GC Plus / hormon kortisol

Bagaimana Stres Menyebabkan Pengumpulan Lemak di Perut?

Stres, sama ada disedari atau tidak, boleh mempengaruhi tubuh mengeluarkan hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada stres. Walaupun kortisol berfungsi untuk membantu tubuh menangani situasi sukar, pengeluaran yang berlebihan atau berpanjangan boleh membawa kepada berkumpulnya lemak, terutamanya di kawasan perut.

Mari kami jelaskan apa mekanisme pembentukan lemak di perut yang disebabkan oleh stres. Apabila tubuh menghadapi stres, sistem saraf akan mengaktifkan mekanisme "fight or flight", yang menyebabkan kortisol dilepaskan. Kortisol meningkatkan tahap gula dalam darah untuk memberi tenaga. Jika stres berterusan atau berulang, gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan sebagai lemak, terutamanya di kawasan perut.

Lemak yang disimpan adalah jenis lemak visceral. Lemak ini berbeza dengan lemak subkutan (di bawah kulit) kerana ia lebih aktif secara metabolik. Tubuh menyimpan lemak di perut kerana kawasan ini dianggap sebagai "stor tenaga utama". Apabila kortisol banyak dalam badan, selera makan bertambah, terutamanya untuk makanan tinggi gula dan lemak. Kortisol juga boleh melambatkan metabolisme, menjadikan tubuh membakar kalori pada kadar lebih perlahan. Ini menyulitkan proses penurunan berat badan walaupun dengan diet dan senaman.

Bolehkah badan merasa stress tanpa kita sedari? Ya, badan anda boleh mengalami stres walaupun anda tidak merasakannya secara sedar. Ini dikenali sebagai stres fisiologi tersembunyi, yang boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Kurang Tidur
  • Pemakanan Yang Tidak Seimbang
  • Tekanan Kronik
  • Faktor Persekitaran
  • Masalah Kesihatan

Kekurangan tidur menyebabkan tubuh menganggap anda sedang dalam keadaan tertekan, lalu meningkatkan pengeluaran kortisol. Makanan tinggi gula dan lemak pula menyebabkan tekanan dalaman pada badan, yang mengaktifkan pengeluaran kortisol. Stres ringan tetapi berterusan, seperti beban kerja yang tidak dirasai sebagai "berat", boleh mencetuskan kortisol secara perlahan tetapi berpanjangan. Pencemaran, bunyi bising, atau suhu yang melampau juga boleh menyebabkan stres pada tubuh tanpa kita sedari. Keradangan kronik, penyakit autoimun, atau tahap gula darah yang tidak stabil boleh menyebabkan tubuh menghasilkan kortisol walaupun tiada stres yang nyata.

Jadi, sekarang dah tahu kan? Pengurusan berat badan lebih dari sekadar "KURANGKAN MAKAN". Selain dari mengawal makan, perlu kurangkan stress. Sebab itulah, mekanisme GC PLUS bukan membakar lemak (not a fat burner), tetapi merangsang serotonin supaya badan merasa tenang.

Diana Ishak
Read more

Mengapa terlalu banyak bersenam mencegah penurunan berat badan

Dari kajian klinikal dan pengalaman peribadi, I can tell you that senaman berlebihan boleh menghentikan penurunan berat badan. How?

Apabila terlalu banyak bersenam, tahap hormon kortisol meningkat. Remember! Badan tidak mengetahui perbezaan antara stress bersenaman dan stress normal. Bila badan ditekan untuk terus bersenam, tahap kortisol go haywire. . Kortisol yang tinggi menghentikan badan dari membakar lemak kerana badan sedang sibuk mengimbangkan sistem saraf parasimpatik. Sebab itulah ada yang merungut "Hari-hari saya ke gym tapi berat badan turun tak banyak mana".

Tetapi itu tak bermakna anda harus berhenti bersenam. Teruskan jika mahu tetapi hadkan kepada 3-4 kali sahaja seminggu. Stop putting the pressure on yourself every day to be exercising intensely. Bersenamlah selama 30 minit sehari sahaja atau latihan intensiti tinggi 1-2 kali seminggu. Selebihnya banyakkan bergerak (berjalan). Badan yang cukup rehat lebih mudah menurunkan berat.

Dalam menurunkan berat badan, tidak boleh terlalu banyak makan dan terlalu banyak bersenam. Memaksa badan melakukan senaman melebihi had boleh menyebabkan keletihan, penurunan prestasi, dan kenaikan berat di sekitar perut akibat fungsi hormon kortisol terganggu (kacau-bilau). Dengan kata lain, senaman yang banyak belum tentu mengurangkan lemak. Apabila badan keletihan akibat senaman yang melampau, badan akan busy memulihkan badan berbanding membakar badan. Keseluruhan sistem saraf pusat diatur oleh sistem hormon. Bila hormon kacau-bilau akibat senaman yang banyak, you’ve got some serious issues.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart