GC Plus / ketahanan insulin

Skin Tags

Kulit adalah organ terbesar badan. Kulit juga organ yang paling ketara dari luar. Perubahan warna, jeragat atau lebam membuatkan kita cepat bimbang seperti ada sesuatu yang tidak kena. Salah satu jenis masalah kulit adalah SKIN TAGS, iaitu sejenis kutil berwarna gelap seakan-akan tahi lalat tetapi bertangkai (tidak melekap sepenuhnya pada kulit seperti tahi lalat). Ukurannya sekitar 2-5mm tetapi boleh tumbuh lebih besar hingga setengah inci.

Seseorang boleh mempunyai satu atau lebih skin tags pada badan. HAMPIR SEMUA ORANG BERPOTENSI MENDAPAT SKIN TAGS. Walaupun skin tags boleh tumbuh di banyak tempat di badan, biasanya ia tumbuh pada leher, ketiak, belakang badan, kelopak mata, dan paha. Masih tidak dapat dipastikan apa penyebab utama skin tags tapi ia selalu tumbuh pada kawasan lipatan kulit. Inilah sebabnya kenapa kegemukan dikatakan meningkatkan risiko mendapat skin tags.

Kegemukan sering dikaitkan dengan peningkatan tahap hormon leptin. Leptin adalah produk obes (Ob) yang dapat merangsang pertumbuhan dan percambahan sel epitelium pada lapisan dermis dan epidermis. Jadi boleh nampak kan kaitan antara kegemukan dan masalah kulit seperti skin tags?

Selain dari itu, skin tags tumbuh apabila kolagen dan saluran darah terperangkap di bawah lapisan kulit yang tebal (lapisan perut dan paha menjadi tebal akibat kegemukan).

Skin tags juga merupakan amaran awal terhadap ketahanan insulin. Satu atau dua skin tags mungkin tidak membimbangkan tetapi sekiranya ia tumbuh dengan banyak, mungkin memberi petunjuk ada masalah diabetis.

Mereka yang mempunyai skin tags selalunya tahap kolesterol lebih tinggi, gula darah lebih tinggi dan kadar lemak yang lebih tinggi (trigliserida) yang semuanya merupakan faktor kegemukan dan risiko diabetes.

Skin tags tumbuh lebih kerap pada:
  • orang yang berlebihan berat badan.
  • mereka yang menghidap diabetes.
  • orang yang tahap kolesterolnya tinggi.
  • wanita mengandung, akibat perubahan hormon.
  • orang yang mengalami ketidakseimbangan hormon seks, terutamanya estrogen dan progesteron (terutamanya PCOS).
  • keturunan, mempunyai ahli keluarga yang ada skin tags.
Rawatan skin tags di rumah:
  • Tea tree oil
Tea tree oil mempunyai sifat antivirus dan antifungal dan selamat digunakan pada kulit. Pertama, bersihkan kawasan skin tags. Dengan menggunakan kapas, sapkan tea tree oil di atas skin tags dengan lembut. Tutup dengan pembalut dan biarkan semalaman. Ulang rawatan selama beberapa malam sehingga skin tags kering dan tertanggal.
  • Kulit pisang
Jangan buang kulit pisang terutamanya jika ada skin tags. Letakkan kulit pisang di atas skin tags dan tutup dengan pembalut. Lakukan ini setiap malam sehingga skin tags tertanggal.
  • Cuka Epal
Rendam kapas dalam cuka epal kemudian letakkan kapas di atas skin tags. Balut dengan pembalut selama 15 hingga 30 minit, dan kemudian cuci bahagian yang disapu tadi. Ulangi setiap hari selama beberapa minggu. Keasidan cuka epal memecahkan tisu di sekitar skin tags, menyebabkannya tertanggal.

GreenAard tidak mempunya produk untuk merawat skin tags. Tetapi kami ada produk yang boleh mengelakkan skin tags tumbuh semula selepas anda merawatnya. Ini kerana, walaupun skin tags dapat dibuang, potensi untuk ia tumbuh kembali tetap ada sekiranya PUNCA SKIN TAGS tidak dirawat. Kegemukan menjadi salah satu punca skin tags. Turunkan berat badan dan kurangkan kolesterol. GreenAard cadangkan:
  • GC Plus - membantu menurunkan berat badan.
  • Nutrijuice - membantu mengurangkan kolesterol LDL dan triglyceride ke tahap normal.
  • Basic Value Pack - mengandungi GC Plus dan Nutrijuice serta percuma Cleansing Gel 25ml.
Whatsapp 012-7728976
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart