GC Plus / minum banyak air

Mengapa Minum Banyak Air Menyebabkan Kerap Ke Tandas?

Minum air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan masalah dehidrasi dan mengelakkan betis dari mengeras atau berasa tegang. Tetapi, bila minum banyak air sekaligus, badan tidak sempat menyerapnya dengan baik, menyebabkan kita perlu ke tandas dengan kerap. Di sini kami beri penjelasan dari sudut sains serta cara untuk mengurangkan kekerapan ke tandas.

Yang Pertama, bila minum air dalam jumlah yang banyak, darah akan menyerap air tersebut dan meningkatkan jumlah cecair di dalam darah. Buah pinggang bertindak menapis lebihan cecair ini agar keseimbangan elektrolit dalam tubuh terjaga. Akibatnya, lebihan air akan dikeluarkan melalui air kencing.

Yang Kedua, dalam badan ada sejenis hormon iaitu, ADH yang membantu mengawal jumlah air yang ditahan oleh badan. Ketika minum air banyak dalam tempoh yang singkat, badan akan menurunkan pengeluaran hormon ADH. Ini menyebabkan buah pinggang kurang menahan air dan menghasilkan lebih banyak air kencing, sehingga kita kerap ke tandas.

Yang Ketiga, setiap orang ada kapasiti pundi kencing yang berbeza. Bila pundi kencing penuh, isyarat akan dihantar ke otak untuk mengosongkan pundi tersebut. Sekiranya air yang diminum tidak diagihkan secara perlahan, pundi kencing akan cepat penuh, menyebabkan kekerapan ke tandas bertambah.

Jadi, apa cara untuk mengurangkan kekerapan ke tandas?

(i) Minum Air Sedikit-Sedikit Sepanjang Hari

Sebaiknya minum air dengan kerap tetapi dalam kuantiti kecil, berbanding minum dalam jumlah besar sekaligus.

(ii) Ambil Air dari Sumber Lain

Air bukan sahaja boleh didapati dari minuman tetapi juga dari makanan seperti buah-buahan dan sayuran. Ini memberikan air kepada badan dengan lebih perlahan.

(iii) Elakkan Minum Sebelum Tidur

Sekiranya tidak mahu terganggu semasa tidur, elakkan minum air terlalu banyak dalam tempoh sejam sebelum itu.

(iv) Tambah Elektrolit

Mengambil sedikit elektrolit (seperti sodium dan potassium) dalam minuman atau makanan boleh membantu tubuh mengekalkan lebih banyak air.

Diana Ishak
Read more

Keracunan air - bila minum terlalu banyak air

Setiap sel di dalam badan memerlukan air untuk berfungsi dengan betul. Tetapi, minum terlalu banyak boleh menyebabkan serious health consequences.

Susah untuk minum terlalu banyak air secara tidak sengaja, tetapi ia boleh berlaku, biasanya disebabkan oleh cuaca terlalu panas, semasa bersukan atau intense training. Simptom keracunan air merangkumi hilang tumpuan, mual, dan muntah. Otak boleh menjadi bengkak jika terlalu banyak minum air.

Minum terlalu banyak air meningkatkan jumlah air dalam darah. Ini akan mencairkan natrium di dalam darah. Natrium membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam dan di luar sel. Apabila kadar natrium menurun kerana pengambilan air yang berlebihan, cecair bergerak dari luar ke bahagian dalam sel, menyebabkan sel membengkak.

Kalau berlaku di otak, boleh mengancam nyawa kerana apabila seseorang minim banyak air dan sel-sel di otak mula membengkak, tekanan di dalam tengkorak meningkat. Ini menyebabkan gejala keracunan air, seperti:
  • sakit kepala
  • loya
  • muntah
Kes keracunan air yang teruk boleh menyebabkan simptom yang lebih serius, seperti:
  • kerap mengantuk
  • lemahan otot
  • kerap kekejangan
  • tekanan darah meningkat
  • penglihatan berganda (blurry vision)
  • kekeliruan/hilang tumpuan
  • kesukaran bernafas
Keracunan air adalah perkara biasa di kalangan endurance athletes/marathon. Ia boleh berlaku sekiranya seseorang minum banyak air tanpa mengambil kira kandungan elektrolit dengan betul. Pernah terjadi kematian melibatkan pelari maraton suatu masa dulu.

How much is too much?
Overhidrasi berlaku apabila seseorang meminum lebih banyak air daripada yang dapat disingkirkan oleh buah pinggang (melalui air kencing). Buah pinggang dapat menyingkirkan 20-28 liter air sehari, tetapi tidak dapat membuang lebih dari 0.8 liter setiap jam. Sekiranya kekerapan kencing melebihi 800ml sejam, mungkin anda sudah terlebih minum air.

Berapa banyak air yang perlu diminum sehari?
Sebenarnya tidak ada garis panduan rasmi mengenai berapa banyak air yang perlu diminum oleh seseorang setiap hari. Keperluan air setiap orang berbeza, bergantung pada berat badan, aktiviti fizikal, iklim, cuaca dan sama ada mereka menyusukan anak.

Secara general, wanita 19-30 tahun dinasihatkan mengambil sekitar 2.7 liter sehari dan lelaki dengan usia yang sama sekitar 3.7 liter sehari. Itu sudah memadai. Atlet, orang dewasa yang lebih berusia, dan wanita hamil mungkin perlu minum lebih banyak air setiap hari. Kami cadangkan, minum air bergantung pada keperluan kalori harian masing-masing. Sekiranya seseorang memerlukan 1800 kalori sehari, maka ambillah 2000 ml (2L) air setiap hari.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart