Bagaimana Berat Mempengaruhi Risiko Saya untuk Mendapat Penyakit Buah Pinggang?

Mungkin sudah tiba masanya untuk menurunkan berat badan bagi yang sudah lama overweight. Mengekalkan berat badan yang ideal adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk buah pinggang. Berat badan yang berlebihan atau gemuk boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan beberapa cara yang berbeza.

Pepatah menyebut "One thing leads to another". Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi. Diabetes dan tekanan darah tinggi pula adalah antara penyebab utama penyakit buah pinggang. Berat badan berlebihan dalam jangka masa yang panjang memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyaring sisa. Lama kelamaan, kerja tambahan ini meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kerana buah pinggang harus bekerja lebih keras.

Ringankan badan anda untuk melindungi buah pinggang. Antara caranya, kawal Indeks Jisim Tubuh (BMI). Angka BMI memberi gambaran kasar mengenai jumlah peratus lemak dalam badan. BMI normal biasanya antara 18 dan 25. BMI antara 25 hingga 30 dianggap berat badan berlebihan. BMI yang lebih besar daripada 30 dianggap obes. Dalam kes yang tertentu, mungkin berat badan anda lebih tinggi berbanding orang lain, tetapi anda mempunyai BMI yang normal. Keadaan tersebut berlaku jika berat badan didominasi oleh otot. Memiliki lebih banyak otot daripada lemak adalah sihat. Sebab itulah BMI hanyalah gambaran kasar. Untuk lebih tepat, kawal body fat.

Ramai orang menganggap lemak badan adalah berat tambahan yang perliu dibuang. That's not entirely correct. Manusia memerlukan sejumlah lemak untuk menjadi sihat. Lemak yang diperlukan ini dipanggil lemak penting (essential fat) dan bertanggungjawab untuk melindungi organ, mengawal hormon, dan menyimpan tenaga untuk badan. Wanita memerlukan kira-kira 12% daripada komposisi badan mereka untuk menjadi essential fat. Manakala lelaki hanya memerlukan 4%. Sebarang lemak tambahan di atas peratusan essential fat ini dianggap lemak yang tidak sihat.

Sebab itulah GreenAard sering menekankan untuk "UKUR SAIZ PINGGANG" ketika berdiet dengan GC Plus. Mengekalkan body fat dalam peratusan yang sihat adalah cara yang lebih tepat untuk menilai progress penurunan berat badan anda. Walaupun berat keseluruhan mungkin tidak memberangsangkan, keputusan positif dapat dilihat apabila peratusan body fat berkurangan dan jisim otot meningkat.

"Macamana cara nak tahu jika body fat saya sudah berkurang?"

Cara paling senang adalah ukur saiz pinggang. Sains pinggang wanita Asia yang sihat adalah 31 inci ke bawah. Another way to judge the progress adalah dengan memakai kembali baju atau seluar lama. Jika baju lama sudah kembali selesa dipakai, itu petunjuk you are losing fat.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart