GC Plus / tiroid

Kenapa semakin berusia, badan jadi kurang mantap?

Samakin bertambah umur, secara semula jadi sistem badan berubah. Beberapa tisu menjadi kurang sensitif terhadap hormon. Jumlah hormon yang dihasilkan juga berubah. Ada yang menurun, ada yang tidak berubah.

Usia yang bertambah tidak mengurangkan jumlah hormon, tetapi penghasilannya adalah pada kadar yang lebih perlahan. Kelenjar tiroid terletak di leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme. Jadi, kemampuan weight loss ada kaitan dengan fungsi tiroid. Sebab itulah kami tidak mencadangkan sesiapa yang ada masalah tiroid untuk mengambil GC Plus kerana kekacauan hormon mengganggu proses weight loss.

Tambahan lagi, bila usia meningkat, tiroid menjadi lebih 'degil'. Metabolisme badan mula melambat beransur-ansur bermula pada usia 35. Seiring dengan usia, perubahan hormon memang tidak dapat dielakkan. Maka, jangan aim untuk kurus tetapi aim untuk tidak overweight.

Hormon paratiroid pula mempengaruhi kekuatan tulang. Tahap hormon paratiroid meningkat seiring bertambahnya usia, menyumbang kepada osteoporosis. Ovari dan testis pula menghasilkan hormon seks. Seiring usia, tahap testosteron lelaki menurun.

Tahap estrogen dalam wanita juga semakin menurun apabila usia menghampiri menopaus. Tahap glukosa puasa (fasting blood sugar) meningkat setiap 10 tahun selepas usia 50 tahun kerana sel sudah menjadi kurang sensitif. Maka di usia akhir 40-an, memakan makanan bergula walau sekali sekala masih boleh berisiko untuk mendapat kencing manis.

Walaupun begitu, segala kecelaruan hormon ini boleh diperlahankan/diperbaiki dengan:

- mengawal berat badan
- pengambilan makanan yang sesuai dengan keperluan kalori harian
- mengurangkan pengambilan gula
- kekal aktif
- pengambilan supplemen
Diana Ishak
Read more

Kenapa saya sentiasa lapar?

Badan manusia bergantung pada makanan untuk mendapatkan tenaga, so it's normal to feel hungry sekiranya tidak makan selama beberapa jam. Tetapi jika perut sentiasa berkeroncong walaupun selepas makan, something could be going on with your health. Ada beberapa sebab yang menyebabkan rasa lapar.

Diabetes
Badan mengubah gula dalam makanan menjadi sumber tenaga yang dinamakan glukosa. Glukosa digunakan oleh sel badan. Tetapi bagi penghidap diabetes, glukosa tidak dapat sampai kepada sel. Badan membuang glukosa. Kekurangan glukosa menyebabkan badan sentiasa merasa lapar. Kalau badan sentiasa merasa lapar dan kerap makan tetapi berat badan tidak bertambah, sila buat urine test.

Gula Darah Rendah (Hypoglycemia)
Hypoglycemia adalah ketika glukosa dalam badan turun ke tahap yang sangat rendah. Ini adalah kebimbangan utama penghidap diabetes, kerana mungkin petanda gangguan buah pinggang. Antara simptom - jantung berdegup kencang, kulit pucat, kerap berpeluh dan kesemutan di sekitar mulut.

Kurang tidur
Tidak cukup tidur boleh mempengaruhi hormon yang mengawal rasa lapar. Orang yang kurang tidur mempunyai selera makan yang lebih besar dan lebih susah untuk merasa kenyang. Badan juga cenderung menginginkan makanan tinggi lemak dan berkalori tinggi.

Tekanan/Stress
Dalam keadaan cemas atau tegang, badan mengeluarkan hormon yang disebut kortisol. Kortisol meningkatkan rasa lapar. Ramai orang yang mengalami stress menginginkan makanan yang tinggi gula, tinggi lemak, atau kedua-duanya. Ini adalah antara usaha badan untuk "mematikan" bahagian otak yang merangsang perasaan stress/risau/tegang.

Diet
Tidak semua makanan mengenyangkan dengan cara yang sama:
  • Protein & Fiber : Makan terbaik untuk membendung rasa lapar
  • Lemak sihat : Menurunkan kadar kolesterol dan membantu badan merasa puas setelah makan.
  • Pastri, roti putih, makanan segera dan makanan lain yang berasaskan tepung kekurangan semua nutrien ini tetapi tinggi lemak dan refined carbs. Makan banyak makanan jenis ini, akan mempercepatkan rasa lapar, walau selepas makan.
Ubat

Membuatkan badan makan lebih banyak daripada biasa. Antihistamin, antidepresan, steroid, dan beberapa ubat diabetes, adalah antara ubat yang memberi kesan sampingan lapar. Sebab itulah those yang mengambil ubat-ubatan secara rutintidak digalakkan mengambil GC PLUS kerana progress weight loss boleh menjadi lebih perlahan dari sepatutnya, akibat ubat-ubatan yang diambil.

Masalah Tiroid
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di leher. Kelenjar ini menghasilkan hormon yang mengawal fungsi setiap organ dalam badan. Sekiranya kelenjar tiroid bermasalah, bermakna berat badan boleh menjadi haywire dengan sendirinya. Kerana itulah penghidap masalah tiroid tidak digalakkan mengambil GC PLUS because it is as if you are wasting time because the real problem is on hormones.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart