Mengehadkan kalori boleh memudaratkan kesihatan.
Satu perkara yang ramai ikut tanpa usul periksa adalah mengurangkan makan ketika mahu menurunkan berat badan. Apabila seseorang mengurangkan makan, dia juga mungkin telah mengurangkan pengambilan kalori.
Pernahkah sesiapa terfikir bagaimana sekatan kalori boleh menjejaskan kesihatan? Idea untuk menurunkan berat badan dengan menyekat pengambilan kalori mungkin kelihatan mudah, tetapi boleh membuatkan seseorang drained dan kekurangan nutrien. Berdiet sememangnya membantu memperbaiki penghadaman, tetapi mengurangkan pengambilan kalori dapat menjejaskan metabolisme untuk JANGKA MASA PANJANG.
Menurut beberapa kajian, pengambilan kalori yang sedikit boleh melambatkan metabolisme. Diet yang terhad dengan kalori menyebabkan badan kurang mendapat tenaga. Ini membawa kepada peningkatan berat badan yang mendadak sebaik sahaja seseorang berhenti berdiet.
Pengambilan kalori yang rendah dengan kerap menyebabkan ketidakseimbangan dalam paras zat besi, folat atau vitamin B12. Kekurangan zat-zat tersebut menyebabkan keletihan dan beberapa penyakit seperti anemia. Oleh itu ketika berdiet, pastikan tidak menyekat makanan dengan ekstrim. Jangan tolak zat utama seperti karbohidrat.
Ketika mengehadkan makan, ramai yang menjangkakan berat badan akan turun dengan lebih cepat. Tetapi ramai yang tidak tahu ketika badan tidak mendapatkan kalori yang cukup, kesihatan reproduktif turut terjejas. Pengambilan rendah kalori yang konsisten memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan. Ini secara langsung memberi kesan kepada kitaran ovulasi dan tahap hormon di kalangan wanita.
Pengambilan kalori yang terhad juga memberi kesan kepada kitaran haid, kesihatan tulang dan menyekat kesihatan reproduktif dengan menjejaskan tahap estrogen. Tahap pengeluaran estrogen yang terjejas boleh menyebabkan seorang wanita menopaus awal. Bukan itu sahaja. Tahap estrogen yang rendah juga menjejaskan pembentukan dan pengukuhan tulang.
Dalam keadaan dunia penuh dengan wabak ketika ini, elakkan diet yang ekstrim. Ini kerana, diet rendah kalori menjadikan badan lebih terdedah kepada penyakit kerana ia menjejaskan imuniti. Bukan tak boleh berdiet. Tetapi jangan terlalu ekstrim. Ketika menurunkan berat badan jangan sampai menolak zat-zat penting untuk badan.