Mengapa lemak di bahagian badan berbeza-beza.

Kita selalu merasa tidak selesa apabila bahagian badan yang tertentu menyimpan lebih banyak lemak. Selalunya kawasan di mana simpanan lemak paling banyak adalah bahagian yang paling sukar untuk susut. Walaupun seseorang kelihatan kurus, mereka masih mempunyai masalah lebihan lemak di bahagian badan tertentu.

Obesiti bukanlah kejadian yang seragam kerana orang yang mempunyai berat badan berlebihan tidak semuanya kelihatan sama. Ini kerana, lebihan lemak juga berkumpul bahagian badan yang berbeza. Samada lemak berkumpul lebih banyak di paha, punggung, lengan, atau di bahagian badan yang lain, sangat dipengaruhi oleh faktor genetik.

Wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza. Wanita cenderung menyimpan lemak di pinggul dan kaki, sementara lelaki menyimpan lemak di sekitar perut. Hal ini berlaku disebabkan oleh hormon. Testosteron dan estrogen adalah dua hormon yang menjadi pemangkin penyimpanan lemak. Itulah sebab utama kenapa manusia cenderung mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Tisu lemak di bahagian badan mempunyai reseptor untuk pelbagai jenis hormon. Contohnya, lemak di perut teransang dengan baik terhadap testosteron. Lelaki mempunyai banyak testosterone sebab itulah lelaki cenderung mengumpul lemak di perut. Lemak di bawah kulit pula mempunyai reseptor estrogen. Semakin banyak lemak, semakin tinggi kadar estrogen dalam badan.

Sebab itulah seseorang yang terlalu kurus boleh menopause lebih awal, kerana tanpa cukup estrogen kitaran hormon menjadi lintang-pukang lalu menghentikan haid. Keluarga Kardashians mengubah kedudukan lemak dengan memindahkan lemak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain, seperti lemak perut ke punggung dan lemak paha ke payudara. Walau bagaimanapun, memindahkan lemak sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Badan kekal dengan lemak yang berlebihan, selamanya.

Sit-ups and squats can help shape our bodies differently, tetapi ia tidak akan mengubah kedudukan lemak yang wujud secara semulajadi di bahagian badan tersebut. Individu yang berpinggang kecil boleh menjadi overweight apabila pahanya menyimpan banyak lemak. Begitulah bagaimana genetik memainkan peranan besar dalam pengurusan berat badan. Sebilangan orang memang menyimpan lebih banyak lemak di bahagian badan tertentu tanpa mengira samada overweight atau tidak.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart