Kembung semasa period
Ramai wanita mengalami kembung perut sebelum dan pada permulaan haid. Kembung haid adalah salah satu daripada beberapa gejala PMS yang boleh berlaku 1-2 minggu sebelum haid. Kembung haid mungkin disertai dengan kekejangan perut, sakit pinggang dan gejala lain. Kembung haid adalah keadaan di mana wanita merasakan perut mereka berat dan bengkak sejurus sebelum dan pada permulaan haid. Kembung sebelum dan semasa haid disebabkan oleh perubahan tahap hormon progesteron dan estrogen.
Apabila haid menghampiri, tahap hormon progesteron menurun. Progesteron yang berkurangan menyebabkan rahim melepaskan lapisannya, yang menyebabkan haid. Perubahan tahap progesteron dan estrogen juga menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air dan garam. Sel-sel badan menjadi bengkak dengan air, menyebabkan rasa kembung perut. Wanita yang boleh mengurangkan gejala kembung haid ini dengan beberapa cara.
Yang pertama, elakkan makanan masin kerana natrium yang terkandung di dalamnya meningkatkan pengekalan air badan. Yang kedua, makan lebih banyak makanan kaya potassium kerana ia boleh membantu mengurangkan kembung haid dengan mengurangkan paras natrium dan meningkatkan pengeluaran air kencing.
Tahu tak GC Plus kaya dengan postassium? Sebab itu kami tak beri pesakit darah tinggi yang mengambil ubat darah tinggi mengambil GC Plus kerana potassium di dalamnya boleh mengganggu performance ubat darah tinggi. Tetapi, potassium dalam GC Plus membantu melancarkan aliran haid dan mengurangkan simptom kembung haid.
"Jadi, kenapa GreenAard tak beri kami teruskan ambil GC Plus semasa haid?"
Eh, salah tu. Kami tak pernah halang anda nak teruskan pengambilan GC Plus. Yang kami halang adalah pengambilan Herba Rahsia Rimba ketika 7 hari pertama haid.
Yang terakhir, elakkan refined carbs seperti tepung dan gula yang diproses, kerana boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah. Apabila gula dalam darah tinggi, ini meningkatkan tahap insulin yang menyebabkan buah pinggang mengekalkan lebih banyak natrium. Peningkatan paras natrium membawa kepada lebih banyak pengekalan air dalam badan, menyebabkan kembung.
Bagi kebanyakan wanita, kembung haid tidak menyenangkan tetapi tidak sampai menghalang mereka untuk meneruskan kerja harian. Walau bagaimanapun, jika kembung haid menjejaskan kehidupan harian, sila berjumpa dengan doktor.