GC Plus / weight plateu

Apa itu Weight Loss Plateu?


Ini suatu keadaan yang sangat menakutkan kepada semua yang sedang berdiet. Kerana kita membayangkan berat akan semakin turun, turun dan turun. Sebenarnya dalam mana-mana program weight loss, weight loss plateau memang berlaku.

Weight loss plateau atau 'berat tak berganjak'
is caused by 3 main factors :

🏋 You’re Losing Fat and Gaining Muscle
Kalau penimbang adalah satu-satunya benda yang korang gunakan untuk ukur berat badan, itu silap. Sebab penimbang tak membuatkan korang benar-benar tahu apa yang berlaku pada lemak badan dan jisim otot. Sebab tu penting untuk ambil berat body fat. Ada kemungkinan lemak dah turun, dalam masa yang sama otot meningkat (GC Plus menambah jisim otot). Kesannya, tiada perubahan dalam berat badan. Itulah sebabnya kenapa korang perlu ukur bukan sahaja berat badan, tetapi lemak badan. Dengan cara ini korang dapat tengok samaada penurunan berat badan memang benar-benar berhenti atau sebenarnya lemak masih menunjukkan penurunan tapi oleh kerana kehilangan lemak hampir sama dengan kadar penambahan otot, maka berat nampak tak berganjak pasa skala penimbang.

🏋 Body fat memang dah rendah
Lemak badan dah memang berkurang. Korang tak sedar sebab badan korang berat pada otot.

🏋 Metabolisme perlahan
Kalau kalori berkurangan dengan cara terlalu drastik (tahan lapar), badan menghantar mesej bahawa ia sedang diancam kebuluran. Jadi, badan akan berhenti terus membakar lemak keraan nak simpan tenaga. Jadi, jangan sengaja berlapar!

🏋 Badan kurang zat
Pastikan walau dalam keadaan berdiet, korang masih makan makanan yang cukup nutrient. Kerana kalau badan tak cukup zat, berat tetap susah nak turun.

.
Diana Ishak
Read more

Apa itu WEIGHT LOSS PLATEAU?

 

Hanya kerana penurunan berat badan terhenti (plateau), jangan give up apetah lagi patah balik pada tabiat lama. Jangan frust.
Ni perkara biasa dalam semua proses nak turunkan berat.

Apa itu WEIGHT LOSS PLATEAU?
Plateau adalah keadaan di mana berat badan tiba-tiba stop untuk beberapa hari atau mungkin beberapa minggu. Ini perkara biasa sebenarnya. Ramai yang kecewa bila berat badan tak berganjak walaupun mereka kawal makan dan bersenam secara rutin.

Minggu-minggu pertama penurunan berat yang ketara adalah perkara biasa. Ia mudah berlaku kerana apabila kalori dikurangkan, badan mendapat tenaga dari glikogen, sejenis karbohidrat yang terdapat di dalam otot dan hati. Glikogen sebahagian besarnya daripada air, jadi apabila glikogen dibakar untuk tenaga, ia mengeluarkan air, menyebabkan penurunan berat badan yang kebanyakannya air. Sebab itu pada awal-awal program diet, berat badan nampak turun dengan cepat.

Apabila berat dah capai plateau, bermakna anda dah hilangkan semua berat badan yang terdaya dilakukan oleh program diet yang anda sedang amalkan ini. Tanya diri, adakah berpuas hati dengan berat badan semasa atau kalau nak lebih kurus lagi, anda perlu tambah keadah lain. Antara kaedah lain untuk ditambah :

✔ semak rekod makanan dan aktiviti. Pastikan tak longgarkan peraturan. Malah perlu lebih ketat lagi.

✔ Kurangkan lebih banyak kalori. Kurangkan lagi 200 kalori sehari dengan syarat badan anda masih menerima sekurang-kurangnya 1200 kalori sehari. Sebab, kurang daripada 1200 kalori sehari akan buatkan anda kelaparan teruk.

✔ Tambah waktu senaman. Kalau anda memang bersenam, panjangkan waktu. Kalau program diet sebelum ini tak melibatkan senaman, maka mulakan bersenam.

Kalau usaha di atas tetap tak berhasil, boleh jumpa dokter dan dapatkan khidmat nasihat mereka kalau-kalau mereka ada teknik yang lebih berkesan. Atau, mungkin anda perlu kaji semula matlamat berat badan anda. Mungkin matlamat yang anda mahukan adalah tak realistik untuk anda.

Diana Ishak
Read more

Berat bertambah bila bersenam

 

 .

Hari-hari bersenam macam nak rak! 

Dengan jogging-nya, dengan sit-upsnya, dengan lompat kataknya.....tapi bila timbang badan, berat bertambah!

Kenapa?

Ok, pertama sekali perlu diingat bahawa situasi ni tak berlaku pada semua orang, jadi jangan jadikannya alasan untuk takut bersenam. Walaubagaimanapun, sekiranya ini berlaku pada anda, lebih-lebih lagi jika anda berdiet, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tapi berat air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana bersenam mengakibatkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Sebab itulah selepas bersenam kita mudah rasa sakit-sakit badan.

Dalam masa yang sama badan akan 'berusaha' untuk menyembuhkan koyakan kecil ni.

Cara penyembuhan koyakan kecil gentian otot ini adalah badan akan menghasilkan bahan perantara (cecair) yang akan bergerak ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. Pergerakan ini akan membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Aktiviti yang berlaku di kawasan koyakan ini akhirnya menyebabkan keradangan dan membengkak. Cecair yang diperlukan untuk melawan keradangan tadi sudah tentunya akan memberi sedikit pertambahan pada berat badan. Dan ianya bersifat sementara. 

Dan sudah tentu, mengambil makanan yang sihat (bukan sekat makan terus) dan berehat dengan cukup amat membantu badan (koyakan kecil pada gentian otot) pulih dengan cepat TETAPI kunci utama adalah be consistent. Badan sedang menyesuaikan diri dengan perubahan apatah lagi bila anda sedang berdiet. Berikan masa kepada diri sendiri.

Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak lebih-lebih lagi di sekitar abdomen.

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam dan berdiet adalah kerana badan anda lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Sekiranya berat anda bertambah 1kg sebulan walaupun anda mengambil pil kurus, itu adalah normal. Ini kerana pil kurus membantu menambahkan metabolisme dalam badan. Peningkatan metabolisme secara tiba-tiba juga akan menyebabkan keradangan yang bersifat sementara.

Sesetengah pengguna GC Plus kurang sabar dan ingin kesan (turun berat badan) itu nampak dengan segera tanpa mengetahui bahawa ada banyak perkara yang perlu dilalui oleh badan dalam proses ini.

GC Plus bukan sahaja membantu anda mendapatkan berat badan ideal, tetapi juga menambah otot (increas lean muscle). Semakin bertambah otot bermakna semakin bertambah metabolisme badan. Semakin bertambah metabolisme badan maka semakin cepat badan mendapat berat badan ideal. Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan anda bertambah pada awal pengambilan. Anda akan nampak mungkin peha anda lebih besar sedikit berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan peha nampak lebih besar. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat kaki idaman :)

Antara kesilapan mereka yang bersenam atau yang mengambil GreenAard adalah terlalu overestimate berapa banyak kalori yang telah diguna oleh badan setiap kali bersenam/mengambil GC Plus sehingga mereka underestimate berapa banyak kalori pula yang ada dalam makanan yang telah diambil. Bila mereka merasakan yang meraka tidak makan nasi, maka mereka berharap akan ada pengurangan berat badan. Dan mereka cenderung untuk mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi. Tahu tak anda perlukan 2 jam senaman kardio untuk membakar kalori SEBIJI DONUT? Baiklah makan nasi. Satu cawan nasi baru 40g karbohidrat. Badan kita perlukan 130g karbohidrat sehari. Tiga kali makan nasi sehari pun baru 120g. Makan dengan lauk sayur (fiber), ikan (protein) dan ayam panggang (protein). Lebih kenyang!

Sebab itu bila ada pengguna GC Plus yang kata "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Sepatutnya begitulah.

Tapi, senaman saja tidak mungkin menyebabkan penurunan berat badan. Anda perlu mengurangkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan, yang bermaksud menukar diet anda. Begitu juga dengan mereka yang hanya bergantung kepada GC Plus untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus hanya bantu meningkatkan metabolisme badan supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tapi ia takkan merubah apa-apa sekiranya anda makan tanpa kawalan. Anda perlu tukar diet. Tukar diet bukan bermaksud tahan lapar dan sekat makan, tetapi makan makanan yang sihat. Barulah proses turun berat itu menjadi lebih cepat.

Ada juga yang merasakan apabila sudah bersenam selama 2 jam maka it's ok untuk makan lebih.
Makanan bukanlah sejenis reward ya.
Kerana makanan akan membuatkan badan perlu membakar kalori dengan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar ketika bersenam.

Sekiranya anda tak mengamalkan pemakanan yang betul juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Mereka yang hanya makan sekali sehari selalu beranggapan badan akan lebih cepat kurus. Ini anggapan yang sama sekali salah! Kurang makan secara mendadak atau pemilihan makanan yang salah menyebabkan ketidakseimbangan hormon pada badan yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. 

Jadi, don't give up!
Berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'.
Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri anda yang perlukan penelitian. 

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart