GC Plus / ukuran pinggang

Punca Tersembunyi Kenapa Berat Badan Anda Tak Turun

Seorang pengguna GC Plus mengadu berat badannya tidak turun seperti yang diharapkan walaupun setelah mengambil GC Plus. Walau bagaimanapun, dia mengaku sukar meninggalkan minuman manis.

Gula putih adalah "culprit" dalam usaha penurunan berat badan. Gula putih memberikan tenaga dalam bentuk kalori TANPA SEBARANG MANFAAT NUTRIENT seperti vitamin, mineral, atau serat. Setiap gram gula putih memberi anda 4 kalori tetapi tidak memberikan anda rasa kenyang yang lama. Sebab itulah, setiap kali selepas mengambil makanan/minuman manis, walaupun banyak, anda cepat merasa lapar kembali.

Apabila gula putih dimakan, ia diserap ke dalam darah dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras gula darah (glukosa). Untuk menyeimbangkan gula darah ini, pankreas mengeluarkan hormon insulin. Hormon insulin akan membawa glukosa ke dalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan sebagai lemak. Jika insulin sering berada pada paras tinggi (disebabkan pengambilan gula yang kerap), badan cenderung menyimpan lemak, khususnya di kawasan perut. Sebab itu GreenAard selalu menekankan UKUR LILITAN PINGGANG, kerana disitulah petunjuk tahap lemak badan anda. Untuk wanita, lilitan pinggang yang lebih besar dari 31.5 inci, petanda anda OVERWEIGHT.

Gula putih meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat, tetapi ia juga cepat menurun selepas insulin dilepaskan. Penurunan mendadak dalam gula darah inilah yang mencetuskan rasa lapar walaupun selepas makan. Ini mendorong kepada makan berlebihan, yang menyukarkan kawalan kalori. Ada sejenis hormon yang mengawal selera makan dan memberitahu otak apabila anda kenyang. Namanya hormon leptin. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan rintangan leptin, di mana otak tidak menerima isyarat bahawa badan telah mendapat cukup makanan. Ini menyebabkan seseorang terus makan walaupun sudah cukup tenaga, mengakibatkan peningkatan berat badan.

Gula putih, terutama dalam kuantiti tinggi, boleh mengurangkan keupayaan badan untuk membakar lemak. Insulin yang tinggi telah menghalang proses lipolisis, iaitu pembakaran lemak. Ini kerana insulin "memerintahkan" badan untuk menyimpan lemak dan bukan membakarnya.  Oleh itu, walaupun anda mengurangkan pengambilan kalori dari sumber lain, pengambilan gula putih yang tinggi boleh memperlahankan usaha untuk membakar lemak badan.

Ada orang suka mengambil pressed juice kerana menyangka itu adalah minuman sihat. Salah tu! Pengambilan jus buah yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hati berlemak (NAFLD). Dalam jus buah ada fruktosa. Fruktosa hanya dimetabolisme di hati. Apabila jus buah diambil dalam jumlah yang tinggi, fruktosa ditukar kepada lemak yang disimpan di hati. Lemak yang terkumpul ini bukan sahaja menjejaskan fungsi hati tetapi juga mengganggu metabolisme keseluruhan badan, menjadikan penurunan berat badan lebih sukar.

Kajian telah menunjukkan bahawa diet tinggi gula boleh meningkatkan paras hormon stres iaitu, hormon kortisol. Hormon kortisol yang tinggi boleh menggalakkan penyimpanan lemak, terutamanya di kawasan perut. Hormon kortisol juga meningkatkan keinginan untuk makanan yang manis dan berlemak. Stres yang berterusan boleh menyulitkan usaha penurunan berat badan. Jadi, walaupun anda mengambil GC Plus dan Maaltyd secara konsisten, sekiranya masih mengambil minuman/makanan manis, berat badan anda lambat menujukkan progress atau mungkin tidak susut sama sekali!

 

Secara ringkas, gula putih menghalang penurunan berat badan kerana:

- Menyumbang kalori kosong

- Meningkatkan insulin yang menyebabkan penyimpanan lemak

- Mencetuskan keinginan makanan dan rasa lapar

- Mengganggu hormon leptin dan menghalang pembakaran lemak

- Menyebabkan peningkatan lemak di hati dan stres hormon

Diana Ishak
Read more

Kurus tidak semestinya bebas daripada masalah kesihatan.

Kepercayaan bahawa semua orang kurus mempunyai kadar lemak yang rendah adalah salah dan boleh mengelirukan. Sebenarnya, seseorang yang kurus tidak semestinya bebas daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan lemak badan. Berat badan tidak selalu mencerminkan komposisi tubuh seseorang. Seseorang boleh kelihatan kurus tetapi mempunyai kadar lemak badan yang tinggi, yang dikenali sebagai "TOFI" (Thin Outside, Fat Inside). Ini bermaksud mereka kelihatan kurus di luar, tetapi mempunyai pengumpulan lemak visceral yang tinggi di sekitar organ dalaman.

Lemak visceral adalah lemak yang terletak di sekitar organ-organ penting seperti hati, pankreas, dan usus. Lemak ini lebih berbahaya daripada lemak di bawah kulit. Lemak visceral dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, dan sindrom metabolik. Kajian dalam Journal of the American Medical Association menunjukkan bahawa lemak visceral meningkatkan risiko masalah kesihatan walaupun seseorang itu mempunyai BMI normal. Indeks Jisim Badan (BMI) sering digunakan sebagai ukuran kesihatan, tetapi ia tidak mengambil kira perbezaan dalam komposisi lemak dan otot.

Dua individu dengan BMI yang sama boleh mempunyai kadar lemak badan yang sangat berbeza. Sebagai contoh, seorang atlet mungkin mempunyai BMI tinggi kerana otot yang banyak, tetapi kadar lemak badan yang rendah. Sebaliknya, seseorang yang kelihatan kurus boleh mempunyai BMI normal tetapi kadar lemak visceral yang tinggi. "Normal Weight Obesity" (NWO) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan individu yang mempunyai BMI normal tetapi peratusan lemak badan yang tinggi. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa individu dengan NWO berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan, sama seperti mereka yang obesiti.

Walaupun seseorang itu kurus, gaya hidup yang tidak sihat seperti diet tinggi gula dan lemak trans, serta stres yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan lemak visceral. Ini menjelaskan mengapa orang yang kurus juga perlu memberi perhatian kepada diet mereka untuk mengelakkan risiko kesihatan. Sebab itulah GreenAard selalu mencadangkan pengguna GC PLUS untuk ukur lilitan pinggang, bukan sekadar menimbang berat. Ukuran lilitan pinggang adalah petunjuk sebenar berat badan yang sihat.

Diana Ishak
Read more

Kenapa berat pada penimbang tak turun tetapi baju-baju lama dah boleh dipakai semula?

Berat badan manusia terdiri dari:
  • tulang
  • otot
  • lemak
  • air
Bila kita menimbang berat badan, penimbang menunjukkan berat badan keseluruhan. Jadi, bila angka penimbang menunjukkan penurunan, belum tentu lemak yang turun. Boleh jadi air yang turun, manakala lemak masih kekal. Bila kita katakan "SAYA NAK KURUS!", sepatutnya ia membawa maksud "membuang lemak". Membuang lemak TIDAK AKAN BERLAKU dalam tempoh 3-4 hari.

Apabila jisim otot bertambah, lemak akan berkurangan. Kenapa?
Kerana, semakin besar jisim otot, semakin bertambahlah metabolisme badan. Bila metabolisme semakin tinggi, kerja-kerja membakar lemak menjadi lebih cepat. Apa yang menjadi "masalah", walaupun lemak telah berkurangan, berat pada penimbang tetap tak berganjak, atau menunjukkan penurunan yang sangat sedikit. Ini kerana, berat lemak telah digantikan dengan berat otot.

Dalam beberapa kes, skala penimbang menunjukkan pertambahan berat sedikit, sedangkan lemak dalam badan sudah berkurangan. JANGAN PANIK!
Sebab itulah penimbang berat bukanlah indicator terbaik ketika sedang berdiet. Lebih baik gunakan stok baju-baju lama sebagai piawai. Ingat! Misi kita adalah MEMBUANG LEMAK, bukan MENGECUTKAN OTOT. Adakalanya, bila terlalu berdiet (kurang makan), badan tidak mendapatan nutrisi yang cukup. Akibatnya, otot menjadi kecut kerana badan terpaksa menggunakan kalori dalam otot sebagai sumber tenaga (glikogen).

Ramai yang seronok bila penimbang menunjukkan pengurangan angka. Tetapi dalam masa yang sama mereka pelik kenapa badan masih ada 'isi' yang berlebih. Inilah yang berlaku apabila otot mengecil, dan bukannya lemak berkurang. Badan jadi 'kurus' kerana otot kecut, hakikatnya lemak masih ada, malah tidak terusik. 

GC PLUS bertindak dengan cara mengehadkan penggunaan tenaga yang tersimpan di otot. Sebaliknya, badan akan mendapatkan tenaga dari pemecahan lemak. Kami berikan weight loss tracker card untuk setiap pembelian GC Plus. Selepas 10 hari pertama, ukur pinggang and see how your waist size has decreased.
Diana Ishak
Read more

Apakah kaedah terbaik untuk menghilangkan lemak viseral?

Lemak viseral disimpan di rongga perut seseorang dan dikenali sebagai 'lemak aktif' kerana ia mempengaruhi bagaimana fungsi hormon dalam tubuh. Oleh itu,  lemak viseral yang berlebihan boleh mengakibatkan perubahan dalam sistem badan. Lemak viseral berada dekat dengan banyak organ penting seperti pankreas, hati, dan usus. Semakin tinggi jumlah lemak viseral seseorang, semakin berisiko untuk mendapat komplikasi kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

Lemak viseral adalah normal, bahkan sihat dan membantu melindungi organ dan berperanan dalam fungsi endokrin dan sistem imun. Namun, dalam jumlah yang berlebihan, lemak viseral dapat menimbulkan masalah serius terhadap prestasi dan kesihatan anda. Lemak viseral disebabkan oleh banyak faktor - makanan, gaya hidup dan stress. Penting untuk memahami perbezaan antara lemak viseral dan subkutan. Lemak yang boleh dicubit di pinggang, lengan, kaki atau di mana sahaja adalah lemak subkutan, yang tersimpan di bawah kulit. Lemak viseral berbeza. Ini adalah lemak dalaman di sekitar organ perut (kadang-kadang disebut sebagai lemak perut).

Salah satu cara untuk menentukan berapa banyak lemak viseral seseorang adalah dengan mengukur ukuran pinggang. Seorang wanita yang pinggangnya berukuran 35 inci atau lebih cenderung mempunyai lemak viseral yang berlebihan. Perkara yang sama berlaku bagi lelaki yang pinggangnya berukuran 40 inci atau lebih. Walaupun lilitan pinggang yang lebih besar secara amnya bermaksud lebih banyak lemak viseral, orang yang kurus juga boleh mempunyai tahap lemak viseral yang berbahaya bergantung pada komposisi badan mereka. Malah orang yang lebih kurus boleh mempunyai tahap lemak visceral yang tinggi.

Apa yang menyebabkan lemak visceral?

Berlebihan glukosa dalam badan dan stress yang tinggi boleh menyebabkan lemak viseral meningkat. Walaupun diet yang buruk menyebabkan kegemukan, stress sebenarnya dapat meningkatkan hormon kortisol (hormon stres) yang merangsang penyimpanan lemak viseral dengan lebih banyak. Di samping itu, genetik dan hormon membantu mempengaruhi bagaimana badan menyimpan lemak. Gabungan hormon kortisol dan hormon insulin meningkatkan pengumpulan lemak viseral. Hormon seks yang sihat (estrogen & testosteron) dapat membantu mencegahnya.

Pengumpulan lemak berubah bergantung pada jantina dan usia. Deposit lemak pada kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama sehingga baligh. Semasa remaja, lelaki mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi dan perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi. Testosteron menyebabkan otot lebih berat dari lemak. Kesannya lebih maskulin. Estrogen menyebabkan taburan lemak wanita pada payudara, punggung, dan paha. Kesannya lebih feminin. Seiring usia, wanita mendapat lemak tambahan di pelvis, punggung, paha, dan payudara.

Menuju menopaus, tahap estrogen menurun. Berat badan dan lemak badan (terutamanya visceral) bertambah. Penurunan estrogen membuatkan wanita susah mengekalkan berat badan dan cepat menambah berat badan. Mengapa ini berlaku? Estrogen menghadirkan unsur penting ke dalam DNA yang bertanggungjawab untuk mengawal berat badan. Ketiadaan kedua-dua estrogen dan unsur-unsur penting ini membawa kepada kegemukan yang progresif.

GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA adalah dua produk GreenAard yang membantu menstabilkan tahap estrogen. Anda tak perlu ambil kedua-duanya. Jika mahukan benefit weight loss, pilih GC PLUS. Jika mahu benefit perbaiki menstrual cycle dan simptom menopos, pilih Herba Rahsia Rimba. Whatsapp 012-7728976 untuk pertanyaan lanjut.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart