GC Plus / ketidakseimbangan hormon

Adakah kitaran haid anda menjadi tidak teratur selepas mengambil GC PLUS?

Jika YA, jangan risau, Ini adalah NORMAL. Apabila mengambil GC PLUS, berat badan mula menurun. Penurunan ini boleh mengganggu kitaran haid buat sementara waktu (1-2 kitaran). Ini adalah tindak balas normal badan terhadap perubahan diet dan penurunan berat badan. Punca kitaran haid tidak teratur:

(i) Ketidakseimbangan Hormon:

Stress, penurunan atau pertambahan berat badan.

(ii) Kehilangan Berat Badan:

Penurunan berat badan akibat diet boleh mengurangkan pengeluaran hormon pembiakan.

(iii) Perubahan Hormon:

Turun naik hormon berlaku sepanjang kitaran haid, terutamanya 1-2 minggu sebelum haid bermula.

(iv) Peningkatan Berat Badan Sementara:

Badan menyimpan lebih banyak air, menyebabkan pertambahan berat badan dan kembung.

(v) Normalisasi:

Apabila haid datang, semua kesan ini akan hilang.

Jika anda mengalami perubahan dalam kitaran haid selepas mengambil GC PLUS, jangan bimbang. Ini adalah sementara dan bahagian daripada proses penurunan berat badan. Teruskan usaha anda dan kitaran haid anda akan kembali normal.

Diana Ishak
Read more

Kenapa semakin berusia, badan jadi kurang mantap?

Samakin bertambah umur, secara semula jadi sistem badan berubah. Beberapa tisu menjadi kurang sensitif terhadap hormon. Jumlah hormon yang dihasilkan juga berubah. Ada yang menurun, ada yang tidak berubah.

Usia yang bertambah tidak mengurangkan jumlah hormon, tetapi penghasilannya adalah pada kadar yang lebih perlahan. Kelenjar tiroid terletak di leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme. Jadi, kemampuan weight loss ada kaitan dengan fungsi tiroid. Sebab itulah kami tidak mencadangkan sesiapa yang ada masalah tiroid untuk mengambil GC Plus kerana kekacauan hormon mengganggu proses weight loss.

Tambahan lagi, bila usia meningkat, tiroid menjadi lebih 'degil'. Metabolisme badan mula melambat beransur-ansur bermula pada usia 35. Seiring dengan usia, perubahan hormon memang tidak dapat dielakkan. Maka, jangan aim untuk kurus tetapi aim untuk tidak overweight.

Hormon paratiroid pula mempengaruhi kekuatan tulang. Tahap hormon paratiroid meningkat seiring bertambahnya usia, menyumbang kepada osteoporosis. Ovari dan testis pula menghasilkan hormon seks. Seiring usia, tahap testosteron lelaki menurun.

Tahap estrogen dalam wanita juga semakin menurun apabila usia menghampiri menopaus. Tahap glukosa puasa (fasting blood sugar) meningkat setiap 10 tahun selepas usia 50 tahun kerana sel sudah menjadi kurang sensitif. Maka di usia akhir 40-an, memakan makanan bergula walau sekali sekala masih boleh berisiko untuk mendapat kencing manis.

Walaupun begitu, segala kecelaruan hormon ini boleh diperlahankan/diperbaiki dengan:

- mengawal berat badan
- pengambilan makanan yang sesuai dengan keperluan kalori harian
- mengurangkan pengambilan gula
- kekal aktif
- pengambilan supplemen
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart