Kepercayaan bahawa karbohidrat menyebabkan kegemukan dan mendatangkan penyakit pada badan telah lama mendominasi fikiran kita.
Rasa bersalah setiap kali selepas memakan makanan berkarbohidrat menyebabkan ramai yang cuba pelbagai diet yang boleh menyekat diri dari mengambil makronutrien ini.
Ketahuilah bahawa otak memerlukan kira-kira 130g karbohidrat setiap hari untuk berfungsi dengan optimum. Jumlah tersebut bersamaan 40% kalori (hampir separuh) dari jumlah diet harian seorang dewasa.
Walaupun otak manusia hanya menyumbang 2% daripada berat badan, otak menggunakan 20% karbohidrat. Neuron otak orang dewasa memerlukan glukosa (pecahan karbohidrat) yang tinggi.
Otak memerlukan supply tenaga yang berterusan (24/7). Walaupun tidur, otak terus memerlukan nutrien. Apabila keperluan ini tidak terpenuhi, badan mengubah protein menjadi tenaga untuk otak. Sayangnya, protein bukanlah sumber tenaga otak yang paling cekap.
Karbohidrat melakukan banyak fungsi di otak. Salah satu fungsi adalah bertindak menghasilkan neurotransmitter. Dua neurotransmitter yang memerlukan karbohidrat adalah serotonin dan dopamin.
Makan makanan berkarbohidrat mencetuskan pembebasan hormon insulin. Apabila tahap insulin meningkat, lebih banyak triptofan memasuki otak. Tryptophan adalah asid amino yang mempengaruhi tahap neurotransmitter.
Semakin banyak triptofan memasuki otak, lebih banyak serotonin dihasilkan. Makanan berprotein tidak meningkatkan kadar triptofan dan serotonin. Bila serotonin banyak dihasilkan, mood menjadi semakin baik, kurang rasa lapar dan kawalan terhadap cravings jadi lebih baik juga.
Konsep inilah yang diserapkan ke dalam GC PLUS. Bahan aktif dalam GC PLUS merangsang serotonin dalam tempoh 30 minit selepas mengambil GC PLUS. Selama 30 minit selepas anda makan GC PLUS, jangan makan sebarang makanan kerana tempoh ini penting bagi menghasilkan serotonin yang cukup supaya kesan lapar boleh dikurangkan.
Posted on December 09, 2020
Diana Ishak
Read more
Ramai orang bimbang berat badan bertambah sekiranya makan lewat malam. Ada cadangan untuk tidak makan selepas jam 8 malam, hakikatnya cadangan ini sangat misleading.
Sebenarnya, APA yang anda makan jauh lebih penting daripada BILA anda makan. The idea that makan lewat malam membuatkan berat badan bertambah berasal dari hipotesis biological clock manusia bahawa waktu malam adalah untuk berehat, bukan makan. Walaupun ada kebenarannya, but it’s not necessarily the TIME you eat, but how MUCH you eat that matters.
Apabila jumlah pengambilan kalori anda sesuai dengan keperluan harian, berat badan tidak akan bertambah hanya kerana anda makan pada waktu malam. Satu penjelasan untuk mengaitkan antara makan pada waktu malam dengan kenaikan berat badan adalah, mereka yang makan lewat malam selalunya makan lebih banyak kalori. Mereka juga sering memilih makanan yang salah.
Pada waktu malam, ramai yang lebih cenderung memilih makanan yang tidak sihat dan padat kalori seperti kerepek, soda dan ais krim. Secara fisiologi, kalori makanan tidak berubah samada anda makan waktu siang atau malam. Nilai kalori tetap sama. Jika anda makan mengikut keperluan kalori, samada siang atau malam, berat badan tidak akan bertambah.
Cuma, bila anda makan waktu malam, tubuh badan akan bekerja sepanjang malam, menyebabkan badan anda tidak mendapat rehat yang sebenar. Anda mudah merasa letih di siang hari. Keletihan akan menyebabkan badan merembeskan hormon kortisol yang membuatkan anda sentiasa mahu mengunyah!
Dah nampak kan, betapa penurunan berat badan bukan semata-mata diet and bersenam sahaja, tetapi ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Jadi, bersabarlah jika ingin mendapatkan berat badan ideal. Ia tidak akan berlaku dalam masa yang singkat tetapi bertahap.
Posted on November 01, 2020
Diana Ishak
Read more
Apabila gula diambil secara berlebihan, ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Ada beberapa sumber gula memberi kesan yang lebih buruk daripada yang lain - minuman bergas dan jus adalah yang paling teruk.
[1] Minuman Bergula Tidak Akan Memberi Rasa Kenyang dan Menaikkan Berat Badan
Jus mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi. Fruktosa tidak menurunkan hormon ghrelin [hormon lapar]. Dalam ertikata lain, ia tidak merangsang kenyang. Sebab itulah, apabila kita minum minuman manis, biasanya kita akan mengudap dengan banyak kerana minuman bergula tidak memberi rasa kenyang.
[2] Gula Yang Berlebihan Diubah Menjadi Lemak dan Disimpan Dalam Hati.
Glukosa dapat dimetabolisme oleh sel badan, sedangkan fruktosa hanya dapat dimetabolisme oleh satu organ, iaitu hati. Apabila fruktosa diambil berlebihan, hati akan mengubah fruktosa menjadi lemak. Sebilangan lemak menjadi trigliserida [komponen kolesterol], sementara sebahagian tetap berada di hati. Dari masa ke masa, akan menyebabkan penyakit hati berlemak.
[3] Gula Menyebabkan Pengumpulan Lemak di Perut [Belly Fat]
Fruktosa adalah punca perut buncit. Ia bukan sahaja membentuk lemak di perut tetapi juga pada organ seperti jantung. Ini dikenali sebagai lemak viseral atau lemak perut.
Berbeza dengan glukosa, ia menyebabkan lemak pada kulit yang tak ada kaitan dengan penyakit metabolik seperti fruktosa.
Walaubagaimanapun kedua-duanya tetap menjadi penyebab pertambahan lemak dalam badan.
[4] Gula Menyebabkan Ketahanan Leptin
Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel lemak. Leptin seharusnya memberitahu otak bahawa - badan mempunyai lemak yang cukup lemak - jadi tak perlu makan lagi supaya badan dapat membakar kalori pada kadar normal. Tetapi bila gula banyak dalam badan, badan menjadi tahan terhadap leptin. Maksudnya, badan tak menerima isyarat leptin. Jadi kita sentiasa nak mengunyah walaupun dah banyak makan.
GC Plus : Membantu mendapatkan berat badan ideal di samping mengurangkan rasa lapar.
Nutrijuice : Membantu menurunkan kolesterol pada paras normal, di samping membantu badan menurunkan berat [melalui pengurangan trigliserida]
Basic Value Pack : Weight Loss Booster. Percuma Cleansing Gel 25ml
Posted on November 01, 2020
Diana Ishak
Read more
Cuba berdiri depan cermin. Perhatikan di manakah pembentukan lemak pada badan anda yang paling jelas kelihatan? Sekiranya lemak paling banyak di bahagian tengah badan di antara dada dan tulang pinggul, bentuk badan anda adalah JENIS STRESS.
Sekarang cuba pusingkan badan. Sekiranya ada lemak yang banyak di sisi badan, anda adalah JENIS GULA.
Sekiranya lemak berlebihan di sekitar pinggul dan paha, anda adalah JENIS ESTROGEN.
Kemudian, cuba angkat lengan anda. Ada tak kulit menggelebeh di bawah lengan? Kulit yang berlebihan ini menunjukkan anda adalah JENIS T.
Dengan mengetahui 4 jenis badan ini, dapat membantu anda memaksimumkan penurunan berat badan. Tidak semestinya anda hanya ada satu jenis body type. Boleh jadi gabungan atau lebih daripada satu.
JENIS STRESS
Orang yang memiliki badan jenis ini mempunyai banyak lemak di bahagian perut. Lemak jenis ini tidak boleh dicubit kerana ia berada di bawah otot dan sekitar organ. Ini adalah jenis badan yang paling berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit jantung.
Punca lemak terkumpul di perut adalah kerana STRESS. Stress membuatkan anda makan makanan yang tidak sepatutnya. Stress juga menyebababkan badan mengeluarkan hormon kortisol [hormon stress]. Hormon kortisol berkata "Oh, nampaknya keadaan anda tak begitu baik. Oleh itu, saya akan simpan semua kalori dan lemak ke dalam usus, di sekitar hati, so I got myself protected".
Walaupun nampak seperti badan cuba membantu anda, tetapi apa yang dilakukan adalah salah. Badan sedang menghasilkannlemak STRESS yang cenderung berbahaya. Penyelesaian: Makan karbohidrat tetapi jenis karbohidrat yang betul [bukan makanan bertepung]. Karbohidrat merangsang serotonin. Serotonin akan memberi rasa tenang dan bila anda tenang, anda kurang lapar. GC Plus meransang serotoning. Sebab itulah yang mengambil GC Plus kurang merasa lapar.
JENIS GULA
Masalah dengan gula adalah insulin. Apabila badan berlebihan gula, ia akan meransang lebih banyak hormon insulin kerana badan kata "Badan terlalu banyak gula. Cepat simpan semua gula ini sebagai lemak!".
Selalunya, lemak yang disebabkan oleh berlebihan gula akan berkumpul di pinggang. Untuk mengurangkannya, anda boleh gunakan teknik Herba. Herba dapat membantu anda mengurangkan keinginan terhadap makanan bergula. Bila gula berkurangan dalam badan, badan akan mula menggunakan lemak-lemak ini sebagai sumber tenaga. Lama-kelamaan, anda akan dapat ada inchloss. GC Plus merupakan produk yang berasaskan herba dapur seperti bawang putih, halia, pegaga, asam gelugur dan habatussauda.
Jenis badan yang paling popular ialah JENIS ESTROGEN.
Mereka yang mempunyai badan jenis ini menyimpan lemak di sekitar pinggul dan paha. Jenis ini ada kaitan dengan hormon estrogen yang tidak seimbang. Badan yang berlebihan estrogen akan mengalami simptom PMS yang kuat jadi anda akan kerap makan, letih, stress - semuanya menjadi satu.
Sekiranya anda adalah JENIS ESTROGEN, banyakkan makan sayur-sayuran dan herba yang tidak berkanji. Ia dapat menstabilkan estrogen. Kehadiran herba dalam GC Plus membantu menstabilkan estrogen dalam badan.
JENIS T
Badan yang menghadapi masalah untuk membina otot akan membuatkan kulit di bawah lengan menggeleber. T bermaksud testosteron. Badan jenis T mempunyai jisim otot yang rendah. Tanpa banyak otot, lemak akan berkumpul di bawah lengan.
Kekurangan vitamin D mempengaruhi tahap testosteron anda. Jadi, banyakkan makan makanan yang akan membekalkan banyak vitamin D untuk badan. Makan protein seperti salmon, sardin, atau mungkin suplemen vitamin D. GC Plus mengandungi ekstrak HCA yang berfungsi menyimpan glikogen dalam otot. Jadi, jisim otot akan bertambah, mengurangkan potensi lemak berkumpul di bawah kulit.
Posted on October 31, 2020
Diana Ishak
Read more
Proses membina otot memerlukan bahan bakar dalam bentuk kalori. Kalori datang dari makanan. Ini bermakna, UNTUK MENAMBAHKAN OTOT, KITA PERLU MAKAN LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG BADAN BAKAR.
Sebaliknya, UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, BADAN PERLU BAKAR LEBIH DARIPADA APA YANG KITA AMBIL. Oleh itu, kalau ada target untuk menurunkan berat badan dan menambahkan otot, perlu faham bagaimana ia boleh berlaku.
Weight Loss vs. Fat Loss
Perkara pertama yang perlu diketahui ialah penurunan berat badan dan penurunan lemak, TIDAK SAMA. Badan boleh kehilangan lemak tetapi berat badan tidak turun, terutamanya jika kita secara konsisten membina otot melalui latihan ketahanan [resistance training].
Apabila memulakan program diet dengan mengambil makanan rendah kalori atau melakukan senaman kardio [berlari/cycling/brisk walk] yang berlebihan, badan akan hilang otot, bukannya lemak. Angka pada penimbang kelihatan turun, tetapi badan jadi kurus lembik, bukannya kurus solid.
When it comes to weight loss, slow and steady wins the race. Berat badan tidak boleh turun LEBIH DARI 900g SEMINGGU. Menurunkan berat badan terlalu cepat menyebabkan badan kehilangan tisu tanpa lemak. Tisu tanpa lemak yang hilang menyebabkan penurunan berat badan menjadi lebih susah.
Perlu faham bahawa menambah otot bermaksud menambah berat badan pada skala penimbang. Badan mungkin hilang banyak lemak, tetapi skala berada di sekitar angka yang sama. JANGAN TERTIPU DENGAN PENIMBANG. Scale is a very narrow and limited predictor of success.
Sebaiknya, pay attention to how you look in the mirror. Simpan satu baju/seluar bersaiz kecil [seperti yang kita mahukan] dan jadikan itu piawai.
Sekiranya otot bertambah tapi berat badan tak turun, ini adalah keadaan di mana resistance training telah mengurangkan lemak badan SAMBIL meningkatkan otot. Lemak dan otot slash each other, membuatkan angka berat tidak berganjak. Yang sebenarnya ada pengurangan lemak di situ.
Ketika menurunkan berat badan, kita semua akan sampai ke tahap di mana berat badan seakan-akan berhenti. Penambahan otot adalah proses yang perlahan daripada penurunan berat. Jadi, jika after a while berat jadi statik [tak turun-turun], bermakna proses penambahan otot telah bermula. Pada tahap ini, berhenti jadikan penimbang sebagai ukuran kejayaan. Start jadikan size baju/seluar sebagai benchmark.
Sebab itulah, sesiapa yang beli GC PLUS, kami sertakan dengan weight loss tracker card. Ini untuk anda monitor berat dan kehilangan inci pada pinggang dalam masa 10 hari.
Sebagaimana penurunan berat tidak boleh lebih dari 900g seminggu, penurunan berat juga tidak boleh kurang dari 580g dalam masa 10 hari. Kalau berat badan turun less than 580g, there's something wrong with your body.
Posted on October 31, 2020
Diana Ishak
Read more
Kortisol adalah hormon yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan di dalam badan. Kortikosteroid pula (sering disebut "steroid") adalah versi kortisol sintetik yang digunakan untuk merawat :
- artritis
- lupus
- Penyakit Crohn
- asma
- barah
- ruam
Kortikosteroid sangat berkesan mengurangkan keradangan, tetapi ada beberapa kesan sampingan. Salah satunya adalah kenaikan berat badan.
Sebahagian orang mempunyai sistem imun yang menyerang sel normal yang sihat. Ini mengakibatkan kerosakan dan pembengkakan pada tisu badan. Steroid membantu melawan kerosakan dan pembengkakan dengan mengurangkan bahan kimia yang menyebabkan keradangan. Ia membantu sistem imun, sehingga sel yang sihat tidak lagi diserang.
Tetapi steroid ada kesan sampingan negatif, termasuk kenaikan berat badan. Steroid menyebabkan kenaikan berat badan dengan mengubah keseimbangan elektrolit dan air badan, serta metabolisme. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kenaikan berat badan dengan menyebabkan :
- peningkatan selera makan
- pengekalan cecair [fluid retention]
- perubahan tempat badan menyimpan lemak
Ramai orang yang menggunakan steroid mendapat pertambahan lemak di perut, muka, dan leher. Ini kerana berlaku pengagihan lemak. Berapa banyak dan berapa cepat berat badn bertambah adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk dos dan tempoh penggunaan.
Sebab itulah kami tak menggalakkan mereka yang mengambil ubat-ubatan hospital secara rutin, mengambil GC Plus. Jangan berhenti mengambil ubat anda semata-mata untuk GC Plus. Lebih-lebih lagi steroid adalah ubat kuat yang perlu dikurangkan secara BERANSUR-ANSUR. Menghentikannya secara tiba-tiba boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius seperti kekejangan otot, sakit sendi, dan demam.
Walau bagaimanapun, jika ingin mencuba GC Plus, the first step is talk to your doctor.
Whatsapp kami sekarang : 012-7728976
[point ni letakkan gambar gift]
Posted on October 31, 2020
Diana Ishak
Read more