GC Plus

Punca Tersembunyi Kenapa Berat Badan Anda Tak Turun

Seorang pengguna GC Plus mengadu berat badannya tidak turun seperti yang diharapkan walaupun setelah mengambil GC Plus. Walau bagaimanapun, dia mengaku sukar meninggalkan minuman manis.

Gula putih adalah "culprit" dalam usaha penurunan berat badan. Gula putih memberikan tenaga dalam bentuk kalori TANPA SEBARANG MANFAAT NUTRIENT seperti vitamin, mineral, atau serat. Setiap gram gula putih memberi anda 4 kalori tetapi tidak memberikan anda rasa kenyang yang lama. Sebab itulah, setiap kali selepas mengambil makanan/minuman manis, walaupun banyak, anda cepat merasa lapar kembali.

Apabila gula putih dimakan, ia diserap ke dalam darah dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras gula darah (glukosa). Untuk menyeimbangkan gula darah ini, pankreas mengeluarkan hormon insulin. Hormon insulin akan membawa glukosa ke dalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan sebagai lemak. Jika insulin sering berada pada paras tinggi (disebabkan pengambilan gula yang kerap), badan cenderung menyimpan lemak, khususnya di kawasan perut. Sebab itu GreenAard selalu menekankan UKUR LILITAN PINGGANG, kerana disitulah petunjuk tahap lemak badan anda. Untuk wanita, lilitan pinggang yang lebih besar dari 31.5 inci, petanda anda OVERWEIGHT.

Gula putih meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat, tetapi ia juga cepat menurun selepas insulin dilepaskan. Penurunan mendadak dalam gula darah inilah yang mencetuskan rasa lapar walaupun selepas makan. Ini mendorong kepada makan berlebihan, yang menyukarkan kawalan kalori. Ada sejenis hormon yang mengawal selera makan dan memberitahu otak apabila anda kenyang. Namanya hormon leptin. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan rintangan leptin, di mana otak tidak menerima isyarat bahawa badan telah mendapat cukup makanan. Ini menyebabkan seseorang terus makan walaupun sudah cukup tenaga, mengakibatkan peningkatan berat badan.

Gula putih, terutama dalam kuantiti tinggi, boleh mengurangkan keupayaan badan untuk membakar lemak. Insulin yang tinggi telah menghalang proses lipolisis, iaitu pembakaran lemak. Ini kerana insulin "memerintahkan" badan untuk menyimpan lemak dan bukan membakarnya.  Oleh itu, walaupun anda mengurangkan pengambilan kalori dari sumber lain, pengambilan gula putih yang tinggi boleh memperlahankan usaha untuk membakar lemak badan.

Ada orang suka mengambil pressed juice kerana menyangka itu adalah minuman sihat. Salah tu! Pengambilan jus buah yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hati berlemak (NAFLD). Dalam jus buah ada fruktosa. Fruktosa hanya dimetabolisme di hati. Apabila jus buah diambil dalam jumlah yang tinggi, fruktosa ditukar kepada lemak yang disimpan di hati. Lemak yang terkumpul ini bukan sahaja menjejaskan fungsi hati tetapi juga mengganggu metabolisme keseluruhan badan, menjadikan penurunan berat badan lebih sukar.

Kajian telah menunjukkan bahawa diet tinggi gula boleh meningkatkan paras hormon stres iaitu, hormon kortisol. Hormon kortisol yang tinggi boleh menggalakkan penyimpanan lemak, terutamanya di kawasan perut. Hormon kortisol juga meningkatkan keinginan untuk makanan yang manis dan berlemak. Stres yang berterusan boleh menyulitkan usaha penurunan berat badan. Jadi, walaupun anda mengambil GC Plus dan Maaltyd secara konsisten, sekiranya masih mengambil minuman/makanan manis, berat badan anda lambat menujukkan progress atau mungkin tidak susut sama sekali!

 

Secara ringkas, gula putih menghalang penurunan berat badan kerana:

- Menyumbang kalori kosong

- Meningkatkan insulin yang menyebabkan penyimpanan lemak

- Mencetuskan keinginan makanan dan rasa lapar

- Mengganggu hormon leptin dan menghalang pembakaran lemak

- Menyebabkan peningkatan lemak di hati dan stres hormon

Diana Ishak
Read more

Reaksi tubuh terhadap produk suplemen.

Reaksi tubuh terhadap produk suplemen boleh berbeza-beza antara individu disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang tidak mengalami alergi, manakala yang lain mungkin mengalami reaksi yang tidak diingini. Setiap individu mempunyai genetik yang berbeza yang boleh mempengaruhi cara tubuh memproses bahan-bahan tertentu dalam suplemen.

Sistem imun seseorang juga berbeza. Ada yang lebih sensitif terhadap bahan tertentu, menyebabkan reaksi alergi. Beberapa suplemen mengandungi alergen bagi sesetengah individu, seperti gluten, laktosa, atau bahan tambahan tertentu. Kualiti dan pemprosesan bahan dalam suplemen juga memainkan peranan. Suplemen yang mengandungi bahan berkualiti rendah mungkin menyebabkan reaksi yang tidak diingini. Mengambil dos yang lebih tinggi daripada yang disyorkan juga boleh menyebabkan reaksi tubuh yang tidak diingini, seperti sakit kepala atau masalah pencernaan.

Suplemen juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain yang sedang diambil, yang mungkin menyebabkan kesan sampingan. Apabila mengambil suplemen, tubuhnya melalui proses detoksifikasi, di mana toksin dikeluarkan. Ini boleh menyebabkan reaksi sementara seperti jerawat atau keletihan, tetapi bukan semua orang akan mengalaminya.

Bagaimana cara untuk tahu sama ada suplemen yang diambil sesuai untuk anda atau tidak?

Sebelum mengambil suplemen, lihat atau bertanya jika ada bahan yang diketahui boleh menyebabkan alahan atau sensitiviti pada anda. Jika mencuba suplemen baru, mulakan dengan dos rendah untuk melihat bagaimana tubuh bertindak balas. Buat jurnal untuk merekodkan sebarang kesan sampingan yang dialami selepas mengambil suplemen. Ini dapat membantu anda mengenal pasti sama ada produk itu sesuai atau tidak.

Jika anda bimbang tentang alergi, jalanilah ujian alergi untuk mengetahui sama ada anda sensitif terhadap bahan tertentu dalam suplemen tersebut. Pilih suplemen dari pengeluar yang dipercayai yang mengamalkan kawalan kualiti yang ketat.

Diana Ishak
Read more

"Saya dah 3 hari ambil 4 biji GC Plus waktu pagi masa bangun tidur. Badan jadi macam nak demam. Sakit kepala. Kaki lemah nak jalan. Sakit perut, cirit birit"

Itu adalah kesan sampingan yang selalu diberitahu kepada kami ketika mengambil GC Plus. Walau bagaimanapun, TIDAK SEMUA ORANG mendapat kesan sampingan tersebut. Kenapa kami katakan begitu?

Ok, begini. Dalam GC Plus ada ekstrak Hydroxycitric Acid (HCA) dari Garcinia cambogia. HCA membantu mengawal berat badan, termasuk mengurangkan selera makan dan menghalang penghasilan lemak. Salah satu mekanisme yang dapat dilakukan oleh HCA adalah pengaruhnya terhadap serotonin. Serotonin terlibat dalam pelbagai fungsi dalam otak, termasuk pengawalan mood, selera makan, dan tidur. Beberapa kajian menunjukkan bahawa HCA boleh meningkatkan tahap serotonin dalam otak, yang membawa kepada penurunan selera makan. Apabila tahap serotonin dalam badan meningkat, beberapa tindak balas berlaku.

Yang pertama, rasa mengantuk. Serotonin sering dikaitkan dengan peningkatan mood dan perasaan tenang. Namun, peningkatan serotonin yang mendadak atau berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti rasa letih atau mengantuk kerana serotonin juga terlibat dalam pengawalan tidur.

Yang kedua, pening kepala. Peningkatan serotonin boleh menyebabkan perubahan dalam tekanan darah, yang kadang-kadang boleh menyebabkan pening kepala.

Yang ketiga, kelesuan. Apabila serotonin dihasilkan dalam jumlah yang tinggi, tubuh berasa lebih relaks, yang dalam beberapa kes boleh membawa kepada kelesuan atau letih. Tahap serotonin yang tinggi ini juga boleh menyebabkan rasa mengantuk.

HCA boleh menyebabkan perubahan dalam metabolisme tubuh, dan bagi sesetengah orang, boleh membuat mereka berasa seperti hendak demam. HCA membantu dalam proses detoksifikasi badan, dan ini boleh menyebabkan simptom seperti keletihan, sakit kepala, atau rasa panas seperti hendak demam sementara tubuh menyesuaikan diri dengan suplemen tersebut. Namun, kesan ini boleh berbeza antara individu bergantung kepada sensitiviti mereka terhadap perubahan serotonin dan dos HCA yang diambil.

Kami cadangkan, kurangkan dos kepada 2 kapsul sehari. Perlahan-lahan naikkan kepada 3 kapsul, dan seterusnya 4. Jika gejala berterusan, berhenti guna GC Plus. Boleh jadi badan anda alah terhadap bahan aktif dalam produk ini.

Diana Ishak
Read more

"Saya bersenam tapi kenapa tak kurus-kurus?"

Bersenam tidak selalunya menjadikan anda kurus kerana terdapat beberapa faktor sains yang mempengaruhi penurunan berat badan.

(i) Yang pertama - Kalori Masuk vs. Kalori Keluar

Penurunan berat badan bergantung pada defisit kalori, iaitu kalori yang dibakar lebih banyak daripada yang dimakan. Walaupun anda bersenam, jika anda masih mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar, berat badan tidak akan turun. Makan secara berlebihan selepas bersenam (kerana rasa lapar) boleh menambah kembali kalori yang dibakar.

(ii) Yang kedua - Metabolisme Melambatkan

Apabila kerap bersenam, badan menjadi lebih cekap dalam menggunakan tenaga, sehingga ia mula membakar sedikit kalori untuk aktiviti yang sama. Selain itu, ketika berat badan mula berkurangan, penurunan berat badan itu boleh melambatkan kadar metabolisme, menjadikan pembakaran kalori lebih sukar.

(ii) Yang ketiga - Peningkatan Jisim Otot

Latihan kekuatan atau senaman yang membina otot boleh meningkatkan jisim otot. Otot yang lebih banyak memerlukan lebih banyak kalori untuk dijaga, tetapi ia tidak selalu diterjemahkan kepada penurunan berat badan yang ketara pada skala penimbang. Sebab itulah BMI badan orang berotot selalunya lebih tinggi, dan badan semakin berat sedangkan dia tidaklah gemuk.

(iv) Yang keempat - Kesan Compensatory Effect)

Kadangkala, selepas bersenam, sesetengah orang cenderung kurang aktif sepanjang hari, secara tidak sedar mengurangkan aktiviti mereka kerana merasakan mereka sudah bersenam. Ini boleh menyebabkan jumlah tenaga keseluruhan yang dibakar sepanjang hari tidak banyak berubah.

(v) Yang kelima - Faktor Hormon

Hormon seperti kortisol (hormon stres) boleh meningkat selepas bersenam, terutama jika senaman terlalu intensif. Kortisol yang tinggi boleh menyebabkan penyimpanan lemak, terutamanya di kawasan perut, menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan.

(vi) Yang terakhir - Diet Yang Tidak Sesuai

Senaman sahaja tidak mencukupi tanpa diet yang seimbang. Makanan yang tinggi gula, lemak tepu, atau makanan proses boleh menyekat penurunan berat badan walaupun dengan senaman yang kerap.

Diana Ishak
Read more

Adakah kitaran haid anda menjadi tidak teratur selepas mengambil GC PLUS?

Jika YA, jangan risau, Ini adalah NORMAL. Apabila mengambil GC PLUS, berat badan mula menurun. Penurunan ini boleh mengganggu kitaran haid buat sementara waktu (1-2 kitaran). Ini adalah tindak balas normal badan terhadap perubahan diet dan penurunan berat badan. Punca kitaran haid tidak teratur:

(i) Ketidakseimbangan Hormon:

Stress, penurunan atau pertambahan berat badan.

(ii) Kehilangan Berat Badan:

Penurunan berat badan akibat diet boleh mengurangkan pengeluaran hormon pembiakan.

(iii) Perubahan Hormon:

Turun naik hormon berlaku sepanjang kitaran haid, terutamanya 1-2 minggu sebelum haid bermula.

(iv) Peningkatan Berat Badan Sementara:

Badan menyimpan lebih banyak air, menyebabkan pertambahan berat badan dan kembung.

(v) Normalisasi:

Apabila haid datang, semua kesan ini akan hilang.

Jika anda mengalami perubahan dalam kitaran haid selepas mengambil GC PLUS, jangan bimbang. Ini adalah sementara dan bahagian daripada proses penurunan berat badan. Teruskan usaha anda dan kitaran haid anda akan kembali normal.

Diana Ishak
Read more

Mitos: Makan Malam Lewat Menyebabkan Kegemukan

Makan malam lewat menyebabkan kegemukan adalah salah satu kepercayaan yang meluas tetapi tidak sepenuhnya tepat. Tubuh manusia berfungsi secara berterusan. Ia TIDAK berhenti semasa malam. Walaupun kadar metabolisme mungkin menurun sedikit semasa tidur, badan masih terus membakar kalori untuk fungsi asas seperti pernafasan, peredaran darah, dan pembaikan sel. Oleh itu, makan malam lewat TIDAK menyebabkan makanan itu disimpan terus sebagai lemak.

Penambahan berat badan berlaku apabila jumlah kalori yang dimakan melebihi jumlah kalori yang dibakar. Tidak kira pada waktu apa kalori itu diambil, jika kalori yang masuk melebihi keperluan badan, maka lebihan kalori itu akan disimpan sebagai lemak. Sebaliknya, jika seseorang mengawal jumlah kalori yang dimakan sepanjang hari dan tidak melebihi keperluan harian mereka, makan pada waktu malam tidak akan menyebabkan kenaikan berat badan.

Sains juga membuktikan bahawa masa makan bukanlah faktor utama dalam kenaikan berat badan. Makan lewat malam TIDAK membawa kepada peningkatan berat badan yang signifikan jika jumlah kalori harian tetap terkawal. Kajian dalam Journal of Nutrition mendapati bahawa tiada perbezaan yang ketara dalam penambahan berat badan antara orang yang makan lewat malam dan mereka yang makan pada waktu siang, asalkan pengambilan kalori adalah sama. Circadian rhythm atau jam biologi tubuh mengatur metabolisme. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan lewat malam mungkin mengganggu jam biologi ini, terutama jika digabungkan dengan pola tidur yang buruk. Namun, ini lebih berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular atau diabetes. Kenaikan berat badan tetap bergantung pada keseimbangan kalori keseluruhan, bukan hanya masa makan.

Satu aspek yang penting untuk dipertimbangkan adalah jenis makanan yang dimakan lewat malam. Jika seseorang cenderung makan makanan yang tinggi kalori, lemak, atau gula pada waktu malam (seperti snek atau makanan ringan berkalori tinggi), ini boleh menyumbang kepada lebihan kalori dan seterusnya penambahan berat badan. Namun, ini bukan kerana waktu makan, tetapi kerana pilihan makanan yang kurang sihat.
Diana Ishak
Read more

Kurus tidak semestinya bebas daripada masalah kesihatan.

Kepercayaan bahawa semua orang kurus mempunyai kadar lemak yang rendah adalah salah dan boleh mengelirukan. Sebenarnya, seseorang yang kurus tidak semestinya bebas daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan lemak badan. Berat badan tidak selalu mencerminkan komposisi tubuh seseorang. Seseorang boleh kelihatan kurus tetapi mempunyai kadar lemak badan yang tinggi, yang dikenali sebagai "TOFI" (Thin Outside, Fat Inside). Ini bermaksud mereka kelihatan kurus di luar, tetapi mempunyai pengumpulan lemak visceral yang tinggi di sekitar organ dalaman.

Lemak visceral adalah lemak yang terletak di sekitar organ-organ penting seperti hati, pankreas, dan usus. Lemak ini lebih berbahaya daripada lemak di bawah kulit. Lemak visceral dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, dan sindrom metabolik. Kajian dalam Journal of the American Medical Association menunjukkan bahawa lemak visceral meningkatkan risiko masalah kesihatan walaupun seseorang itu mempunyai BMI normal. Indeks Jisim Badan (BMI) sering digunakan sebagai ukuran kesihatan, tetapi ia tidak mengambil kira perbezaan dalam komposisi lemak dan otot.

Dua individu dengan BMI yang sama boleh mempunyai kadar lemak badan yang sangat berbeza. Sebagai contoh, seorang atlet mungkin mempunyai BMI tinggi kerana otot yang banyak, tetapi kadar lemak badan yang rendah. Sebaliknya, seseorang yang kelihatan kurus boleh mempunyai BMI normal tetapi kadar lemak visceral yang tinggi. "Normal Weight Obesity" (NWO) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan individu yang mempunyai BMI normal tetapi peratusan lemak badan yang tinggi. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa individu dengan NWO berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan, sama seperti mereka yang obesiti.

Walaupun seseorang itu kurus, gaya hidup yang tidak sihat seperti diet tinggi gula dan lemak trans, serta stres yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan lemak visceral. Ini menjelaskan mengapa orang yang kurus juga perlu memberi perhatian kepada diet mereka untuk mengelakkan risiko kesihatan. Sebab itulah GreenAard selalu mencadangkan pengguna GC PLUS untuk ukur lilitan pinggang, bukan sekadar menimbang berat. Ukuran lilitan pinggang adalah petunjuk sebenar berat badan yang sihat.

Diana Ishak
Read more

Adakah apabila insulin dapat bekerja dengan lebih baik, seseorang itu pulih dari diabetis?

Post kami semalam tentang menurunkan berat badan dapat menurunkan gula darah telah mendapat banyak respon positif. Ramai ingin kepastian sama ada apabila lemak badan sudah mencapai tahap normal, seseorang itu boleh pulih dari diabetis. Menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak visceral memang dapat meningkatkan kepekaan sel-sel tubuh terhadap insulin, yang seterusnya membantu insulin bekerja lebih efektif dalam menurunkan kadar gula darah. Walau bagaimanapun, mengatakan bahawa seseorang itu "pulih" dari diabetes mungkin tidak sepenuhnya tepat. Sebaliknya, keadaan ini lebih sesuai digambarkan sebagai REMISI DIABETIS.

Apabila seseorang mencapai tahap gula darah yang normal tanpa perlu mengambil ubat-ubatan diabetes, keadaan ini dikenali sebagai remisi. Remisi bermakna diabetes berada di bawah kawalan yang baik, tetapi tidak hilang sepenuhnya. Diabetes biasanya dianggap sebagai keadaan kronik yang TIDAK BOLEH disembuhkan sepenuhnya. Ini bermakna walaupun gula darah berada dalam julat normal, risiko kembalinya diabetes tetap ada jika gaya hidup sihat tidak dikekalkan. Remisi diabetes berlaku apabila tahap gula dalam darah (termasuk HbA1c) berada dalam julat normal tanpa keperluan untuk ubat-ubatan diabetes.

Remisi tidak bermaksud penyakit itu sembuh, tetapi ia berada di bawah kawalan yang baik. Biasanya, remisi dianggap apabila tahap HbA1c kekal di bawah 6.5% (48 mmol/mol) selama sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa penggunaan ubat-ubatan antidiabetik. Walaupun tahap HbA1c berada dalam julat normal, adalah penting untuk terus memantau gula darah kerana diabetes jenis 2 boleh kembali jika pengurusan dan penjagaan tidak diteruskan.

Mengekalkan gaya hidup sihat dengan kawalan berat badan adalah kunci untuk mengekalkan remisi. Jika berat badan kembali naik, kepekaan insulin mungkin berkurang, dan kadar gula darah boleh meningkat semula. Menguruskan stres dan memastikan tidur yang mencukupi juga memainkan peranan penting dalam mengawal gula darah.

Diana Ishak
Read more

Pesakit kencing manis dapat menurunkan gula darahnya dengan menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan dapat memberi kesan yang sangat positif terhadap pengawalan diabetes, terutamanya diabetes jenis 2. Namun, ia TIDAK MEMULIHKAN diabatis. Diabetis adalah penyakit kronik yang memerlukan pengurusan berterusan. Walaubagaimanapun, dengan menurunkan berat badan, gula darah dapat dikawal dengan lebih baik.

Berat badan berlebihan sering kali disebabkan oleh lemak visceral yang berkumpul di sekitar organ dalaman. Lemak ini mengeluarkan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan dan mengganggu fungsi insulin. Jadi, dengan menurunkan berat badan, jumlah lemak visceral dapat berkurang. Ini dapat meningkatkan kepekaan sel-sel tubuh terhadap insulin. Bermakna insulin dapat bekerja lebih efektif dalam menurunkan kadar gula darah.

Penurunan berat badan juga mengurangkan lemak yang terkumpul di hati dan otot. Dengan hati yang lebih sihat, pengeluaran glukosa oleh hati dapat dikurangkan, yang membantu menurunkan kadar gula darah. Penurunan berat badan boleh memperbaiki fungsi pankreas yang bertanggungjawab menghasilkan insulin. Ini boleh meningkatkan pengeluaran insulin dan membantu mengawal gula darah.

Berapa ramai di kalangan anda yang tahu bahawa berat badan berlebihan ada kaitan dengan hormon stress yang tinggi? Hormon stress (kortisol) boleh meningkatkan kadar gula darah. Penurunan berat badan dapat mengurangkan kadar hormon ini, membantu menurunkan gula darah.  GreenAard TIDAK ADA sebarang produk untuk merawat diabetis, malah TIDAK ADA ubat atau suplemen yang boleh memulihkan diabetis. Tetapi GreenAard ada produk yang boleh membantu mengurangkan lemak badan dengan sihat dan selamat supaya gula darah terkawal.

 

GC PLUS dan MAALTYD adalah kombo produk yang:

- membantu anda mendapatkan berat badan ideal

- mengurangkan rasa lapar

- memanjangkan rasa kenyang

- memberi mood yang baik (supaya kurang stress)

Diana Ishak
Read more

Benarkah Terlalu Banyak Protein Boleh Merosakkan Buah Pinggang?

Protein adalah salah satu nutrien yang penting untuk tubuh badan kita. Selain menjadi "batu asas" kepada tisu dan otot, protein juga memainkan peranan dalam mengawal hormon kelaparan. Namun, sering kita dengar bahawa pengambilan protein yang berlebihan boleh merosakkan buah pinggang. Jadi, adakah benar pengambilan protein yang terlalu banyak boleh membawa kesan buruk pada buah pinggang?

Apabila kita makan makanan yang tinggi protein, hormon ghrelin yang bertanggungjawab untuk rasa lapar, menurun dengan ketara. Dalam masa yang sama, pengeluaran hormon lain seperti peptide YY (PYY) dan cholecystokinin (CCK), iaitu hormon yang meningkatkan rasa kenyang akan meningkat. Kedua-dua hormon ini memberi isyarat kepada otak bahawa perut sudah kenyang, lantas mengurangkan keinginan untuk makan.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan protein membantu mengurangkan rasa lapar dengan lebih berkesan berbanding makanan yang tinggi karbohidrat atau lemak. Ini adalah salah satu sebab mengapa diet berprotein tinggi sering disyorkan untuk orang yang ingin menguruskan berat badan. Protein bukan sahaja memberikan rasa kenyang yang lebih lama, tetapi membantu mengekalkan jisim otot. Dengan mengekalkan jisim otot, kadar metabolisme badan juga kekal tinggi, yang seterusnya membantu proses pembakaran kalori.

Walaupun protein membantu mengawal kelaparan, terdapat kebimbangan bahawa pengambilan protein yang terlalu banyak boleh memberi tekanan kepada buah pinggang. Ini kerana buah pinggang berfungsi sebagai penapis utama yang mengeluarkan produk sampingan metabolisme protein, terutamanya urea. Pada individu yang sihat, buah pinggang biasanya mampu mengendalikan jumlah protein yang agak tinggi tanpa sebarang masalah.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet tinggi protein tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan buah pinggang selagi mereka tidak mempunyai masalah buah pinggang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD), pengambilan protein yang berlebihan boleh mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Ini kerana buah pinggang yang sudah lemah perlu bekerja lebih keras untuk menapis produk sampingan protein, dan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi.

Bagi kebanyakan orang dewasa, pengambilan protein harian yang disarankan adalah sekitar 0.8 hingga 1.0 gram protein per kilogram berat badan. Sebagai contoh, seorang dengan berat 60 kg memerlukan sekitar 48 hingga 60 gram protein SEHARI. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menyokong fungsi tubuh normal serta mengekalkan kesihatan buah pinggang bagi individu yang sihat. Bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal yang lebih tinggi, keperluan protein mungkin lebih tinggi, tetapi masih dalam julat yang selamat jika diambil secara berpatutan.

Diana Ishak
Read more

Berapa lama makanan bertukar jadi najis?

Masa yang diambil untuk makanan yang dimakan dikeluarkan dari badan dalam bentuk najis bergantung kepada jenis makanan, sistem pencernaan individu, dan keadaan kesihatan. Secara purata, proses pencernaan makanan mengambil masa kira-kira 24 hingga 72 jam sebelum ia dikeluarkan sebagai najis. Walau bagaimanapun, makanan yang mudah dicerna seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dikeluarkan lebih cepat berbanding makanan yang berlemak atau berprotein tinggi. Juga, individu yang mempunyai sistem pencernaan yang lebih cepat mengalami proses pencernaan yang lebih pantas. Tetapi, jika seseorang mengalami masalah seperti sembelit, proses pengeluaran najis mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Boleh jelaskan kenapa GC Plus buatkan pencernaan lebih lancar?"

Of course! Ada beberapa sebab kenapa GC Plus buatkan pencernaan menjadi lebih cepat. Yang petama, KANDUNGAN SERAT YANG TINGGI. GC Plus mengandungi serat larut dalam air yang membantu mempercepatkan gerakan usus dan pergerakan najis yang lebih lancar.

Yang kedua, EFEK PEMECAHAN LEMAK. GC Plus mengandungi bahan-bahan seperti enzim pencernaan atau minyak (dari Kalonji Oil) yang membantu dalam pemecahan lemak, yang seterusnya mempercepatkan proses pencernaan lemak.

Yang ketiga, PENINGKATAN PENGHASILAN ASID HIDROKLORIK. Bahan-bahan aktif dalam GC Plus merangsang asid hidroklorik dalam sistem pencernaan, yang boleh mempercepatkan proses pencernaan secara keseluruhan.

Yang keempat, MENGGALAKKAN GERAKAN USUS. GC Plus mengandungi herba-herba yang merangsang gerakan usus jadi aktif, mempercepatkan proses pencernaan dan pengeluaran najis.

NOPE! GC Plus tidak ada bahan laxative (julap). Nak cuba GC Plus? Whatsapp kami sekarang di 013-7557424 atau 012-7728976. GC Plus sempena Raya With GreenAard hanya RM80/botol.

Diana Ishak
Read more

Kurus BUKAN jaminan terhindar dari masalah kolesterol tinggi

Walaupun kurus mengurangkan risiko masalah kesihatan, sia tidak semestinya melindungi anda daripada kolesterol tinggi. Semua orang perlu tahu yang tahap kolesterol dipengaruhi oleh faktor genetik dan gaya hidup. Walaupun anda kurus, jika anda ada kecenderungan genetik kepada kolesterol tinggi, anda tetap berisiko, walaupun tidak gemuk.

Ini bermakna kegemukan tidak menjamin seseorang itu ada masalah kolesterol tinggi. Tetapi menjadi gemuk meningkatkan risiko banyak masalah kesihatan yang lain. Diet sangat memainkan peranan dalam tahap kolesterol, tanpa mengira berat badan. Walaupun anda kurus, jika banyak mengambil makanan tinggi lemak tepu dan trans, kolesterol anda boleh meninggi. Ini kerana, makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan meningkatkan tahap kolesterol LDL (jahat) dalam darah. Apabila LDL meningkat, ia boleh menambahkan pembentukan plak kolesterol dalam arteri, yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Maka, walaupun seseorang itu kurus, peningkatan kolesterol LDL masih boleh berlaku jika makan banyak makanan tinggi lemak tepu dan trans. Orang kurus selalu menganggap kesihatan mereka lebih baik berbanding orang gemuk kerana menyangka kegemukan adalah punca kolesterol tinggi. Orang kurus juga kurang cenderung menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala berbanding dengan orang gemuk. Mereka hanya melihat kepada berat badan, "If my BMI is still within the normal range, it means I am healthy!"

No. Itu persepsi yang salah! BMI hanyalah satu petunjuk yang mengukur hubungan antara berat badan dan ketinggian seseorang. BMI TIDAK memperhitungkan faktor-faktor lain yang penting untuk kesihatan keseluruhan. Seseorang yang mempunyai BMI yang normal masih mempunyai komposisi badan yang tidak sihat jika perut mereka buncit. Orang yang kurus tetapi mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi (dikenali sebagai "skinny fat") masih boleh berisiko mempunyai kolesterol tinggi dan gangguan metabolik lain.

Kesihatan metabolik, termasuk sensitiviti insulin, tahap glukosa darah, dan lilitan pinggang, boleh mempengaruhi tahap kolesterol. Sebab itulah GreenAard lebih mementingkan pelanggannya mengukur lilitan pinggang berbanding penimbang berat badan. Kerana petanda bahawa badan anda ada lemak yang tinggi (dan boleh jadi kolesterol tinggi) ada pada ukuran pinggang.

Untuk wanita, ukuran lilit anda:
kurang daripada 80 cm (31.5 inci): risiko rendah
80–88 cm (31.5-34.6 inci): risiko tinggi
lebih daripada 88 cm (34.6 inci): risiko sangat tinggi

Untuk lelaki, ukuran lilit anda:
kurang daripada 94 cm (37 inci): risiko rendah
94–102 cm (37-40 inci): risiko tinggi
lebih daripada 102 cm (40 inci): risiko sangat tinggi

Kesimpulannya:
- kurus bukan jaminan terlepas dari masalah kesihatan
- gemuk meninggikan risiko masalah kesihatan
- orang kurus juga boleh ada kolesterol tinggi
- orang kurus boleh mendapat risiko kencing manis akibat skinny fat
- jaga ukuran lilitan pinggang anda!
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart