Sejarah Keluarga dan Darah Tinggi.

Sejarah keluarga darah tinggi bermakna anda ada seseorang dalam keluarga seperti ibu, bapa, kakak, atau abang yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum umur 60. Semakin ramai ahli keluarga yang ada dengan darah tinggi sebelum umur 60, lebih tinggi peluang anda mendapat tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi cenderung ada dalam keluarga kerana banyak sebab. Blood relatives cenderung mempunyai gen yang sama yang boleh
menyebabkan seseorang itu terdedah kepada darah tinggi, penyakit jantung, atau strok.

Mengapa sejarah keluarga bertekanan darah tinggi penting? Penting untuk memahami bahawa memiliki keluarga yang mempunyai darah tinggi tidak bermakna anda pasti mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi ia meningkatkan peluang anda. Jika ada kolesterol tinggi, atau lemak badan tinggi, ini boleh meletakkan anda pada risiko untuk penyakit jantung dan strok, walaupun anda tidak mempunyai tekanan darah tinggi.

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya mempunyai sejarah keluarga tekanan darah tinggi? Tekanan darah mesti diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan ia dalam keadaan normal. Kurangkan risiko lain dengan makan makanan yang sihat, kurang menggunakan garam, menurunkan berat badan jika perlu dan berhenti merokok. Jika sudah dirawat untuk tekanan darah tinggi, penting untuk mengambil ubat-ubatan secara teratur.

Tekanan darah tinggi boleh menjejaskan kesihatan dalam empat cara utama. Yang pertama, arteri mengeras. Tekanan di dalam arteri menyebabkan otot yang melapisi dinding arteri menebal, sekaligus menyempitkan laluan. Serangan jantung atau strok boleh berlaku jika bekuan darah menghalang aliran darah ke jantung atau otak.

Yang kedua, jantung membesar (enlarged heart). Tekanan darah tinggi menyebabkab jantung berkerja keras. Seperti mana-mana otot yang melakukan senaman berat, jantung menjadi bertambah besar akibat mengendalikan beban kerja tambahan. Semakin besar jantung, semakin banyak ia memerlukan darah (dengan oksigen) tetapi semakin kurang mampu untuk mengekalkan aliran darah yang betul. Akibatnya, anda selalu berasa lemah dan letih serta tidak dapat melakukan aktiviti fizikal dengan baik.

Yang ketiga, kerosakan buah pinggang. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan boleh merosakkan buah pinggang jika bekalan darah terjejas. Yang terakhir, kerosakan mata. Jika menghidap diabetes, tekanan darah tinggi menyebabkan kapilari di retina mata berdarah dan boleh menyebabkan buta. Jika kolesterol tinggi, turunkan. Jika overweight, get an ideal weight. Kurangkan gula dan garam dalam makanan.

Amaran: Yang mengambil ubat darah tinggi dilarang mengambil GC Plus.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart