Kemana Lemak Pergi Apabila Anda Menurunkan Berat Badan?

Apabila proses kehilangan lemak berlaku, sel-sel lemak mengecut secara drastik dalam saiz, mengakibatkan perubahan yang ketara dalam komposisi badan. Apabila lemak badan dipecahkan untuk tenaga, dua produk sampingan utama dikeluarkan - karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dihembus semasa bernafas, dan air dibuang melalui air kencing, peluh atau udara yang dihembus.

Pelupusan produk sampingan ini sangat tinggi semasa senaman disebabkan oleh peningkatan pernafasan dan peluh. Biasanya, orang ingin menurunkan berat badan dari perut, pinggul, paha dan punggung. Walaupun senaman jenis spot reduction (seperti sit ups) yang mensasarkan penurunan berat badan di kawasan tertentu belum terbukti berkesan, sesetengah orang cenderung susut berat badan dari kawasan tertentu lebih cepat daripada yang lain. Walau bagaimanapun, faktor genetik dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pengagihan lemak badan.

Selain itu, jika mempunyai sejarah penurunan berat badan dan berat badan naik kembali, lemak badan mungkin tersebar secara berbeza disebabkan oleh perubahan dalam sel lemak dari semasa ke semasa. Mengapa sangat susah untuk mengurangkan berat badan? Sebenarnya, menurunkan berat badan tidak susah. Yang susah adalah kerana kita mahukan hasil yang cepat. Apabila progress kelihatan lambat, kita mudah putus asa.

Look. Apabila kita makan lebih daripada yang boleh dibakar oleh badan, sel-sel lemak meningkat dalam saiz dan bilangannya. Apabila kehilangan lemak, sel-sel yang sama ini mengecut dalam saiz, walaupun bilangannya kekal. Oleh itu, sebab utama perubahan dalam bentuk badan ialah saiz sel lemak yang berjaya dikurangkan - bukan bilangannya. Ini bermakna, apabila seseorang tidak menurunkan berat badan, sel-sel lemak kekal ada. Jika usaha tidak dilakukan untuk menurunkan berat badan, lemak boleh membesar dan bertambah dengan mudah. Ini mungkin salah satu sebab mengapa mengekalkan berat badan yang sudah turun sangat sukar bagi ramai orang.

Bergantung pada berapa banyak berat yang ingin diturunkan, tempoh fat loss journey berbeza-beza. Penurunan berat badan (rapid weight loss) yang cepat dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan yang negatif, seperti kekurangan mikronutrien, sakit kepala, keletihan, kehilangan otot, dan ketidakteraturan haid.
Oleh itu, tidak mengapa jika progress weight loss perlahan. Yang penting, lemak berkurangan sedikit demi sedikit. Bagi mereka yang overweight atau obesiti, penurunan berat badan sebanyak 5–10% dalam tempoh 6 bulan pertama mengambil GC PLUS dapat memperbaiki kitaran haid, kualiti tidur dan keinginan terhadap makanan manis juga berkurangan dengan sendirinya.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart