GC Plus / supplement

Reaksi tubuh terhadap produk suplemen.

Reaksi tubuh terhadap produk suplemen boleh berbeza-beza antara individu disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang tidak mengalami alergi, manakala yang lain mungkin mengalami reaksi yang tidak diingini. Setiap individu mempunyai genetik yang berbeza yang boleh mempengaruhi cara tubuh memproses bahan-bahan tertentu dalam suplemen.

Sistem imun seseorang juga berbeza. Ada yang lebih sensitif terhadap bahan tertentu, menyebabkan reaksi alergi. Beberapa suplemen mengandungi alergen bagi sesetengah individu, seperti gluten, laktosa, atau bahan tambahan tertentu. Kualiti dan pemprosesan bahan dalam suplemen juga memainkan peranan. Suplemen yang mengandungi bahan berkualiti rendah mungkin menyebabkan reaksi yang tidak diingini. Mengambil dos yang lebih tinggi daripada yang disyorkan juga boleh menyebabkan reaksi tubuh yang tidak diingini, seperti sakit kepala atau masalah pencernaan.

Suplemen juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain yang sedang diambil, yang mungkin menyebabkan kesan sampingan. Apabila mengambil suplemen, tubuhnya melalui proses detoksifikasi, di mana toksin dikeluarkan. Ini boleh menyebabkan reaksi sementara seperti jerawat atau keletihan, tetapi bukan semua orang akan mengalaminya.

Bagaimana cara untuk tahu sama ada suplemen yang diambil sesuai untuk anda atau tidak?

Sebelum mengambil suplemen, lihat atau bertanya jika ada bahan yang diketahui boleh menyebabkan alahan atau sensitiviti pada anda. Jika mencuba suplemen baru, mulakan dengan dos rendah untuk melihat bagaimana tubuh bertindak balas. Buat jurnal untuk merekodkan sebarang kesan sampingan yang dialami selepas mengambil suplemen. Ini dapat membantu anda mengenal pasti sama ada produk itu sesuai atau tidak.

Jika anda bimbang tentang alergi, jalanilah ujian alergi untuk mengetahui sama ada anda sensitif terhadap bahan tertentu dalam suplemen tersebut. Pilih suplemen dari pengeluar yang dipercayai yang mengamalkan kawalan kualiti yang ketat.

Diana Ishak
Read more

Betul ke ambil supplement akan menyebabkan buah pinggang rosak?

 .

"AMBIL SUPPLEMENT BOLEH MENYEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK"
.

Ramai yang tanya kami, "Tak ada efek ke ambil GC Plus? Tak sakit buah pinggang ke nanti?".

Kalau nak tau, too much of taking Vitamin C juga boleh menyebabkan fungsi buah pinggang menjadi perlahan.

Terdapat satu pengambilan harian optimum (ODI) untuk setiap vitamin dan mineral. Bagi setiap orang, jumlah pengambilan akan berbeza-beza mengikut umur, jantina, keadaan kesihatan dan keupayaan menyerap nutrien. Sebab itulah pentingnya baca arahan pada botol. Kalau dah tulis 4-6 kapsul sehari, tolonglah jangan ambil lebih dari tu. Kalau kata sebelum makan, maka ambillah sebelum waktu makan. Ada sebabnya kenapa ia disuruh begitu.

Tak perlu ambil banyak supplement dalam satu-satu masa. Bukan semua nutrine boleh diserap oleh sel. Sel badan ada had tertentu untuk menyerap nutrient, selebihnya akan dibuang melalui buah pinggang. Jadi, penting untuk anda mengambil supplement yang perlu sahaja dan jangan ambil 2-3 supplement weight loss. Cukup 1. Kalau nak cuba yang lain, maka yang sekarang ni perlu dihentikan pengambilan.

Diana Ishak
Read more

Boleh ke kalau nak ambil banyak-banyak supplement serentak?

 

 .

Ada yang tanya boleh tak kalau ambil GC Plus dan dalam masa yang sama ambil green tea, ambil chia seed dan ambil supplement kuruskan badan yang lain?

Ok, macam ni.
Kami hargai kesungguhkan anda untuk mendapatkan kembali berat badan yang ideal. Kesungguhan macam ni memang perlu supaya lebih cepat berat badan yang diimpikan tercapat.

Tapi, pengambilan terlalu banyak makanan atau supplement menguruskan badan bermakna anda mengambil antioksidan yang banyak. Antioksidan memang bagus. Tapi pengambilan antioksidan yang tinggi boleh membawa kepada peningkatan risiko kematian dan penyakit.

Antioksidan termasuklah vitamin C, dan beta-karotena.
Antioxidan memang memberi perlindungan terhadap pelbagai penyakit, termasuk kanser, penyakit jantung, dan masalah penglihatan. Walaupun antioksidan memberikan banyak manfaat, mengambil terlalu banyak antioksidan sekaligus atau mengambil dos yang tinggi boleh membawa masalah.dalam tempoh yang panjang.

Jadi, jangan terlampau teruja untuk kurus dengan cepat.
Yang kita mahu bukan turun berat dengan cepat, tapi turun berat secara sihat.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart