Makan julap untuk turunkan berat badan. Selamat atau tidak?
Julap adalah ubat untuk membantu merangsang pergerakan usus atau melancarkan pembuangan najis. Ia digunakan untuk merawat sembelit. Ia juga sering digunakan di dalam produk untuk menurunkan berat badan. Ramai percaya menggunakan julap membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Memang betul julap boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi hasilnya SEMENTARA kerana fungsi julap adalah menarik air dari badan ke dalam usus. Ini membolehkan najis menyerap lebih banyak air untuk laluan usus yang lebih mudah. Dengan ini, berat badan yang turun adalah air, bukan lemak.
Julap tidak berkesan dalam mengawal berat badan. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti dehidrasi (kurang air dalam badan) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Apa julap yang biasa digunakan dalam produk weight loss?
Ada 3 yang paling selalu digunakan:
- aloe vera
- daun senna
- castor oil (minyak sayur dari kacang castor)
Castor oil
Bila dimakan, castor oil akan membebaskan asid ricinoleic (sejenis asid lemak tak tepu). Asid ricinoleic mengaktifkan reseptor tertentu di saluran pencernaan yang meningkatkan pergerakan usus. Castor oil mengurangkan sembelit dengan cara melembutkan najis.
Daun senna
Paling sering digunakan sebagai julap dalam kebanyakan produk kurus. Jika ada yang pernah menggunakan SENOKOT (boleh dibeli di farmasi) untuk merawat sembelit, anda perlu tahu ramuan utama di dalamnya adalah daun senna. Dalam daun senna ada sennosida. Sennosida mempercepat pergerakan usus dan menyerap air di usus besar.
Aloe vera
Gel aloe vera sering digunakan sebagai rawatan untuk sembelit.
Aloe vera ada glikosida anthraquinone, iaitu sebatian yang menarik air ke dalam usus dan meningkatkan frekuensi pergerakan usus.
Kelihatan bahan-bahan tadi semuanya bersifat semulajadi, dan tidak berbahaya, kan? Yes, ianya tidak berbahaya jika digunakan untuk tempoh sekejap (10 hari) bagi melancarkan pembuangan najis. Jika diambil berterusan boleh mendatangkan penyakit dalam badan.
Bagaimana dengan GC PLUS?
GC PLUS tidak ada bahan-bahan julap. Gesaan ke tandas selepas mengambil GC PLUS adalah kerana GC PLUS mengandungi serat tinggi. Serat tinggi ini menghasilkan gastrocolic reflex selepas mengambilnya. Gastrocolic reflex akan menjadi kuat sekiranya anda makan makanan tertentu selepas mengambil GC PLUS. Jika anda makan buah atau protein selepas mengambil GC PLUS, efek ke tandas kurang atau hampir tiada. Berbeza dengan produk yang mengandungi julap, tidak kira apa yang anda makan sebelum/selepas mengambilnya, gesaan ke tandas pasti berlaku dan ia berlaku dengan kerap.