Ada ambil ubat-ubatan ini?

Obesiti sering disebabkan oleh badan menerima lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Kalori ialah jumlah tenaga dalam makanan yang dimakan. Apabila badan menerima banyak kalori bermaksud seseorang telah makan lebih dari sepatutnya. Sesetengah makanan mempunyai lebih banyak kalori daripada yang lain. Sebagai contoh, makanan yang tinggi lemak dan gula. Jika memakan lebih banyak kalori daripada penggunaan badan, kalori tambahan disimpan sebagai lemak. Mempunyai terlalu banyak lemak membawa kepada obesiti.

Badan mengendalikan kalori daripada makanan yang berbeza dengan cara yang berbeza. Kalori daripada makanan bergula lebih membawa kepada obesiti berbanding bilangan kalori daripada makanan sihat. Punca lain yang menyumbang kepada obesiti termasuk:
  • Umur
  • Genetik (obesiti boleh berlaku dalam keluarga)
  • Tabiat tidur yang buruk
  • Kehamilan
  • Berhenti merokok
  • Tekanan
Sesetengah ubat boleh menyukarkan proses menurunkan berat badan. Ubat-ubatan termasuk:
  • Antihistamin (untuk alahan)
  • Beta blockers (untuk tekanan darah tinggi)
  • Insulin (untuk diabetes)
  • Litium (untuk manic-depressive)
  • Neuroleptik (untuk skizofrenia)
  • Progestin (untuk endometriosis)
  • Antidepresan (untuk kemurungan)
  • Valproate (untuk epilepsi)
Keadaan perubatan juga boleh menjejaskan berat badan termasuk:
  • PCOS
  • Penyakit Cushing
  • Kencing manis
  • Hipotiroidisme
  • Gangguan kardiovaskular
  • Apnea tidur (sleep apnea)
  • Bulimia
  • Sindrom keinginan karbohidrat (eating disorder)
Seseorang boleh menentukan sama ada mereka obes atau tidak dengan mengira BMI. BMI antara 25 dan 30 ditakrifkan sebagai berat badan berlebihan (overweight). BMI 30 atau lebih dianggap obes. 

Satu lagi tanda obesiti ialah ukuran pinggang (perut). Taburan lemak di sekeliling pinggang dikaitkan dengan beberapa isu kesihatan. Anda boleh mengukur pinggang dengan melilitkan pita pengukur pada pinggang (paling hampir dengan pusat). Bagi wanita, ukuran pinggang JANGAN MELEBIHI 35 inci. Bagi lelaki, jumlah JANGAN MELEBIHI 40 inci.

Sebab itulah GreenAard selalu menekankan INCH LOSS terutama sekali ukuran pinggang berbanding berat pada penimbang. But losing weight is where most people struggle. Ada yang boleh melakukannya melalui pemakanan dan senaman, ada yang perlu ubat dan pembedahan. Matlamat mengambil GC PLUS adalah untuk menurunkan BMI ke paras normal weight, sesuai dengan umur, jantina dan ketinggian.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart