyeimbangkan tahap kolesterol dalam darah
  • mengatur pergerakan usus dan mencegah buasir
  • mengawal gula dalam darah
GC PLUS adalah sejenis insoluble fiber. Kandungan serat tidak larut di dalamnya membantu pengguna jadi lebih lawas ke tandas.
Diana Ishak
Read more

Makan julap untuk turunkan berat badan. Selamat atau tidak?

Ramai orang memilih memakan julap ketika ingin menurunkan berat badan. Boleh jadi mereka juga tidak tahu mereka sedang memakan julap. Baru-baru ini sebuah artikel dari KKM menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaan julap untuk menurunkan berat badan.

Julap adalah ubat untuk membantu merangsang pergerakan usus atau melancarkan pembuangan najis. Ia digunakan untuk merawat sembelit. Ia juga sering digunakan di dalam produk untuk menurunkan berat badan. Ramai percaya menggunakan julap membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Memang betul julap boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi hasilnya SEMENTARA kerana fungsi julap adalah menarik air dari badan ke dalam usus. Ini membolehkan najis menyerap lebih banyak air untuk laluan usus yang lebih mudah. Dengan ini, berat badan yang turun adalah air, bukan lemak.

Julap tidak berkesan dalam mengawal berat badan. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti dehidrasi (kurang air dalam badan) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Apa julap yang biasa digunakan dalam produk weight loss?

Ada 3 yang paling selalu digunakan:
  • aloe vera
  • daun senna
  • castor oil (minyak sayur dari kacang castor)

 

Castor oil
Bila dimakan, castor oil akan membebaskan asid ricinoleic (sejenis asid lemak tak tepu). Asid ricinoleic mengaktifkan reseptor tertentu di saluran pencernaan yang meningkatkan pergerakan usus. Castor oil mengurangkan sembelit dengan cara melembutkan najis.

Daun senna
Paling sering digunakan sebagai julap dalam kebanyakan produk kurus. Jika ada yang pernah menggunakan SENOKOT (boleh dibeli di farmasi) untuk merawat sembelit, anda perlu tahu ramuan utama di dalamnya adalah daun senna. Dalam daun senna ada sennosida. Sennosida mempercepat pergerakan usus dan menyerap air di usus besar.

Aloe vera
Gel aloe vera sering digunakan sebagai rawatan untuk sembelit.
Aloe vera ada glikosida anthraquinone, iaitu sebatian yang menarik air ke dalam usus dan meningkatkan frekuensi pergerakan usus.

Kelihatan bahan-bahan tadi semuanya bersifat semulajadi, dan tidak berbahaya, kan? Yes, ianya tidak berbahaya jika digunakan untuk tempoh sekejap (10 hari) bagi melancarkan pembuangan najis. Jika diambil berterusan boleh mendatangkan penyakit dalam badan.

Bagaimana dengan GC PLUS?

GC PLUS tidak ada bahan-bahan julap. Gesaan ke tandas selepas mengambil GC PLUS adalah kerana GC PLUS mengandungi serat tinggi. Serat tinggi ini menghasilkan gastrocolic reflex selepas mengambilnya. Gastrocolic reflex akan menjadi kuat sekiranya anda makan makanan tertentu selepas mengambil GC PLUS. Jika anda makan buah atau protein selepas mengambil GC PLUS, efek ke tandas kurang atau hampir tiada. Berbeza dengan produk yang mengandungi julap, tidak kira apa yang anda makan sebelum/selepas mengambilnya, gesaan ke tandas pasti berlaku dan ia berlaku dengan kerap.

Diana Ishak
Read more

Wujudkah istilah BERAT AIR?

Berat air bukanlah berat yang sebenar seperti berat badan dari otot dan lemak, tetapi istilah BERAT AIR memang wujud. Kadangkala berat badan bertambah sebanyak 1.5kg semalaman. Lemak tidak akan bertambah begitu drastik semalaman. Berat badan yang bertambah secara mendadak sebegini selalunya akibat AIR.

Badan yang terlalu banyak garam adalah faktor yang menyebabkan terjadinya BERAT AIR. Buah pinggang adalah organ yang dinamik. Ia yang menentukan samada badan harus menahan air atau tidak. Jika kita makan banyak garam (makanan bergaram) pada malam sebelumnya, maka buah pinggang akan menahan lebih banyak air untuk mencairkan atau memperbetulkan ketidakseimbangan garam dalam badan.

Air yang ditahan dalam badan akan menzahirkan keberadaannya pada bahagian tertentu badan. Air lebihan ini disimpan di seluruh badan di tisu atau di antara saluran darah, dan selalunya berkumpul di hujung kaki (jari kaki dan bahagian betis ke bawah). Badan juga cenderung menyimpan air ketika mengalami dehidrasi (kurang air). Sekiranya tidak minum cukup air, nisbah garam-air menjadi tidak seimbang dan badan akan menahan air sehingga keseimbangan pulih.

Disebabkan air, berat badan turun naik dalam seminggu. Itu normal. Penting untuk menimbang berat pada masa yang sama dan dengan cara yang sama setiap hari untuk mendapatkan gambaran yang betul mengenai berat badan keseluruhan. Ada cara untuk membuang berat air:

[a] Minum air.
Kedengarannya pelik, tetapi minum banyak air membantu menghilangkan air dan garam yang bertakung dalam badan. 2-3L air sehari memadai. Kalau tak boleh minum banyak air, makan banyak makanan yang mengandungi air, contohnya tembikai.

[b] Tambah kalium (potassium)
Kalium membantu menstabilkan banyak fungsi penting tubuh, termasuk tekanan darah dan keseimbangan air. GC PLUS ada kandungan kalium yang tinggi. Sebab itulah kami tidak benarkan sesiapa yang ambil ubat darah tinggi memakan GC PLUS kerana kalium boleh mengganggu ubat-ubatan yang digunakan untuk tekanan darah tinggi. Disebabkan GC PLUS ada kalium, that's why penting untuk anda perhatikan progress berat badan sepanjang 10 hari pertama (guna weight loss card). Kerana dalam 10 hari ini berat air pasti turun. Sekiranya berat badan turun kurang dari 580g dalam tempoh 10 hari tersebut, pasti badan anda ada something wrong. Banyak garam, maybe. 10 hari pertama adalah indicator bahawa badan anda adalah "normal".

[c] Makan banyak serat (fiber)
Sistem pencernaan yang sihat adalah kaedah terbaik untuk membuang berat air. Apa sistem pencernaan lancar, itu bermaksud semuanya seimbang. Jadi jika badan membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau sembelit, berat badan pasti susah untuk turun.
Diana Ishak
Read more

Hati dan Kolesterol: Apa harus kita tahu tentangnya.

Sebilangan besar kolesterol dalam badan dibuat di hati dan diperlukan oleh badan. Tetapi ada kolesterol yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Lemak berkumpul di sekitar hati jika darah mengandungi kolesterol yang tinggi. Senario ini boleh menyebabkan NAFLD (sejenis penyakit hati) dalam jangka masa panjang. NAFLD selalu berlaku di kalangan orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau menghidap diabetes.

NAFLD juga menghalang kemampuan hati untuk menghasilkan atau membersihkan kolesterol (kolesterol jahat). Keadaan ini boleh menyebabkan lonjakan kolesterol seseorang. Bila kolesterol tinggi, badan sukar mengagihkan lemak dengan baik. Biasanya, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala. Tetapi jika anda mempunyai berat badan berlebihan dan sukar menurunkan berat, atau menghidapi penyakit jantung dan diabetis, cubalah lakukan ujian kolesterol. Pasti tinggi.

Diet yang betul dapat mengurangkan risiko terkena penyakit hati. Biasanya, doktor akan meminta melakukan perubahan pada diet dan bersenam terlebih dahulu. Sekiranya berlebihan berat badan, doktor akan menyarankan untuk menurunkan berat badan. Seseorang yang ada kolesterol tinggi kadang-kadang terpaksa mengambil ubat kolesterol (statin). Walau bagaimanapun, ketika mengambil statin secara rutin tetapi berat badan tidak dikawal, kolesterol tetap susah untuk turun. Penting untuk memastikan berat badan juga dikawal.

Bila berat badan telah mencapai berat ideal, perlu dipastikan perubahan ini dikekalkan untuk mengelakkan kolesterol tinggi kembali. The liver can repair itself up to a certain point. Maksudnya seseorang dapat mengurangkan kerosakan hati jika kolesterol dan befrat badan dikawal dari awal. Kita boleh nampak di sini bahawa banyak risiko penyakit yang dapat dielakkan apabila berat badan dikawal terlebih dahulu. Berat badan-kolesterol-penyakit hati-jantung-diabetis adalah saling berkait di antara satu sama lain. Selalunya, the root cause adalah bodyfat.



Whatsapp kami di 012-7728976.
Jika anda ada point dengan GreenAard boleh tebus 600 point untuk diskaun RM10.
Diana Ishak
Read more

Lakukan Reverse Dieting

Reverse Dieting adalah teknik yang melibatkan pengambilan kalori secara beransur-ansur dalam beberapa minggu untuk meningkatkan metabolisme dan membantu badan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Teknik ini popular di kalangan atlet. Selepas beberapa ketika mereka berdiet, lama kelamaan badan mula beradaptasi menyebabkan metabolisme menjadi lambat dan penurunan berat badan jadi stuck.

Reverse Dieting biasanya melibatkan pertambahan kalori sebanyak 50-100 kalori setiap minggu melebihi tahap kalori yang diperlukan oleh badan (jumlah kalori yang perlu untuk mengekalkan berat badan). Menambahkan pengambilan kalori dapat meningkatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar lebih banyak lemak melalui termogenesis tanpa senaman (aktiviti sehari-hari seperti berjalan, bercakap, menggeliat).

Di samping itu, reverse dieting dapat menormalkan tahap hormon seperti leptin yang mengatur selera makan dan berat badan. Apabila seseorang berdiet, leptin kurang dihasilkan. Ini menyebabkan pembakaran kalori juga berkurang. Bila pembakaran kalori berkurang, penurunan berat badan tidak berlaku malah stuck (plateau). Bila reverse dieting dipraktikkan, peningkatan pengambilan kalori akan menormalkan tahap hormon leptin dan badan mula "bekerja" semula. Reverse Dieting mengurangkan risiko makan berlebihan, cravings dan weight plateau.

Diet yang terlalu lama dapat mengubah tahap beberapa hormon dalam badan. Sebagai contoh, penurunan berat badan selama 10 minggu menyebabkan penurunan leptin (hormon kenyang) dan peningkatan ghrelin (hormon lapar). Peningkatan pengambilan kalori secara beransur-ansur dapat mengimbangkan tahap kedua hormon tersebut dan perlahan-lahan mengurangkan rasa lapar. Badan akan mula membakar lemak dan berat badan akan kembali berganjak dari tahap plateau.

Pengguna GC PLUS yang telah menggunakan GC PLUS beberapa ketika boleh mencuba teknik reverse dieting ini terutama sekali jika anda PASTI sudah mengawal makan dan bersenam tetapi berat badan tiba-tiba berhenti menunjukkan progress.
Diana Ishak
Read more

Menurunkan berat badan boleh menjadi sangat sukar apabila anda menanggung kesakitan

Jika badan sedang menanggung kesakitan (sakit urat/sakit pinggang/sakit kaki) sementara berat badan juga berlebihan, very likely badan sedang menanggung sakit yang lebih dari sepatutnya. Semakin overweight, sakit yang ditanggung semakin teruk. Bad news is, berat badan susah turun. But the good news is, ada cara untuk mengekalkan berat badan sekarang at the same time prevent your pain from deteriorating.

Bila badan sedang menahan sakit, berat badan mudah berlaku kerana kita jadi kurang aktif. Kita juga makan dengan lebih banyak akibat tindak balas kepada tekanan mengatasi kesakitan, atau sebagai kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, menyebabkan berat badan mudah naik. Berat badan yang berlebihan akhirnya memberi tekanan pada sendi dan urat dan menekan tulang belakang. Tisu lemak yang berlebihan menambahkan keradangan. Keradangan ini menyebabkan sakit bertambah-tambah seperti tiada kesudahan.

Jika badan menanggung sakit, berat badan memang susah untuk turun tetapi anda boleh cuba. Walau bagaimanapun, kalau dah amencuba tetapi berat badan tetap tak berganjak, please stop trying. Instead, ambil langkah untuk mengelakkan berat badan (maintain berat, jangan tambah berat). Walaupun goals dah berubah (from losing weight kepada maintaining weight), pendekatannya hampir sama. Nasihat kami, buat sementara ini fokus untuk kurangkan sakit terlebih dahulu kerana itu jauh lebih penting bagi mengekalkan keseimbangan emosi.

Mengekalkan berat badan involves less pressure berbanding menurunkan berat badan. Dalam tempoh tersebut, develop new habit sementara mempersiapkan diri untuk menurunkan berat badan once and for all. Cadangan untuk develop new habit:
  • minum 2L air sehari
  • tidur yang cukup
  • meditasi
  • kurangkan sugary drink
Kepada yang memiliki akaun dengan GreenAard, rajin-rajinlah semak baki point. Mana tahu boleh redeem diskaun RM25 untuk GC PLUS. Whatsapp 012-7728976 untuk semak point.
Diana Ishak
Read more

Apa yang membuatkan badan GEMUK : Terlalu banyak kalori atau mengambil karbohidrat yang salah?

Penyebab asas kegemukan adalah ketidakseimbangan tenaga antara kalori yang dimakan dan kalori yang dikeluarkan. Ringkasnya, kita makan terlalu banyak atau terlalu tidak aktif, atau kedua-duanya. Dengan logik itu, ternyata apa-apa lebihan kalori samada protein, karbohidrat atau lemak boleh menyebabkan berat badan bertambah. Istilah "makan nasi putih boleh gemuk" is not valid anymore. Kerana penyelesaian masalah kegemukan adalah jelas, iaitu - kurangkan makan ATAU banyakkan beraktiviti.

The problem is, statement "kurangkan makan ATAU banyakkan beraktiviti" ini telah disebarkan selama 40 tahun, namun masalah kegemukan tetap meningkat. Why? Pertama, pemahaman kita tentang punca-punca kegemukan itu sudah difahami, tetapi mereka yang gemuk TIDAK MAHU menurunkan berat. Kedua, mereka yang gemuk TIDAK DAPAT menurunkan berat badan.

Sekiranya pilihan kedua itu benar, maka mungkin yang membuatkan kita gemuk bukanlah ketidakseimbangan kalori tetapi sesuatu yang mirip dengan kecacatan hormon. Peranan hormon insulin, khususnya dalam merangsang pengumpulan lemak. Insulin dirembeskan sebagai tindak balas terhadap glukosa (dari karbohidrat). Apabila jumlah glukosa meningkat dalam darah, pankreas mengeluarkan lebih banyak insulin yang berfungsi untuk mengawal tahap glukosa.

Insulin memberitahu sel-sel otot, organ, bahkan lemak untuk mengambil glukosa dan menggunakannya sebagai bahan bakar. Ia juga memberitahu sel lemak untuk menyimpan lemak, jangan gunakannya sekarang. Selagi tahap insulin tinggi, sel-sel lemak akan terus mengekalkan lemak, dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. 

"Adakah itu bermakna saya kena stop terus karbohidrat supaya badan akan mula menggunakan simpanan lemak untuk sumber tenaga?"

Ya, boleh. TETAPI, perlu diingat bahawa otak manusia berfungsi dengan baik hanya dengan kehadiran karbohidrat. Otak adalah pusat kawalan sistem badan. Sekiranya otak tak berfungsi dengan baik, hormon akan terganggu juga. Sebab itulah dalam menurunkan berat badan, tidak ada satu keadah yang sesuai untuk semua orang kerana ia bergantung kepada badan individu itu sendiri. Bukan semua orang yang bersenam bersama-sama dalam tempoh yang sama akan turun berat badan yang sama. Bukan semua orang yang mengamalkan puasa dengan menu berbuka yang sama akan mendapat berat badan akhir yang sama. Dan bukan semua orang yang menggunakan GC PLUS akan turun berat yang sama pada 10 hari pertama.

Dalam menurunkan berat badan, you need to feel comfortable with the method you choose. Jalaninya dengan tenang, tanpa rasa stress. Dari situ anda akan kenal badan dan mendapat 'rentak' untuk menurunkan berat badan. Slowly but surely.
Diana Ishak
Read more

Kenapa berat pada penimbang tak turun tetapi baju-baju lama dah boleh dipakai semula?

Berat badan manusia terdiri dari:
  • tulang
  • otot
  • lemak
  • air
Bila kita menimbang berat badan, penimbang menunjukkan berat badan keseluruhan. Jadi, bila angka penimbang menunjukkan penurunan, belum tentu lemak yang turun. Boleh jadi air yang turun, manakala lemak masih kekal. Bila kita katakan "SAYA NAK KURUS!", sepatutnya ia membawa maksud "membuang lemak". Membuang lemak TIDAK AKAN BERLAKU dalam tempoh 3-4 hari.

Apabila jisim otot bertambah, lemak akan berkurangan. Kenapa?
Kerana, semakin besar jisim otot, semakin bertambahlah metabolisme badan. Bila metabolisme semakin tinggi, kerja-kerja membakar lemak menjadi lebih cepat. Apa yang menjadi "masalah", walaupun lemak telah berkurangan, berat pada penimbang tetap tak berganjak, atau menunjukkan penurunan yang sangat sedikit. Ini kerana, berat lemak telah digantikan dengan berat otot.

Dalam beberapa kes, skala penimbang menunjukkan pertambahan berat sedikit, sedangkan lemak dalam badan sudah berkurangan. JANGAN PANIK!
Sebab itulah penimbang berat bukanlah indicator terbaik ketika sedang berdiet. Lebih baik gunakan stok baju-baju lama sebagai piawai. Ingat! Misi kita adalah MEMBUANG LEMAK, bukan MENGECUTKAN OTOT. Adakalanya, bila terlalu berdiet (kurang makan), badan tidak mendapatan nutrisi yang cukup. Akibatnya, otot menjadi kecut kerana badan terpaksa menggunakan kalori dalam otot sebagai sumber tenaga (glikogen).

Ramai yang seronok bila penimbang menunjukkan pengurangan angka. Tetapi dalam masa yang sama mereka pelik kenapa badan masih ada 'isi' yang berlebih. Inilah yang berlaku apabila otot mengecil, dan bukannya lemak berkurang. Badan jadi 'kurus' kerana otot kecut, hakikatnya lemak masih ada, malah tidak terusik. 

GC PLUS bertindak dengan cara mengehadkan penggunaan tenaga yang tersimpan di otot. Sebaliknya, badan akan mendapatkan tenaga dari pemecahan lemak. Kami berikan weight loss tracker card untuk setiap pembelian GC Plus. Selepas 10 hari pertama, ukur pinggang and see how your waist size has decreased.
Diana Ishak
Read more

Karbohidrat penting untuk diet yang berkesan dan mood yang baik

Maaf, jika boleh saya katakan ketika dunia kegilaan diet rendah karbohidrat (low carb diet) dan pro-protein (makan protein sahaja), karbohidrat dituduh sebagai penyebab kenaikan berat badan. Karbohidrat dikatakan punca kenapa ramai tidak dapat menurunkan berat badan.

Apabila kita berhenti makan karbohidrat, otak juga berhenti mengatur serotonin, iaitu sejenis bahan kimia yang menaikkan mood dan menyekat selera makan. Pengambilan karbohidrat merangsang pengeluaran serotonin. Apabila serotonin aktif di otak, kesannya pada selera makan adalah membuatkan perut merasa kenyang yang lebih panjang. Serotonin sangat penting bukan sahaja untuk mengawal selera makan dan menghentikan kita dari makan berlebihan, tetapi juga mengawal mood.

Ubat antidepresan menggunakan mekanisme yang sama, iaitu ia menjadikan serotonin lebih aktif untuk jangka masa yang lebih lama bagi mengatur mood. Tetapi tindakbalas bahan kimia lain di dalamnya menjadikan metabolisme badan merendah lantas berat badan susah turun. Karbohidrat meningkatkan tahap serotonin dan bertindak seperti ubat penenang semula jadi. Otak menghasilkan serotonin hanya setelah kita mengambil karbohidrat. Dan yang paling penting, karbohidrat ini mesti dimakan bersama dengan protein yang SANGAT SEDIKIT atau TANPA PROTEIN.

Makanan seperti pasta dan nasi membolehkan otak membuat serotonin, tetapi ayam dan steak menghalang serotonin daripada dihasilkan. This is why people may still feel hungry walaupun setelah makan steak. Perut sudah kenyang tetapi masih craving sesuatu kerana otak tidak cukup membuat serotonin bagi mematikan selera makan. Otak wanita mempunyai sedikit serotonin berbanding lelaki. Sebab itulah wanita lebih moody. Apabila wanita memakan diet yang kurang merangsang serotonin, this make women feel irritable.

Badan memerlukan karbohidrat yang cukup agar mood tetap stabil. Perubahan mood biasanya berlaku pada waktu petang atau malam. Sebab itulah pada waktu ini, kita mudah craving sesuatu yang manis dan berlemak seperti coklat dan ice-cream. Dalam weight management, it's not just a matter of gagal mengawal cravings, tetapi otak yang mengawal dan menghantar isyarat untuk makan karbohidrat. Jika karbohidrat sangat rendah dalam badan, manusia mudah menjadi grumpy atau gelisah.

Ketika badan kurang sumber karbohidrat, memakan protein tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memakan makanan berlemak seperti daging atau keju akan menambahkan lagi rasa letih dan lesu. Walau bagaimanapun, jika lemak dan protein adalah satu-satunya alternatif yang ada, maka otak masih boleh menggunakannya untuk sumber tenaga tetapi ia umpama memberi teh manis kepada pengembara di gurun gersang. Teh manis itu mampu menghilangkan dahaga sementara, tetapi masih tidak berkesan.

Mekanisme inilah yang digunakan dalam formulasi GC PLUS, iaitu dengan merangsang penghasilan serotonin supaya perut menjadi lambat lapar, TANPA bantuan karbohidrat. Ini sangat beneficial untuk mereka yang sedang berpuasa, di mana pengambilan GC PLUS mengurangkan rasa lapar sepanjang tempoh itu.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah berlapar menyebabkan kenaikan berat badan

Kami percaya tidak ada one-size-fits-all untuk gaya hidup sihat. Sebelum memulakan sebarang program diet, pastikan anda tahu situasi badan - samada mempunyai penyakit, mengambil ubat-ubatan secara rutin, mengambil pil hormon, faktor genetik dan usia. Semua ini perlu diambil kira.

Sesiapa yang sedang berdiet pasti biasa dengar "kalori masuk dan kalori keluar". Jadi tak hairanlah jika ramai menafsirkan ini dengan maksud bahawa "semakin kurang makan (berlapar), semakin cepat penurunan berat badan". Beberapa hari kurang makan (menahan lapar), perut kelihatan lebih kempis dan pinggang lebih langsing. So what seems to be the problem? Jom lihat sains di sebalik penurunan berat badan dan bagaimana kelaparan mempengaruhi badan manusia.

Sebelum kita memahami tentang weight loss, penting untuk memahami konsep penurunan berat badan dan berat badan itu sendiri. Obesiti selalunya disebabkan oleh peningkatan lemak badan yang tersimpan akibat dari tabiat makanan yang buruk dan/atau genetik. Penyimpanan lemak sebenarnya adalah cara badan menyimpan tenaga tambahan yang tidak digunakan, berdasarkan keperluan kalori dan tahap aktiviti kita. Semasa makan, sebahagian kalori habis dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Bagi banyak orang, dengan tabiat makan yang buruk dan aktiviti yang terhad membuatkan jumlah simpanan lemak terus meningkat.

Ketika memulakan weight loss journey, kita harus sedar bahawa proses ini memerlukan waktu. Sebagaimana badan mengambil masa untuk menaik, ia juga memerlukan masa untuk menurun. Berat badan yang turun dengan cepat/mendadak bukan indicator diet yang sihat. Semasa menurunkan berat badan, terutama lemak, badan perlu menghabiskan lemak atau apa yang disebut "tenaga" melalui metabolisme badan. Inilah sebabnya kenapa kami sering menekankan keperluan untuk tidak berlapar serta memahami pengambilan kalori. Malangnya ramai yang masih berpendapat "menurunkan berat adan harus berlapar". NO.

Apabila kita memilih untuk berlapar, badan akan bertindak balas secara automatik dengan memperlambatkan metabolisme, sebagai cara melindungi dirinya dari kebuluran. Badan merasa tidak diberi makan dan cuba melambatkan metabolisme kerana bimbang sekiranya kita sedang sakit atau tidak ada lagi makanan yang datang. Dengan cara itu, badan boleh bertahan dalam jangka masa yang lebih lama sehingga diberi makan semula. Badan menyimpan simpanan lemak sebagai cara bertahan hidup. Kesannya, dalam beberapa hari berlapar, kita boleh nampak berat pada penimbang mula menunjukkan tanda-tanda statik.

Bila kita mula makan, reaksi semula jadi badan adalah terus menyimpan tenaga untuk beberapa ketika sekiranya badan akan mengalami kelaparan lagi. Oleh itu, pada cycle seterusnya ini, badan mungkin akan bertambah berat berbanding sebelumnya. Akhirnya, teknik berlapar membuatkan anda demotivated. Ramai juga yang mendapati ketika mula makan selepas tempoh berlapar, mereka cenderung makan dengan berlebihan. Badan menjadi kerap lapar dan sukar mengawal cravings. Berat akhirnya bertambah lebih banyak. So the bottom line is, menurunkan berat badan dengan mengurangkan kalori secara ekstrim bukanlah kaedah terbaik, malah SALAH.
Diana Ishak
Read more

Apakah kaedah terbaik untuk menghilangkan lemak viseral?

Lemak viseral disimpan di rongga perut seseorang dan dikenali sebagai 'lemak aktif' kerana ia mempengaruhi bagaimana fungsi hormon dalam tubuh. Oleh itu,  lemak viseral yang berlebihan boleh mengakibatkan perubahan dalam sistem badan. Lemak viseral berada dekat dengan banyak organ penting seperti pankreas, hati, dan usus. Semakin tinggi jumlah lemak viseral seseorang, semakin berisiko untuk mendapat komplikasi kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

Lemak viseral adalah normal, bahkan sihat dan membantu melindungi organ dan berperanan dalam fungsi endokrin dan sistem imun. Namun, dalam jumlah yang berlebihan, lemak viseral dapat menimbulkan masalah serius terhadap prestasi dan kesihatan anda. Lemak viseral disebabkan oleh banyak faktor - makanan, gaya hidup dan stress. Penting untuk memahami perbezaan antara lemak viseral dan subkutan. Lemak yang boleh dicubit di pinggang, lengan, kaki atau di mana sahaja adalah lemak subkutan, yang tersimpan di bawah kulit. Lemak viseral berbeza. Ini adalah lemak dalaman di sekitar organ perut (kadang-kadang disebut sebagai lemak perut).

Salah satu cara untuk menentukan berapa banyak lemak viseral seseorang adalah dengan mengukur ukuran pinggang. Seorang wanita yang pinggangnya berukuran 35 inci atau lebih cenderung mempunyai lemak viseral yang berlebihan. Perkara yang sama berlaku bagi lelaki yang pinggangnya berukuran 40 inci atau lebih. Walaupun lilitan pinggang yang lebih besar secara amnya bermaksud lebih banyak lemak viseral, orang yang kurus juga boleh mempunyai tahap lemak viseral yang berbahaya bergantung pada komposisi badan mereka. Malah orang yang lebih kurus boleh mempunyai tahap lemak visceral yang tinggi.

Apa yang menyebabkan lemak visceral?

Berlebihan glukosa dalam badan dan stress yang tinggi boleh menyebabkan lemak viseral meningkat. Walaupun diet yang buruk menyebabkan kegemukan, stress sebenarnya dapat meningkatkan hormon kortisol (hormon stres) yang merangsang penyimpanan lemak viseral dengan lebih banyak. Di samping itu, genetik dan hormon membantu mempengaruhi bagaimana badan menyimpan lemak. Gabungan hormon kortisol dan hormon insulin meningkatkan pengumpulan lemak viseral. Hormon seks yang sihat (estrogen & testosteron) dapat membantu mencegahnya.

Pengumpulan lemak berubah bergantung pada jantina dan usia. Deposit lemak pada kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama sehingga baligh. Semasa remaja, lelaki mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi dan perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi. Testosteron menyebabkan otot lebih berat dari lemak. Kesannya lebih maskulin. Estrogen menyebabkan taburan lemak wanita pada payudara, punggung, dan paha. Kesannya lebih feminin. Seiring usia, wanita mendapat lemak tambahan di pelvis, punggung, paha, dan payudara.

Menuju menopaus, tahap estrogen menurun. Berat badan dan lemak badan (terutamanya visceral) bertambah. Penurunan estrogen membuatkan wanita susah mengekalkan berat badan dan cepat menambah berat badan. Mengapa ini berlaku? Estrogen menghadirkan unsur penting ke dalam DNA yang bertanggungjawab untuk mengawal berat badan. Ketiadaan kedua-dua estrogen dan unsur-unsur penting ini membawa kepada kegemukan yang progresif.

GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA adalah dua produk GreenAard yang membantu menstabilkan tahap estrogen. Anda tak perlu ambil kedua-duanya. Jika mahukan benefit weight loss, pilih GC PLUS. Jika mahu benefit perbaiki menstrual cycle dan simptom menopos, pilih Herba Rahsia Rimba. Whatsapp 012-7728976 untuk pertanyaan lanjut.
Diana Ishak
Read more
74 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart