Makan nasi waktu malam boleh gemuk?
Menurunkan berat badan adalah tugas yang sukar. Perlu buat pilihan makanan yang bijak untuk membuang lemak yang berlebihan dari badan. Diet untuk mengurangkan berat badan perlu terdiri dari serat, protein, mineral, dan mikronutrien. Tetapi ada satu perkara selalu dinasihatkan iaitu jangan ambil karbohidrat, terutamanya pada waktu malam.
Karbohidrat telah mendapat reputasi yang buruk kerana dipercayai bahawa ia boleh membuatkan seseorang bertambah berat badan. But is it really true?
Apabila menyebut karbohidrat, perkara pertama yang terlintas di fikiran semua orang ialah roti, pasta dan nasi. Tetapi karbohidrat tidak hanya terdiri daripada tiga bahan makanan tadi. Karbohidrat juga terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang. Jadi, bukan semua karbohidrat tidak sihat dan menyebabkan gemuk. Secara umumnya, terdapat dua jenis karbohidrat, iaitu karbohidrat buruk (refined carbs) dan karbohidrat baik (complex carbs).
Refined carbs mengandungi sedikit gula, yang boleh meningkatkan paras gula darah, serta menggemukkan. Karbohidrat kompleks pula adalah baik kerana ia membuatkan kita lebih kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Dipercayai bahawa jika mengambil karbohidrat pada waktu malam (sebelum tidur), karbohidrat ini ditukar kepada lemak. Tetapi itu hanyalah mitos. Karbohidrat TIDAK ditukar kepada lemak, tetapi ditukar kepada glikogen, yang disimpan dalam otot. Glikogen itu kemudiannya ditukarkan kepada tenaga oleh badan, bukannya terus ditukar menjadi lemak.
It is not necessary mengurangkan karbohidrat. Karbohidrat yang harus dielakkan pada waktu malam hanyalah refined carbs. Makan karbohidrat kompleks pada waktu malam sebenarnya bagus kerana perut lebih kenyang untuk jangka masa yang lama. It is not only about carbs. Pengambilan berlebihan apa sahaja jenis makanan boleh menyebabkan penambahan berat badan.
Seseorang perlu berhati-hati dengan kuantiti makanan yang diambil. If you cut down carbs tetapi mengambil makanan lain dengan banyak, berat badan anda tetap tidak akan berubah. Jika diambil pada masa yang betul, karbohidrat boleh membantu membaiki otot dan menambah tenaga. Waktu paling baik untuk makan karbohidrat adalah SELEPAS bersenam. Ini membantu membaiki kerosakan mikro yang berlaku semasa beraktiviti. Jadi, sama ada bersenam pada waktu malam atau pagi, jangan tinggalkan karbohidrat untuk hasil yang terbaik.