Mengapa menurunkan berat badan adalah rawatan terbaik untuk sakit lutut?
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa obesiti boleh meningkatkan risiko sakit belakang, dan patah tulang. Berat badan yang berlebihan boleh menambahkan tekanan pada sendi, yang membawa kepada kerosakan tulang rawan. Tulang rawan yang haus boleh mengakibatkan sakit sendi, sendi ketat (stiffness) dan pergerakan terbatas. Obesiti juga menjejaskan ketumpatan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis. Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi lemah dan terdedah kepada risiko patah tulang.
Dengan peningkatan berat badan bermakna tulang perlu membawa bebanan yang lebih. Ini membawa kepada peningkatan tekanan pada tulang dan ketumpatan tulang berkurangan dari semasa ke semasa. Menurunkan berat badan boleh memberi kesan positif yang signifikan terhadap kesihatan tulang dan sendi. Malah penurunan berat badan yang hanya sedikit boleh membantu mengurangkan kesakitan sendi.
Kehilangan 4.5 kg berat sahaja boleh menghilangkan berpuluh-puluh kg tekanan dari lutut. Untuk setiap 450 g berat badan, lutut merasakan tekanan sebanyak 1.3 kg setiap langkah. Jadi, kehilangan 4.5 kg akan menyebabkan 13.6 kg kurang tekanan setiap lutut, setiap langkah.
Cuba fikir berapa banyak langkah yang kita ambil setiap hari? Rata-rata orang mengambil kira-kira 5 hingga 6 ribu langkah sehari. 5 ribu langkah dan 4.5 kg berat badan bergabung menghasilkan 68,000 kg tekanan pada lutut setiap hari! Apabila didarab dengan 365 hari (satu tahun), perbezaan itu meningkat kepada 24 juta kg tekanan. Dengan kata lain, kehilangan 4.5 kg berat boleh membuat perbezaan hampir 24 juta kg tekanan pada lutut setiap tahun.
Perlu diingat bahawa angka yang digunakan dalam pengiraan tadi adalah anggaran. Tetapi satu perkara yang pasti ialah, kegemukan adalah faktor risiko yang ketara untuk sakit lutut. Sebelum seseorang memilih untuk melakukan pembedahan penggantian lutut, cuba turunkan dahulu berat badan. Selalunya menurunkan berat badam merupakan cara paling berkesan untuk melegakan sakit lutut.
Kami tidak ada produk khusus untuk sakit lutut. Tetapi kami ada GC PLUS dan GLOEI.
GC PLUS |
|
GLOEI |
|