GC Plus / skala penimbang

Kenapa berat pada penimbang tak turun tetapi baju-baju lama dah boleh dipakai semula?

Berat badan manusia terdiri dari:
  • tulang
  • otot
  • lemak
  • air
Bila kita menimbang berat badan, penimbang menunjukkan berat badan keseluruhan. Jadi, bila angka penimbang menunjukkan penurunan, belum tentu lemak yang turun. Boleh jadi air yang turun, manakala lemak masih kekal. Bila kita katakan "SAYA NAK KURUS!", sepatutnya ia membawa maksud "membuang lemak". Membuang lemak TIDAK AKAN BERLAKU dalam tempoh 3-4 hari.

Apabila jisim otot bertambah, lemak akan berkurangan. Kenapa?
Kerana, semakin besar jisim otot, semakin bertambahlah metabolisme badan. Bila metabolisme semakin tinggi, kerja-kerja membakar lemak menjadi lebih cepat. Apa yang menjadi "masalah", walaupun lemak telah berkurangan, berat pada penimbang tetap tak berganjak, atau menunjukkan penurunan yang sangat sedikit. Ini kerana, berat lemak telah digantikan dengan berat otot.

Dalam beberapa kes, skala penimbang menunjukkan pertambahan berat sedikit, sedangkan lemak dalam badan sudah berkurangan. JANGAN PANIK!
Sebab itulah penimbang berat bukanlah indicator terbaik ketika sedang berdiet. Lebih baik gunakan stok baju-baju lama sebagai piawai. Ingat! Misi kita adalah MEMBUANG LEMAK, bukan MENGECUTKAN OTOT. Adakalanya, bila terlalu berdiet (kurang makan), badan tidak mendapatan nutrisi yang cukup. Akibatnya, otot menjadi kecut kerana badan terpaksa menggunakan kalori dalam otot sebagai sumber tenaga (glikogen).

Ramai yang seronok bila penimbang menunjukkan pengurangan angka. Tetapi dalam masa yang sama mereka pelik kenapa badan masih ada 'isi' yang berlebih. Inilah yang berlaku apabila otot mengecil, dan bukannya lemak berkurang. Badan jadi 'kurus' kerana otot kecut, hakikatnya lemak masih ada, malah tidak terusik. 

GC PLUS bertindak dengan cara mengehadkan penggunaan tenaga yang tersimpan di otot. Sebaliknya, badan akan mendapatkan tenaga dari pemecahan lemak. Kami berikan weight loss tracker card untuk setiap pembelian GC Plus. Selepas 10 hari pertama, ukur pinggang and see how your waist size has decreased.
Diana Ishak
Read more

Bukti nombor pada skala penimbang bukanlah pengukur berat badan sebenar kita.

 

 .

Numbers on a scale means nothing! The real issue is your body fat.
.
Cuba tengok gambar ni.
Semua wanita ni miliki berat badan yang sama.
Tapi ada yang nampak gempal, ada yang nampak ideal ada yang nampak kurus.
.
Ini adalah bukti nombor pada skala penimbang bukanlah pengukur berat badan sebenar kita.
Ia adalah gabungan berat lemak + berat tulang + berat otot + berat air.
Yang kita nak hilangkan adalah berat lemak sahaja.
.
Ada sorang pengguna GC Plus kata, there is only a 2kg difference between her starting and current weight, but her body composition change COMPLETELY!
.
PLEASEEEEEE STOP GETTING HUNG UP ON THE NUMBER ON THE SCALE!
PLEASE STOP THINKING YOUR WEIGHT EQUALS YOUR PROGRESS AND FOR THE LOVE OF EVERYTHING PLEASE STOP LETTING YOR WEIGHT HAVE ANY AFFECT WHATSOEVER ON YOUR SELF ESTEEM.
.
Sebab tu kami always mintak pengguna GC Plus ambil berat lemak badan sebelum guna GC Plus atau ambil ukuran pinggang. Sebab ada possibility berat badan tak turun banyak sebab otot bertambah. Tapi bila otot bertambah bermakna lemak juga semakin berkurang. Sebab tu ukuran pinggang penting.
.

Diana Ishak
Read more

Dah cuba GC Plus tapi berat tak turun seperti orang lain

 .

Ada yang tertanya-tanya kenapa berat badannya tak turun-turun tetapi berat badan kawannya turun dengan agak cepat setelah ambil GreenAard. 
Padahal, dia dah cuba untuk kawal pengambilan kalori dan bersenam sekerap mungkin.
Tapi, berat badan kekal tak ada penurunan. 
Sedangkan kawan tadi tak bersenam pun malah makan sesedap rasa. tapi masih boleh turun berat sehingga 5kg sebulan.

Kenapa?
 
Mula-mula you all perlu faham ada beberapa sebab yang mempengaruhi penurunan berat badan, samada cepat atau lambat.
 
Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk turun berat badan dengan lebih cepat berbanding wanita, kerana kebanyakan lelaki secara semulajadi mempunyai jisim otot yang lebih. Otot yang lebih akan menyebabkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Bila metabolisme tinggi, pembakaran lemak dalam badan menjadi lebih cepat.

Lelaki dan wanita cenderung untuk menyimpan berat badan yang berlebihan di tempat yang berbeza-beza, contohnya, lelaki di kawasan perut yang biasanya lebih mudah untuk mengalami kehilangan lemak, manakala wanita pula di punggung dan paha yang biasanya lemak lebih sukar dibakar.

Selain dari itu, mereka yang mempunyai berat badan yang lebih akan senang mengalami penurunan berat badan. Ini adalah kerana lebih tinggi berat badan maka lebih banyak kalori yang dibakar walaupun hanya berjalan kaki sejauh 500m. Secara gambaran yang mudah, berjalan dengan bebanan 30kg adalah lebih susah berbanding berjalan dengan bebanan 5kg. Semakin susah berjalan dengan bebanan yang berat, badan semakin banyak membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sebab itulah, mereka yang berbadan besar lebih cepat turun berat badan. 

Yang lebih menarik, mereka yang berbadan besar boleh mengurangkan pengambilan makanan berkalori tanpa menjejaskan keupayaan badan untuk berfungsi dengan cekap.

Macam ni, jika berat badan anda 135kg, bermakna anda perlu 3500 kalori setiap hari untuk kekalkan berat badan itu.
Jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda setiap hari, badan anda masih ada 2500 kalori untuk berfungsi dengan baik.
Pengurangan 1000 kalori dah mampu menurunkan berat badan anda kepada 1kg setiap minggu.
 
Jika berat badan anda adalah 68kg pula, anda perlu 1800 kalori untuk mengekalkan berat badan.
Dan jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda, badan anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup dan metabolisme anda menjadi lambat secara drastik. Ini membuatkan daya memecahkan lemak menjadi lebih lambat. Sebab itulah walaupun anda ambil GreenAard, anda masih perlu makan. tapi makan dengan sihat. 
 
Perlu juga ambil kita faktor umur dan bentuk badan yang boleh memberi kesan kepada berapa cepat anda boleh mengurangkan berat.

Orang yang lebih tua akan mengalami kehilangan berat badan dengan lebih perlahan, mungkin kerana perubahan hormon atau jisim otot kurang atau mungkin kurang aktif secara fizikal. Jadi, jika anda membandingkan penurunan berat badan dengan orang lain, make sure you're not comparing apples to oranges.

Ada sesetengah pengguna GreenAard berkongsi banyak faktor seperti saiz badan yang sama, berat badan pun sama, umur sama, dan aktiviti harian pun sama, tetapi tak mendapat hasil yang sama. Di sini perlu juga lihat faktor genetik dan masalah individu seperti hypothyroidism, PCOS, imsomnia atau pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids atau anti-depressants. Kerana faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi kepada penurunan berat yang lambat.

Jika anda berada dalam kelompok tersebut, cuba dapatkan khidmat nasihat doktor yang akan bantu memaksimumkan penurunan berat badan anda tanpa menjejaskan kesihatan. Tetapi selalunya, kes lambat turun berat badan ini dapat diatasi dengan mengubah diet dan corak aktiviti harian. 

 .

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart