GC Plus

Apa kaitan penyakit fatty liver dengan berat badan yang berlebihan?

Sebelum merawat sesuatu penyakit, terlebih dahulu mesti tahu apa penyebabnya. Penyakit hati berlemak (fatty liver) adalah disebabkan oleh PENGUMPULAN LEMAK BERLEBIHAN di sel-sel hati. 1 daripada setiap 10 orang berisiko mendapat penyakit hati berlemak. Bermakna, penyakit ini bukanlah rare case.

Adalah normal bagi hati untuk mempunyai sedikit lemak, tetapi jika lemak lebih dari 10% berat hati, boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius. Kalori berlebihan menyebabkan lemak berkumpul di hati. Apabila hati tidak memproses dan memecah lemak seperti biasa, terlalu banyak lemak akan terkumpul.

Kebanyakkan yang mengidap fatty liver adalah mereka yang ada masalah obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol). Seseorang berisiko mendapat fatty liver jika:
  • overweight, terutamanya di pinggang (abdominal obesity)
  • tekanan darah tinggi
  • satu atau lebih tahap kolesterol yang tidak normal (samada tahap trigliserida tinggi, atau tahap LDL tinggi, atau HDL rendah)
  • resistan terhadap insulin
Jangan tak tahu, PENURUNAN BERAT BADAN YANG CEPAT dan kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan fatty liver. Jadi, jangan terlalu rush untuk turun 5-10kg sebulan. Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 430g seminggu, iaitu kira-kira 1.8kg sahaja sebulan. Yang penting, jangan sekat makan hingga badan kurang zat.

Hingga kini, masih belum jelas bagaimana hati menjadi berlemak. Mungkin lemak tersebut datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap jumlah lemak yang banyak. Boleh jadi juga hati hilang kemampuan untuk mengubah lemak menjadi bentuk yang dapat dibuang dari badan. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak TIDAK akan menghasilkan hati yang berlemak.

Jadi, apa cara untuk merawat fatty liver?
  • Turunkan berat badan
  • Kawal diabetes
  • Turunkan kolesterol
Kepada yang mengambil GC PLUS untuk membantu weight loss, pastikan guna weight loss tracker card yang kami sediakan. Tujuannya adalah untuk track progress selama 10 hari pertama. 10 hari pertama ini penting. Dalam 10 hari pertama, berat badan PASTI menunjukkan penurunan berat badan. Selepas 10 hari berat MESTI turun paling kurang 580g. Jika tidak, something wrong with you body. Tak perlu risau jika selepas 10 hari berat berkurangan 800g sahaja. Berat badan yang sihat hanya turun paling minimum hanya 580g sahaja. Tak perlu drastik.

Yang mengambil Nutrijuice untuk menurunkan kolesterol, sebaiknya, selepas 2-3 bulan penggunaan, ambil bacaan kolesterol semula. Kemudian, bandingkan dengan bacaan 3 bulan lepas. Kami yakin, kolesterol menurun.
Diana Ishak
Read more

Period jadi tak teratur setelah ambil GC PLUS.

Dari semasa ke semasa, wanita akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur.
Tempoh haid yang tidak teratur boleh berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon, stress dan pertambahan/penurunan berat badan.
Kehilangan berat badan boleh menyebabkan haid menjadi sedikit, banyak, kitaran lebih pendek atau lebih panjang dari biasa.

Ketidakseimbangan hormon juga menyebabkan ketidakaturan itu. Satu kitaran haid yang normal adalah sekitar 25-36 hari dengan purata 28 hari. Pada kitaran haid yang tetap, seorang wanita mengalami haid selama 3-7 hari dan jumlah darah yang hilang kira-kira 14-75ml. Kitaran haid diransang oleh hormon. Hormon-hormon ini menghantar isyarat yang menyebabkan pembebasan estrogen dan progesteron.

Kehilangan berat badan kerana berdiet boleh membuatkan hormon pembiakan kurang dihasilkan. Inilah yang menyebabkan kecelaruan kitaran haid. Sepanjang kitaran haid pula akan berlaku turun naik tahap hormon. Perubahan yang teruk berlaku semasa 1 atau 2 minggu sebelum haid bermula. Perubahan hormon menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air daripada biasa.

Walaupun tidak memakan makanan yang berkalori tinggi, badan boleh naik beberapa gram (atau mungkin kg!). Perubahan hormon juga membuatkan pertambahan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan perut menjadi kembung dan berat bertambah. Tapi jangan risau, ini bersifat sementara saja. Apabila haid datang, semua ini akan hilang.

Ketika seseorang mengambil GC PLUS, berat akan mula menurun. Penurunan berat badan akan meng-kacau-bilau-kan kitaran haid BUAT SEMENTARA, sekitar 1-2 period cycle. Jangan takut. This is NORMAL ketika badan mengalami 'kejutan' akibat perubahan diet dan penurunan berat badan.
Diana Ishak
Read more

Mengehadkan kalori boleh memudaratkan kesihatan.

Satu perkara yang ramai ikut tanpa usul periksa adalah mengurangkan makan ketika mahu menurunkan berat badan. Apabila seseorang mengurangkan makan, dia juga mungkin telah mengurangkan pengambilan kalori.

Pernahkah sesiapa terfikir bagaimana sekatan kalori boleh menjejaskan kesihatan? Idea untuk menurunkan berat badan dengan menyekat pengambilan kalori mungkin kelihatan mudah, tetapi boleh membuatkan seseorang drained dan kekurangan nutrien. Berdiet sememangnya membantu memperbaiki penghadaman, tetapi mengurangkan pengambilan kalori dapat menjejaskan metabolisme untuk JANGKA MASA PANJANG.

Menurut beberapa kajian, pengambilan kalori yang sedikit boleh melambatkan metabolisme. Diet yang terhad dengan kalori menyebabkan badan kurang mendapat tenaga. Ini membawa kepada peningkatan berat badan yang mendadak sebaik sahaja seseorang berhenti berdiet.

Pengambilan kalori yang rendah dengan kerap menyebabkan ketidakseimbangan dalam paras zat besi, folat atau vitamin B12. Kekurangan zat-zat tersebut menyebabkan keletihan dan beberapa penyakit seperti anemia. Oleh itu ketika berdiet, pastikan tidak menyekat makanan dengan ekstrim. Jangan tolak zat utama seperti karbohidrat.

Ketika mengehadkan makan, ramai yang menjangkakan berat badan akan turun dengan lebih cepat. Tetapi ramai yang tidak tahu ketika badan tidak mendapatkan kalori yang cukup, kesihatan reproduktif turut terjejas. Pengambilan rendah kalori yang konsisten memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan. Ini secara langsung memberi kesan kepada kitaran ovulasi dan tahap hormon di kalangan wanita.

Pengambilan kalori yang terhad juga memberi kesan kepada kitaran haid, kesihatan tulang dan menyekat kesihatan reproduktif dengan menjejaskan tahap estrogen. Tahap pengeluaran estrogen yang terjejas boleh menyebabkan seorang wanita menopaus awal. Bukan itu sahaja. Tahap estrogen yang rendah juga menjejaskan pembentukan dan pengukuhan tulang.

Dalam keadaan dunia penuh dengan wabak ketika ini, elakkan diet yang ekstrim. Ini kerana, diet rendah kalori menjadikan badan lebih terdedah kepada penyakit kerana ia menjejaskan imuniti. Bukan tak boleh berdiet. Tetapi jangan terlalu ekstrim. Ketika menurunkan berat badan jangan sampai menolak zat-zat penting untuk badan.
Diana Ishak
Read more

Sel Lemak Anda Tidak Pernah Hilang.

Like it or not, our fat cells are with us for life — even if we lose weight. Ketika berjuta-juta orang memasuki setiap tahun baru dengan azam untuk kurus, satu fakta yang semua perlu tahu adalah, tidak kira berapa banyak berat yang berjaya diturunkan, bilangan sel lemak dalam badan TIDAK AKAN BERKURANGAN. Sebaliknya, sel-sel lemak hanya mengecut dalam saiz, dan bersedia untuk diisi semula pada bila-bila masa ketika kalori bertambah.

Apabila menurunkan berat badan, kebanyakan dari kita membayangkan sel-sel lemak hilang dan keluar melalui senaman atau diet. Hakikatnya, sesiapa yang menurunkan berat badan harus sedar tentang cara sel-sel ini bertindak balas terhadap penurunan berat badan. Bagi mereka yang berjaya menurunkan 10 kg berat ketika berdiet, percayalah bahawa sel lemak anda tidak hilang.

Molekul lemak adalah rizab tenaga pilihan utama badan. Setiap sel lemak mengandungi setitik molekul lemak. Apabila seseorang berdiet, molekul lemak ini disalirkan untuk dijadikan tenaga untuk kegunaan badan, tetapi sel itu sendiri kekal. Kajian menunjukkan sel lemak cenderung untuk mendapatkan semula lemak, terutamanya jika lemak itu hilang dengan cepat seperti penurunan berat yang drastik.

The main culprit di sebalik pertambahan semula berat badan ialah hormon leptin. Fungsi utama hormon leptin adalah untuk mencegah rasa lapar dan mengawal keseimbangan tenaga supaya badan tidak mencetuskan tindak balas kelaparan. Apabila berat badan seseorang menurun, tahap hormon leptin juga menurun lantas meningkatkan selera makan. Apabila perasaan lapar melampau, membuatkan seseorang cenderung makan dengan lebih banyak. Keadaan ini membuatkan seseorang tidak sedar telah makan lebih dari yang badan perlukan. Tenaga (kalori) yang berlebihan ini akan ditukarkan kepada lemak dan sel-sel lemak kosong tadi mula diisi semula.

Sebab itulah seseorang yang pernah gemuk lebih cepat naik berat badan ketika makan lebih sedikit. Ini kerana sel-sel lemaknya sudah sedia menunggu untuk diisi semula. Sebab itulah ketika berdiet, JANGAN TERLALU MENYEKAT MAKAN. Apabila badan terlalu disekat dari menerima kalori, hormon leptin akan berkurangan mendadak lantas memberikan rasa sangat lapar.

Mekanisme tindakan GC PLUS bukanlah sebagai pembakar lemak, tetapi ia merangsang pembebasan serotonin. Serotonin memberikan rasa tenang serta kurang lapar. Secara tidak lansung hormon leptin berada dalam keadaan seimbang. Rasa kurang lapar ketika mengambil GC PLUS membantu perjalanan diet anda jadi lebih mudah.


Diana Ishak
Read more

Apa yang dilakukan oleh SEROTONIN.

Serotonin memainkan beberapa peranan dalam badan, termasuk mempengaruhi pembelajaran, ingatan, ketenangan, tidur, tingkah laku seksual dan KELAPARAN (bold and warnakan lain). Kekurangan serotonin membuatkan seseorang cenderung kepada kemurungan, kebimbangan, sukar tidur, serta CEPAT LAPAR (bold and warnakan lain).

Serotonin dalam otak fungsinya untuk mengawal mood. Apabila serotonin berada pada tahap normal, seseorang berasa lebih fokus, emosi stabil, dan lebih tenang. Ketika mood baik dan tenang, rasa lapar dengan sendirinya berkurangan. Rasa seronok membuatkan kita tak terasa nak makan, betul tak? Tahap serotonin yang rendah pula dikaitkan dengan kemurungan. Sebab itulah ubat anti-depressant menyasarkan cara untuk meningkatkan tahap serotonin dalam otak.

Kebanyakan serotonin badan berada dalam saluran GI anda di mana ia membantu mengawal fungsi usus dan melindungi usus. Usus boleh meningkatkan pembebasan serotonin untuk mempercepatkan penghadaman. Nampak tak kenapa ketika seseorang mengambil GC PLUS, sistem penghadamannhya semakin baik (lawas)? Itu adalah bukti bahawa mekanisme GC PLUS sememangnya berbeza dengan produk weight loss yang lain.

Sejak awal GC PLUS dihasilkan kami selalu beritahu yang GC PLUS merangsang pembebasan serotonin. Feedback seperti lebih lawas, lebih senang ke tandas, kurang lapar, dan rasa kenyang yang lebih lama - ini semua adalah bukti bahawa GC PLUS memang merangsang pengeluaran serotonin. 

Serotonin juga memainkan peranan dalam mengurangkan selera makan semasa makan. Lebih daripada 30 tahun yang lalu, kajian menunjukkan bahawa tryptophan (sejenis asid amino) hanya boleh masuk ke dalam otak selepas karbohidrat dimakan. Walaupun triptofan adalah komponen yang membentuk protein, makan protein menghalang triptofan menembusi barrier dari darah ke otak. Sebabnya mudah. Triptofan bersaing untuk masuk ke dalam otak dengan beberapa asid amino lain.

Terdapat lebih banyak asid amino lain dalam darah daripada triptofan selepas protein dimakan. Sebab itulah memakan terlalu banyak protein mengurangkan potensi triptofan untuk masuk ke otak. Tetapi, karbohidrat memberi peluang kepada triptofan. Karbohidrat dicernakan kepada glukosa dalam saluran usus. Apabila glukosa memasuki aliran darah, nutrien seperti asid amino di tolak ke dalam sel-sel organ.

Semasa asid amino di tolak ke dalam sel-sel organ, triptofan kekal dalam aliran darah. Sekarang terdapat lebih banyak triptofan dalam darah daripada asid amino yang bersaing. Jadi, apabila darah melalui penghalang ke dalam otak, triptofan boleh masuk! Triptofan dalam otak segera ditukar kepada serotonin, dan kesan menenangkan dan mengawal selera makan akan dirasai tidak lama lagi.

Itu cerita 30 tahun dulu. Konsep yang sama itulah yang kami gunakan dalam GC PLUS untuk merangsang serotonin supaya selera makan dapat dikawal. Jadi, percayalah bila kami katakan GC PLUS membantu mengawal rasa lapar, memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta melawaskan - ini adalah kerana kami menghasilkan GC PLUS berdasarkan fakta sains.

Diana Ishak
Read more

Kemana Lemak Pergi Apabila Anda Menurunkan Berat Badan?

Apabila proses kehilangan lemak berlaku, sel-sel lemak mengecut secara drastik dalam saiz, mengakibatkan perubahan yang ketara dalam komposisi badan. Apabila lemak badan dipecahkan untuk tenaga, dua produk sampingan utama dikeluarkan - karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dihembus semasa bernafas, dan air dibuang melalui air kencing, peluh atau udara yang dihembus.

Pelupusan produk sampingan ini sangat tinggi semasa senaman disebabkan oleh peningkatan pernafasan dan peluh. Biasanya, orang ingin menurunkan berat badan dari perut, pinggul, paha dan punggung. Walaupun senaman jenis spot reduction (seperti sit ups) yang mensasarkan penurunan berat badan di kawasan tertentu belum terbukti berkesan, sesetengah orang cenderung susut berat badan dari kawasan tertentu lebih cepat daripada yang lain. Walau bagaimanapun, faktor genetik dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pengagihan lemak badan.

Selain itu, jika mempunyai sejarah penurunan berat badan dan berat badan naik kembali, lemak badan mungkin tersebar secara berbeza disebabkan oleh perubahan dalam sel lemak dari semasa ke semasa. Mengapa sangat susah untuk mengurangkan berat badan? Sebenarnya, menurunkan berat badan tidak susah. Yang susah adalah kerana kita mahukan hasil yang cepat. Apabila progress kelihatan lambat, kita mudah putus asa.

Look. Apabila kita makan lebih daripada yang boleh dibakar oleh badan, sel-sel lemak meningkat dalam saiz dan bilangannya. Apabila kehilangan lemak, sel-sel yang sama ini mengecut dalam saiz, walaupun bilangannya kekal. Oleh itu, sebab utama perubahan dalam bentuk badan ialah saiz sel lemak yang berjaya dikurangkan - bukan bilangannya. Ini bermakna, apabila seseorang tidak menurunkan berat badan, sel-sel lemak kekal ada. Jika usaha tidak dilakukan untuk menurunkan berat badan, lemak boleh membesar dan bertambah dengan mudah. Ini mungkin salah satu sebab mengapa mengekalkan berat badan yang sudah turun sangat sukar bagi ramai orang.

Bergantung pada berapa banyak berat yang ingin diturunkan, tempoh fat loss journey berbeza-beza. Penurunan berat badan (rapid weight loss) yang cepat dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan yang negatif, seperti kekurangan mikronutrien, sakit kepala, keletihan, kehilangan otot, dan ketidakteraturan haid.
Oleh itu, tidak mengapa jika progress weight loss perlahan. Yang penting, lemak berkurangan sedikit demi sedikit. Bagi mereka yang overweight atau obesiti, penurunan berat badan sebanyak 5–10% dalam tempoh 6 bulan pertama mengambil GC PLUS dapat memperbaiki kitaran haid, kualiti tidur dan keinginan terhadap makanan manis juga berkurangan dengan sendirinya.
Diana Ishak
Read more

Mengapa lemak di bahagian badan berbeza-beza.

Kita selalu merasa tidak selesa apabila bahagian badan yang tertentu menyimpan lebih banyak lemak. Selalunya kawasan di mana simpanan lemak paling banyak adalah bahagian yang paling sukar untuk susut. Walaupun seseorang kelihatan kurus, mereka masih mempunyai masalah lebihan lemak di bahagian badan tertentu.

Obesiti bukanlah kejadian yang seragam kerana orang yang mempunyai berat badan berlebihan tidak semuanya kelihatan sama. Ini kerana, lebihan lemak juga berkumpul bahagian badan yang berbeza. Samada lemak berkumpul lebih banyak di paha, punggung, lengan, atau di bahagian badan yang lain, sangat dipengaruhi oleh faktor genetik.

Wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza. Wanita cenderung menyimpan lemak di pinggul dan kaki, sementara lelaki menyimpan lemak di sekitar perut. Hal ini berlaku disebabkan oleh hormon. Testosteron dan estrogen adalah dua hormon yang menjadi pemangkin penyimpanan lemak. Itulah sebab utama kenapa manusia cenderung mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Tisu lemak di bahagian badan mempunyai reseptor untuk pelbagai jenis hormon. Contohnya, lemak di perut teransang dengan baik terhadap testosteron. Lelaki mempunyai banyak testosterone sebab itulah lelaki cenderung mengumpul lemak di perut. Lemak di bawah kulit pula mempunyai reseptor estrogen. Semakin banyak lemak, semakin tinggi kadar estrogen dalam badan.

Sebab itulah seseorang yang terlalu kurus boleh menopause lebih awal, kerana tanpa cukup estrogen kitaran hormon menjadi lintang-pukang lalu menghentikan haid. Keluarga Kardashians mengubah kedudukan lemak dengan memindahkan lemak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain, seperti lemak perut ke punggung dan lemak paha ke payudara. Walau bagaimanapun, memindahkan lemak sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Badan kekal dengan lemak yang berlebihan, selamanya.

Sit-ups and squats can help shape our bodies differently, tetapi ia tidak akan mengubah kedudukan lemak yang wujud secara semulajadi di bahagian badan tersebut. Individu yang berpinggang kecil boleh menjadi overweight apabila pahanya menyimpan banyak lemak. Begitulah bagaimana genetik memainkan peranan besar dalam pengurusan berat badan. Sebilangan orang memang menyimpan lebih banyak lemak di bahagian badan tertentu tanpa mengira samada overweight atau tidak.
Diana Ishak
Read more

Kolesterol dan Berat Badan. Apa kaitannya.

Sebilangan besar kolesterol dalam badan dibuat di hati dan diperlukan oleh badan. Tetapi, ada kolesterol yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati.
Lemak berkumpul di sekitar hati jika darah mengandungi kolesterol yang tinggi. Senario ini boleh menyebabkan NAFLD (sejenis penyakit hati) dalam jangka masa panjang. NAFLD selalu berlaku di kalangan orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau diabetes. NAFLD juga menghalang kemampuan hati untuk membersihkan kolesterol (kolesterol jahat). Keadaan ini boleh menyebabkan lonjakan kolesterol seseorang.

Bila kolesterol tinggi, badan sukar mengagihkan lemak dengan baik. Biasanya, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala. Tetapi jika mempunyai berat badan berlebihan, cubalah lakukan ujian kolesterol. Pasti tinggi. Diet yang betul dapat mengurangkan risiko terkena penyakit hati. Biasanya, doktor akan meminta melakukan perubahan pada diet dan bersenam terlebih dahulu. Sekiranya berlebihan berat badan, doktor akan menyarankan untuk menurunkan berat badan.

Seseorang yang ada kolesterol tinggi kadang-kadang terpaksa mengambil ubat kolesterol (statin). Walau bagaimanapun, ketika mengambil statin secara rutin tetapi berat badan tidak dikawal, kolesterol tetap susah untuk turun. Penting untuk memastikan berat badan juga dikawal. Bila berat badan telah mencapai berat ideal, perlu dipastikan perubahan ini dikekalkan untuk mengelakkan kolesterol tinggi kembali.

Seseorang dapat mengurangkan kerosakan hati jika kolesterol dan berat badan dikawal dari awal. Boleh faham di sini bahawa, banyak risiko penyakit dapat dielakkan apabila berat badan dikawal terlebih dahulu. Berat badan-kolesterol-penyakit hati-jantung-diabetis adalah saling berkait di antara satu sama lain. Selalunya, the root cause adalah bodyfat. Maka, ketika menurunkan berat badan, yang penting bukanlah angka pada penimbang tetapi BODYFAT.

Indicator bodyfat anda adalah saiz pinggang. Apabila mengambil GC PLUS, pastikan selepas 10 hari pertama, ukur saiz pinggang anda. Anda akan dapat lihat perbezaan ukuran pinggang pada gari pertama dan 10.
Diana Ishak
Read more

Siapa suka timbang berat setiap kali selepas ke tandas?

Ada yang beranggapan ketika makan pil kurus, semakin banyak buang air besar, semakin cepat badan kurus. Tiba-tiba after a while, dah tak ada rasa nak membuang-buang macam awal-awal dulu, kita jadi risau. Mulalah terasa yang ubat tu dah tak efektif pada badan. Sebenarnya, pooping tak memberi kesan yang besar pun dalam penurunan berat badan. Silakan berhenti menimbang berat setiap kali lepas membuang air besar, ya?

Cara menimbang yang betul adalah, setiap pagi timbang berat badan pada waktu yang sama. Sekiranya terasa nak buang air, sila buang air dahulu. Memang scale akan nampak penurunan sikit selepas ke tandas, tetapi tidak banyak mana. Jangan risau jika selepas makan GC Plus after a while, anda sudah tidak kerap ke tandas macam selalu. Awal-awal pengambilan memang frequent ke tandas kerana usus masih 'terkejut' dengan perubahan diet. Lama kelamaan semakin kurang ke toilet kerana badan sudah serasi dengan diet yang diambil.

Kebiasaan diet ini membuatkan pergerakan usus semakin baik. Jika dahulu 4-5 kali ke tandas, sekarang mungkin berkurangan. Hanya 4% saja lemak yang tersingkir dari setiap najis. Maka jangan berharap untuk susut 2 kg setiap kali selepas ke tandas, it won't happen that way. Dan jangan terlalu risau jika hanya buang air besar sekali dalam sehari. That is normal too.

Yang patut dirisaukan adalah ketika anda buang air besar kurang dari 3 kali seminggu. Itu menunjukkan usus ada masalah. Tapi sekiranya kekerapan ke tandas mengganggu urusan harian, kami cadangkan berhenti memakan makanan bertepung dan bergula. Lihat perubahannya.
Diana Ishak
Read more

Gastrik boleh menyebabkan berat badan?

Adalah masuk akal jika ada yang terfikir sama ada masalah penghadaman ada kaitan dengan berat badan. Ya, betul. Terdapat hubungan antara kesihatan pencernaan dan penurunan berat badan. Masalah pencernaan boleh menyebabkan seseorang kehilangan atau menambahkan berat badan secara tidak sengaja. Contohnya seseorang yang menghidapi penyakit hati yang teruk, dia boleh menjadi sangat kurus tetapi berat badan bertambah.

"Oh! Macamana berat badan bertambah tetapi masih kurus?"

Ok. Hati biasanya menghasilkan albumin. Seseorang yang ada penyakit hati tidak lagi dapat menghasilkan banyak albumin. Oleh kerana albumin menyimpan air dalam aliran darah, kehilangannya mengakibatkan kebocoran cecair dari darah ke perut dan kaki, menyebabkan bahagian-bahagian badan ini meningkat dalam saiz. Walaupun muka dan lengan pesakit hati kurus, mereka sebenarnya bertambah berat badan akibat cecair di kaki dan perut.

Bagi sesetengah orang, makan lebih banyak melegakan kesakitan pada perut kerana makanan meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut. Akibatnya, sesetengah dari mereka "terpaksa" menjadi gemuk kerana selera makan tersebut. Kebanyakan masalah pencernaan cenderung menyebabkan penurunan berat badan akibat penyerapan makanan yang lemah. Tetapi terdapat beberapa situasi di mana usus boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.

Satu masalah yang sering dilihat adalah apabila seseorang mengalami asid refluks atau ulser. Pesakit asid refluks cenderung untuk makan dengan kerap untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu. Kesakitan berkurangan seketika kerana kedua-dua air liur dan makanan meneutralkan asid buat sementara waktu. Buat pesakit-pesakit ini, kami tidak cadangkan anda mengambil GC PLUS. Ini kerana, GC PLUS mengurangkan rasa lapar. Memandangkan sistem pencernaan anda bermasalah, anda masih perlu makan walaupun tidak merasa lapar. The progress of GC PLUS berkemungkinan menjadi lebih perlahan dari biasa akibat "konflik" ini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih mahu meneruskan pengambikan GC PLUS kerana benefit-benefit lain, pastikan tidak sampai memudaratkan, ok?
Diana Ishak
Read more

Bagaimana Otot dan Lemak Mempengaruhi Berat?

Anda mungkin pernah mendengar bahawa otot lebih berat daripada lemak. Tetapi menurut sains, 1kg otot dan 1kg lemak, beratnya sama. Perbezaan antara keduanya hanyalah ketumpatan. Dua barang yang sama berat boleh menjadi sangat berbeza dari segi saiz. 1kg marshmallow memakan lebih banyak ruang daripada 1kg besi.

Hal yang sama berlaku pada lemak dan otot. 1kg lemak mengambil lebih banyak ruang berbanding 1kg otot. Dua orang dengan berat yang sama boleh kelihatan berbeza apabila seorang mempunyai peratusan LEMAK yang tinggi dan yang lain mempunyai peratusan OTOT yang tinggi. Tambahan lemak 20kg memberi penampilan yang lebih 'lembik' dan terbuai-buai. Manakala tambahan otot 20kg kelihatan padat dan solid.

Otot juga berfungsi dengan cara berbeza daripada lemak. Lemak memerangkap suhu badan. Otot pula meningkatkan metabolisme badan. Ini bermakna, semakin banyak otot yang dimiliki, semakin banyak kalori yang dibakar ketika badan sedang berehat (Basal Metabolic Rate). Orang dengan peratusan lemak badan (body fat) yang lebih tinggi mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi, tanpa mengira BMI mereka. Maksudnya, walaupun seseorang itu ber-BMI normal dan kurus, belum tentu body fat-nya rendah. Boleh jadi dia skinny fat. Walaupun seseorang dengan berat badan rendah tetapi jika lemaknya lebih dari otot, dia masih berisiko mendapat penyakit yang sama dengan orang obesiti (jantung, darah tinggi, diabetis).

Menjaga peratusan body fat adalah penting. Mekanisme GC PLUS berbeza dari produk weight loss yang lain kerana ia bukanlah fat burner. GC PLUS tidak membakar lemak. Ia menambahkan jisim otot secara perlahan-lahan. Apabila jisim otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat. Untuk melihat keberkesanan GC PLUS, ukur lilitan pinggang selepas 10 hari mengambilnya. Pastikan mengambil saiz pinggang terlebih dahulu pada hari pertama. Selepas 10 hari mengambil GC PLUS, ada perbezaan inci pada pinggang. Perbezaan inci ini adalah indicator penurunan body fat anda.

Diana Ishak
Read more

Kesan negatif gula pada otak.

Otak menggunakan lebih banyak tenaga daripada organ lain dan glukosa adalah sumber utamanya. Tetapi apakah yang berlaku pada otak apabila badan terlalu banyak glukosa? Di otak, gula yang berlebihan merosakkan kemahiran kognitif dan kawalan diri. To some people, gula yang rendah dalam badan merangsang keinginan untuk makan banyak. However, gula yang terlalu banyak dapat menghasilkan kesan ketagihan di otak.

Ketagihan gula menyebabkan hilang kawalan diri, makan berlebihan, dan kenaikan berat badan. Makanan tinggi gula mengaktifkan kawasan otak yang ada kaitan dengan perasaan lapar. Ketika seseorang memakan manis-manis, otak merembeskan bahan kimia yang dinamakan dopamine. Dopamine mencetuskan perasaan gembira dan tenang. Apabila gula diambil berterusan, dari masa ke masa, otak menjadi toleran dengan gula (semacam imun). Lama-kelamaan, untuk mencapai tahap ketenangan/kegembiraan yang sama, jumlah gula yang lebih banyak semakin diperlukan. Ini bermakna seseorang perlu makan lebih banyak makanan manis untuk mendapatkan perasaan tenang/gembira yang sama.

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan sel saraf dan sel glial (glial cells) yang menyokong saluran darah pada otak. Lama-kelamaan seseorang hilang daya mengingat (cepat lupa/memory difficulties). Ramai orang cravings for food especially cakes, chocolate and ice-creams ketika tertekan atau lapar. Untuk menahan nafsu ini, seseorang perlu merangsang tindak balas semula jadi di otak. Terdapat bahan kimia pada otak yang menghalang keinginan terhadap gula. Bahan kimia yang dimaksudkan adalah SEROTONIN. Serotonin dirangsang secara semulajadi di otak.

Serotonin menyebabkan rasa tenang. Bila tenang, manusia kurang merasa lapar dan cravings terhadap makanan pun menurun. GC PLUS bertindak merangsang serotonin. Tahap serotonin yang mencukupi diperlukan untuk menjadikan GC PLUS berfungsi dengan baik. Tempoh 30 minit selepas pengambilan GC PLUS sangat penting untuk badan mendapatkan serotonin yang cukup. Sebab itulah jangan makan sebarang makanan selepas 30 minit pertama pengambilan GC PLUS.

Boleh cuba GC PLUS sekiranya :
  • anda overweight/obese (excess 3-4kg dari berat ideal, tak perlu. Puasa saja cukup)
  • tidak mengambil ubat-ubatan lain secara rutin
  • tidak mengambil ubat darah tinggi
  • tidak menggunakan birth control
  • tidak ada masalah thyroid/PCOS
Diana Ishak
Read more
332 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart