GC Plus / coconut health claims

Lemak untuk sumber tenaga?

Kami dapat soalan yang bagus tentang Coconut Health Claims iaitu tentang minyak kelapa formula khas (MCT) yang katanya bagus untuk atlet kerana memberikan tenaga.

Sebelum kita ambil bulat-bulat claims tentang MCT, kita kena faham chemistry profile minyak kelapa. Mula-mula kita wajib tahu bahawa minyak kelapa adalah 100% LEMAK. Sebahagian besar asid lemak dalam minyak lemak adalah lauric acid, iaitu asid lemak yang berantai panjang.

Rantaian panjang itu menjadikan lemak sebagai sumber tenaga PALING PERLAHAN. Walau bagaimanapun, setiap gram lemak membekalkan 9 kalori, iaitu 2 kali ganda yang dibekalkan oleh protein atau karbohidrat. Jadi, lojiklah jika dikatakan minyak kelapa membekalkan tenaga yang lebih. Kerana itu, minyak kelapa sangat sesuai digunakan oleh atlete kerana mereka aktif dan pasti menggunakan kalori yang banyak itu.

Badan menyimpan lebihan lemak di perut dan di bawah kulit untuk digunakan ketika badan memerlukan lebih banyak tenaga. Lebihan lemak juga disimpan di saluran darah dan dalam organ, di mana ia dapat menyekat aliran darah dan merosakkan organ. Jika orang yang kurang aktif mengambil produk berasaskan minyak kelapa dengan rutin, boleh menambahkan risiko obesiti, kolesterol dan serangan stroke.

Hanya kerana kajian sains menyangkal manfaat kesihatan minyak kelapa ketika diambil secara oral, adakah kita mesti berhenti menggunakannya untuk aplikasi di tempat lain? Jawapannya, NO. Not necessarily. Minyak kelapa masih baik untuk digunakan pada kulit (kaedah sapuan). Walaupun sifat antibakterianya lebih rendah dari tea tree oil, argan oil dan jojoba oil, ia masih bagus untuk rawatan kulit kering.

VCO atau minyak kelapa yang disapu pada kulit, is ok. Ini kerana minyak kelapa melembutkan kulit tetapi TIDAK MENGEKALKAN KELEMBAPAN. Bermakna, perlu disapu dengan kerap. Tetapi, ada caranya. Memandangkan minyak kelapa and its produk adalah 100% LEMAK, ia ada kecenderungan untuk clog pores. Jadi, cara paling tepat adalah, gunakannya SELEPAS MANDI kerana pori-pori tidak mudah tersumbat.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart