Apakah punca tahap kreatinin tinggi.

Ujian kreatinin menunjukkan keberkesanan buah pinggang berfungsi. Kreatinin adalah bahan buangan dari kreatin. Kreatin digunakan oleh otot untuk menghasilkan tenaga. Biasanya, kreatinin bergerak dalam darah ke buah pinggang, di mana ia meninggalkan badan dalam air kencing. Tahap kreatinin yang tinggi dalam darah mungkin menunjukkan bahawa buah pinggang tidak dapat menyingkirkan kreatinin.

Apakah yang menyebabkan kreatinin yang tinggi dalam darah? Yang pertama, senaman yang extreme. Sebagaimana yang kami katakan awal tadi, kreatin terdapat dalam otot dan membantu otot menghasilkan tenaga. Senaman yang extreme membuatkan otot koyak/rosak dan menyebabkan peningkatan dalam kreatinin dalam darah.

Yang kedua, memakan protein dengan banyak. Ini termasuklah mereka yang mengamalkan protein-diet atau mengambil banyak minuman berprotein. Ya, kami tahu protein-diet dan minuman berprotein membantu memanjangkan tempoh kenyang kerana badan mencerna protein dengan lebih panjang. Tetapi, pengambilan protein yang berlebihan adalah antara sebab UTAMA peningkatan kreatinin kerana protein dan daging mengandungi kreatinin. Protein dan daging sudah sedia ada kreatinin, jadi memakan lebih daripada jumlah protein yang disyorkan dalam sehari boleh menyebabkan tahap kreatinin yang tinggi selepas makan.

Yang ketiga, pengambilan ubat-ubatan tertentu. Selalu kita baca tentang bagaimana suplemen dikatakan sebagai penyebab kerosakan buah pinggang, betul tak? Yang sebenarnya, sesetengah antibiotik dan H2 blockers juga boleh menyebabkan peningkatan tahap kreatinin. H2 blockers adalah type of drug yang ada dalam ubat untuk rawat sakit ulu hati, GERD, dan gastric.

Yang keempat, diabetis dan darah tinggi. Tekanan darah tinggi berlaku apabila daya tolakan darah pada dinding arteri terlalu tinggi. Ini boleh merosakkan atau melemahkan saluran darah di sekeliling buah pinggang, menjejaskan fungsi buah pinggang dan menyebabkan kreatinin tinggi. Diabetes pula merosakkan sistem penapisan dan mengurangkan keupayaan buah pinggang membersihkan sisa daripada darah, jadi kreatinin terkumpul dalam badan.

Yang kelima, kurang minum air. Dehidrasi memebri pelbagai kesan pada buah pinggang. Apabila badan dehidrasi, bacaan kreatinin lebih meninggi. Doktor mungkin mengesyorkan ujian kreatinin jika mempunyai mana-mana keadaan berikut:
  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • penyakit tiroid
  • penyakit autoimun
  • jangkitan kuman pada buah pinggang
  • saluran kencing tersumbat
  • sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang
Jika kreatinin tinggi:
  • kurangkan pengambilan protein
  • makan lebih fiber
  • minum lebih baik air
  • kurangkan pengambilan garam
The bottom line is, tahap kreatinin yang berlebihan boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang serius, tetapi boleh juga merupakan hasil sampingan sementara akibat gaya hidup tertentu. Jika tahap kreatinin terlalu tinggi, ubat tahap aktiviti dan tabiat makan.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart