GC Plus / penyimpanan lemak

Kurus tidak semestinya bebas daripada masalah kesihatan.

Kepercayaan bahawa semua orang kurus mempunyai kadar lemak yang rendah adalah salah dan boleh mengelirukan. Sebenarnya, seseorang yang kurus tidak semestinya bebas daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan lemak badan. Berat badan tidak selalu mencerminkan komposisi tubuh seseorang. Seseorang boleh kelihatan kurus tetapi mempunyai kadar lemak badan yang tinggi, yang dikenali sebagai "TOFI" (Thin Outside, Fat Inside). Ini bermaksud mereka kelihatan kurus di luar, tetapi mempunyai pengumpulan lemak visceral yang tinggi di sekitar organ dalaman.

Lemak visceral adalah lemak yang terletak di sekitar organ-organ penting seperti hati, pankreas, dan usus. Lemak ini lebih berbahaya daripada lemak di bawah kulit. Lemak visceral dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, dan sindrom metabolik. Kajian dalam Journal of the American Medical Association menunjukkan bahawa lemak visceral meningkatkan risiko masalah kesihatan walaupun seseorang itu mempunyai BMI normal. Indeks Jisim Badan (BMI) sering digunakan sebagai ukuran kesihatan, tetapi ia tidak mengambil kira perbezaan dalam komposisi lemak dan otot.

Dua individu dengan BMI yang sama boleh mempunyai kadar lemak badan yang sangat berbeza. Sebagai contoh, seorang atlet mungkin mempunyai BMI tinggi kerana otot yang banyak, tetapi kadar lemak badan yang rendah. Sebaliknya, seseorang yang kelihatan kurus boleh mempunyai BMI normal tetapi kadar lemak visceral yang tinggi. "Normal Weight Obesity" (NWO) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan individu yang mempunyai BMI normal tetapi peratusan lemak badan yang tinggi. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa individu dengan NWO berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan, sama seperti mereka yang obesiti.

Walaupun seseorang itu kurus, gaya hidup yang tidak sihat seperti diet tinggi gula dan lemak trans, serta stres yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan lemak visceral. Ini menjelaskan mengapa orang yang kurus juga perlu memberi perhatian kepada diet mereka untuk mengelakkan risiko kesihatan. Sebab itulah GreenAard selalu mencadangkan pengguna GC PLUS untuk ukur lilitan pinggang, bukan sekadar menimbang berat. Ukuran lilitan pinggang adalah petunjuk sebenar berat badan yang sihat.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah berlapar menyebabkan kenaikan berat badan

Kami percaya tidak ada one-size-fits-all untuk gaya hidup sihat. Sebelum memulakan sebarang program diet, pastikan anda tahu situasi badan - samada mempunyai penyakit, mengambil ubat-ubatan secara rutin, mengambil pil hormon, faktor genetik dan usia. Semua ini perlu diambil kira.

Sesiapa yang sedang berdiet pasti biasa dengar "kalori masuk dan kalori keluar". Jadi tak hairanlah jika ramai menafsirkan ini dengan maksud bahawa "semakin kurang makan (berlapar), semakin cepat penurunan berat badan". Beberapa hari kurang makan (menahan lapar), perut kelihatan lebih kempis dan pinggang lebih langsing. So what seems to be the problem? Jom lihat sains di sebalik penurunan berat badan dan bagaimana kelaparan mempengaruhi badan manusia.

Sebelum kita memahami tentang weight loss, penting untuk memahami konsep penurunan berat badan dan berat badan itu sendiri. Obesiti selalunya disebabkan oleh peningkatan lemak badan yang tersimpan akibat dari tabiat makanan yang buruk dan/atau genetik. Penyimpanan lemak sebenarnya adalah cara badan menyimpan tenaga tambahan yang tidak digunakan, berdasarkan keperluan kalori dan tahap aktiviti kita. Semasa makan, sebahagian kalori habis dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Bagi banyak orang, dengan tabiat makan yang buruk dan aktiviti yang terhad membuatkan jumlah simpanan lemak terus meningkat.

Ketika memulakan weight loss journey, kita harus sedar bahawa proses ini memerlukan waktu. Sebagaimana badan mengambil masa untuk menaik, ia juga memerlukan masa untuk menurun. Berat badan yang turun dengan cepat/mendadak bukan indicator diet yang sihat. Semasa menurunkan berat badan, terutama lemak, badan perlu menghabiskan lemak atau apa yang disebut "tenaga" melalui metabolisme badan. Inilah sebabnya kenapa kami sering menekankan keperluan untuk tidak berlapar serta memahami pengambilan kalori. Malangnya ramai yang masih berpendapat "menurunkan berat adan harus berlapar". NO.

Apabila kita memilih untuk berlapar, badan akan bertindak balas secara automatik dengan memperlambatkan metabolisme, sebagai cara melindungi dirinya dari kebuluran. Badan merasa tidak diberi makan dan cuba melambatkan metabolisme kerana bimbang sekiranya kita sedang sakit atau tidak ada lagi makanan yang datang. Dengan cara itu, badan boleh bertahan dalam jangka masa yang lebih lama sehingga diberi makan semula. Badan menyimpan simpanan lemak sebagai cara bertahan hidup. Kesannya, dalam beberapa hari berlapar, kita boleh nampak berat pada penimbang mula menunjukkan tanda-tanda statik.

Bila kita mula makan, reaksi semula jadi badan adalah terus menyimpan tenaga untuk beberapa ketika sekiranya badan akan mengalami kelaparan lagi. Oleh itu, pada cycle seterusnya ini, badan mungkin akan bertambah berat berbanding sebelumnya. Akhirnya, teknik berlapar membuatkan anda demotivated. Ramai juga yang mendapati ketika mula makan selepas tempoh berlapar, mereka cenderung makan dengan berlebihan. Badan menjadi kerap lapar dan sukar mengawal cravings. Berat akhirnya bertambah lebih banyak. So the bottom line is, menurunkan berat badan dengan mengurangkan kalori secara ekstrim bukanlah kaedah terbaik, malah SALAH.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart