Obesiti boleh disebabkan oleh keturunan.
Kami akan menjelaskan tentang peranan genetik, atau keturunan dalam obesiti. Walaupun kita semua terdedah kepada persekitaran obesogenik yang sama, bukan semua orang boleh menjadi gemuk (Persekitaran obesogenik bermaksud persekitaran yang cenderung menyebabkan obesiti).
Apakah faktor yang menyumbang kepada berat badan, selain dari makanan? Jawapannya adalah, keturunan. Terdapat bukti kukuh bahawa obesiti mempunyai komponen keturunan. Kajian pengangkatan (adoption studies) pernah dijalankan bagi mengkaji sama ada berat anak angkat yang tinggal bersama ibu bapak angkat yang kuat makan (persekitaran obesogenik), boleh turut menjadi gemuk. Kajian tersebut dipecahkan kepada beberapa kumpulan:
Kajian Dr Claude Bouchard dari Kanada mendapati bahawa apabila kumpulan tersebut diberi makan berlebihan sebanyak 100,000 kalori (in total), jumlah kenaikan berat badan adalah sangat berbeza di antara mereka. Sesetengah mereka hanya bertambah 4 kilogram, manakala yang lain mencecah hampir 13 kilogram. Ini bermakna, walaupun kesemua mereka diberi makan jumlah kalori yang sama, kenaikan berat badan adalah berbeza.
Penemuan yang paling menarik dari kajian tersebut ialah, kenaikan berat badan adalah serupa antara dua kembar yang sama! Manakala, kenaikan berat badan adalah berubah-ubah antara pasangan kembar yang berbeza. Persamaan simpanan lemak dan jumlah lemak visceral pada abdomen pada pasangan kembar sangat kuat. Maksudnya, genetik bukan sahaja memainkan peranan dalam menentukan berapa banyak lemak yang disimpan apabila terlebih makan, tetapi juga di mana lemak disimpan.
Dari kajian tersebut dapatlah disimpulkan bahawa berat badan seseorang bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah makanan yang dimakan, tetapi juga faktor genetik (keturunan). Jadi, jika ibu bapa gemuk, anak juga berkemungkinan besar akan menjadi gemuk.
"Adakah saya ditakdirkan untuk menjadi gemuk?"
Look. Obesiti adalah penyakit yang sangat kompleks, dan banyak faktor boleh menyumbang dan menyebabkannya, termasuk genetik, gaya hidup dan pengaruh persekitaran. Obesiti boleh berlaku dalam keluarga, tetapi ia BOLEH berubah dengan memperbetulkan tabiat makan. Genetik adalah umpama peluru dalam pistol. Manakala pengaruh persekitaran adalah tangan yang memetik picu pistol tersebut. Jadi, jika anda memiliki keturunan yang gemuk, bermakna anda berpotensi untuk gemuk juga, tetapi potensi itu boleh dikurangkan dengan menjaga makan.

- anak yang tinggal bersama keluarga angkat yang gemuk.
- kembar seiras.
- kembar tidak seiras.
- adik-beradik.