Dah cuba GC Plus tapi berat tak turun seperti orang lain
.
Ada yang tertanya-tanya kenapa berat badannya tak turun-turun tetapi berat badan kawannya turun dengan agak cepat setelah ambil GreenAard.
Padahal, dia dah cuba untuk kawal pengambilan kalori dan bersenam sekerap mungkin.
Tapi, berat badan kekal tak ada penurunan.
Sedangkan kawan tadi tak bersenam pun malah makan sesedap rasa. tapi masih boleh turun berat sehingga 5kg sebulan.
Mula-mula you all perlu faham ada beberapa sebab yang mempengaruhi penurunan berat badan, samada cepat atau lambat.
Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk turun berat badan dengan lebih cepat berbanding wanita, kerana kebanyakan lelaki secara semulajadi mempunyai jisim otot yang lebih. Otot yang lebih akan menyebabkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Bila metabolisme tinggi, pembakaran lemak dalam badan menjadi lebih cepat.
Lelaki dan wanita cenderung untuk menyimpan berat badan yang berlebihan di tempat yang berbeza-beza, contohnya, lelaki di kawasan perut yang biasanya lebih mudah untuk mengalami kehilangan lemak, manakala wanita pula di punggung dan paha yang biasanya lemak lebih sukar dibakar.
Selain dari itu, mereka yang mempunyai berat badan yang lebih akan senang mengalami penurunan berat badan. Ini adalah kerana lebih tinggi berat badan maka lebih banyak kalori yang dibakar walaupun hanya berjalan kaki sejauh 500m. Secara gambaran yang mudah, berjalan dengan bebanan 30kg adalah lebih susah berbanding berjalan dengan bebanan 5kg. Semakin susah berjalan dengan bebanan yang berat, badan semakin banyak membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sebab itulah, mereka yang berbadan besar lebih cepat turun berat badan.
Yang lebih menarik, mereka yang berbadan besar boleh mengurangkan pengambilan makanan berkalori tanpa menjejaskan keupayaan badan untuk berfungsi dengan cekap.
Macam ni, jika berat badan anda 135kg, bermakna anda perlu 3500 kalori setiap hari untuk kekalkan berat badan itu.
Jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda setiap hari, badan anda masih ada 2500 kalori untuk berfungsi dengan baik.
Pengurangan 1000 kalori dah mampu menurunkan berat badan anda kepada 1kg setiap minggu.
Jika berat badan anda adalah 68kg pula, anda perlu 1800 kalori untuk mengekalkan berat badan.
Dan jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda, badan anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup dan metabolisme anda menjadi lambat secara drastik. Ini membuatkan daya memecahkan lemak menjadi lebih lambat. Sebab itulah walaupun anda ambil GreenAard, anda masih perlu makan. tapi makan dengan sihat.
Perlu juga ambil kita faktor umur dan bentuk badan yang boleh memberi kesan kepada berapa cepat anda boleh mengurangkan berat.
Orang yang lebih tua akan mengalami kehilangan berat badan dengan lebih perlahan, mungkin kerana perubahan hormon atau jisim otot kurang atau mungkin kurang aktif secara fizikal. Jadi, jika anda membandingkan penurunan berat badan dengan orang lain, make sure you're not comparing apples to oranges.
Ada sesetengah pengguna GreenAard berkongsi banyak faktor seperti saiz badan yang sama, berat badan pun sama, umur sama, dan aktiviti harian pun sama, tetapi tak mendapat hasil yang sama. Di sini perlu juga lihat faktor genetik dan masalah individu seperti hypothyroidism, PCOS, imsomnia atau pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids atau anti-depressants. Kerana faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi kepada penurunan berat yang lambat.
Jika anda berada dalam kelompok tersebut, cuba dapatkan khidmat nasihat doktor yang akan bantu memaksimumkan penurunan berat badan anda tanpa menjejaskan kesihatan. Tetapi selalunya, kes lambat turun berat badan ini dapat diatasi dengan mengubah diet dan corak aktiviti harian.
.