GC Plus

Mengapa menurunkan berat badan adalah rawatan terbaik untuk sakit lutut?

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa obesiti boleh meningkatkan risiko sakit belakang, dan patah tulang. Berat badan yang berlebihan boleh menambahkan tekanan pada sendi, yang membawa kepada kerosakan tulang rawan. Tulang rawan yang haus boleh mengakibatkan sakit sendi, sendi ketat (stiffness) dan pergerakan terbatas. Obesiti juga menjejaskan ketumpatan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis. Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi lemah dan terdedah kepada risiko patah tulang.

Dengan peningkatan berat badan bermakna tulang perlu membawa bebanan yang lebih. Ini membawa kepada peningkatan tekanan pada tulang dan ketumpatan tulang berkurangan dari semasa ke semasa. Menurunkan berat badan boleh memberi kesan positif yang signifikan terhadap kesihatan tulang dan sendi. Malah penurunan berat badan yang hanya sedikit boleh membantu mengurangkan kesakitan sendi. 

Kehilangan 4.5 kg berat sahaja boleh menghilangkan berpuluh-puluh kg tekanan dari lutut. Untuk setiap 450 g berat badan, lutut merasakan tekanan sebanyak 1.3 kg setiap langkah. Jadi, kehilangan 4.5 kg akan menyebabkan 13.6 kg kurang tekanan setiap lutut, setiap langkah. 

Cuba fikir berapa banyak langkah yang kita ambil setiap hari? Rata-rata orang mengambil kira-kira 5 hingga 6 ribu langkah sehari. 5 ribu langkah dan 4.5 kg berat badan bergabung menghasilkan 68,000 kg tekanan pada lutut setiap hari! Apabila didarab dengan 365 hari (satu tahun), perbezaan itu meningkat kepada 24 juta kg tekanan. Dengan kata lain, kehilangan 4.5 kg berat boleh membuat perbezaan hampir 24 juta kg tekanan pada lutut setiap tahun.

Perlu diingat bahawa angka yang digunakan dalam pengiraan tadi adalah anggaran. Tetapi satu perkara yang pasti ialah, kegemukan adalah faktor risiko yang ketara untuk sakit lutut. Sebelum seseorang memilih untuk melakukan pembedahan penggantian lutut, cuba turunkan dahulu berat badan. Selalunya menurunkan berat badam merupakan cara paling berkesan untuk melegakan sakit lutut.

Kami tidak ada produk khusus untuk sakit lutut. Tetapi kami ada GC PLUS dan GLOEI.

GC PLUS 
  • membantu menurunkan berat badan
  • mengurangkan rasa lapar
  • RM90/botol (kegunaan 30 hari)
GLOEI
  • membantu merangsang kolagen badan secara semula jadi
  • merangsang pengeluaran rawan baru dan mengurangkan keradangan pada sendi
  • RM139/botol (kegunaan 20 hari)

 

Diana Ishak
Read more

Sindrom Ovari Polikistik (PCOS): Memahami Gangguan Hormon Biasa

PCOS adalah gangguan hormon yang memberi kesan kepada ramai wanita dalam usia reproduktif. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, daripada ketidaksuburan hingga kepada masalah metabolik. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang punca PCOS, cara ia memberi kesan kepada badan, dan pilihan rawatan yang tersedia. PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon, khususnya lebihan hormon lelaki (androgen) dalam tubuh wanita. Wanita dengan PCOS mungkin mengalami:
  • haid tidak teratur
  • rambut/bulu pada muka dan badan yang berlebihan
  • jerawat
Selain itu, PCOS boleh membawa kepada pertumbuhan beberapa cyst pada ovari, yang boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil dan meningkatkan risiko keguguran. Selain masalah kesuburan, PCOS juga boleh menyebabkan masalah metabolik seperti rintangan insulin, yang boleh meningkatkan risiko menghidap diabetes dan penyakit jantung. Wanita dengan PCOS juga selalunya bergelut dengan masalah berat badan, apnea tidur, dan kemurungan.

Penambahan berat badan dan kesukaran menurunkan berat badan adalah simptom PCOS yang paling mengganggu. Kenapa PCOS menyukarkan proses penurunan berat badan? Jawapannya terletak pada cara PCOS menjejaskan badan anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi. Insulin adalah hormon yang membantu mengawal gula dalam darah. Tahap insulin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kesukaran menurunkan berat badan. Jika anda menghidap PCOS, anda pasti tahu betapa sangat mengecewakan melihat nombor pada skala kekal sama, walaupun telah berusaha sedaya upaya.

Yang menjadikan penurunan berat badan satu cabaran bagi wanita dengan PCOS ialah ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon membawa kepada peningkatan selera makan, penurunan metabolisme, dan penurunan jisim otot - semuanya boleh menyumbang kepada penambahan berat badan. Walaupun tiada ubat untuk PCOS, terdapat pilihan rawatan untuk menguruskan simptom PCOS. Ubat-ubatan seperti pil perancang dan metformin boleh membantu mengawal hormon dan meningkatkan kesuburan. Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin diperlukan untuk merawat cyst pada ovari.

"GreenAard ada produk untuk menurunkan berat badan seorang penghidap PCOS?"

Sebenarnya, tidak ada masalah penghidap PCOS nak ambil GC Plus untuk menurunkan berat badan. Cuma, progress penurunan berat badan mungkin lebih perlahan dari biasa kerana PCOS bergelut dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Kekacauan pada hormonlah yang mengganggu progres penurunan berat badan ini.
Diana Ishak
Read more

Kenapa Saya Sentiasa Lapar Walaupun Selepas Makan?

Rasa lapar yang berterusan can be frustrating, terutamanya apabila baru sahaja makan. Tetapi pernah tak tanya, kenapa ini berlaku? What can you do about it? Salah satu sebab yang menyebabkan kita lapar berterusan adalah diet yang kekurangan protein dan serat yang mencukupi. Makanan yang tinggi protein dan serat mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam. Itu akan membuatkan kita berasa lebih kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Makan lebih banyak ayam, ikan, tauhu, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh memerangi rasa lapar yang berterusan.

Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah, air. Kurang minum air boleh menyebabkan badan tersalah anggap rasa dahaga sebagai lapar. Itulah punca seseorang kerap mahu mengunyah snek yang tidak perlu. Pastikan minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk mengelakkan kesilapan ini.

Stress juga memainkan peranan dalam menimbulkan rasa lapar yang berterusan. Kortisol, iaitu hormon stress boleh meningkatkan selera makan dan menyebabkan seseorang makan berlebihan. Hormon kortisol ini juga akan berkumpul dengan banyak dalam badan apabila seseorang tidak mendapat tidur yang berkualiti. Tidur yang tidak berkualiti membuatkan seseorang kerap mahu makan makanan manis dan berlemak, seperti aiskrim.

Jenis makanan yang dimakan juga memainkan peranan. Makanan yang diproses, contohnya fast food, selalunya tinggi kalori tetapi rendah nutrien. Mengambil jenis makanan ini akan menyebabkan lonjakan gula darah dengan cepat. Lonjakan gula yang mendadak menyebabkan kita cepat berasa lapar dan mengidam lebih banyak makanan, walaupun baru selesai makan. Perasan tak, apabila makan fast food seperti burger, selalunya selepas itu kita mahu makan aiskrim atau coklat? Itu adalah bukti fast food (makanan proses) membuatkan keinginan untuk makan dengan banyak.

GreenAard ada GC Plus yang mana produk ini membantu mengurangkan rasa lapar. Bagaimana cara ia bertindak? Dalam GC Plus ada ekstrak HCA. HCA meningkatkan tahap serotonin dalam otak. Serotonin mengawal mood dan selera makan. Tahap serotonin yang lebih tinggi membantu menyekat selera makan dan memanjangkan rasa kenyang. HCA juga menghalang enzim sitrat lyase yang terlibat dalam menukarkan karbohidrat kepada lemak. Dengan menghalang enzim ini, HCA boleh mengurangkan isyarat kelaparan. Dah fahamkan kenapa bila makan GC Plus, rasa lapar berkurangan?
Diana Ishak
Read more

Memahami Mengapa Sukar Mengawal Kelaparan

Tubuh manusia mempunyai mekanisme untuk mengawal rasa lapar dan kenyang. Memahami sains di sebalik kelaparan boleh membantu kita menguruskan tabiat pemakanan dengan lebih baik. Satu faktor dalam menguruskan kelaparan ialah hormon ghrelin. Ghrelin memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan selera makan. Tahap ghrelin secara semula jadi meningkat sebelum makan dan berkurangan selepas makan. Walau bagaimanapun, tingkah laku tertentu, seperti stress atau kurang tidur boleh mengganggu tindakbalas semula jadi ini dan menyebabkan kita makan berlebihan.

Satu lagi hormon yang terlibat dalam kawalan kelaparan ialah leptin, yang memberi isyarat kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Bermakna, jika leptin banyak dalam badan, kita akan merasa kurang lapar. Walau bagaimanapun, seseorang yang berlebihan berat badan menjadi rintang terhadap kesan leptin. Badan orang tersebut menjadi cepat lapar, lapar yang berterusan walaupun pengambilan kalori sudah mencukupi. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana, dalam badan seseorang yang gemuk, tahap ghrelin (hormon lapar) kekal tinggi. Maka, adalah lebih baik jika kita menurunkan berat badan. Kerana bila overweight, badan secara semula jadi susah untuk menahan rasa lapar.

Tetapi, GC Plus boleh membantu masalah tersebut. Ini kerana GC Plus membantu mengurangkan rasa lapar dan memanjangkan rasa kenyang. Caranya? Caranya adalah, GC Plus merangsang badan mengeluarkan serotonin. Serotonin mengurangkan selera makan dan mengawal mood. Tatkala seseorang yang overweight sukar merasa kenyang kerana rintang terhadap leption, serotoninlah yang membantu mengurangkan rasa lapar.
Diana Ishak
Read more

Memahami Kesan GC Plus terhadap Lapar, Kencing dan Berpeluh

Dalam artikel ini, kami akan jelaskan bagaimana GC Plus mempengaruhi kelaparan, kencing dan peluh.

KELAPARAN
GC Plus berfungsi dengan menyekat selera makan, membuatkan anda berasa kenyang walaupun tidak makan banyak. Ia mengandungi bahan aktif yang membebaskan serotonin dalam otak yang mengurangkan selera makan. Akibatnya, anda akan kurang makan, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.

KENCING
GC Plus membantu menurunkan berat badan. Penurunan berat badan, membantu mengurangkan rintangan insulin. Apabila sensitiviti insulin bertambah baik, buah pinggang mengeluarkan lebih banyak glukosa daripada darah, mengakibatkan peningkatan air kencing.

BERPELUH
Sesetengah pengguna GC Plus merasa badan mereka lebih senang berpeluh. Kenapa agaknya? Kerana GC Plus mengandungi bahan termogenik, iaitu ekstrak teh hijau, yang meningkatkan metabolisme dan suhu badan. Ini menyebabkan anda mudah berpeluh kerana tindak balas tersebut membantu anda membakar lebih banyak kalori. Walau bagaimanapun, peluh boleh menyebabkan dehidrasi, jadi pastikan anda minum air semasa mengambil GC Plus.

Kami recap apa yang anda akan alami (generally) apabila mengambil GC Plus:
  • berasa kurang lapar walaupun tidak makan banyak
  • kerap kencing tanda penurunan berat badan
  • cepat berpeluh kerana peningkatan metabolisme
Diana Ishak
Read more

Bagaimana Hormon Mempengaruhi Selera Makan

Hormon memainkan peranan penting dalam mengawal selera makan dan berat badan. Apabila bercakap tentang usaha menurunkan berat badan, memahami cara hormon menjalankan kerjanya boleh membantu kita mencapai matlamat dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, diet dan senaman sering dilihat sebagai faktor terpenting. Walau bagaimanapun, ramai orang masih bergelut untuk melihat hasilnya walaupun telah berusaha.

In that case, hormon mungkin boleh dipersalahkan. Apabila hormon tidak seimbang, boleh menyebabkan selera makan meningkat, metabolisme menurun, dan susah menurunkan berat badan. Ada beberapa jenis hormon yang terlibat dengan pengurusan berat badan dan selera makan.

Yang pertama, Leptin. Ia membantu mengawal rasa lapar. Apabila tahap leptin rendah, badan cepat merasa lapar.

Yang kedua, Ghrelin. Ia adalah hormon yang merangsang selera makan. Apabila perut kosong, paras ghrelin meningkat, dan kita berasa lapar.

Yang ketiga, Insulin. Apabila tahap insulin tinggi, datang rasa cravings.

Yang keempat, Kortisol. Apabila tahap kortisol tinggi, badan merasa ingin makanan tinggi gula dan tinggi lemak.

Ringkasnya, memahami cara hormon memberi kesan kepada selera makan dan berat badan boleh membantu kita membuat pilihan makanan. Weight loss adalah suatu journey yang kompleks. Menahan rasa lapar perlukan strategi. Kita bukan saja perlu tahu apa yang patut dimakan bagi memanjangkan rasa kenyang, malah perlu banyak minum air dan menjauhkan diri dari stress.
Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu dilakukan selepas makan berlebihan?

Jika anda mendapati diri telah terlebih makan dan berasa tidak selesa, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan dan menggalakkan penghadaman. Pertama sekali, berhenti makan sebaik sahaja menyedari bahawa anda telah terlebih makan. Berikan tubuh sedikit masa untuk memproses lebihan makanan. Minum banyak air untuk membantu badan mencerna makanan dan mengelakkan dehidrasi. Elakkan daripada mengambil minuman berkarbonat, kerana ia boleh menyumbang kepada kembung perut dan ketidakselesaan.

Aktiviti fizikal ringan, seperti berjalan-jalan, boleh membantu penghadaman dan membantu badan berasa lebih baik. Kekal tegak selepas makan untuk mengelakkan asid refluks dan pedih ulu hati. Jangan baring! Pada hari-hari berikutnya, pilihlah makanan yang lebih ringan untuk memberi rehat kepada sistem pencernaan. Masukkan makanan kaya serat ke dalam diet untuk menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan membantu penghadaman. Sesetengah orang mendapat kelegaan dengan menggunakan antasid yang membantu memberi kelegaan, seperti ENO.

Berhati-hati dengan tabiat pemakanan di masa hadapan, dan cuba kenal pasti pencetus yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Belajar dengar isyarat lapar dan kenyang badan. Makan berlebihan sekali-sekala berlaku kepada semua orang. Tidak ada yang salah. Don't be too hard on yourself. Fokus pada membuat pilihan yang lebih sihat pada masa hadapan dan belajar daripada pengalaman. Jika perut terasa kembung akibat terlalu banyak makan, boleh cuba GC Plus.


Diana Ishak
Read more

Berat Berlebihan vs Kesihatan Tulang

Mengekalkan berat badan yang sihat sangat penting untuk mengelakkan risiko pelbagai penyakit kronik. Kajian menunjukkan, berat badan berlebihan pada wanita boleh memberi kesan yang besar kepada tulang. Berat badan yang berlebihan memberi tekanan pada rangka, yang boleh menyebabkan tulang haus. Dari masa ke masa, tekanan yang berlebihan ini melemahkan tulang dan menjadikannya lebih terdedah kepada patah.

Tahap estrogen dalam wanita yang overweight selalunya lebih tinggi. Walaupun estrogen yang tinggi memberi kesan positif pada ketumpatan tulang, obesiti boleh mengganggu keseimbangan hormon. Lemak badan yang berlebihan menyebabkan estrogen keluar dengan banyak lalu mengganggu pembentukan semula tulang. Gangguan tersebut berpotensi menurunkan ketumpatan tulang lantas meningkatkan risiko osteoporosis.

Selain dari itu, selalunya wanita yang berlebihan berat badan mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah. Kita semua tahu vitamin D penting untuk penyerapan kalsium dan kesihatan tulang. Tahap vitamin D yang tidak mencukupi boleh menjejaskan penyerapan kalsium oleh tulang.

Obesiti juga dikaitkan dengan gangguan metabolik. Gangguan metabolik menyebabkan keradangan pada tulang dan boleh menggalakkan tulang hilang dan melemahkan sistem rangka. Berat badan berlebihan biasanya dikaitkan dengan rintangan insulin dan diabetes. Keadaan ini boleh menjejaskan pembentukan tulang yang membawa kepada penurunan ketumpatan tulang dan risiko osteoporosis yang lebih tinggi.

Adalah penting bagi wanita yang berlebihan berat badan untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Anda tidak perlu KURUS, cukup sekadar IDEAL WEIGHT. Masalah tulang akan menjadi lebih baik.
Diana Ishak
Read more

Berapa botol GC Plus saya perlu makan untuk turunkan berat 7 kg dalam sebulan?

Dik, sebotol GC Plus memang khusus untuk sebulan. Awak tak boleh ambil lebih dari sebotol dalam sebulan. Dalam erti kata yang lain, nak turunkan 7 kg tiada ada masalah, tetapi JANGAN ambil lebih GC Plus dari sepatutnya. By the way, untuk menurunkan 7 kg berat dalam sebulan, bukan mustahil, tetapi perlu lihat apa berat semasa awak sekarang. Kalau berat awak sekarang 100 kg, insyallah boleh turun 7 kg sebulan. PASTI. Walaupun bagaimanapun, percayalah cakap kami, 7 kg itu bukan semuanya lemak. Kebanyakkannya adalah AIR.

Hubungan antara metabolisme dan berat badan adalah kompleks. Ada beberapa perkara penting untuk difahami. Orang yang BMR-nya (Basal Metabolic Rate) lebih tinggi cenderung untuk membakar lebih banyak kalori semasa rehat. "Semasa rehat" bermaksud tenaga yang digunakan oleh badan untuk bernafas, peredaran darah, dan mengawal suhu badan. Jika pada waktu-waktu rehat ini metabolisme badan adalah tinggi, bermakna orang itu lebih mudah menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang ideal.

Genetik juga mempengaruhi metabolisme. Seseorang secara semula jadi mempunyai metabolisme lebih tinggi disebabkan oleh faktor genetik, manakala yang lain mempunyai metabolisme yang lebih perlahan. Walau bagaimanapun, genetik sahaja tidak menentukan berat badan atau keupayaan untuk menurunkan berat badan. 

Pilihan gaya hidup, termasuk diet, memainkan peranan penting. Hormon, seperti tiroid, insulin, dan kortisol, boleh mempengaruhi metabolisme. Sebagai contoh, tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) boleh melambatkan metabolisme, menjadikan penurunan berat badan lebih mencabar. Metabolisme akan menjadi lambat secara semula jadi seiring usia. Pada usia tua, perubahan hormon berlaku. Ini bermakna semakin tua, semakin sukar untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan ideal. Walau bagaimanapun, kesan penuaan terhadap metabolisme adalah agak sederhana berbanding faktor lain seperti kompisisi badan.

Komposisi badan khususnya nisbah otot kepada lemak, memainkan peranan dalam metabolisme. Otot memerlukan lebih banyak tenaga daripada tisu lemak. Seseorang yang mempunyai jisim otot tinggi cenderung mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Ini bermakna orang yang mempunyai lebih banyak otot membakar lebih banyak kalori, walaupun semasa rehat. GC Plus membantu mengurangkan lemak dengan cara menambahkan jisim otot. Ia tidak menjadikan otot anda berketul-ketul bak pembina badan, tetapi jisim otot yang bertambah sedikit demi sedikit membantu membakar lemak tanpa anda sedari.

Sebab itulah setiap pembelian GC Plus kami bekalkan dengan measuring tape supaya setiap 10 hari, anda boleh ukur lilitan pinggang. Ukuran pinggang adalah petunjuk bodyfat anda.

Diana Ishak
Read more

5 cara untuk tahu sama ada anda gemuk atau tak.

#1 Ukuran pinggang
Kaedah terbaik untuk tahu sama ada berat badan berlebihan atau tidak adalah dari ukuran pinggang. Lingkaran pinggang lebih besar dari 35 inci (wanita) dan lebih besar daripada 40 inci (lelaki) bukan sahaja memberi petanda overweight, tetapi amaran tahap kesihatan. Lingkaran pinggang di atas angka-angka tadi menunjukkan lemak perut berlebihan dan lemak di sekitar organ badan bertambah. Ini meningkatkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan sindrom metabolik. Untuk mengukur lilitan pinggang, yang diperlukan ada pita pengukur. Pastikan pita lalu di atas pusat. Sebab itulah weight lost tracker card kami ada ruangan untuk anda catat ukuran pinggang hari pertama menggunakan GC PLUS hingga hari ke-10. Kerana dalam tempoh 10 hari konsisten dengan GC PLUS, ukuran pinggang akan menyusut. Lemak badan tidak diukur dengan penimbang berat badan tetapi pita pengukur. Penimbang berat memberi angka berat badan keseluruhan sedangkan yang kita mahukan adalah penurunan berat lemak sahaja. We do not condone body shaming but we also cannot condone people pretending that obesity is healthy. Beauty may be skin deep but fat deposits go all way to your internal organs. We are sorry, but gemuk is not awesome.

#2 Berdengkur
Berdengkur dengan berlebihan may be a good reason to check your weight. Jika kerap berdengkur dan jarang tidur nyenyak, you may suffer from sleep apnea. Sleep apnea adalah keadaan yang menyebabkan pernafasan berhenti berulang kali ketika sedang tidur. Ini boleh menyebabkan kehilangan oksigen dan keletihan semasa bangun tidur. Kebanyakan orang dengan sleep apnea cenderung berdengkur kerana saluran udara tersumbat. Apabila badan menyimpan lemak di leher, ia menyempitkan saluran udara menyebabkan pernafasan tersekat atau berhenti bernafas. Ramai yang mati dalam tidur adalah di kalangan mereka yang obese. 

#3 GERD atau pedih ulu hati yang kerap
Pertambahan berat badan walaupun sedikit, boleh meningkatkan jumlah asid refluks. Lebih daripada 1/3 individu yang berlebihan berat badan dan obese mendapat GERD.

#4 Sakit sendi
Obesiti adalah faktor osteoartritis (arthritis yang paling biasa). Osteoartritis menyebabkan kemerosotan sendi. Berat badan yang bertambah memberi tekanan yang lebih pada semua sendi. Jika mengalami sakit lutut, pinggul, atau sakit belakang, mungkin ini tanda masalah berat badan.

#5 Keletihan yang melampau
Berat berlebihan memberi tekanan tambahan pada organ termasuk paru-paru. Jika tugas mudah, seperti membersihkan bilik menyebabkan keletihan, sesak nafas, atau kesukaran bernafas, mungkin ada kaitan dengan berat badan. Individu yang berlebihan berat badan dan gemuk ada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap asma. Masalah berat badan menyebabkan keradangan saluran udara dan menyukarkan pernafasan. 

Sekiranya ada tanda-tanda ini pada diri, semak semula berat badan:

  • Ukuran pinggang
  • Berdengkur
  • Kerap pedih ulu hati
  • Sakit sendi
  • Selalu letih
Diana Ishak
Read more

Kalium dalam GC PLUS

Kalium berfungsi sebagai 'orang tengah' dalam penurunan berat badan. Yang pertama, kalium membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dengan membantu boosting nutrien yang meningkatkan metabolisme seperti zat besi, magnesium dan kalsium. Sebagai contoh, orang dengan kadar zat besi rendah selalunya mempunyai metabolisme yang rendah. Tetapi selalunya bukanlah kerana kekurangan zat besi tetapi kekurangan kalium. Tanpa kadar kalium yang betul badan tidak dapat memproses zat besi dengan berkesan.

Salah satu tanda kekurangan zat besi (yang mungkin disebabkan oleh tahap kalium yang rendah) adalah KELETIHAN. Tahap tenaga yang rendah menyebabkan kenaikan berat badan (dan susah turun berat badan). Dengan meningkatkan kadar kalium, tahap zat besi juga meningkat. 

Yang kedua, kalium juga bergabung dengan magnesium untuk membantu pertumbuhan otot. Otot yang lebih besar dan kuat membakar lebih banyak kalori.

Yang ketiga, kalium menghalang water retention yang berlebihan. Sebagai elektrolit, kalium bergabung dengan natrium untuk mengatur cecair di sekitar sel dan mencegah badan dari menahan terlalu banyak air. [Note : Elektrolit adalah mineral seperti magnesium dan kalium. Ia memainkan peranan penting dalam badan dalam mengatur keseimbangan air]. 

Pada waktu tertentu, badan mungkin menahan berat air hingga 1-2kg. Apabila tahap elektrolit menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi, keseimbangan bendalir berlaku. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat air (water weight). Kita harus menyesuaikan pengambilan elektrolit dengan pengambilan air. Sekiranya minum terlalu banyak air, badan kehilangan banyak elektrolit. Kehilangan elektrolit boleh menyebabkan metabolisme menurun. Badan jadi letih dan susah menurunkan berat. Sekiranya badan aktif tetapi kurang menerima air, badan memerlukan elektrolit tambahan untuk menggantikan elektrolit yang hilang melalui peluh. Elektrolit yang hilang melalui cara ini juga menyebabkan metabolisme berkurangan. Jangan terkejut walau banyak work out, berat tetap statik. Boleh jadi ini puncanya.

Sebagai recap, kalium membantu weight loss dengan 3 cara:
  • membekalkan tenaga (meningkatkan metabolisme)
  • membantu pertumbuhan otot (dengan bantuan magnesium)
  • menghalang water retention (berat air)
Pengguna GC PLUS yang dah biasa dengan produk ini, pasti perasan GC PLUS memberikan kesemua fungsi ini. Tahu tak kenapa GC PLUS tak dibenarkan diambil oleh pesakit darah tinggi yang mengambil ubat darah tinggi?
Ini kerana, dalam GC PLUS ada kandungan KALIUM. Kalium boleh mengganggu fungsi ubat darah tinggi. Kami tetap tidak benarkan mana-mana pesakit yang mengambil ubat darah tinggi mengambil GC PLUS walaupun GC PLUS membantu weight loss. To us, lebih baik anda tumpukan kepada mengawal tekanan darah terlebih dahulu.
Diana Ishak
Read more

Dalam keadaan apa badan berhenti membakar lemak?

Apabila pengambilan kalori dikurangkan dengan ketara, seperti di bawah 1000 kalori setiap hari, badan mula menjimatkan tenaga. Apa caranya?

Dengan cara mencegah penurunan berat badan! Maksudnya, semakin kita menahan dari makan, semakin lemak tidak digunakan oleh badan. Sebaliknya, badan akan menggunakan glikogen dari otot untuk mendapatkan tenaga. Maka, ketika kita berasa bangga berat badan semakin berkurangan, ketahuilah bahawa yang turun itu bukanlah lemak, tetapi saiz otot.

Tak percaya? Pergi check bodyfat. Pasti bodyfat tak sepadan dengan penurunan berat. Otot adalah tisu yang aktif, yang bermaksud mereka memerlukan tenaga (kalori) untuk mengekalkan saiz mereka. Semakin besar otot seseorang, semakin banyak kalori yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan jisim otot tersebut. Dalam erti kata lain, semakin besar otot, semakin banyak lemak dibakar untuk maintain saiz otot.

Apabila seseorang kehilangan jisim otot, metabolisme badan boleh berkurangan. Apabila metabolisme berkurangan, badan memerlukan sedikit sahaja kalori untuk menjalankan fungsi asas, seperti pernafasan, peredaran darah dan penyelenggaraan organ dalaman. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai jisim otot yang kurang, badannya memerlukan sedikit kalori secara keseluruhan. Akibatnya, badan cenderung untuk menyimpan lebih banyak lemak sebagai rizab tenaga. Ini boleh menyukarkan pembakaran lemak, kerana badan lebih cenderung menggunakan sumber tenaga yang lebih mudah diakses, seperti glikogen (karbohidrat tersimpan), berbanding lemak yang disimpan. Oleh itu, penting untuk mengekalkan jisim otot semasa berdiet.

Saiz otot boleh ditambah dengan cara:
  • latihan kekuatan
  • angkat berat berat
  • pengambilan protein yang mencukupi
  • GC PLUS!

HCA dalam GC Plus berfungsi merangsang sintesis protein otot, yang merujuk kepada membina gentian protein otot baru. Satu lagi mekanisme yang diiktiraf bagi kesan pembinaan otot oleh HCA ialah, keupayaannya untuk meningkatkan simpanan glikogen. 

Glikogen, disimpan dalam otot dan hati, berfungsi sebagai sumber tenaga semasa aktiviti fizikal. Dengan menggalakkan sintesis glikogen, HCA memastikan bahawa otot mempunyai simpanan tenaga yang membawa kepada pertumbuhan saiz otot. Dalam erti kata lain, apabila mengambil GC Plus, jisim otot bertambah sedikit demi sedikit.

Pertambahan jisim otot akan membuatkan badan terpaksa membakar lebih banyak lemak untuk support saiz otot yang semakin membesar. Sebab itulah kami selalu minta ukur lilitan pinggang berbanding menimbang berat badan. Kerana saiz pinggang adalah gambaran lemak yang berkumpul dalam badan. Semakin berkurangan saiz pinggang, petanda jisim otot sedang bertambah dan lemak semaking berkurangan.

Diana Ishak
Read more
332 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart