Kenapa saya dah ambil GC PLUS sebulan, berat lansung tak berubah walau 100 gram?

Bahan utama dalam GC PLUS adalah hydroxycitric acid (HCA), yang bertujuan membantu penurunan berat badan. HCA memberikan rasa kenyang dan kepuasan. HCA juga mengurangkan de novo lipogenesis dan pecutan pengoksidaan lemak. De novo lipogenesis ialah proses mensintesis asid lemak daripada karbohidrat. Ini bermakna, HCA dalam GC PLUS membantu badan 'block' formation of new fat.

Kesan HCA ini telah pun dikaji dan dibukti secara saintifik. Walau bagaimanapun, kesan penurunan berat badan boleh berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kegemukan adalah penyakit yang sangat kompleks, dan banyak faktor penyebab termasuk genetik, gaya hidup dan persekitaran. Some people can eat ice cream, cake, and whatever else they want and still not gain weight. Pada yang lain pula, makan sedikit sudah membuatkan mereka menambah berat badan.

Apakah yang membolehkan seseorang kekal kurus tanpa usaha tetapi seorang lagi berjuang untuk mengelak daripada menambah berat badan? Dan, apa yang menyebabkan seseorang mudah turun berat badan ketika berdiet, manakala yang lain sudah berdiet bermati-matian tetapi tiada hasil? Penjelasan yang mudah difahami adalah, berat badan bergantung pada jumlah kalori yang diambil, dan berapa banyak kalori yang dibakar.

Walau bagaimanapun, gabungan genetik dan persekitaran sangat memainkan peranan. Kedua-duanya boleh menjejaskan fisiologi, seperti berapa cepat badan membakar kalori. Sehingga kini, lebih daripada 400 gen berbeza telah dikenalpasti terlibat dalam punca berat badan berlebihan. Gen ini menyumbang kepada punca kegemukan dengan menjejaskan rasa kenyang, menjejaskan metabolisme, dan menambah keinginan makanan. Gen ini juga menentukan di mana lemak disimpan.

Pengaruh genetik menentukan kedudukan lemak pada bahagian badan manusia, tidak sama antara satu dengan yang lain. Kajian menyatakan bahawa sesetengah manusia, genetik menyumbang 25% daripada kecenderungan untuk berlebihan berat badan. Pada sesetengah yang lain, pengaruh genetik adalah setinggi 70% hingga 80%! Mempunyai gambaran kasar tentang betapa besarnya peranan genetik dalam berat badan boleh membantu anda menetapkan sasaran yang realistik ketika berdiet.

Bagaimana mahu menentukan jika genetik banyak mempengaruhi berat badan? Salah satunya adalah seberapa lama anda dalam situasi kegemukan.
26. Jika sepatuh dari hidup anda sekarang adalah gemuk, bermakna genetik kegemukan anda tinggi. Jika sebelum ini pernah berdiet tetapi berat badan turun dengan sangat lambat, itu juga penunjuk bahawa pengaruh genetik terhadap berat badan anda sangat kuat. 

Satu atau kedua ibu bapa, atau beberapa saudara terdekat mempunyai berat badan berlebihan, kemungkinan anda mengalami obesiti adalah setinggi 80%. Jika tidak boleh menurunkan berat badan walaupun telah meningkatkan aktiviti fizikal dan mengambil diet rendah kalori selama berbulan-bulan - ini juga petunjuk pengaruh genetik yang kuat. Sebab itu, weight loss tracker card GreenAard menyediakan anda ruang untuk mencatat perubahan berat badan (angka) dan ukuran pinggang selama 10 hari. Jika Dalam tempoh 10 hari berat tidak berubah dan saiz pinggang tidak berkurangan, there's something wrong with your body. Boleh jadi anda mengambil birth control, atau ada underlying disease yang tidak diketahui (seperti thyroid), atau faktor genetik.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart