GC Plus / berat ideal

Pesakit kencing manis dapat menurunkan gula darahnya dengan menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan dapat memberi kesan yang sangat positif terhadap pengawalan diabetes, terutamanya diabetes jenis 2. Namun, ia TIDAK MEMULIHKAN diabatis. Diabetis adalah penyakit kronik yang memerlukan pengurusan berterusan. Walaubagaimanapun, dengan menurunkan berat badan, gula darah dapat dikawal dengan lebih baik.

Berat badan berlebihan sering kali disebabkan oleh lemak visceral yang berkumpul di sekitar organ dalaman. Lemak ini mengeluarkan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan dan mengganggu fungsi insulin. Jadi, dengan menurunkan berat badan, jumlah lemak visceral dapat berkurang. Ini dapat meningkatkan kepekaan sel-sel tubuh terhadap insulin. Bermakna insulin dapat bekerja lebih efektif dalam menurunkan kadar gula darah.

Penurunan berat badan juga mengurangkan lemak yang terkumpul di hati dan otot. Dengan hati yang lebih sihat, pengeluaran glukosa oleh hati dapat dikurangkan, yang membantu menurunkan kadar gula darah. Penurunan berat badan boleh memperbaiki fungsi pankreas yang bertanggungjawab menghasilkan insulin. Ini boleh meningkatkan pengeluaran insulin dan membantu mengawal gula darah.

Berapa ramai di kalangan anda yang tahu bahawa berat badan berlebihan ada kaitan dengan hormon stress yang tinggi? Hormon stress (kortisol) boleh meningkatkan kadar gula darah. Penurunan berat badan dapat mengurangkan kadar hormon ini, membantu menurunkan gula darah.  GreenAard TIDAK ADA sebarang produk untuk merawat diabetis, malah TIDAK ADA ubat atau suplemen yang boleh memulihkan diabetis. Tetapi GreenAard ada produk yang boleh membantu mengurangkan lemak badan dengan sihat dan selamat supaya gula darah terkawal.

 

GC PLUS dan MAALTYD adalah kombo produk yang:

- membantu anda mendapatkan berat badan ideal

- mengurangkan rasa lapar

- memanjangkan rasa kenyang

- memberi mood yang baik (supaya kurang stress)

Diana Ishak
Read more

Tanda-Tanda Anda Memiliki Berat Badan Yang Sihat

Lebih daripada 40% orang dewasa di dunia adalah GEMUK. Jadi tidak menghairankan jika ramai orang berusaha untuk kurus. Maybe ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikatakan dengan berat badan yang sihat. Walaupun berat badan terkini bertambah 3kg dari tahun lepas, tidak bermaksud kita perlu menurunkan berat badan.

Peliknya, tidak kira berapa berat badan seseorang, dia selalu merasa "belum cukup kurus". Inilah yang menyebabkan tekanan yang tidak perlu. There’s no one-size-fits-all formula to indicate how much you should weigh. Walaupun penimbang berat badan menunjukkan pertambahan berat, jangan panik. Penimbang bukan satu-satunya piawai.

[a] BMI
Some people, walaupun menjalani gaya hidup sihat, dia masih belum dapat menurunkan berat badan. This is so frustrating, I know. Walau bagaimanapun, BMI anda tinggi tidak bermakna anda gemuk. Kerana mempunyai jisim otot yang besar juga boleh menyebabkan BMI tinggi.

[b] KAFFEIN
Sekiranya kita dapat menempuh hari tanpa perlu minum 3-4 cawan/gelas kafein, itu indicator berat badan yang sihat. Berat badan ideal membuatkan kita merasa sihat dan bertenaga. Walaupun ini kelihatan seperti petunjuk yang tidak tepat, seseorang dengan berat badan yang sihat kurang rasa mengantuk/letih pada waktu siang berbanding individu yang gemuk.

[c] BERAT BADAN MENGHAMPIRI IDEAL WEIGHT
Walaupun berat terkini masih EXCESS SEDIKIT dari berat ideal, tetapi sekiranya kita merasa bertenaga, sihat, tidak mudah penat dan berat terkini statik pada angka yang sama selama bertahun-tahun, probably our body is happy right where it is. Mungkin itulah berat yang ideal bagi diri kita.

[d] DEGUPAN JANTUNG
Berat yang sihat adalah lebih dari sekadar penampilan luaran. Ia adalah kesihatan keseluruhan termasuk denyutan jantung semasa sedang berehat (degupan jantung ketika duduk diam). Denyut jantung rehat yang tinggi boleh menjadi tanda awal masalah jantung. Selagi denyutan jantung sihat, kita tidak perlu terlalu sibuk untuk menurunkan berat badan dengan melampau.

Degupan yang sihat adalah antara 60-100 denyut per minit]

[e] UKURAN PINGGANG
Sekiranya bahagian perut ada lemak berlebihan, risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit kronik yang lain lebih tinggi.
Lingkaran pinggang yang sihat untuk lelaki kurang dari 40 inci, dan wanita mesti kurang dari 35 inci. Jika ukuran pinggang masih d bawah had yang ditetapkan, tak perlulah bermati-matian berdiet untuk menurunkan berat badan.

Sebab itulah GreenAard selalu mementingkan ukuran pinggang, bukannya angka pada penimbang.

Diet yang keterlaluan boleh membahayakan emosi. Sekatan diet tertentu akan menggandakan risiko kemurungan. So take a minute and analyze your efforts. Sekiranya kita aktif bergerak dan tidak makan berlebihan, walaupun berat masih excess 5kg dari berat ideal, that's ok. Teruskan maintain berat tersebut.

Melainkan anda mula merasa tidak selesa bersolat, kaki cepat lenguh, selalu kejang kaki, paha berselisih, cepat mengah - ok, let's do something. You know where to find us :)
Diana Ishak
Read more

Berapa lama badan boleh bertahan tanpa membuang air besar?


Saluran pencernaan yang sihat bererti membuang air besar secara rutin. Walaupun setiap orang ada 'jadual' buang air besar yang berbeza, not pooping at all is a concern. Kekerapan membuang yang "normal" adalah sekitar 1-3 kali sehari atau selang sehari. Kebanyakan orang notice pattern 'jadual' masing-masing. Some people membuang air besar pada waktu yang sama setiap hari. 

Jika seseorang buang air besar hanya 2 kali seminggu atau kurang dari tu, ini dikategorikan sebagai sembelit. Sembelit adalah penyakit. Jika tak dirawat segera, najis boleh masuk ke dalam sistem usus menjadikan lebih sukar untuk buang air besar. Tidak ada jangka masa tertentu sejauh mana seseorang boleh bertahan tanpa membuang air besar kerana setiap orang mengambil diet yang berbeza. Selain itu faktor kesihatan gastrousus dan gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada keteraturan jadual buang air besar.

Tidak ada jangka masa tertentu sejauh mana seseorang boleh bertahan tanpa membuang air besar kerana setiap orang mengambil diet yang berbeza. Selain itu faktor kesihatan gastrousus dan gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada keteraturan jadual buang air besar. Tetapi jika seseorang tidak buang air besar sama sekali dalam seminggu dan masih makan seperti biasa, you may need to start thinking about why you haven’t pooped. Kadang-kadang ada halangan pada usus yang tidak membenarkan najis lalu.

Some people menahan najis atau menolak untuk buang air besar kerana risau menggunakan tandas (maybe tandas kotor). Pernah terjadi satu kes, seorang wanita meninggal dunia setelah 8 minggu tidak pergi ke tandas. Penumpukan najis telah menyebabkan ususnya membesar sehingga mereka menekan organ badan hingga menyebabkan serangan jantung. Jangan biasakan diri menahan buang air besar kerana satu masa nanti badan terbiasa hingga anda tidak lagi merasa gesaan untuk membuang. Penting untuk perhatikan simptom yang timbul, ini termasuk perut kembung, merasa ingin buang air besar tetapi tidak boleh, loya dan pening kepala, tidak mengeluarkan sebarang gas (kentut), sakit perut.

Tidak membuang air besar tidak hanya mempengaruhi sistem pencernaan, tetapi badan secara keseluruhan. Beberapa komplikasi akibat terlalu lama tidak buang air besar adalah seperti:
(1) Najis sudah menjadi keras lalu tersekat dalam kolon, dan
(2) Najis yang berlebihan menekan usus menyebabkan usus terkoyak.

Diana Ishak
Read more

"Cuma 'turun' 1kg je".

.

.

Nampak tak beza antara dua gambar ni?
.
Gambar kiri : 82kg
Gambar kanan : 81kg
.
Berat pada skala macam tak nampak beza. Cuma 'turun' 1kg je.
Tapi hakikatnya masing-masing boleh tengok betapa bezanya dia dulu dan sekarang.
.
Apabila otot bertambah, lemak akan semakin berkurang.
Kerana bila bertambahnya otot, maka bertambahlah juga jumlah lemak yang dibakar.
Otot yang bertambah serentak dengan penurunan lemak akan membuatan berat pada skala seolah-olah tak berganjak tapi perubahan bentuk badan ada.
.
Pernah baca tak testimoni GC Plus dari pengguna yang kata "Berat macam tak beza banyak tapi baju-baju lama semua dah boleh pakai".
.
Inilah yang kami maksudkan.
Fungsi GC Plus adalah membantu membakar lemak dengan cara menambahkan jisim otot. Bila otot bertambah, lemak akan dibakar dengan lebih banyak. Tanpa bersenam dan berlapar pun lemak boleh hilang. Boleh baca testimoni pengguna di sini :
http://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-testimony

.

Diana Ishak
Read more

Sama tapi berbeza?

 

Ini akak nak bagi contoh kenapa 2 orang yang mempunyai berat badan yang sama tak semestinya boleh muat baju yang bersize sama. Haaaaaa...pelik tak?
.
Cuba tengok gambar ni.
Ini adalah gambaran 2 orang yang mempunyai berat badan yang sama tapi seorang ada body fat yang lebih tinggi dari yang satu lagi.
.
Inilah yang GC Plus buat pada badan korang.
GC Plus TAK AKAN buatkan badan korang jadi kurus (kerempeng) tapi akan bantu dapatkan berat badan yang ideal.
Berat badan yang ideal adalah berat badan yang sihat - bermakna selain dari bantu korang dapat berat badan yang sewajar dengan ketinggian, ia juga bantu mengurangkan body fat. Sebab tu ada certain cases di mana pengguna GC Plus kata berat tak nampak kurang banyak tapi seluar lama semua dah boleh pakai semula.
Macamana boleh jadi macam ni?
.
Ini adalah kerana GC Plus menambahkan jisim otot.
Bila jisim otot bertambah, metabolisme akan meningkat.
Metabolisme yang meningkat akan membakar lebih lemak.
Otot membuatkan badan lebih fit.
Lemak membuatkan badan nampak fat.
Beza, kan?
.

Diana Ishak
Read more

Beza di antara KURUS dan BERAT IDEAL

 

Cuba tengok gambar ni.
Hampir sama, kan? Tapi sebenarnya tak serupa.
Kalau tengok betul-betul, ada perbezaan yang SANGAT SEDIKIT pada bentuk badan mereka. Masing-masing dah slim tapi masih ada yang rasa badan tak cukup slim. Kenapa jadi macam ni?
.
Ada beza di antara KURUS dan BERAT IDEAL.
Kebanyakkan orang aim untuk kurus.
Dan mereka menilai KURUS dengan - boleh pakai jeans size 24, boleh pakai baju size XS, pinggang secekak, dan muka runcing.
Selagi tak capai 'piawaian' ni, maka ia belum lagi digelar KURUS.
Oh lagi satu, walaupun dah cecah piawaian tu, kadang-kadang ia tetap belum boleh digelar kurus sekiranya ada orang lain yang lebih kurus dari tu 😂😂.
.
Piawaian korang tu SALAH!
.
Berat ideal adalah berat sihat.
Selalunya ideal weight range adalah sekitar 10kg.
Bermakna sekiranya tinggi korang 155cm, ideal weight adalah sekitar 45kg-55kg.
45kg kelihatan kurus dan lansing.
Tapi tak bermakna 54kg itu gemuk.
Masing-masing masih lagi berada dalam skala berat yang sihat.
Jadi kenapa mesti berhempas-pulas untuk menampakkan diri sangat-sangat kurus?
.
Being skinny doesn’t make a person beautiful. Begitu juga dengan memiliki big boobs or curves. Bukan semua yang berpunggung besar dan berpayudara besar itu gorgeous. Just pastikan berat badan korang ideal - you will get not only healthy but hawttt!
.

Diana Ishak
Read more

Bukti nombor pada skala penimbang bukanlah pengukur berat badan sebenar kita.

 

 .

Numbers on a scale means nothing! The real issue is your body fat.
.
Cuba tengok gambar ni.
Semua wanita ni miliki berat badan yang sama.
Tapi ada yang nampak gempal, ada yang nampak ideal ada yang nampak kurus.
.
Ini adalah bukti nombor pada skala penimbang bukanlah pengukur berat badan sebenar kita.
Ia adalah gabungan berat lemak + berat tulang + berat otot + berat air.
Yang kita nak hilangkan adalah berat lemak sahaja.
.
Ada sorang pengguna GC Plus kata, there is only a 2kg difference between her starting and current weight, but her body composition change COMPLETELY!
.
PLEASEEEEEE STOP GETTING HUNG UP ON THE NUMBER ON THE SCALE!
PLEASE STOP THINKING YOUR WEIGHT EQUALS YOUR PROGRESS AND FOR THE LOVE OF EVERYTHING PLEASE STOP LETTING YOR WEIGHT HAVE ANY AFFECT WHATSOEVER ON YOUR SELF ESTEEM.
.
Sebab tu kami always mintak pengguna GC Plus ambil berat lemak badan sebelum guna GC Plus atau ambil ukuran pinggang. Sebab ada possibility berat badan tak turun banyak sebab otot bertambah. Tapi bila otot bertambah bermakna lemak juga semakin berkurang. Sebab tu ukuran pinggang penting.
.

Diana Ishak
Read more

Nak turunkan berat badan? Ini yang kamu perlu tahu.

 .

Secara ringkasnya ini adalah basic guidelines untuk bagi korang lebih cepat turun berat.
.
Ada yang kata beria-ia tahan lapar sebab nak bagi berat tu turun lagi cepat. Penyudahnya, kepala jadi pening and muntah-muntah sebab perut kosong takde tenaga. Ahkak jugakkkk yang salah.
.
Jangan terpedaya dengan berat pada skala penimbang semata-mata. Kadang-kadang berat kat skala hanya turun 1kg sebulan, padahal kalau check berat lemak dah turun 10%! Kena ingat, misi kita nak kurangkan lemak, bukan kurangkan otot. Kalau korang berlapar, otot akan mengecut. Bila otot mengecut, tenaga jadi kurang, badan jadi lemah. No point lah badan kurus tapi kecut, muka pucat. Nak buat apa?
.
Yang penting elakkan makanan manis. Ini paling utama.
Selebihnya boleh baca dalam gambar di bawah.

Diana Ishak
Read more

Fakta Menarik Tentang Berat Badan

 

 .

🍃 ketika menimbang berat badan, banyak faktor yang mempengaruhi angka yang tertera pada penimbang. Misalnya, tulang, otot, air, dan lemak. Yang perlu diambil kira bukanlah berat badan keseluruhan tetapi peratusan lemak dalam badan.

 .

🍃 BMI tidak terpakai sepenuhnya dalam mengukur berat badan. Ahli bina badan pasti mempunya BMI 'oevrweight' sedangkan sebahagian berat badannya adalah otot, bukan lemak.

 .

🍃 menurunkan berat badan sepatutnya proses mengurangkan kandungan lemak, bukannya mengurangkan berat otot. Apabila menahan lapar, anda sebenarnya bukan saja mengurangkan lemak tapi otot juga. Sedangkan kehilangan berat otot akan menyebabkan metabolisme menjadi perlahan sehingga sampai ketikanya badan anda akan kembali gemuk dengan cepat kerana otot semakin kurang menghasilkan tenaga.

 .

🍃 anda ada lemak di bahagian perut? Lemak di perut dikaitkan dengan penyakit diabetes, kardiovaskular, bahkan cenderung untuk mendapat kanser. Bagi lelaki, ukuran pinggang ideal adalah 100cm. Sementara wanita ukuran pinggang 88cm saja.

 .

Diana Ishak
Read more

Berapa botol GC Plus agak-agak nak kena beli untuk kurus?

 

Satu lagi soalan yang selalu ditanyakan oleh pengguna GC Plus - "Kenapa berat saya turun 2kg je sebulan tapi kawan saya turun sampai 6kg?"

Ada yang turun hanya 1kg sebulan. Ada yang turun 4kg sebulan. Ada yang 19kg sebulan! (ni bukan main-main ya, kami ada testimoni ni). Banyak atau tidak perbezaan kadar penurunan tu satu cerita lain. Cerita yang lebih penting kat sini adalah apa yang you all dah buat untuk dapatkan turun berat sampai berbelas kilo tu.

Sebenarnya, penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 400g-900g seminggu. Tapi kalau you all turun berat badan sehingga 19kg sebulan bukanlah tak sihat. Masih selamat. Persoalannya sekarang bukan banyak mana mampu turun. Tapi cara apakah yang digunakan untuk turun tu.

Kalau setiap hari you all togok air limau nipis, air lemon, air perahan cili, memang la cepat turun berat tapi itu adalah penurunan berat yang TIDAK SELAMAT. Tapi kalau you all makan makanan yang sihat dan natural 3 kali sehari (bukan makan ringan atau makanan proses), di samping 10 minit buat jumping jack setiap hari, walaupun kelihatan you all seperti banyak makan dan malas bersenam (sebab buat 10 minit je), ia adalah penurunan berat badan yang sihat sekiranya mampu turun walaupun 2kg saja sebulan.

 .

JADI, BERAPA BANYAK BERAT PATUT SAYA KURANGKAN?

Kalau berat badan badan you all sekarang 58kg, dan berat ideal adalah 50kg, maknanya you all perlu turunkan 8kg saja lagi. Itu tak mustahil. Tapi kalau bercita-cita nak turunkan 8kg dalam masa seminggu (dengan cara yang sihat), itu mustahil.

Sebab apa mustahil?

Sebab kau bukan peserta The Biggest Loser yang beratnya menjangkau 172kg. Mereka yang berbadan besar di tahap obesiti ini lebih mudah hilang 8kg seminggu kerana faktor kehilangan berat air pada minggu pertama. Ini memang 'general rule' dimana, lebih banyak berat badan yang perlu diturunkan, lebih mudah untuk hilang berat.

BERAPA BOTOL AGAK-AGAK SAYA KENA BELI UNTUK KEMBALI KE BERAT BADAN SIHAT?

Ini lagi satu soalan yang payah nak jawab.

Walaupun GC Plus bantu untuk capai berat ideal, tapi perasan tak tak semua orang turun amaun berat yang sama sebulan. Ada yang turun 1kg, ada yang 5kg, ada yang 10kg. Salah satu faktornya kita dah bincangkan di point atas tadi.

Faktor seterusnya adalah gaya hidup.

Kalau The Biggest Loser tu lain. Memang mereka ada sepanjang hari untuk dedikasikan diri kepada pelbagai aktiviti yang boleh bantu ke arah penurunan berat badan. But kita-kita yang di luar program itu ada banyak lagi benda nak buat. 

Ada yang kerjanya sepanjang hari depan PC.

Ada yang kerjanya berjalan ke sana-sini naik tangga turun tangga jumpa customer.

Ada yang kerjanya di site, kerja berat.

Aktiviti kita tak sama. Dan aktiviti ini mempengaruhi cepat atau lambat penurunan berat badan. 

Tapi, kami nak tanya. Kenapa you all nak turunkan berat badan yang banyak dengan cepat? Ada yang tanya "Sempat tak saya turunkan 15kg dalam masa 2 bulan?"

Amboiiii. Nak kawen ke apa ni?

Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi selepas berat badan you all turun dengan banyak secara mendadak?

Kami sokong sesiapa saja yang letakkan sasaran dan matlamat untuk capai berat badan ideal dalam sekian-sekian masa, tapi kami pelik kenapa letakkan sasaran dalam masa yang singkat?

Berikan masa untuk badan anda berubah. Letakkan matlamat itu perlu, tapi biar ia berlaku dengan santai dan tenang. Berikan masa untuk badan pulih dan bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku apabila ambil GC Plus.

Sebab, lebih cepat berat badan you all turun, lebih cepat berat tu datang balik. Haaa, takut tak?

Kehilangan 4kg seminggu selalunya, hujung bulan nanti 4kg ni datang balik kat you all. Tapi, hilang 4kg sebulan selalunya ia kekal hilang.

Percayalah! 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart