Nak turunkan berat badan? Ini yang kamu perlu tahu.

 .

Secara ringkasnya ini adalah basic guidelines untuk bagi korang lebih cepat turun berat.
.
Ada yang kata beria-ia tahan lapar sebab nak bagi berat tu turun lagi cepat. Penyudahnya, kepala jadi pening and muntah-muntah sebab perut kosong takde tenaga. Ahkak jugakkkk yang salah.
.
Jangan terpedaya dengan berat pada skala penimbang semata-mata. Kadang-kadang berat kat skala hanya turun 1kg sebulan, padahal kalau check berat lemak dah turun 10%! Kena ingat, misi kita nak kurangkan lemak, bukan kurangkan otot. Kalau korang berlapar, otot akan mengecut. Bila otot mengecut, tenaga jadi kurang, badan jadi lemah. No point lah badan kurus tapi kecut, muka pucat. Nak buat apa?
.
Yang penting elakkan makanan manis. Ini paling utama.
Selebihnya boleh baca dalam gambar di bawah.

Diana Ishak
Read more

Boleh tak pengidap LUPUS ambil GC Plus?

 

 .

Sesiapa yang mengidap LUPUS, sila ambil perhatian.

🔹 Pengidap SLE/LUPUS akan alami kesukaran untuk mengawal berat badan. Lupus boleh menyebabkan pertambahan berat badan atau kehilangan berat badan, tetapi kedua-dua keadaan boleh diurus dengan baik dengan rawatan yang betul.

 .

🔹 Lupus adalah penyakit autoimun kronik. Ia adalah penyakit yang berlaku akibat sistem imun badan menyerang diri sendiri. Ini boleh menyebabkan kerosakan tisu, keradangan dan kesakitan.

 .

🔹 Lupus tidak mempunyai penawar, tetapi ada rawatan berbentuk ubat-ubatan termasuk kortikosteroid, ubat anti-malaria dan aspirin. Kortikosteroid menyebabkan berat badan bertambah.

 .

🔹 Ubat-ubatan ini merangsang selera makan dan boleh memperlahankan metabolisme badan. Jika berat badan bertambah disebabkan ubat-ubatan ini, cuba ubat diet anda.

 .

🔹 Jangan ambil sebarang makanan tambahan termasuk pil diet tanpa terlebih dahulu tanya kepada doktor.

Diana Ishak
Read more

Pertambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

 

 .

Walaupun anda sudah cuba bersenam, kurangkan pengambilan makanan dan minum banyak air, tapi berat badan anda masih juga begitu, tak berganjak walau 1kg pun.

Kekecewaan ini boleh difahami.

Apetah lagi bila sudah berhabis ratusan ringgit untuk membeli ubat kurus.

Tetapi anda perlu tahu yang apa saja makanan tambahan, kekurangan vitamin, ketidakseimbanggan hormon atau ubat-ubatan yang diambil boleh memberikan petunjuk kenapa berat badan anda kekal begitu. 

Semak jika anda ada point-point di bawah :

.

1. Ubat Anti-Depressan.

Kebanyakkan ubat anti-depressan akan menyebabkan berat badan bertambah. Sekiranya anda tidak mengambil ubat tersebut tetapi selalu dalam keadaan tertekan, juga akan menyebabkan pertambahan berat sekitar 3-7kg. Sekiranya kesan tekanan ini berpanjuangan, berat badan akan semakin bertambah. Sekiranya anda ada mengambil pil kurus, kemungkinan berat badan anda menjadi statik disebabkan fitra berlawanan ini.

.

2. Jika anda mengambil pil kawalan kelahiran, hormon berlebihan untuk terapi hormon, steroid, beta -blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat-ubatan anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, beberapa rawatan untuk artritis reumatoid, dan juga beberapa ubat-ubatan migrain dan pedih ulu hati, berat badan akan menjadi lebih sukar untuk turun. Sifat berlawanan antara ubat-ubatan yang anda ambil dengan pil kurus boleh menjejaskan metabolisme. 

.

3. Isu pencernaan dan pergerakan usus yang perlahan juga menjadi faktor. Untuk mengetahui sejauh manakah usus anda bergerak dengan sihat adalah, sebaik-baiknya selepas 1-2 jam selepas makan, anda akan buang air besar. Jika ini tak berlaku, ada kemungkinan badan anda sebenarnya mengalami dehidrasi, kandungan serat dalam badan rendah atau kekurangan bakteria baik (probiotik) dalam usus. 

.

4. Badan anda 'hilang' nutrien tertentu. Kekurangan Magnesium, zat besi dan vitamin D dalam badan mampu mengubah metabolisme badan dalam cara yang membuatkan ia lebih sukar untuk membakar lemak. Ia menyebabkan anda merasa selalu keletihan dan malas untuk melakukan banyak pergerakan. Anda boleh tambah kandungan magnesium dan zat besi dalam badan dengan cepat melalui pengambilan bayam, daging dan almond, tetapi adalah mustahil untuk menambah vitamin D dalam badan dengan meminum banyak susu atau terdedah pada cahaya matahari terlalu lama. Lagipun, terlalu banyak minum susu akan menyebabkan batu karang. Apa yang anda boleh buat, cuba check darah anda agar doktor boleh berikan dos Vitamin D yang sesuai.

.

5. Ini adalah satu keadaan yang tak dapat dielakkan. Umur 40-50an, badan tidak lagi membakar banyak kalori seperti kita berumur 20an. Disebabkan itulah kita perlu bantu metabolisme badan kita dengan membuat sedikit senaman ringan secara rutin dan kurangkan makanan berkalori tinggi. Walaupun pil kurus menjanjikan 'tidak perlu senaman', tetapi sekiranya badan anda mempunya faktor-faktor yang boleh melambatkan proses penurunan berat, anda tetap perlu bantu dengan sedikit senama ringan supaya pergerakan metabolisme menjadi lebih laju.

.

6. Jika anda mengesyaki anda mendapat berat badan yang anda tidak boleh kaitkan dengan pemakanan, ubat-ubatan dan senaman, tolong lalukan beberapa ujian termasuk ujian darah dan kencing untuk mendapatkan pemeriksaan yang tepat mengenai tahap kortisol badan anda kerana ada kemungkinan anda menghidapi Cushing's Syndrome tanpa anda sedar. Cushing's Syndrome adalah keadaan di mana badan tidak memproses nutrien dengan cara yang sepatutnya. 

 .

Diana Ishak
Read more

Antara Punca Kenapa Berat Badan Bertambah Walaupun Berdiet

 

 .

Dalam keseronokkan pengguna yang dapat menurunkan berat badan selepas ambil GreenAard, ada juga segelintir yang mengadu berat badan bertambah 1-2kg.

Kenapa jadi macam ni?

Kalau anda ambil makanan berkalori lebih banyak dari biasa atau berhenti bersenam, jangan buat-buat terkejut kalau nampak nombor pada penimbang berat semakin lama semakin bertambah. Tapi, macamana pulak kita kawal makan, makan hanya makanan berkhasiat, bersenam secara rutin dan juga ambil GreenAard, tapi berat badan tetap naik. Pelik kan?

 .

1. Tak cukup tidur.
Tak cukup tidur atau tidur lewat akan menyebabkan perubahan hormon dalam badan. Perubahan hormon akan membuatkan anda merasa sentiasa lapar dan lambat rasa kenyang. Inilah yang membuatkan anda sentiasa ada rasa hendak mengunyah setiap masa. Selain dari itu, apabila anda tidur lewat, kebarangkalian untuk anda mendapatkan snek malam (supper) adalah tinggi. 

 .

2. Stress
Apabila kita merasa tertekan, badan akan bertukar ke mode survival, lalu hormon kortisol iaitu hormon tekanan akan dirembeskan. Hormon ini akan menyebabkan anda sentiasa berasa lapar. Dan selalunya, dalam keadaan tegang begitu, anda lebih cenderung untuk mengambil makanan berkalori tinggi.

 .

3. Ubat Antidepressan
Kalau anda ada mengambil ubat-ubatan antidepressan, cubalah berbincang dengan doktor sekiranya dia ada alternatif lain bagi menggantikan ubat tersebut kerana antidepressan sememangnya akan memberikan kesan pertambahan berat badan. 

 .

4. Steroid
Steroid sememangnya diketahui akan menyebabkan pertambahan berat badan. Ia menyebabkan anda sentiasa berselera untuk makan dan ia juga menyimpan air dalam badan dengan banyak. Steroid juga akan menyimpan lemak disekitar muka, leher dan perut. Sekiranya anda telahpun mengambil steroid lebih dari seminggu, jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ini akan membawa kepada keadaan yang lebih serius. Bincang dengan doktor terlebih dahulu.

 .

5. Ubat-Ubatan Lain
Ubat darah tinggi, kencing manis, sawan, migrain dan ubat untuk merawat penyakit bipolar dan skizofrenia membawa kepada pertambahan berat badan.

 .

6. Pil Perancang
Pil perancangan kehamilan memang akan menyebabkan berat badan bertambah tetapi ini bukanlah kesan panjang. Jadi, sekiranya anda menggunakan pil perancang dalam masa yang sama ingin menguruskan badan, ia agak contradict di situ.

 .

7. Hypothyroidsim
Jika tiroid tak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, anda akan berasa letih, lemah dan bertambah berat badan. Tanpa hormon tiroid yang cukup, metabolisme anda menjadi lambat dan inilah yang membuatkan berat badan meningkat.

 .

8. Menopaus
Kebanyakkan wanita akan bertambah berat badan semasa menopaus akibat perubahan hormon. Tetapi, perubahan hormon bukanlah satu-satunya punca berat badan bertambah. Ini kerana, seiring dengan pertambahan usia, metabolisme badan menjadi semakin lambat dan pembakaran kalori juga menurun. Ditambah lagi semakin meningkat usia semakin pergerakan fizikal menjadi  terhad, membuatkan senaman bukanlah sesuatu yang dijadikan rutin. Untuk melihat samada berat badan anda ada kaitan dengan menopaus, perhatikan di mana lemak anda berkumpul. Ini kerana, pertambahan berat badan yang disebabkan menopaus dapat dilihat dengan pertambahan lemak di sekitar perut dan pinggang, berbanding di sekitar peha dan punggung.

 .

9. Sindrom Cushing
Pertambahan berat badan adalah simptom utama sindrom Cushing, sindrom di mana pesakit terdedah dengan hormon kortisol yang banyak dalam badan. Sindrom Cushing ini berlaku pada pesakit yang mengambil steroid untuk asthma, athritis dan lupus. Sindrom Cushing menampakkan pertambahan berat di sekitar leher, muka, bahagian atas belakang badan dan juga pinggang.

 .

10. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
PCOS adalah masalh hormon yang biasa terjadi pasa wanita. PCOS menyebabkan ketumbuhan cyst pada ovari. Ketumbuhan ini seterusnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan mengganggu kitaran haid dan jerawat yang banyak terhasil. PCOS juga membuatkan penghidap resistan terhadap insu1in yang merupakan hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah. Inilah punca penghidap PCOS mengalami pertambahan berat badan kerana badan tidak dapat menyeimbangkan kandungan gula. 

 .

11. Berhenti merokok.
Berhenti merokok sangat baik untuk kesihatan. Tapi ia akan membuatkan berat badan anda bertambah berbanding semasa merokok. Mereka yang berhenti merokok selalunya akan mengalami pertambahan berat sekitar 5kg. Tetapi ini hanyalah berat badan yang bersifat sementara. Selalunya selepas bebrapa minggu berhenti merokok, anda lebih mudah mengawal berat badan.

 . 

Sekiranya berat badan bertambah walaupun sudah berdiet dan melakukan aktiviti fizikal secara rutin, perlu ingat bahawa :

1. Jangan berhenti dari mengambil ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor kerana anda tak tahu apa masalah yang akan timbul sekiranya anda berhenti tanpa berbincang dengan doktor.

2. Jangan bandingkan kesan yang diterima oleh orang lain dengan anda. Tak semua orang dapat kesan penurunan berat yang sama. Walaupun 100 orang mengalami penurunan berat badan setelah mengambil GreenAard, ada kemungkinan dia tak berlaku pada anda, ataupun kesannya amat lambat sekali.

3. Jika berat badan hanya dari water retention, ia bukanlah berat badan kekal atau lemak. Amalkan diet rendah natrium dalam masa yang sama.

4. Banyakkan bergerak! Kerana cepat atau lambat sesuatu proses penurunan bergantung juga kepada kelajuan metabolisme. Sekiranya badan akan mempunya metabolisme yang sangat rendah, anda perlu bantu badan anda dengan melakukan aktiviti fizikal secara rutin. 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart