Hubungan Antara Tidur dan Selera Makan.
Pernah tak terfikir mengapa kadangkala kita berasa begitu terdesak untuk makan snek atau kudap-kudap pada lewat malam? Adakah sains mempunyai sebarang alasan tentang keadaan ini? Ya, ada.
Jumlah tidur mempengaruhi tahap tenaga badan dan tahap pembebasan hormon. Apabila seseorang tidak cukup tidur, akibatnya selera makan meningkat. Kurang tidur dan obesiti adalah dua masalah yang berjalan seiring. Dari sudut pandangan saintifik, hormon adalah antara punca terbesar. Hormon bertanggungjawab ke atas selera makan. Ia memberitahu otak sama ada kita kenyang atau lapar. Hormon leptin adalah hormon untuk mengekalkan berat badan, dan ia dikeluarkan oleh sel-sel lemak. Jadi, seseorang yang mempunyai banyak lemak akan mengalami peningkatan tahap leptin.
Seseorang dengan berat badan yang lebih rendah dan peratusan body fat yang kurang, tahap leptinnya juga rendah. Leptin adalah hormon yang bertanggungjawab memberi isyarat kenyang kepada otak. Tetapi apabila seseorang kehilangan berat badan, dan tahap leptin jatuh, itu boleh mencetuskan peningkatan selera makan yang menghalang proses penurunan berat badan. Apabila badan berfungsi secara normal, sel-sel lemak berlebihan menghasilkan leptin yang merupakan isyarat kepada hipotalamus untuk menurunkan selera makan.
Tetapi masalah yang berlaku dengan orang gemuk adalah, mereka kekurangan tindak balas terhadap hormon. Sepatutnya apabila lemak banyak, leptin juga tinggi yang menjadikan badan merasa lebih kenyang. Malangnya, itu tidak berlaku pada orang yang obesiti kerana apabila sel-sel lemak terlalu banyak, badan mereka rintang terhadap leptin. Hormon kedua yang penting untuk selera makan adalah ghrelin.
Hormon ghrelin mempunyai kesan pada bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal selera makan. Selain itu, ghrelin membantu mengawal pelepasan insulin. Apabila seseorang kurang tidur, badan menurunkan tahap leptin, sementara dalam masa yang sama ghrelin meningkat, yang memberi rasa lapar. Sebagai contoh, orang yang mengalami insomnia mempunyai tahap ghrelin lebih rendah daripada orang yang mendapat tidur yang cukup. Itu menunjukkan bahawa insomnia menggalakkan penurunan berat badan.
Tetapi itu tidak bermakna bahawa orang yang mengalami insomnia selamat daripada kenaikan berat badan. Ini kerana, pada siang hari, tahap ghrelin mereka meningkat, yang merangsang selera makan. Ketidakseimbangan ini boleh menjadi punca mengapa ramai penghidap insomnia bertambah berat dari semasa ke semasa.