Tanda-Tanda Anda Memiliki Berat Badan Yang Sihat

Lebih daripada 40% orang dewasa di dunia adalah GEMUK. Jadi tidak menghairankan jika ramai orang berusaha untuk kurus. Maybe ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikatakan dengan berat badan yang sihat. Walaupun berat badan terkini bertambah 3kg dari tahun lepas, tidak bermaksud kita perlu menurunkan berat badan.

Peliknya, tidak kira berapa berat badan seseorang, dia selalu merasa "belum cukup kurus". Inilah yang menyebabkan tekanan yang tidak perlu. There’s no one-size-fits-all formula to indicate how much you should weigh. Walaupun penimbang berat badan menunjukkan pertambahan berat, jangan panik. Penimbang bukan satu-satunya piawai.

[a] BMI
Some people, walaupun menjalani gaya hidup sihat, dia masih belum dapat menurunkan berat badan. This is so frustrating, I know. Walau bagaimanapun, BMI anda tinggi tidak bermakna anda gemuk. Kerana mempunyai jisim otot yang besar juga boleh menyebabkan BMI tinggi.

[b] KAFFEIN
Sekiranya kita dapat menempuh hari tanpa perlu minum 3-4 cawan/gelas kafein, itu indicator berat badan yang sihat. Berat badan ideal membuatkan kita merasa sihat dan bertenaga. Walaupun ini kelihatan seperti petunjuk yang tidak tepat, seseorang dengan berat badan yang sihat kurang rasa mengantuk/letih pada waktu siang berbanding individu yang gemuk.

[c] BERAT BADAN MENGHAMPIRI IDEAL WEIGHT
Walaupun berat terkini masih EXCESS SEDIKIT dari berat ideal, tetapi sekiranya kita merasa bertenaga, sihat, tidak mudah penat dan berat terkini statik pada angka yang sama selama bertahun-tahun, probably our body is happy right where it is. Mungkin itulah berat yang ideal bagi diri kita.

[d] DEGUPAN JANTUNG
Berat yang sihat adalah lebih dari sekadar penampilan luaran. Ia adalah kesihatan keseluruhan termasuk denyutan jantung semasa sedang berehat (degupan jantung ketika duduk diam). Denyut jantung rehat yang tinggi boleh menjadi tanda awal masalah jantung. Selagi denyutan jantung sihat, kita tidak perlu terlalu sibuk untuk menurunkan berat badan dengan melampau.

Degupan yang sihat adalah antara 60-100 denyut per minit]

[e] UKURAN PINGGANG
Sekiranya bahagian perut ada lemak berlebihan, risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit kronik yang lain lebih tinggi.
Lingkaran pinggang yang sihat untuk lelaki kurang dari 40 inci, dan wanita mesti kurang dari 35 inci. Jika ukuran pinggang masih d bawah had yang ditetapkan, tak perlulah bermati-matian berdiet untuk menurunkan berat badan.

Sebab itulah GreenAard selalu mementingkan ukuran pinggang, bukannya angka pada penimbang.

Diet yang keterlaluan boleh membahayakan emosi. Sekatan diet tertentu akan menggandakan risiko kemurungan. So take a minute and analyze your efforts. Sekiranya kita aktif bergerak dan tidak makan berlebihan, walaupun berat masih excess 5kg dari berat ideal, that's ok. Teruskan maintain berat tersebut.

Melainkan anda mula merasa tidak selesa bersolat, kaki cepat lenguh, selalu kejang kaki, paha berselisih, cepat mengah - ok, let's do something. You know where to find us :)
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart