Apa yang dilakukan oleh SEROTONIN.
Serotonin memainkan beberapa peranan dalam badan, termasuk mempengaruhi pembelajaran, ingatan, ketenangan, tidur, tingkah laku seksual dan KELAPARAN (bold and warnakan lain). Kekurangan serotonin membuatkan seseorang cenderung kepada kemurungan, kebimbangan, sukar tidur, serta CEPAT LAPAR (bold and warnakan lain).
Serotonin dalam otak fungsinya untuk mengawal mood. Apabila serotonin berada pada tahap normal, seseorang berasa lebih fokus, emosi stabil, dan lebih tenang. Ketika mood baik dan tenang, rasa lapar dengan sendirinya berkurangan. Rasa seronok membuatkan kita tak terasa nak makan, betul tak? Tahap serotonin yang rendah pula dikaitkan dengan kemurungan. Sebab itulah ubat anti-depressant menyasarkan cara untuk meningkatkan tahap serotonin dalam otak.
Kebanyakan serotonin badan berada dalam saluran GI anda di mana ia membantu mengawal fungsi usus dan melindungi usus. Usus boleh meningkatkan pembebasan serotonin untuk mempercepatkan penghadaman. Nampak tak kenapa ketika seseorang mengambil GC PLUS, sistem penghadamannhya semakin baik (lawas)? Itu adalah bukti bahawa mekanisme GC PLUS sememangnya berbeza dengan produk weight loss yang lain.
Sejak awal GC PLUS dihasilkan kami selalu beritahu yang GC PLUS merangsang pembebasan serotonin. Feedback seperti lebih lawas, lebih senang ke tandas, kurang lapar, dan rasa kenyang yang lebih lama - ini semua adalah bukti bahawa GC PLUS memang merangsang pengeluaran serotonin.
Serotonin juga memainkan peranan dalam mengurangkan selera makan semasa makan. Lebih daripada 30 tahun yang lalu, kajian menunjukkan bahawa tryptophan (sejenis asid amino) hanya boleh masuk ke dalam otak selepas karbohidrat dimakan. Walaupun triptofan adalah komponen yang membentuk protein, makan protein menghalang triptofan menembusi barrier dari darah ke otak. Sebabnya mudah. Triptofan bersaing untuk masuk ke dalam otak dengan beberapa asid amino lain.
Terdapat lebih banyak asid amino lain dalam darah daripada triptofan selepas protein dimakan. Sebab itulah memakan terlalu banyak protein mengurangkan potensi triptofan untuk masuk ke otak. Tetapi, karbohidrat memberi peluang kepada triptofan. Karbohidrat dicernakan kepada glukosa dalam saluran usus. Apabila glukosa memasuki aliran darah, nutrien seperti asid amino di tolak ke dalam sel-sel organ.
Semasa asid amino di tolak ke dalam sel-sel organ, triptofan kekal dalam aliran darah. Sekarang terdapat lebih banyak triptofan dalam darah daripada asid amino yang bersaing. Jadi, apabila darah melalui penghalang ke dalam otak, triptofan boleh masuk! Triptofan dalam otak segera ditukar kepada serotonin, dan kesan menenangkan dan mengawal selera makan akan dirasai tidak lama lagi.
Itu cerita 30 tahun dulu. Konsep yang sama itulah yang kami gunakan dalam GC PLUS untuk merangsang serotonin supaya selera makan dapat dikawal. Jadi, percayalah bila kami katakan GC PLUS membantu mengawal rasa lapar, memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta melawaskan - ini adalah kerana kami menghasilkan GC PLUS berdasarkan fakta sains.