Gastrik boleh menyebabkan berat badan?

Adalah masuk akal jika ada yang terfikir sama ada masalah penghadaman ada kaitan dengan berat badan. Ya, betul. Terdapat hubungan antara kesihatan pencernaan dan penurunan berat badan. Masalah pencernaan boleh menyebabkan seseorang kehilangan atau menambahkan berat badan secara tidak sengaja. Contohnya seseorang yang menghidapi penyakit hati yang teruk, dia boleh menjadi sangat kurus tetapi berat badan bertambah.

"Oh! Macamana berat badan bertambah tetapi masih kurus?"

Ok. Hati biasanya menghasilkan albumin. Seseorang yang ada penyakit hati tidak lagi dapat menghasilkan banyak albumin. Oleh kerana albumin menyimpan air dalam aliran darah, kehilangannya mengakibatkan kebocoran cecair dari darah ke perut dan kaki, menyebabkan bahagian-bahagian badan ini meningkat dalam saiz. Walaupun muka dan lengan pesakit hati kurus, mereka sebenarnya bertambah berat badan akibat cecair di kaki dan perut.

Bagi sesetengah orang, makan lebih banyak melegakan kesakitan pada perut kerana makanan meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut. Akibatnya, sesetengah dari mereka "terpaksa" menjadi gemuk kerana selera makan tersebut. Kebanyakan masalah pencernaan cenderung menyebabkan penurunan berat badan akibat penyerapan makanan yang lemah. Tetapi terdapat beberapa situasi di mana usus boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.

Satu masalah yang sering dilihat adalah apabila seseorang mengalami asid refluks atau ulser. Pesakit asid refluks cenderung untuk makan dengan kerap untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu. Kesakitan berkurangan seketika kerana kedua-dua air liur dan makanan meneutralkan asid buat sementara waktu. Buat pesakit-pesakit ini, kami tidak cadangkan anda mengambil GC PLUS. Ini kerana, GC PLUS mengurangkan rasa lapar. Memandangkan sistem pencernaan anda bermasalah, anda masih perlu makan walaupun tidak merasa lapar. The progress of GC PLUS berkemungkinan menjadi lebih perlahan dari biasa akibat "konflik" ini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih mahu meneruskan pengambikan GC PLUS kerana benefit-benefit lain, pastikan tidak sampai memudaratkan, ok?
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart