GC Plus / menopaus

Apakah kaedah terbaik untuk menghilangkan lemak viseral?

Lemak viseral disimpan di rongga perut seseorang dan dikenali sebagai 'lemak aktif' kerana ia mempengaruhi bagaimana fungsi hormon dalam tubuh. Oleh itu,  lemak viseral yang berlebihan boleh mengakibatkan perubahan dalam sistem badan. Lemak viseral berada dekat dengan banyak organ penting seperti pankreas, hati, dan usus. Semakin tinggi jumlah lemak viseral seseorang, semakin berisiko untuk mendapat komplikasi kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

Lemak viseral adalah normal, bahkan sihat dan membantu melindungi organ dan berperanan dalam fungsi endokrin dan sistem imun. Namun, dalam jumlah yang berlebihan, lemak viseral dapat menimbulkan masalah serius terhadap prestasi dan kesihatan anda. Lemak viseral disebabkan oleh banyak faktor - makanan, gaya hidup dan stress. Penting untuk memahami perbezaan antara lemak viseral dan subkutan. Lemak yang boleh dicubit di pinggang, lengan, kaki atau di mana sahaja adalah lemak subkutan, yang tersimpan di bawah kulit. Lemak viseral berbeza. Ini adalah lemak dalaman di sekitar organ perut (kadang-kadang disebut sebagai lemak perut).

Salah satu cara untuk menentukan berapa banyak lemak viseral seseorang adalah dengan mengukur ukuran pinggang. Seorang wanita yang pinggangnya berukuran 35 inci atau lebih cenderung mempunyai lemak viseral yang berlebihan. Perkara yang sama berlaku bagi lelaki yang pinggangnya berukuran 40 inci atau lebih. Walaupun lilitan pinggang yang lebih besar secara amnya bermaksud lebih banyak lemak viseral, orang yang kurus juga boleh mempunyai tahap lemak viseral yang berbahaya bergantung pada komposisi badan mereka. Malah orang yang lebih kurus boleh mempunyai tahap lemak visceral yang tinggi.

Apa yang menyebabkan lemak visceral?

Berlebihan glukosa dalam badan dan stress yang tinggi boleh menyebabkan lemak viseral meningkat. Walaupun diet yang buruk menyebabkan kegemukan, stress sebenarnya dapat meningkatkan hormon kortisol (hormon stres) yang merangsang penyimpanan lemak viseral dengan lebih banyak. Di samping itu, genetik dan hormon membantu mempengaruhi bagaimana badan menyimpan lemak. Gabungan hormon kortisol dan hormon insulin meningkatkan pengumpulan lemak viseral. Hormon seks yang sihat (estrogen & testosteron) dapat membantu mencegahnya.

Pengumpulan lemak berubah bergantung pada jantina dan usia. Deposit lemak pada kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama sehingga baligh. Semasa remaja, lelaki mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi dan perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi. Testosteron menyebabkan otot lebih berat dari lemak. Kesannya lebih maskulin. Estrogen menyebabkan taburan lemak wanita pada payudara, punggung, dan paha. Kesannya lebih feminin. Seiring usia, wanita mendapat lemak tambahan di pelvis, punggung, paha, dan payudara.

Menuju menopaus, tahap estrogen menurun. Berat badan dan lemak badan (terutamanya visceral) bertambah. Penurunan estrogen membuatkan wanita susah mengekalkan berat badan dan cepat menambah berat badan. Mengapa ini berlaku? Estrogen menghadirkan unsur penting ke dalam DNA yang bertanggungjawab untuk mengawal berat badan. Ketiadaan kedua-dua estrogen dan unsur-unsur penting ini membawa kepada kegemukan yang progresif.

GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA adalah dua produk GreenAard yang membantu menstabilkan tahap estrogen. Anda tak perlu ambil kedua-duanya. Jika mahukan benefit weight loss, pilih GC PLUS. Jika mahu benefit perbaiki menstrual cycle dan simptom menopos, pilih Herba Rahsia Rimba. Whatsapp 012-7728976 untuk pertanyaan lanjut.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah estrogen mengurangkan lemak perut dan mengawal berat badan?

Lemak perut bukan hanya masalah kecantikan, ia juga ada kaitan dengan kepentingan perubatan. Pengumpulan lemak di bawah perut atau lemak viseral menyumbang kepada sejumlah penyakit yang berbahaya. Walaupun pada sesetengah wanita, metabolisme mereka tetap sihat walaupun berat badan meningkat, itu mungkin kerana faktor genetik. Secara general, berat badan berlebihan atau gemuk mempengaruhi kualiti hidup dan harga diri.

Bagi kebanyakan wanita, peralihan ke saiz pakaian berukuran lebih besar bermula sekitar menopaus. Metabolisme badan mula menurun seiring usia menyebabkan kenaikan berat badan sekitar 430g setiap tahun. Kenapa begitu? Adakah estrogen mempengaruhi kenaikan berat badan?

Peralihan dari era kesuburan hingga era menopaus bermula apabila haid menjadi tidak teratur dan berhenti sepenuhnya. Peralihan ini dapat dilihat dari perubahan komposisi badan, pertambahan lemak perut dan kesihatan badan secara keseluruhan. Apabila metabolisme badan berubah, badan akan terus menambah berat tidak kira apa jenis makanan yang dimakan. Badan membakar kalori yang sedikit walaupun makan diet yang sama dengan orang lain. Sel lemak pula menyimpan jumlah lemak yang lebih besar.

Lebih banyak lemak terbentuk di perut menjadikan badan resistant pada insulin, yang bermaksud pankreas harus menghasilkan lebih banyak insulin untuk membolehkan jumlah glukosa yang sama memasuki sel badan. Kajian pernah dilakukan ke atas tikus suatu masa dulu, di mana tikus yang dibuang ovarinya (indicator menopos) dan diberi estrogen, ia tidak mengalami kenaikan berat badan yang ketara, tidak ada peningkatan lemak perut dan tidak ada ketahanan insulin. Ini menunjukkan ketika estrogen dalam badan optimum, kenaikan berat badan lebih terkawal.

Ternyata lemak perut dan estrogen, ada hubungkait? Bila tahap estrogen mulai menurun ketika perimenopos, badan mula haywire. Tahap estrogen yang rendah menjadikan badan menjadi bentuk epal. Ini kerana tahap estrogen yang lebih rendah menyebabkan lebih banyak aktiviti enzim yang mensintesis dan menyimpan lemak. Apabila tahap estrogen lebih tinggi, enzim tersebut kurang aktif.

Untuk tujuan itu, GC PLUS atau Herba Rahsia Rimba sesuai untuk anda. Jika masalah anda adalah berat badan, hanya ambil GC PLUS. Jika masalah anda hanya kesihatan dalaman wanita, hanya ambil Herba Rahsia Rimba. Jika masalah anda berat badan DAN haid tidak teratur, ambil GC PLUS sahaja. Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut, 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Kenapa Berat Badan Bertambah Walaupun Berdiet

Dalam keseronokkan pengguna yang dapat menurunkan berat badan selepas ambil GreenAard, ada juga segelintir yang mengadu berat badan bertambah 1-2kg.

Kenapa jadi macam ni?

Kalau anda ambil makanan berkalori lebih banyak dari biasa atau berhenti bersenam, jangan buat-buat terkejut kalau nampak nombor pada penimbang berat semakin lama semakin bertambah. Tapi, macamana pulak kita kawal makan, makan hanya makanan berkhasiat, bersenam secara rutin dan juga ambil GreenAard, tapi berat badan tetap naik. Pelik kan?

1. Tak cukup tidur

Tak cukup tidur atau tidur lewat akan menyebabkan perubahan hormon dalam badan. Perubahan hormon akan membuatkan anda merasa sentiasa lapar dan lambat rasa kenyang. Inilah yang membuatkan anda sentiasa ada rasa hendak mengunyah setiap masa. Selain dari itu, apabila anda tidur lewat, kebarangkalian untuk anda mendapatkan snek malam (supper) adalah tinggi. 

2. Stress

Apabila kita merasa tertekan, badan dan akan bertukar ke mode survival, lalu hormon kortisol iaitu hormon tekanan akan dirembeskan. Hormon ini akan menyebabkan anda sentiasa berasa lapar. Dan selalunya, dalam keadaan tegang begitu, anda lebih cenderung untuk mengambil makanan berkalori tinggi.

3. Ubat Antidepressan

Kalau anda ada mengambil ubat-ubatan antidepressan, cubalah berbincang dengan doktor sekiranya dia ada alternatif lain bagi menggantikan ubat tersebut kerana antidepressan sememangnya akan memberikan kesan pertambahan berat badan. 

4. Steroid

Steroid sememangnya diketahui akan menyebabkan pertambahan berat badan. Ia menyebabkan anda sentiasa berselera untuk makan dan ia juga menyimpan air dalam badan dengan banyak. Steroid juga akan menyimpan lemak disekitar muka, leher dan perut. Sekiranya anda telahpun mengambil steroid lebih dari seminggu, jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ini akan membawa kepada keadaan yang lebih serius. Bincang dengan doktor terlebih dahulu.

5. Ubat-Ubatan Lain

Ubat darah tinggi, kencing manis, sawan, migrain dan ubat untuk merawat penyakit bipolar dan skizofrenia membawa kepada pertambahan berat badan.

 

6. Pil Perancang

Pil perancangan kehamilan memang akan menyebabkan berat badan bertambah tetapi ini bukanlah kesan panjang. Jadi, sekiranya anda menggunakan pil perancang dalam masa yang sama ingin menguruskan badan, ia agak contradict di situ.

7. Hypothyroidsim

Jika tiroid tak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, anda akan berasa letih, lemah dan bertambah berat badan. Tanpa hormon tiroid yang cukup, metabolisme anda menjadi lambat dan inilah yang membuatkan berat badan meningkat.

8. Menopaus

Kebanyakkan wanita akan bertambah berat badan semasa menopaus akibat perubahan hormon. Tetapi, perubahan hormon bukanlah satu-satunya punca berat badan bertambah. Ini kerana, seiring dengan pertambahan usia, metabolisme badan menjadi semakin lambat dan pembakaran kalori juga menurun. Ditambah lagi semakin meningkat usia semakin pergerakan fizikal menjadi  terhad, membuatkan senaman bukanlah sesuatu yang dijadikan rutin. Untuk melihat samada berat badan anda ada kaitan dengan menopaus, perhatikan di mana lemak anda berkumpul. Ini kerana, pertambahan berat badan yang disebabkan menopaus dapat dilihat dengan pertambahan lemak di sekitar perut dan pinggang, berbanding di sekitar peha dan punggung.

 

9. Cushing Syndrome

Pertambahan berat badan adalah simptom utama sindrom Cushing, sindrom di mana pesakit terdedah dengan hormon kortisol yang banyak dalam badan. Sindrom Cushing ini berlaku pada pesakit yang mengambil steroid untuk asthma, athritis dan lupus. Sindrom Cushing menampakkan pertambahan berat di sekitar leher, muka, bahagian atas belakang badan dan juga pinggang.

10. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

PCOS adalah masalh hormon yang biasa terjadi pasa wanita. PCOS menyebabkan ketumbuhan cyst pada ovari. Ketumbuhan ini seterusnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan mengganggu kitaran haid dan jerawat yang banyak terhasil. PCOS juga membuatkan penghidap resistan terhadap insu1in yang merupakan hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah. Inilah punca penghidap PCOS mengalami pertambahan berat badan kerana badan tidak dapat menyeimbangkan kandungan gula. 

 

11. Berhenti merokok.

Berhenti merokok sangat baik untuk kesihatan. Tapi ia akan membuatkan berat badan anda bertambah berbanding semasa merokok. Mereka yang berhenti merokok selalunya akan mengalami pertambahan berat sekitar 5kg. Tetapi ini hanyalah berat badan yang bersifat sementara. Selalunya selepas bebrapa minggu berhenti merokok, anda lebih mudah mengawal berat badan.

Sekiranya berat badan bertambah walaupun sudah berdiet dan melakukan aktiviti fizikal secara rutin, perlu ingat bahawa :

1. Jangan berhenti dari mengambil ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor kerana anda tak tahu apa masalah yang akan timbul sekiranya anda berhenti tanpa berbincang dengan doktor.

2. Jangan bandingkan kesan yang diterima oleh orang lain dengan anda. Tak semua orang dapat kesan penurunan berat yang sama. Walaupun 100 orang mengalami penurunan berat badan setelah mengambil GreenAard, ada kemungkinan dia tak berlaku pada anda, ataupun kesannya amat lambat sekali.

3. Jika berat badan hanya dari water retention, ia bukanlah berat badan kekal atau lemak. Amalkan diet rendah natrium dalam masa yang sama.

4. Banyakkan bergerak! Kerana cepat atau lambat sesuatu proses penurunan bergantung juga kepada kelajuan metabolisme. Sekiranya badan akan mempunya metabolisme yang sangat rendah, anda perlu bantu badan anda dengan melakukan aktiviti fizikal secara rutin. 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart